Ahad, 5 Januari 2014

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Anwar calls Jais action ‘high handed’, wants Najib to make a stand on Allah issue

Posted: 05 Jan 2014 04:32 PM PST

TMI

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim (pic) waded into the Allah debate by calling on Prime Minister Datuk Seri Najib Razak to make a stand on the controversy while declaring that he did not approve of the "high handed" ways of the Selangor Islamic Religious Department (Jais), which had seized Malay and Iban language bibles containing the word Allah.

"If Jais felt that there are any actions that have contravened the law, then they should call up the relevant parties for an explanation.

"But you can't take such drastic action because it will be perceived as anti-Christian. There is no need for such action. It only causes tension," he said after giving a talk at the Centre for Reform, Democracy and Social Initiatives today breaking his silence on the issue.

 Jais raided the Bible Society of Malaysia (BSM) office in Petaling Jaya, where it seized over 300 copies of the AlKitab and Bup Kudus. Two top BSM officials were also detained in the raid.

But lawyers have since questioned the authority of Islamic authorities to raid the BSM premises or seize the bibles, pointing out that Jais and other such departments have no jurisdiction over non-Muslims.

They also cast doubt on the validity and constitutionality of enactment that they say impinged on the right to religious freedom.

Anwar believed the entire controversy was an attempt to deflate attention from the country's economic problems such as the rising cost of living due to price hikes and subsidy cuts.

"I don't dismiss the fact there are attempts to deflect attention from the economic problem the country is facing and other problems like the quality of education, economic injustice and moral degradation.

Anwar said Najib should take a position on this issue.

"The government should deal with it and not by attacking the rest," he said.

Anwar also ticked off the three DAP assemblyman – Yeo Bee Yin (Damansara), Rajiv Rishyakaran (Bukit Gasing) and Lau Weng San (Kampung Tunku) for proposing to amend the Selangor Non-Islamic Religions (Control of Propagation Among Muslims) Enactment 1988.

Passed by the then Barisan Nasional state government, the enactment prohibits non-Muslims in Selangor from using 35 Arabic words and phrases in their faith, including "Allah", "Nabi" (prophet), "Injil" (gospel) and "Insya'Allah" (God willing).

Anwar said there is no need for such hasty action as there are proper channels within the state government and Pakatan Rakyat for them to put forth their views.

Jais's raid comes amidst heightened tensions over the use of the word Allah, the Arabic word for God, by non-Muslims, which Muslim groups insist is exclusive to Islam.

The raid is widely seen as being triggered by Catholic weekly Herald editor Rev Father Lawrence Andrew's remarks that churches in Selangor will continue to use Allah in their Bahasa Malaysia services following a warning from Jais to stop.

Although global Islamic scholars have clarified that the term can be used by anyone, state Islamic authorities in Malaysia have reacted negatively to reports of churches using the word Allah in services and literature catering to the Bahasa Malaysia-speaking Christian community.

The tussle over the word Allah arose in 2008 when Herald was barred by the Home Ministry from using the Arabic word. The Catholic church had contested this in court and won a High Court decision in December 2009 upholding its constitutional right to do so.

Putrajaya later appealed the decision and successfully overturned the earlier decision when the Court of Appeal ruled last October that “Allah was not integral to the Christian faith”.

Christians make up about 9% of the Malaysian population, or 2.6 million. Almost two-thirds of them are Bumiputera and are largely based in Sabah and Sarawak, where they routinely use Bahasa Malaysia and indigenous languages in their religious practices, including describing God as Allah in their prayers and holy book.

Besides the Bumiputera Christians from East Malaysia, some of whom have moved to the peninsula to live and work, Orang Asli Christians in the peninsula also typically use Bahasa Malaysia in their worship.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Apa agaknya komen Mufti Perak terhadap anak Tun Dr Mahathir nanti?

Posted: 04 Jan 2014 08:49 PM PST


Najib patut umum batalkan PLKN sebagai langkah berjimat cermat

Posted: 04 Jan 2014 04:37 PM PST


Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM 4.36 bilion untuk melahirkan 629,052 pelatih PLKN. Dengan RM 4.36 bilion juga sepatutnya boleh menampung kos pembiayaan pinjaman PTPTN untuk pelajar ijazah pertama di IPTA selama setahun kepada seramai 670,769 orang mahasiswa serta mahasiswi.

Lagi berita kes gaduh, rusuhan, melahirkan anak luar nikah, keracunan makanan di PLKN di http://beritaplkn.blogspot.com

Dua kem PLKN tak patuh syarat ditutup
5 Jan 2014
Kota Kinabalu: Dua daripada 81 kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) iaitu Kem Muadzam Shah di Pahang dan Kem Marang di Terengganu ditutup pada sesi pengambilan pelatih Kumpulan Pertama Siri 11/2014 yang bermula semalam.

Timbalan Menteri Pertahanan, Datuk Abdul Rahim Bakri, berkata penutupan itu dilakukan selepas Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) mendapati kedua-dua kem gagal memenuhi syarat keselamatan dan keperluan infrastruktur yang ditetapkan.

RELA pun macam pengawal keselamatan, ada yang jadi perompak

Posted: 04 Jan 2014 04:36 PM PST


DUA ANGGOTA RELA SASPEK CUBA PECAH MASUK RUMAH TIMBALAN MENTERI DALAM NEGERI
5 Jan 2014

KUCHING – Dua anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) merupakan antara tiga suspek yang ditahan polis petang semalam berhubung kes cubaan memecah masuk rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar baru-baru ini.

"Siasatan awal mendapati suspek pertama berusia 34 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau manakala suspek kedua memiliki dua rekod jenayah.

"Kedua-dua suspek ini juga merupakan anggota Rela yang ditugaskan untuk mengawal keselamatan di kediaman tersebut," katanya ketika dihubungi Kosmo Ahad! di sini semalam.

ANGGOTA RELA DIDAKWA MEROMPAK WARGA ASING
22 Okt 2013

SEREMBAN - Seorang anggota Pasukan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan dua adik iparnya didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban dekat sini hari ini atas dua tuduhan merompak dua lelaki warga asing di sebuah rumah kongsi, minggu lalu. Md. Lisam Md. Razali, 34, bersama Emir Yusran Abdul Jabar, 22, dan adiknya, Muhamad Lut Bosni, 21, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepada mereka di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Mengikut pertuduhan, ketiga-tiga mereka yang bersenjatakan kayu besbol, cota besi dan sepasang gari didakwa merompak wang tunai RM1,000 daripada seorang lelaki warga Indonesia yang hanya dikenali sebagai Tutik. Mereka didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah kongsi di sebuah ladang di Batu 4, Jalan Labu, Nilai dekat sini kira-kira pukul 11 malam, 14 Oktober lalu.


Konstabel polis didakwa rompak pelajar

Posted: 03 Jan 2014 06:09 PM PST


4 Jan 2014 KUALA LUMPUR: Tiga lelaki termasuk seorang konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap pertuduhan melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang pelajar kolej, Disember lalu.

Konstabel Md Harris Abd Rashid, Azly Abd Aziz dan Rozali Ahmad bersama-sama
tiga lagi yang masih bebas didakwa merompak satu unit telefon bimbit jenis iPhone 5 milik Farith Rayyen Akop, 19, di sebuah bilik hotel di Jalan Cheras, di sini, pada 12.45 tengah malam, 25 Disember lalu.

- Bernama

Siapa lagi bijak dan jimat kos, ibu tunggal atau Mahathir?

Posted: 03 Jan 2014 01:38 AM PST




Tun M syor cara atasi banjir
3 Januari 2014

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mencadangkan agar tingkat satu bangunan dan rumah ditinggikan untuk mencegah dilanda banjir. Bagi mengelak kenderaan ditenggelami air pada musim monsun, Dr Mahathir mencadangkan agar tanjakan dibina bagi membolehkan kenderaan naik hingga ke tingkat satu.
  
Ibu tunggal bina rumah rakit hadapi banjir
6 Disember 2013

JERANTUT - Seorang ibu tunggal dari Kampung Paya Garuk sanggup menghabiskan RM4,000 untuk membina sebuah rumah rakit bagi menempatkan barangan dan harta benda daripada ditenggelami air setiap kali musim banjir tiba. Hanisah Mat Sarif, 45, berkata, dia membina rumah rakit itu sejak tahun 2005 bagi persediaan awal untuk menghadapi banjir yang berlaku di kampung mereka.

Pelajar rambut punk serang guru dengan kerambit

Posted: 02 Jan 2014 11:32 PM PST

Sepatutnya pelajar punk, remaja punk dikawal seperti mana di Indonesia, dimana kumpulan punk ini tidak diberi muka langsung. Polis Indonesia tangkap remaja punk dan potong rambut mereka. Ini tidak, macam-macam fatwa dan fitnah dilemparkan terhadap peserta perhimpunan aman TURUN tanpa gaya rambut punk.

Pelajar rambut punk serang guru dengan kerambit
3 Jan 2014

Kuala Perlis: Seorang pelajar Tingkatan Lima menjadi buruan polis, selepas mencederakan muka guru dengan kerambit, hanya kerana berang ditegur sebab hadir dengan gaya rambut punk pada hari pertama persekolahan, semalam.

Kejadian bermula jam 7 pagi semalam, ketika guru berusia 50 tahun itu mengawasi kehadiran di pintu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Perlis, sebelum menegur gaya rambut punk berwarna pelajar terbabit kerana menyalahi peraturan.


Pembeli Rokok Halal Tidak Akan Didenda

Posted: 02 Jan 2014 07:53 PM PST




Pembeli Rokok Haram Berdepan Denda, Hukuman Penjara
Jumaat Januari 3, 2014

Pindaan kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 di bawah Akta Makanan 1983 menetapkan bahawa bukan hanya menjual rokok dalam paket yang tidak mempunyai amaran kesihatan kerajaan dan gambar yang menyalahi undang-undang, tetapi membelinya juga menyalahi undang-undang.

Di bawah pindaan yang diwartakan pada Jun lepas, pembeli adalah sama seperti penjual yang mana mereka boleh dikenakan denda maksimum RM10,000, penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Difahamkan peruntukan baru ini bertujuan untuk membanteras kegiatan penyeludupan rokok haram ke negara ini.

Berdialog dengan gereja bersama Dr. Mujahid Yusof Rawa

Posted: 02 Jan 2014 07:02 PM PST




Berdialog dengan gereja bersama Dr. Mujahid Yusof Rawa
Tarikh: 6/1/2014 (Isnin)
Tempat: Thoyyib Cafe, Nilai, N.Sembilan (berhampiran Alson Klana dan Bank Islam Nilai)
Masa: 5 hingga 7 petang

Anjuran: Mahasiswa Progresif (Sispro)

Bekalan kurang, harga ikan naik

Posted: 02 Jan 2014 03:16 PM PST


3 Jan 2014

Harga ikan kembung di Kedah meningkat sehingga 50 peratus dan bekalan kurang di pasaran sejak tiga minggu lepas.

Tinjauan di beberapa pasar di bandar raya tersebut dan Kuala Kedah mendapati, ikan kembung yang biasa dijual di bawah RM8 sekilogram kini dijual antara RM10 hingga RM12 sekilogram.

- KOSMO

Bot sampah Terengganu RM300,000, Melaka cuma RM20,000

Posted: 01 Jan 2014 11:34 PM PST




Macamana kerajaan negeri Terengganu beli bot untuk kutip sampah berharga lebih RM300,000 sebuah sedangkan Melaka boleh buat dengan harga RM20,000 sebuah?

PPSPM cipta bot kutip sampah
2 Januari 2014

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan kaedah terbaik mengatasi masalah sampah sepanjang Sungai Melaka bagi menggantikan kaedah konvensional yang digunakan sejak hampir tujuh tahun lalu.

Pengurus besarnya, Datuk Baharom Majid berkata, "Kos pembinaannya tidak sampai RM20,000 dan ia cuma dikendalikan oleh dua kakitangan sekali gus dapat menjimatkan masa serta belanja pengurusan sehingga 50 peratus," katanya dalam sidang media, semalam.

Bot Sampah Bersih Sungai
26 Februari 2010

Kerajaan negeri akan mengadakan perkhidmatan bot sampah bagi membersih dan mengutip sampah yang terdapat di dalam sungai di negeri ini. Pengerusi Jawataankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar negeri, YB Toh Chin Yaw berkata, kertas kerja cadangan membeli bot beserta peralatan telah disiapkan.

"Sebagai permulaan, kita mencadangkan untuk membeli dua buah bot dengan kos lebih RM300,000 sebuah," katanya kepada pemberita pada majlis Penyerahan Peralatan dan Pengawasan Kualiti Air di bawah program satu sungai satu DUN (Dewan Undangan Negeri) di Wisma Darul Iman hari ini (23 Februari).

Melaka cipta bot kutip sampah untuk bersihkan sungai

Posted: 01 Jan 2014 11:15 PM PST


Jabatan kerajaan perlu lebih kreatif seperti PPSPM. Buat sendiri bot ni baru RM20,000. Agaknya kalau bot ini diimpot dan ditenderkan termasuk komisyen mungkin harga bot ini boleh sampai RM200,000 sebuah atau mungkin lebih lagi.

PPSPM cipta bot kutip sampah
2 Januari 2014

Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) memperkenalkan kaedah terbaik mengatasi masalah sampah sepanjang Sungai Melaka bagi menggantikan kaedah konvensional yang digunakan sejak hampir tujuh tahun lalu.

Pengurus besarnya, Datuk Baharom Majid berkata, kaedah itu yang menggunakan sebuah bot hasil ciptaan kakitangan PPSPM mampu memungut sampah lebih senang, cepat serta menjimatkan kos.

"Kos pembinaannya tidak sampai RM20,000 dan ia cuma dikendalikan oleh dua kakitangan sekali gus dapat menjimatkan masa serta belanja pengurusan sehingga 50 peratus," katanya dalam sidang media, semalam.


Warga Johor sahut seruan kerajaan untuk berjimat cermat

Posted: 01 Jan 2014 08:41 PM PST




Disamping dapat mengurangkan beban dengan mengguna kaedah teknologi hijau !

Kenapa Haji 1MDB perlu diberi kuota dan ditaja?

Posted: 01 Jan 2014 07:58 PM PST




Najib sepatutnya mengumumkan sebagai langkah penjimatan bermula tahun 2014 ini tiada lagi kuota dan tajaan haji 1MDB. Lebih baik 800 orang yang ditaja ini duitnya disalurkan kepada mereka yang memerlukan dan terjejas dengan kos sara hidup, tarif elektrik, minyak yang naik. Beratus ribu rakyat Malaysia yang menunggu nak pergi haji dengan duit sendiri tetapi tiada kuota !

800 LAGI CALON PROGRAM KHAS HAJI TAJAAN 1MDB TERIMA SURAT TAWARAN

PUTRAJAYA - Seramai 800 orang terdiri daripada imam, ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) hari ini menerima surat tawaran menunaikan fardu haji 1434H/2013 tajaan Yayasan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Majlis penyerahan surat tawaran itu disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Beliau berkata ini merupakan kemudahan yang diberikan kerajaan kerana mereka yang terpilih turut diberikan elaun serta satu majlis juga akan diadakan sebelum mereka berlepas ke tanah suci.

Tukar pegawai tak selesai masalah rasuah, patutnya solat jemaah

Posted: 01 Jan 2014 07:28 PM PST




Macam-macam pendekatan dilakukan oleh kerajaan untuk menangani rasuah terutama di kalangan kakitangan kerajaan khususnya polis, kastam dan imigresen. Dulu BPR , kini SPRM, juga tak selesai masalah. Apa kata pastikan semua polis, kastam, imigresen tunaikan solat yang wajib, diimamkan oleh ketua masing-masing. Hanya solat yang mampu mencegah fahsya dan munkar termasuklah rasuah !

Tukar pegawai kastam lebih kerap
2 Jan 2014

Bagi mengelak pegawai dan anggotanya bersekongkol dengan sindiket penyeludupan dadah, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan melakukan pertukaran penugasan mereka lebih kerap pada masa depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Khazali Ahmad berkata, langkah itu bagi mengelakkan pegawai dan anggotanya terdedah untuk menerima tawaran anggota sindiket.

"Penahanan empat pegawai penguat kuasa JKDM (baru-baru ini) kerana disyaki terlibat dalam dua sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, antara kes yang kita terlepas pandang kerana modus operandi yang sindiket gunakan.

Pantai Port Dickson , antara maksiat dan banyaknya jin di sini

Posted: 01 Jan 2014 05:01 PM PST



Wanita mengilai jam 4 pagi

2 Jan 2013 - Port Dickson : "Lepaskan saya, saya nak menari, jangan pegang saya… tolonglah," kata seorang wanita berusia awal 20-an yang secara tiba-tiba diserang histeria ketika tidur di dalam sebuah khemah di Batu 4, Jalan Pantai, di sini, awal pagi semalam.

Wanita terbabit yang mengikut teman lelakinya menyertai Pertandingan Bola Sepak Pantai Sepanjang Malam anjuran Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD), mengejutkan orang ramai yang menyaksikan perlawanan itu apabila diserang histeria dan menari 'ulik mayang' pada jam 4 pagi.

Wanita berkenaan yang kemudian meraung sekuat hati dan berlari seperti mengejar sesuatu menyebabkan perlawanan terhenti seketika dan beberapa pengunjung terpaksa menenangkan wanita itu.

Saksi kejadian, Yusri Hassan, 35, berkata, sebelum kejadian dia sedang menyaksikan perlawanan bola sepak yang diadakan sempena sambutan tahun baru 2014.


50 anggota JPAM kena rasuk

11 Nov 2013 -  Port Dickson: Persembahan kuda kepang dan ulik mayang, dipercayai antara punca hampir 50 anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) mengalami histeria di kawasan perkhemahan dekat Jalan Pantai di sini, malam kelmarin.

Orang Islam walaupun tiada kerakyatan Malaysia patut dibantu

Posted: 01 Jan 2014 03:09 PM PST


Persaudaraan Islam tidak mengenal batasan kerakyatan. Umat Islam yang menetap di Malaysia walaupun belum atau tidak mendapat kerakyatan Malaysia sepatutnya dibantu sama adilnya dengan rakyat tempatan sekiranya mereka ini miskin, daif dan memerlukan bantuan.

Sehubungan dengan itu Pertubuhan Anak Muda Islam (AMIR) sedang menjejaki keluarga yang miskin dan daif di Rembau termasuk mereka yang bukan rakyat tempatan, lebih-lebih lagi dengan harga barang dan kos hidup yang semakin meningkat tahun 2014 ini.

AMIR telah menjejaki satu keluarga miskin yang mempunyai 3 orang anak yang tidak bersekolah kerana tiada kerakyatan di DUN Kota yang memerlukan bantuan. Juga terdapat ibu tunggal dengan empat orang anak yang memerlukan bantuan kita.

Mereka yang ingin menyumbang sila salurkan ke akaun CIMB : 05010004140204 Muhammad Allif (Presiden AMIR)

Untuk PM atau maklumat lanjut di www.facebook.com/mynameispaan

Remaja mati akibat kencing tikus, tempat rekreasi kotor, lampin bayi dibuang merata-rata

Posted: 31 Dec 2013 01:28 AM PST


Teenage boy dies of leptospirosis after visiting recreational area

NST - 30 Dec 2013 : A teenage boy was believed to have died of leptospirosis on Dec 25 after visiting the Sungai Kedondong Recreational Centre in Hulu Selangor on Dec 14 and 15. The victim's five other friends, who were also suspected to have contracted the disease, have been treated at Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam, and are currently healthy.

Selangor Health Department director Dr Azman Abu Bakar said the department had issued an order to close the centre on Dec 26 as a prevention and control measure following the death of the teenager.

"The place where they showered was a risk for leptospirosis infections as there was stagnant water and rubbish left behind by visitors in the area.


Bom dah dapat, saspek dah ditangkap !

Posted: 30 Dec 2013 08:39 PM PST




Sekarang rakyat nak tahu siapa saspek tersebut ! Siapa dalang disebalik saspek tersebut ! Ada ke mana-mana penganjur perhimpunan tahu nak buat bom canggih macam ni ?

Generasi lama Adat Perpatih yang ego, tidak bijak perlu letak jawatan

Posted: 30 Dec 2013 08:03 PM PST




Setelah beberapa kurun adat perpatih ini diamalkan di Negeri Sembilan, kini ia semakin dilupakan terutama generasi baru yang lahir sekitar tahun 60-an ke atas. Rata-rata anak watan Negeri Sembilan kini tidak memahami adat perpatih, inti pati dan pengajarannya secara mendalam.

Mereka tidak tahu suku, pemimpin adat masing-masing apatah lagi perjalanan adatnya.

Anak muda tidak ditarik untuk memahami adat perpatih malah generasi lama selalu menganggap adat perpatih adalah hak mereka sahaja, hingga timbul istilah siapa dahulu makan garam, menurut Pensyarah Kanan, Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Prof Madya Datuk Paduka Dr Rosli Saludin.

Ujar pengkaji sejarah Negeri Sembilan itu, pendapat dan pandangan generasi muda mengenai adat perpatih sering dipinggirkan.

Malah anak muda yang mula berminat kepada adat perpatih dianggap cabaran bagi mereka yang lama hingga timbul suara-suara nakal yang menyatakan anak muda itu ingin merampas jawatan.

"Golongan cerdik pandai dalam kalangan anak muda memang sudah terpinggir kerana dibimbangi mereka ini akan banyak cakap dan sering bertanya kepada kepimpinan adat.

Ujarnya sangat penting membuang ego generasi lama dan baru bagi mencari titik persamaan dan apabila sudah ada titik persamaan itu, baharulah boleh duduk semeja berbincang.

Selain itu, sudah tiba masanya kerajaan Negeri Sembilan menubuhkan Akademi Adat atau Institut Adat atau Yayasan Adat dalam bentuk yang serius dan tidak ada kepentingan peribadi di dalamnya.

"Kita perlu hidupkan semula idea Datuk Undang Abdullah Dahan dari Rembau yang mahukan semua kepimpinan adat ada ilmu setinggi yang boleh. Jika mereka dilantik jadi pemimpin adat perlu amanah dan jalankan tugas dengan baik.

"Jika bermasalah perlulah letak jawatan dan diganti dengan yang baharu," katanya pendidikan adat perpatih juga perlu dijadikan subjek tambahan di peringkat sekolah rendah dan menengah di negeri ini.

PM umum 11 langkah penjimatan sektor awam

Posted: 30 Dec 2013 07:35 PM PST




31 Dis 2013

Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam, berkuat kuasa esok.

Langkah berkenaan ialah:

1. Pengurangan 10 peratus elaun keraian menteri

2. Pengurangan lima peratus kos utiliti elektrik di semua kementerian

3. Pengurangan RM50 hingga RM100 atau 30 peratus kemudahan bayaran tol bagi pegawai kanan kerajaan (Gred JUSA C ke atas).

4. Pembekuan permohonan baru bagi pengubahsuaian ruang pejabat kementerian, jabatan, agensi dan premis kerajaan.

5. Mengetatkan pelantikan juru perunding untuk projek fizikal kerajaan

6. Pengurangan penggunaan syarikat pengurusan acara dan pemberian cenderamata

7. Pindaan kelayakan tiket penerbangan domestik dan antarabangsa.

8. Mengurangkan penyediaan makanan dan minuman semasa penganjuran persidangan

9. Pengurangan penggunaan kain pemidang bagi penganjuran persidangan

10.  Mengoptimum penggunaan ruang pejabat sedia ada untuk mengurangkan sewaan premis.

11.    Mengguna pakai pendekatan Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) dengan mengoptimumkan penggunaan Pusat Latihan 1Malaysia (1MTC)

YURAN PIBG SESI 2014 BELUM BOLEH DIKUTIP !

Posted: 30 Dec 2013 04:29 PM PST



Untuk makluman yuran PIBG 2014 belum boleh dibayar dan dikutip. Yuran PIBG 2014 hanya boleh dikutip setelah selesai persetujuan Mesyuarat Agung 2014 dan diluluskan pihak Jabatan Pendidikan. Mana-mana sekolah yang dah kutip Yuran PIBG 2014 telah melakukan satu kesalahan dan boleh didakwa di mahkamah dan pendaftaran PIBG tersebut boleh dibatalkan oleh ROS. PIBG Sekolah yang dah kutip sila pulangkan semula kepada ibu bapa.

Yuran khas perlu dipersetujui PIBG
31 Dis 2013

Semua pentadbir sekolah perlu mendapatkan persetujuan ibu bapa, sebelum membuat sebarang kutipan bayaran tambahan yuran khas bagi sesi persekolahan baru yang bermula esok dan lusa.

Timbalan Menteri Pendidikan II, P Kamalanathan, berkata yuran tambahan khas itu tidak termaktub dalam pekeliling diedarkan kementerian kepada Jabatan Pendidikan seluruh negara.

"Setiap urusan pembayaran yuran tambahan perlu mendapat persetujuan ibu bapa dan Jabatan Pendidikan, sebelum pentadbiran sekolah boleh mengutipnya daripada pelajar masing-masing.

"Berdasarkan prosedur sedia ada, yuran tambahan itu perlu diluluskan mesyuarat Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan kemudian dimajukan kepada jabatan untuk kelulusan sebelum boleh dikutip daripada setiap pelajar," katanya.

TMM 2014 Tidak Akan Terjejas Dengan Perhimpunan Haram

Posted: 30 Dec 2013 01:38 AM PST


30 Dis 2013 :  Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 tidak akan terjejas dengan perhimpunan haram yang dirancang diadakan di Dataran Merdeka di sini malam Selasa.

Beliau berkata ini kerana kebanyakan pelancong asing telah mengenali budaya negara ini dan mempunyai pandangan serta pemikiran positif terhadap Malaysia.


Sambutan Tahun Baru di N.Sembilan tiada doa selamat, hanya konsert

Posted: 29 Dec 2013 11:39 PM PST




SAMBUTAN AMBANG TAHUN BARU 2014
Tarikh : 31 Disember 2013 (Selasa).
Masa : 8.30 malam.
Tempat : Mini Stadium Kuala Klawang, Jelebu, N.Sembilan

Atur cara
6.00 petang : Persembahan band The Braderhood dari CCRC Jelebu.
                    : Pertandingan karaoke.
9.00 malam : Ucapan aluan YB Dato Haji Yunus Bin Rahmat.
                    : Ucapan YB Dato Haji Jalaluddin Bin Haji Alias.
                    : Ceramah GST.
                    : Persembahan band.
12.00 malam: Persembahan bunga api.
12.30 malam: Bersurai.
           

TENGOK MAHARAJA LAWAK, KONSERT TAK BUANG MASA?

Posted: 29 Dec 2013 10:56 PM PST




Himpunan jalanan hanya buang masa, tenaga - Ahmad Shabery
30 Dis 2013

Menteri Penerangan Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata rancangan untuk menghimpun rakyat untuk berarak di jalanan pada malam 31 Disember ini adalah satu perbuatan yang sia-sia serta membuang masa dan tenaga.

Beliau berkata adalah lebih baik masa dan tenaga itu digunakan untuk membantu mangsa banjir di beberapa negeri baru-baru ini kerana ia lebih berfaedah daripada membuat bantahan di jalanan.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Himpunanjalananhanyabuangmasa_tenaga-AhmadShabery/Article/?bh

Kenderaan bomba perlu dikecualikan tol

Posted: 29 Dec 2013 08:28 PM PST




Kesatuan Pekerja Bomba dan Penyelamat Semenanjung Malaysia (KPBPSM) memberi tempoh 14 hari kepada syarikat pengendali Lebuh Raya Utara Selatan, PLUS Expressways Berhad (PLUS) untuk mengecualikan bayaran tol kepada semua kenderaan rasmi Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Jika tiada tindakan diambil, kesatuan tersebut akan menggunakan Lebuh Raya Persekutuan sahaja dan berhenti daripada menggunakan Lebuhraya PLUS jika berlaku kecemasan.

Malah pihak kesatuan juga merancang mahu mengenakan caj tertentu kepada PLUS sekiranya khidmat mereka diperlukan pada musim perayaan.

"Sejak September lalu, PLUS hanya mengecualikan bayaran tol kepada kenderaan JBPM yang bertugas dalam keadaan kecemasan tetapi tetap mengenakan tol bagi kenderaan lain jabatan walaupun ketika tugasan rasmi.

"Saya hairan mengapa PLUS berkira sangat dalam pembayaran tol sedangkan lebuh raya lain tidak mengenakan sebarang tol"

"Jangan salahkan kita kalau terjadi apa-apa jika kenderaan bomba tidak memasuki PLUS walaupun ketika kecemasan," katanya.

Sementara itu, Mohd. Sayuthi berkata, pihaknya menerima banyak rungutan daripada anggota bawahan yang terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar tol bagi tugas rasmi.