Khamis, 22 Mei 2014

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Anak pegawai kanan polis miliki kekayaan luar biasa

Posted: 22 May 2014 12:19 AM PDT




KUALA LUMPUR 22 Mei 2014 :  Pengerusi Pasukan Petugas Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) R. Sri Sanjeevan mendakwa anak lelaki pegawai kanan polis  memiliki aset kekayaan melebihi RM2 juta.

"Dia memiliki dua buah kereta mewah jenis Audi A5 dan Jaguar XF yang dibeli secara tunai, selain turut mempunyai enam akaun peribadi yang kesemuanya berjumlah melebihi RM500,000.

Sanjeevan berkata, kekayaan lelaki berusia 30-an itu menimbulkan tanda tanya kerana beliau tidak memiliki sebarang pekerjaan.

MyWatch turut mendedahkan transaksi akaun anak lelaki tersebut yang datang daripada sebuah syarikat senjata api yang berpangkalan di Malaysia Timur.

Sehubungan itu, MyWatch menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) menyiasat sumber kekayaan luar biasa lelaki terbabit.

"Saya mahu siasatan terperinci dibuat segera sumber kewangan beliau kerana mampu memiliki pelbagai aset dalam usianya dan tidak bekerja bahkan saya turut akan membuat laporan kepada pihak SPRM pada minggu hadapan," ujarnya.

Dalam pada itu, Sanjeevan turut mengulas pertanyaan media mengenai kes tembak terhadap dirinya, Sanjeevan berkata siasatan terhadap kes itu telah dihentikan.

"Saya berasa kesal kerana siasatan telah ditutup maknanya sekiranya saya terbunuh ketika kejadian itu, bererti tiada siasatan lanjut yang akan dibuat bagi mengetahui kebenaran sebenar," tegas beliau.

- FMT

Ceramah Ust Azhar Idrus di Litar Lumba N.Sembilan

Posted: 21 May 2014 05:30 PM PDT




Ceramah Ustaz Azhar Idrus yang pada awalnya dirancang diadakan di Surau Taman Pinggiran Senawang pada Isnin 26 Mei 2014 akan tetap diadakan di Taman Pinggiran Senawang pada hari dan waktu yang sama iaitu 7.30 malam Isnin 26 Mei 2014, cuma lokasinya di tempat yang lebih lapang dan selesa iaitu di Tapak Litar Lumba Taman Pinggiran Senawang.

Tapak Litar Lumba ini milik seorang taukeh Cina. Tempat ini dahulunya tempat meletak kontena-kontena.

Semoga ALLAH memberi petunjuk dan hidayah kepada taukeh Cina tersebut.

Kepada mereka yang ingin ke Taman Pinggiran Senawang sila ambil Jalan Seremban-Tampin. Jika keluar ikut Tol Senawang, pada simpang lampu isyarat yang kedua, ambil kanan menuju ke Tampin. Lebih kurang 2 ke 3 kilometer pada lampu isyarat kedua ambil simpang kanan ke Rantau/Sg Gadut/SDAR sebelum stesen komuter Sg Gadut.

Dari simpang ini sekitar 1 – 2 kilometer ada simpang masuk kiri ke Taman Pinggiran Senawang.

JOM PAKAT DATANG RAMAI-RAMAI

PRO CANSELOR UITM PERLU DISEKOLAHKAN SEMULA

Posted: 21 May 2014 04:05 PM PDT


Pro Canselor UiTM ni tak tengok ke laman kemasukan pelajar UiTM yang mengatakan peribumi Sabah dan Sarawak boleh masuk UiTM. UiTM dan Umno bukan milik Melayu semata-mata, UiTM dan Umno juga adalah milik orang Kadazan, Suluk, Melanau, Iban, Orang Asli dan banyak lagi kaum dan agama lain yang bernaung bawah Orang Asli atau Peribumi.

UiTM hak Melayu
22 Mei 2014

Melaka: Universiti Teknologi MARA (UiTM) tidak boleh dibuka kepada kaum lain kerana ia adalah antara keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub dalam Perkara 153, Perlembagaan Persekutuan.

Pro Canselornya Tan Sri Dr Abdul Rahman Arshad berkata, setiap keistimewaan Melayu tidak boleh 'diusik' atau dipertikaikan oleh mana-mana pihak kerana mereka yang melakukannya bererti melanggar perlembagaan negara.

"UiTM adalah keistimewaan yang paling utama bagi orang Melayu, namun kita perlu akui orang Melayu masih jauh ketinggalan dalam bidang pendidikan berbanding kaum lain.