Isnin, 7 April 2014

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Pencapaian 1,115 Pelajar Cemerlang UPSR SJKT Diraikan Selangor

Posted: 07 Apr 2014 01:07 AM PDT

SHAH ALAM 7 APRIL : Seramai 1,115 murid Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SKJT) seluruh Selangor dirai dalam Anugerah Pelajar Cemerlang Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) 2013.

Anugerah yang diadakan di Dewan Jubli Perak, Bangunan SUK di sampaikan oleh Exco Kerajaan Prihatin, Pekerja Ladang dan Kemiskinan, V.Ganabatiroa.

Ganabatiro berkata majlis yang bermakna itu bertujuan untuk memberi dorongan kepada pelajar cemerlang untuk terus mengekalkan pencapaian dalam peperiksaan lain akan datang.

"Kerajaan Negeri sentiasa menanti dan menghargai kejayaan anak-anak Selangor.

"Kami juga ingin memastikan anak sekolah Tamil tidak ketinggalan dalam arus pendidikan yang mencabar ini," katanya.

Beliau berkata sejak Pakatan Rakyat mengambil alih tampuk pemerintahan negeri pada 2008, kerajaan negeri memberi bantuan yang konsisten yang sewajarnya kepada pihak SKJT.

"Kerajaan negeri sentiasa peka dengan tuntutan arus kehidupan zaman kini selaras konsep kerajaan berjiwa rakyat," katanya.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid yang tidak dapat hadir melalui perutusannya yang dibaca oleh Ganabatiroa menyifatkan keputusan cemerlang pelajar itu menunjukkan sikap proaktif kaum India untuk berjaya dalam pendidikan.

"Saya berharap murid-murid cemerlang ini mendapat tunjuk ajar dan bimbingan dalam proses pembelajaran seterusnya dan menjadi contoh terbaik kepada murid lain untuk terus berusaha dengan gigih dalam usaha di masa depan," katanya.

Abdul Khalid berkata Kerajaan Negeri sentiasa proaktif merangka dan mencari penyelesaian pelajar-pelajar di negeri ini supaya dapat mencapai kemerlangan dalam pendidikan.

"Walaupun penyediaan pembelajaran dan pendidikan termasuk prasarana tanggungjawab Kerajaan Pusat, namun Kerajaan Negeri mengambil keputusan untuk memikul tanggungjawab itu.

"Setakat ini, kita memperuntukkan sebanyak RM6 juta untuk sekolah agama, RM6 juta untuk sekolah Cina dan RM4 juta untuk sekolah Tamil.

6juta, 4 juta sekolah tamil, 6 juta setiap tahun, yang mana sebelum ini mereka tidak diberikan bantuan," katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Kapar, G Manivanan.


Sumber: SelangorKu

Pengeluaran Bekalan Air Terawat Dipertingkatkan

Posted: 07 Apr 2014 12:50 AM PDT

SHAH ALAM 7 APRIL: Beberapa loji rawatan air (LRA) yang menggunakan sumber air mentah dari Sungai Selangor telah dan sedang meningkatkan pengeluaran air terawat masing-masing berikutan penambahan aliran air sungai ekoran hujan beberapa hari lepas.

Menurut Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) hari ini, loji berkenaan ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 2, LRA Sungai Selangor Fasa 3, LRA Sungai Rasa dan LRA Rantau Panjang.

"Bekalan air tambahan telah disalurkan SYABAS ke kawasan terlibat dengan catuan, namun situasi ini bersifat sementara.

"Justeru itu, pengguna di kawasan terlibat dengan catuan digesa supaya sentiasa cermat dan membuat simpanan air mencukupi dari semasa ke semasa," kata SYABAS dalam satu kenyataan,

SYABAS juga menyatakan Lembaga Urus Air Selangor (Luas) memaklumkannya bahawa paras empangan Sungai Selangor masih lagi berada di paras rendah.

Sehubungan itu, pengguna di kawasan terlibat termasuk yang tidak terlibat dengan catuan disaran berhemat menggunakan air.

"Pengguna juga diingatkan supaya tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang semata semata untuk mendapatkan bekalan air seperti merosakkan sistem paip agihan.
Perbuatan ini melanggar Akta Industri Pembekalan Air 2006 dan boleh dikenakan penalti yang tinggi," kata SYABAS.


Sumber: SelangorKu

We Need Alternative Water Sources

Posted: 07 Apr 2014 12:40 AM PDT

PETALING JAYA: We are too dependent on rain water for our daily consumption, said former Selangor exco Dr Xavier Jeyakumar today.

He was responding to the National Water Services Commission (SPAN) decision to extend the water rationing period to April 30 as the water levels in Selangor dams were insufficient to revoke the rationing exercise.

"We cannot rely on rain water supply alone for our consumption. Other alternatives must be considered," said Jeyakumar.

On March 28, SPAN announced that the water rationing exercise would be continued till April 30 and pushed the move to the fourth phase, which will affect about 3.6 million residents in the Klang Valley.

Defending its decision, SPAN said that water levels at the Selangor dams have not improved despite heavy rain in the last two weeks.

Jeyakumar however said that it was best for the state government to formulate a plan ahead to ensure there is no longer water shortage in the Klang Valley in the future.

"We need to plan for at least 25 years ahead. With the federal government being reluctant to invoke the Water Services Industries Act (Wasia) to help us manage our own water assets, we need to come up with new ideas to resolve the matter," he said.

Jeyakumar said that some of the measures the state government, with the aid of the federal government, could do is to promote rain water harvesting, storm water storage and to tap into underground water sources.

He also queried on whether the state government had followed up on the much touted membrane technology to increase water supply, a project which was mooted last year.

"Last year, we did a pilot project on the membrane technology at the Bukit Jelutong water treatment plant.

"The water quality improved and we had positive results. But I'm not sure whether the state government is following up on it or not," he said.
 
Low supply in rivers

On public uproar over the water rationing exercise despite heavy rain, Jeyakumar said that heavy rain does not mean water levels in the rivers and dams have increased.

Explaining the matter, he said that in general, consumers' water supply came from river supply.
"We process the raw water from rivers for public consumption. The water in dams are kept as reserves for emergency purposes.

"When there is a drop in river water to cater for public consumption, only then we release dam water to offset the reduction," he said.

The recent dry spell, Jeyakumar added, had caused water levels in rivers and dams to drop, prompting the authorities to release reserve dam water for public consumption.

"Of course, the rain had increased water levels in the dams to a certain extent but the problem is that the water levels in the rivers are still low.

"And that is why the water rationing exercise is extended," he said.

However, Jeyakumar assured that not all dams in Selangor are having water level below the 55% mark, as the recent rain had increased water capacity in several dams.

Source: FreeMalaysiaToday

Dr Xavier - Selangor Mungkin Rugi Jutaan Ringgit

Posted: 07 Apr 2014 12:30 AM PDT

ADUN Seri Andalas Dr Xavier Jeyakumar mahu kerajaan Selangor bawah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bertanggungjawab mengenai isu penjualan tanah di Kuala Langat kepada syarikat Tropicana yang mungkin menyebabkan kerugian jutaan ringgit kepada kerajaan negeri.

Beliau yang juga bekas exco negeri mencadangkan pertikaian penjualan itu dibawa ke Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat) bagi mengenalpasti kelemahan perjanjian "berat sebelah" itu.

Xavier  turut mempersoalkan mengapa perjanjian penjualan tanah April tahun lalu itu dibuat ketika ahli exco belum mengangkat sumpah sejurus sebelum pilihan raya umum ke-13.

"Melihat kepada perjanjian baru yang pada hemat saya menyebelahi Tropicana dan memberi persepsi bahawa kerajaan Selangor mungkin kehilangan jutaan ringgit, isunya adalah bagaimana perjanjian ini dibenarkan untuk ditandatangani?

"Bagaimana menteri besar membenarkan perjanjian ditandatangani ketika tempoh kerajaan sementara?" kata Xavier dalam satu kenyataan hari ini.

April tahun lepas, kerajaan negeri menjual 1,172 ekar tanah paya di Kuala Langat milik MBI berserta dengan pelan pembangunan kawasan tersebut yang dibangunkan Perbadanan Negeri Selangor Berhad (PNSB)

Selangor bersetuju agar Tropicana membayar bayaran 'tertunda' dalam tempoh 20 tahun, termasuk 12 tahun ansuran nilai tanah sebanyak RM587 juta.

Bagaimanapun Tropicana menjual 308 ekar tanah itu kepada syarikat Eco World pada keuntungan RM 170 juta.

Justeru Khalid minggu lalu menegaskan beliau 'sangat pasti' dengan tuntutan RM 844 juta ke atas 748 ekar tanah yang boleh dibangunkan dari Tropicana kerana syarikat itu telahpun mendapat keuntungan awal berdasarkan harga tanah tersebut.

Menurut Ketua Eksekutif MBI, Faekah Hussin, 15 syarikat terkemuka membuat bidaan untuk tanah tersebut namun berjaya dijual kepada Tropicana (dulu dikenali sebagai Dijaya) yang membuat bidaan paling tinggi bernilai RM 1.29 billion.

Sementara itu Khalid ketika ditemui Malaysiakini tidak mahu mengulas lanjut dan berkata beliau akan meminta Ketua Pegawai Eksekutif dan lembaga pengarah PNSB untuk memberikan kenyataan media berikutan perkara itu.

"Saya akan minta lembaga pengarah dan CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) syarikat (PNSB) untuk memberi kenyataan kepada media mengenai isu ini," kata beliau ketika ditemui di lobi Dewan Negeri Selangor hari ini.

Sumber: MalaysiaKini

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Missing Malaysia Airlines Flight MH370: Opposition leader Anwar Ibrahim says government is concealing information

Posted: 06 Apr 2014 09:01 PM PDT

The Independent

The Malaysian government has deliberately concealed information concerning the missing Malaysia Airlines flight, Anwar Ibrahim, the country's main opposition leader, has claimed.

Mr Ibrahim, who knew one of the pilots of the Boeing 777 personally, said the handling of the MH370 investigation was " clearly suspect" and claimed "information critical to our understanding" is missing.

In an interview with The Telegraph , Mr Ibrahim slammed Malaysian authorities and called for an international committee to take over the investigation because "the integrity of the whole nation is at stake".

He indicated it was even possible there could have been complicity by authorities on the ground over what happened to the plane after it disappeared on 8 March en route to Kuala Lumpur from Beijing with 239 people on board.

The politician told the newspaper that when he was the country's finance minister in 1994 he personally authorised the installation of "one of the most sophisticated radar" systems in the world, based near the South China Sea and covering Malaysia's mainland and east and west coastlines.

The radar would have instantly detected the Boeing 777 as it travelled east to west across "at least four" Malaysian provinces, he said, describing the fact that the plane was not spotted by the sophisticated radar immediately after it changed course as “not only unacceptable but not possible, not feasible”.

His accusations came as a high-tech US Navy pinger locater was deployed in the race against time to find the black box from the missing Malaysia Airlines flight MH370, just days before its batteries are due to run out.

Two ships with sophisticated equipment are searching underwater in a remote stretch of the Indian Ocean in an operation led by the Joint Agencies Coordination Centre (JACC).

The pingers on the plane's black box transmit signals for about 30 days after a crash – giving search teams just days to find the recorder and potentially discover what happened to the jetliner.

MH370: Anwar Ibrahim says radar would have identified missing plane

Posted: 06 Apr 2014 08:58 PM PDT

The Telegraph

Malaysia’s opposition leader, Anwar Ibrahim, tells The Telegraph that country’s “sophisticated” radar would have detected the plane

The Malaysian opposition politician, Anwar Ibrahim, tells the Telegraph that he finds the Malaysian authorities lack of progress in finding missing flight MH370 “baffling”.

He says that Malaysia now needs to gather an international committee to salvage its reputation.

“To save the image of the country and to save the country, the Malaysian authorities should say by now we must have an international committee representing various countries and operations

“I believe the government know more than us. They have the authority to instruct the air force… or Malaysia Airlines. They are privy to most of these missing bits of information critical to our understanding of this mysterious disappearance of MH370.”

 

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Bayar RM208,900 harap jadi calon ADUN di N.Sembilan

Posted: 07 Apr 2014 03:10 AM PDT




7 April 2014

SEREMBAN - Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini terhadap 75 pertuduhan menipu seorang lelaki membabitkan RM208,900 dengan menjanjikan mangsa akan dilantik sebagai calon Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini.

Tertuduh, Ibrahim Saidun, 60, didakwa memperdaya Rusman Sulaiman, 51, bahawa tertuduh yang bekerja sebagai Ketua Pengarah Unit Strategik di Jabatan Perdana Menteri dapat membantunya menjadi calon ADUN dan mendorong mangsa menyerahkan wang beberapa kali sejak 2011 hingga 2012.

Pencak silat sesat di N.Sembilan, polis dan peguam negara perlu bertindak

Posted: 06 Apr 2014 09:03 PM PDT




7 Apr 2014 - Mereka menyertai sebuah persatuan silat di sekolah menengah sebagai sebahagian aktiviti kokurikulum, namun terkejut apabila seni mempertahankan diri itu menyebarkan dakyah songsang dengan mempertikaikan kebenaran al-Quran.

Apabila seorang daripada pelajar terbabit yang berusia 17 tahun menyanggah kenyataan itu, guru silat terbabit terus berang lantas melempar al-Quran sebelum memijak dan membakarnya.

Itu aduan diterima Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) daripada seorang pelajar terbabit awal tahun ini dan menyiasat mengenai ajaran sesat yang disebarkan guru persatuan silat berkenaan.

Sumber JHEAINS berkata selepas menerima aduan daripada seorang daripada pelajar terbabit, pihaknya sudah menemui pengurusan sekolah berkenaan bagi membincangkan perkara itu awal bulan ini.

Menurutnya, siasatan awal mendapati lebih 10 pelajar sekolah itu menyertai persatuan silat di sekolah mereka sebagai aktiviti kokurikulum.

Cadangan bernas ahli parlimen Kuala Pilah untuk bantu peniaga online Melayu

Posted: 06 Apr 2014 04:04 PM PDT


Hukuman serta-merta jika tiada lesen perniagaan online
6 Apr 2014

TIADA LAGI AMARAN ATAU MAAF! Sebaliknya hukuman serta-merta akan dikenakan terhadap mana-mana syarikat atau INDIVIDU yang didapati tidak memiliki lesen sah dan cuba menipu ketika menjalankan urus niaga dalam talian.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Hasan Malek, berkata ingatan itu sebagai menunjukkan pihaknya memandang serius peningkatan aduan daripada pengguna berkaitan salah laku dalam perniagaan terbabit.

"Sebab itu kita gesa pengguna, jika mahu beli barangan secara online (dalam talian), periksa dan semak dulu status syarikat sama ada ia sudah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau tidak.