Sabtu, 27 Julai 2013

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Saya mencuba meneruskan kisah riwayat hidup saya....

Posted: 27 Jul 2013 08:55 PM PDT

Dalam keadaan saya yang amat sakit, saya cuba juga mengetuk komputer saya untuk teruskan kisah saya.

Tapi keadaan saya yang amat sakit tidak membolehkan saya berbuat begitu.  Hanya saya coretkan setkat ini untuk saya mencuba.  Tapi belum mampu.

Pada 1.8.13 saya akan bertemu doktor sekali lagi.  Entahlah, apa akan berlaku pada waktu itu.

Minta maaf kepada semua yang mengikuti kisah riwayat hidup saya

Posted: 27 Jul 2013 02:47 AM PDT

Kalaulah selepas ini kisah hidup saya ini terhenti disini, saya pohon banyak-banyak maaf.  Saya sedang sakit sangat kuat, dan tidak berupaya mengetuk komputer saya.  Tetapi saya ketuk juga dengan menanggung sakit.  Kalau tidak dapat lagi saya mengetuk komputer dan tidak lagi dapat meneruskan kisah hidup riwayat saya.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


[PRESS STATEMENT] Call On All Parties And Nations To Condemn The Massacre Of The Innocent People Of Egypt

Posted: 27 Jul 2013 02:20 AM PDT

PRESS STATEMENT
FOR IMMEDIATE RELEASE

27 JULY 2013

Today's massacre of more than 100 pro-Morsi supporters and members of the Muslim Brotherhood around the Rabaa al-Adawiya mosque in Cairo marks the darkest day for Egypt since the Arab Spring.

I categorically condemn this bloodbath committed by the military and the security forces. Army chief Gen Abdel Fattah al-Sisi together with the leaders of the present illegitimate interim government of Egypt now have blood on their hands and must be held to account.

I call on all parties and nations to condemn this slaughter of innocent people and do everything in their power to put a stop to this carnage.

ANWAR IBRAHIM

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Malaysia memang aman, tapi untuk penjenayah

Posted: 26 Jul 2013 10:00 PM PDT


Penjenayah memang bermaharajalela sekarang. Kedai emas ini cuma 200 meter dari Balai Polis Mantin, namun macam pekan koboi, tembak menembak berlaku ketika rompakan. Sedangkan Mantin ialah kampung asal Ketua Polis Negara sendiri. Adakah perompak ini sengaja nak sakitkan hati Ketua Polis Negara ketika umat Islam sibuk bersiap solat Jumaat di bulan Ramadan? Kalau dekat balai polis pun tak selamat macamana yang jauh dari balai?

Kedai emas dirompak, perniaga rugi RM500,000
26 Julai 2013

SEREMBAN - Lima lelaki bersenjatakan pistol nekad melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai RM500,000 dalam rompakan di sebuah kedai emas yang terletak hanya kira-kira 200 meter dari Balai Polis Mantin dekat sini semalam. Pemilik kedai emas itu yang enggan dikenali berkata, ketika kejadian pukul 1 petang itu, dia bersama tiga lagi pekerjanya berada di dalam premis berkenaan sebelum muncul kumpulan suspek memakai topi keledar dan bersenjatakan pistol.

Perompak Dan Pemilik Kedai Emas Saling Lepaskan Tembakan
26 Julai 2013

NILAI: Lima lelaki yang dikatakan bersenjatakan pistol melarikan tujuh dulang barangan kemas bernilai hampir RM500,000 dari sebuah kedai emas di Pekan Mantin dekat sini kira-kira 1 petang Jumaat. Perompak dikatakan turut melepaskan tembakan amaran sebelum merompak sementara pemilik kedai emas itu juga melepaskan tembakan sehingga mengejutkan para perompak dan menyebabkan mereka melarikan diri.

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


EKSTRIM KEKADANG MEMANG SALAH DAN KELIRU, ISU BUDAK MAKAN DI BILIK MANDI....

Posted: 26 Jul 2013 08:28 PM PDT

'Makan dalam tandas,' lahirkan persepsi salah

Manusia biasanya terpengaruh dengan maklumat pertama yang mereka terima. Mereka akan lebih percaya maklumat ini walaupun ada maklumat kedua datang yang bertentangan dengannya.
Itulah yang terjadi kepada kes 'kantin dalam tandas' Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buloh.

Apabila seorang ibu bukan Islam terjumpa anaknya sedang makan dalam satu bilik persalinan di sekolah dan di bulan puasa, terus tergambar di kepalanya seolah-olah, anak dan rakan-rakannya yang bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa. Kononnya tindakan dibuat untuk menghormati kanak-kanak lain yang beragama Islam yang sedang berpuasa.
Lalu beliau masukkan gambar dan persepsi ini dalam laman sosial Facebook.
Pembaca pula terus terbayang begitu juga. Kanak-kanak bukan Islam diasingkan oleh pentadbiran sekolah yang beragama Islam supaya makan di bilik tertutup, dan tandas dipilih untuk menempatkan mereka.
Maka lahirlah persepsi kepada seluruh negara, kanak-kanak sekolah bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa dan tandas dipilih sebagai tempatnya.
Inilah yang berlaku dalam kes SK Sri Pristana ini.
Namun, sebagaimana dijangka, itu bukanlah cerita sebenarnya. Ia disahkan oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mejar Hardeep Singh kepada The Malaysian Insider.
Mungkin kalau AJK beragama Islam memberitahu perkara yang sama, ramai yang tidak percaya dengannya. Ia seolah-olah mahu membela pihak pentadbiran sekolahnya.

Tetapi apabila Hardeep yang bercerita, ia menjadikan cerita ini dipercayai sebagai betul.
Inilah nasib Malaysia. Salah sangka dan perasaan salah faham antara kaum terlalu menebal. Semua perkara berlaku terlalu dilihat daripada perspektif kaum dan agama. Mungkin ini reaksi bukan Melayu dan bukan Islam kepada sikap dan lagak yang ditunjukkan oleh orang Melayu dan Islam yang terlalu ekstrim sebelum ini.
Isu perarakan kepala lembu di perkarangan pejabat SUK Selangor dan ugutan membakar bible yang berbahasa Melayu sudah pasti menyumbang kepada perkara ini. Begitu juga sikap sesetengah pemimpin PAS dalam sesuatu perkara, ia melahirkan salah faham mereka.
"Memang guru besar sekolah ini penyokong kuat Umno. Tetapi dalam kes ini, dia tidak salah dan saya akan membela dia," kata seorang aktivis PAS Cawangan Sri Pristana yang juga seorang bapa kepada murid di sekolah ini kepada The Malaysian Insider.
Sebagaimana kenyataan Hardeep, beliau memberitahu, pelajar sekolah ini menggunakan bilik persalinan yang tidak digunakan ini sejak Mac tahun ini lagi. Ketika itu belum masuk bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa.
Pihak sekolah mengemaskan bilik itu dan meletakkan meja dan kerusi. Di situ tidak ada tandas hanya bilik mandi yang tidak digunakan.
Ia digunakan sebagai tambahan kepada kantin yang ada. Semua kanak-kanak sekolah ini, Islam dan bukan Islam, Melayu, India dan Cina menggunakan bilik ini untuk makan sebagai tambahan kepada kantin sekolah.
"Kantin sekolah ini sempit untuk menampung pertambahan pelajar yang mendadak di kawasan ini. Sebelum ini, ramai pelajar yang makan tepi longkang, tepi jalan pada waktu rehat. Jadi Guru Besar ni ambil inisiatif untuk gunakan bilik persalinan yang tidak digunakan itu sebagai tempat makan," katanya.
Namun cerita ini menjadi lain apabila gambarnya disiarkan buat pertama kalinya seolah-olah mereka dipaksa makan di dalam kawasan tandas di bulan Ramadhan untuk menghormati orang yang berpuasa di luar.
Akibat persepsi dan gambaran salah ini, semua media terutama berbahasa Inggeris dan Mandarin menyiarkan gambar kanak-kanak sekolah makan dalam tandas di bulan puasa ini di muka depan akhbar mereka.
Maka berlakulah apa yang berlaku.
Guru Besar sekolah ini Mohamad Nasir Mohd Noor menjadi sasaran kebencian banyak pihak. Bukan setakat cacian bahkan beliau juga menerima ugutan bunuh.
Padahal beliau cuba untuk membuat yang terbaik untuk pelajarnya dengan ruang yang ada.

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


MAKLUMAT PERTAMA BUKANNYA SELALU BENAR.... SELAMAT BERBUKA HARI INI

Posted: 26 Jul 2013 08:27 PM PDT