Jumaat, 11 Julai 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Guru baling kasut, pukul murid dengan penyapu

Posted: 11 Jul 2014 12:47 AM PDT




Agak-agaknya berapa ramai guru besar dan guru di Malaysia ini yang sakit mental?

Hukum ikut peraturan
11 Julai 2014

PORT DICKSON – Dua kes membabitkan murid sekolah dicederakan guru dilaporkan berlaku dalam tempoh dua minggu.

Menurut Adun Port Dickson, M Ravi, kejadian itu berlaku disebabkan guru berkenaan tidak mempunyai jiwa sebagai seorang pendidik.

"Kes guru mencederakan murid dilihat sebagai isu besar dan ia perlu ditangani dengan segera.

"Dalam tempoh dua minggu ini sahaja, sebanyak dua kes dilaporkan akibat tindakan guru yang tidak mempunyai jiwa seorang pendidik dalam diri mereka," katanya.

Tambah Ravi, dalam insiden Jumaat lalu, tiga murid lelaki cedera di kaki akibat dipukul dengan penyapu oleh guru di sebuah sekolah di sini.

Namun hari ini (semalam), kita juga mendapat laporan mengenai seorang murid perempuan cedera akibat dibaling kasut oleh guru kerana didakwa bermain ketika guru sedang mengajar.

Tambah Ravi, beliau akan membawa isu berkenaan ke sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri akan datang bagi mengetengahkan isu berkenaan.

Lagi kes cubaan culik kanak-kanak, Malaysia semakin tidak selamat

Posted: 10 Jul 2014 11:37 PM PDT




Harap PDRM dedahkan maklumat sebenar, kes yang dilaporkan, kes yang tidak dilaporkan, kes cubaan culik agar semua ibu bapa, para penjaga dapat mengambil langkah berjaga-jaga. Mohon kongsi, "SHARE" sebanyak mungkin artikel ini agar semua kita sentiasa berhati-hati. Hanya kepada ALLAH kita mohon perlindungan

Lompat motor elak diculik
Sinar Harian 11 Julai 2014

PARIT BUNTAR - Gerak hati yang merasakan ada sesuatu tidak kena menyelamatkan seorang murid tahun enam daripada diculik selepas nekad melompat daripada motosikal dinaiki bersama seorang lelaki sebelum berjaya melarikan diri dalam satu kejadian di Jalan Sekolah, di sini, Selasa lalu.

Dalam kejadian jam 10 malam itu, mangsa, dikenali Syafiq, 12, sedang mengayuh basikal pulang ke rumah selepas selesai menunaikan solat tarawih di Masjid Permatang Tok Mahat, Jalan Sempadan sebelum dihampiri seorang lelaki.

Syafiq berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an menaiki motosikal jenis EX5 itu kemudiannya meminta kanak-kanak berkenaan menunjukkan arah ke Hospital Parit Buntar.

Katanya, lelaki itu juga memujuk menaiki motosikal miliknya bagi memudahkan arah jalan.

"Tanpa ragu-ragu, saya meletakkan basikal di kawasan parkir kenderaan di masjid dan ikut lelaki itu naik motor, dia tak banyak cakap, cuma dalam perjalanan ke hospital tu, dia ada tanya umur saya berapa," katanya ketika ditemui media di kediamannya, semalam.

Syafiq, rasa sangsi timbul apabila lelaki berkenaan tidak menuju ke laluan hospital sebaik menghampiri pintu masuk hospital, sebaliknya melencong ke persimpangan kawasan Sekolah Kebangsaan (SK) Methodist Parit Buntar.

"Saya menegurnya dan memaklumkan dia salah jalan, sebaliknya lelaki berkenaan terus ke hadapan sambil berkata 'nanti U Turn'.

"Kemudian, saya nampak van putih dengan kelibat dua lelaki sedang menunggu di tepi jalan berhampiran padang sekolah, lagi tambah terkejut bila motor menuju ke arah van itu," katanya.

Dia yang cemas dan takut kemungkinan menjadi mangsa culik nekad melompat daripada motosikal tersebut sebelum terjatuh dan menyebabkan kecederaan di bahagian lutut.

Cikgu baling kasut kepada pelajar tahun 2

Posted: 10 Jul 2014 07:41 PM PDT




Kalau Najib turun padang tengok nasib gelandangan, Muhyiddin juga perlu turun padang tengok nasib guru yang sakit mental, stress, tertekan, saiko dsbnya, lebih-lebih lagi bulan Ramadhan ini.

Cikgu baling kasut kepada pelajar tahun 2
Sinar Harian 11 Julai 2014

PORT DICKSON - Kelas pendidikan moral sepatutnya mengajar murid-murid tentang budi bahasa. Namun lain jadinya di sebuah sekolah kebangsaan di sini apabila seorang guru yang naik angin didakwa membaling kasut kepada pelajar sehingga cedera ketika mengajar subjek itu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 pagi semalam menyebabkan M Sharmini, 8, murid tahun dua sekolah itu luka di dahi dan menerima tiga jahitan.

Ia berpunca daripada tindakan Sharmini yang bermain di belakang kelas bersama dua rakannya ketika guru terbabit sedang mengajar subjek pendidikan moral.

Berikutan kejadian itu, Muthu membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah, (IPD) Port Dickson.

Caj 70 sen bayar bil di pejabat pos

Posted: 10 Jul 2014 05:33 PM PDT




Metro 11 Julai 2014 , Kuantan: Berkuat kuasa 1 Julai lalu, Perbadanan Pengurusan Air Pahang (PAIP) mengesahkan pembayaran bil air di kaunter Pos Malaysia Berhad di negeri ini dikenakan caj perkhidmatan sebanyak 70 sen bagi setiap transaksi.

Pegawai Perhubungan Awam PAIP Datuk Jaafar Abdullah berkata, caj perkhidmatan itu bukan daripada PAIP tetapi ia dilakukan oleh Pos Malaysia Berhad jika pemilik akaun menjelaskan bayaran di kaunter Pos Malaysia di seluruh negeri ini.

Katanya, jika pengguna ingin mengelak dikenakan caj boleh membayar bil air selain di pejabat pos iaitu di pejabat PAIP di seluruh Pahang termasuk di Pusat Tranformasi Bandar (UTC) Pahang, di sini.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


JANGAN ULANGI PERISTIWA 1977 KELANTAN...IANYA SAMA .. MB TIDAK MAHU LETAK JAWATAN..IANYA MEMERITKAN...

Posted: 11 Jul 2014 06:31 AM PDT

Sama ada pelan kedua itu jalan atau tidak, suka saya nak ingatkan di sini mengenai peristiwa yang berlaku pada tahun 1977 di Kelantan. Pada masa itu Pas Kelantan sedang menghadapi kerumitan untuk membuang MB mereka, Mohamad Nasir. Keadaannya samalah seperti apa berlaku di Selangor yang dihadapi PKR kini.

Untuk tujuan itu berbagai usaha dilakukan termasuk nasihat dan sebagainya. Parti juga memberi beberapa pandangan kepada Mohamad Nasir. Adapun sebab kenapa Mohamad Nasir hendak dipecat ialah kerana beliau dilihat tidak memberi keuntungan kepada parti sebaliknya berpihak kepada Umno. Pentadbirannya menyebabkan Umno untung. Walaupun diberi nasihat secara baik, tetapi Mohamad Nasir tetap berdegil untuk tidak melepaskan jawatan. Mulanya dia berjanji untuk berundur dengan baik, tetapi janji itu dimungkiri begitu sahaja.

Jalan terakhir diambil oleh Pas Kelantan dengan mengusulkan undi tidak percaya dalam DUN Kelantan. Usul itu dibawa oleh kumpulan 20 para Adun Pas yang tidak bersetuju dengan Mohamad Nasir. Usul berkenaan berjaya diluslukan dengan 20 undi menyokong 12 undi daripada Umno dan 1 MCA menentang. Kalau mengikut keputusan DUN itu Mohamad sudah hilang hak menjadi MB.

Tetapi usul undi tidak percaya itu tidak membawa apa-apa perubahan. Ia tidak menyelesaikan kemelut yang berlaku. Keengganan Mohamad Nasir menyebabkan ia tidak menamatkan krisis. Mohamad Nasir bukan sahaja dikenakan undi tidak percaya, sebaliknya ikut dipecat daripada PAS. Pemecatan itu juga tidak menghasilkan apa-apa.

Mohamad Nasir sebaliknya menajdi makin "manggak" apabila ada golongan yang menyokongnya di belakangnya. Kumpulan 12 orang Adun Umno bersamanya. Mereka ini memberi sokongan dan semangat kepada Mohamad Nasir agar tidak tunduk kepada desakan Pas serta tidak keluar dari pejabat SUK. Untuk menunjukkan Mohamad Nasir mendapat sokongan rakyat, Umno menggerakkan himpunan di beberapa jajahan bagi menyatakan sokongan kepada Mohamad Nasir.

Rengkas cerita, usul undi tidak percaya dan pemecatan Mohamad Nasir tidak kesampaian tujuannya. Sebaliknya ia memarahkan lagi keadaan. Himpunan rakyat membela Mohamad Nasir yang ditaja Umno berlaku dimana-mana sahaja. Ia berakhir dengan tunjuk perasaan yang mengakibatkan Kelantan diletak dibawah MAGERAN dan kuasa kerajaan Pas dibekukan.

Jadi tragedi yang menimpa Kelantan 37 tahun lalu perlu diingat dan diambil iktibar sebelum ada cadangan hendak mengusulkan undi tidak percaya kepada Khalid Ibrahim. Saya dapat gambarkan macam mana kalau DUN Selangor sedia menerima usul berkenaan untuk diundi, ribuan orang akan ke Shah Alam dengan pelbagai sepanduk. Dan sesungguhnya pihak musuh PR hanya sedang menanti detik-detik berkenaan saja untuk bertindak dan mengganas.

NGO-NGO yang makan upah, perut buncit dan misai melekong macam tanduk seladang, berasa seronok dan mereka akan mendapat peluang mengisi tembolok dengan kejadian itu nanti. Mereka inilah yang akan mendolor punggung Khalid ke langit dan menggelarkan Khalid "Pejuang Rakyat", "Pembela Rakyat" dan sebagainya seperti mana dilakukan kepada Mohamamd Nasir yang digelar sebagai "Datuk Jujur".

Janganlah peristiwa itu berulang di Selangor kerana ia sangat-sangat memeritkan sekali.[wm.kl.2:22 pm 11/07/14]

SIAPA DALANG BERITA PALSU LAGAKAN ISTANA DAN PERLETAKAN JAWATAN MB SELANGOR

Posted: 11 Jul 2014 06:08 AM PDT

Siapa yg terlibat dlm melaga-lagakan pimpinan pentadbiran kerajaan negeri Selangor yg diketuai oleh Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan pihak istana baru-baru ini?

Adakah tuduhan yang dibuat oleh lima pimpinan Keadilan baru-baru ini supaya MB Selangor untuk letak jawatan ada kaitan dgn mereka yang buat tuduhan palsu bahawa Sultan Selangor memperkenankan perletakan jawatan MB Selangor ?

Tahniah kepada sekumpulan pakatan anak-anak negeri Selangor yang telah membuat laopran polis atas kejadian berita palsu...





PKR PANDANG PENTING KEGANASAN PEMBUNUHAN UMAT ISLAM DI PALESTINE

Posted: 11 Jul 2014 05:57 AM PDT

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) memandang tersangat penting insiden keganasan, penindasan dan pembunuhan umat Islam yang semakin meruncing mutakhir ini.
KEADILAN berharap dan berdoa agar negara-negara Islam bersatu di saat ini, bertindak bersama membela dan melindungi umat Islam kita.
Kejadian yang menimpa umat Islam di Palestin, China dan Myanmar di dalam bulan Ramadhan yang suci ini, begitu begitu menyayat hati, di saat kemampuan kita untuk menghulurkan pertolongan terbatas.
Wan AzizahKEADILAN turut menzahirkan kebimbangan terhadap kegagalan negara-negara Arab untuk bersatu melindungi kesejahteraan umat Islam yang serantau.
Mutakhir yang berlaku di Palestin, meragut lebih 50 nyawa, lebih 300 yang cedera, banyak kediaman dan bangunan musnah akibat pengeboman tentera Israel yang tidak berperi kemanusiaan.
Sejak kejatuhan Presiden Mohammad Morsi, umat Islam di Gaza semakin tertekan kerana laluan masuk di pintu Rafah, untuk membolehkan bantuan kebajikan disampaikan, tersekat apabila Mesir menutup laluan tersebut.
9 Julai lalu, media melaporkan bahawa pintu Rafah dibuka di atas desakan PBB, namun kita tetap menggesa supaya tentera pengaman PBB ditempatkan di situ agar dapat memudahkan pengurusan bantuan kemanusiaan.
Dalam masa yang sama KEADILAN menggesa PBB bertindak segera menghentikan keganasan Israel di Gaza dan mendesak supaya tidak berlengah lagi menghantar delegasi ke Gaza untuk membuat tinjauan dan bantuan segera
KEADILAN juga menggesa pemerintah Mesir sentiasa membuka pintu sempadan dan memudahkan urusan petugas bantuan kemanusiaan masuk untuk membantu rakyat yang menjadi mangsa pengeboman Israel.
Apa yang berlaku di Palestin, turut berlaku di China. KEADILAN berasa amat kesal dengan kejadian penindasan yang berterusan terhadap umat Islam Uighur, sebagaimana dilapor media Aljazeera.
Selain daripada dinafikan hak untuk berpuasa, mereka dilaporkan dibunuh dengan kejam dan kaum wanita dirogol. Statistik ini telah dikemukakan kepada PBB, tetapi kita kesal tiada penyiasatan dibuat.
Terdapat laporan bahawa rekod kerajaan China terhadap umat Islam Uighur ini paling buruk sekali berbanding rekod layanan tentera Israel terhadap penduduk Palestin.
KEADILAN juga menzahirkan kerisauan terhadap tindakan pembersihan etnik yang dilakukan junta  tentera terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar.
PBB telah mengeluarkan statistik bahawa 80 peratus daripada pelarian di dunia adalah orang Islam. Ramai yang tidak bernegara, seperti Rohingya, tanpa kewarganegaraan atau hak kewarganegaraan.
Malah ada kalangan negara-negara umat Islam, sendiri menanggapi mereka sebagai pelarian dan dilayan sebagai penduduk kelas ketiga.
Umat Islam tidak seharusnya duduk berdiam diri apabila keganasan terus berlaku di Palestin, China dan Myanmar.
Justeru, marilah semua umat Islam berbuat apa yang mampu dan terdaya membantu rakan-rakan kita di Palestin, China dan Myanmar.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=62117