Khamis, 9 Ogos 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Kedahkini: Berita Terkini! Lagi Pemimpin Politik Sabah Akan Sokong Pakatan

Posted: 09 Aug 2012 08:03 AM PDT

Kedahkini: Hudud: Kenyataan Najib lebih Biadap Dari Dap

Posted: 09 Aug 2012 08:00 AM PDT

Kedahkini: Hudud: Kenyataan Najib lebih Biadap Dari Dap

Posted: 09 Aug 2012 08:00 AM PDT

Kedahkini: Hudud: Kenyataan Najib lebih Biadap Dari Dap: SHAH ALAM, 8 OGOS : Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Umno-BN tidak akan melaksanakan hukum hakam berlandaskan syar...

Kedahkini: Terkini!! Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Khairy, sam...

Posted: 09 Aug 2012 07:55 AM PDT

Kedahkini: Terkini!! Mahkamah Tinggi Tolak Rayuan Khairy, sam...: PUTRAJAYA- Mahkamah Rayuan di sini hari ini memerintahkan saman RM100 juta yang dikemukakan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ketua Pemuda ...

KedahLanie.info: Kaji selidik terbaru tunjukkan BN makin bahaya

Posted: 09 Aug 2012 05:43 AM PDT

KedahLanie.info: Kaji selidik terbaru tunjukkan BN makin bahaya: Oleh Mohd Farhan Darwis July 27, 2012 PETALING JAYA, 27 Julai — PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin...

KedahLanie.info: Dalil Tok Mufti Pahang mengesahkan bahawa UMNO tid...

Posted: 09 Aug 2012 05:41 AM PDT

KedahLanie.info: Dalil Tok Mufti Pahang mengesahkan bahawa UMNO tid...:  Terbaik! Mufti Pahang kata haram dan berdosa sokong BN BACA laporan Utusan Malaysia di bawah ini baik-baik. Mufti Pahang kata, adalah ...

KedahLanie.info: BUKTI UMNO PARTI ZALIM - Pegawai cukur jambul anak...

Posted: 09 Aug 2012 05:40 AM PDT

KedahLanie.info: BUKTI UMNO PARTI ZALIM - Pegawai cukur jambul anak...:   Kes Cukur Jambul Anak Dengan Nik Aziz, Pegawai Dipecat Kesalahannya hanya sedikit sahaja kerana membawa anaknya cukur jambul denga...

KedahLanie.info: Mana dia ULAM-MAK UMNO Lah Geting & Fathul Bhari.....

Posted: 09 Aug 2012 05:39 AM PDT

KedahLanie.info: Mana dia ULAM-MAK UMNO Lah Geting & Fathul Bhari.....:   Fasa baru UMNO... telan muntah sendiri! Oleh: Kakitaboh Ada lagi peluang aku taboh pagi ni. Tudienn.. baik punya fatwa ulamak ...

KedahLanie.info: Ayuhh Matlamat mahu KUNING kan DATARAN MERDEKA aka...

Posted: 09 Aug 2012 05:38 AM PDT

KedahLanie.info: Ayuhh Matlamat mahu KUNING kan DATARAN MERDEKA aka...:  Kuning akan warnai Dataran lagi di ambang merdeka Sebanyak 20 NGO akan mengadakan sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka untuk...

KedahLanie.info: Pakatan Lancar LOGO MERDEKA dengan Tema Sebangsa S...

Posted: 09 Aug 2012 05:38 AM PDT

KedahLanie.info: Pakatan Lancar LOGO MERDEKA dengan Tema Sebangsa S...: Pakatan Rakyat menolak dakwaan bahawa tema berbeza yang akan digunakan oleh negeri Pakatan Rakyat untuk sambutan Hari Kebangsaan menunj...

KedahLanie.info: Fatwa Baru dari ULAM-MAK UMNO & MCA..!!

Posted: 09 Aug 2012 05:38 AM PDT

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Ramadhan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim Di Sabah

Posted: 09 Aug 2012 01:59 PM PDT

Merdeka Rakyat
12 Ogos 2012 (Ahad)

1) 2.00 – 5.00 ptg – Perisytiharan YB Senator Datuk Maijul Mahap
Lokasi: Kediaman YB Senator Datuk Maijul Mahap
Kg. Kokobuan, Goshen, Kota Marudu
Penceramah :
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Senator Datuk Maijul Mahap
iv. YB Saifuddin Nasution
v. YB Tian Chua
vi. YBhg Ahmad Thamrin Jaini

2) 6.30 ptg – Iftar / Maghrib / Tazkirah / Isya' / Tarawikh
Lokasi: Masjid Kampong Kulambai, Kota Belud

3) 8.00 – 12.00 mlm – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat
Lokasi: Restoran Suang Suka, Kg Kulambai, Kota Belud
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Senator Datuk Maijul Mahap
iv. YB Saifuddin Nasution
v. YB Tian Chua
vi. YBhg Ahmad Thamrin Jaini

Program Ramadhan Bersama Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Sarawak

Posted: 09 Aug 2012 01:56 PM PDT

Demi Rakyat
11 Ogos 2012 (Sabtu)

1) 3.00 ptg – Perjumpaan Dengan MPN, AMK, Wanita, Sri Kandi, NGO Dan Aktivis Parti
Lokasi : Hotel Grand Continental, Kucing

2) 6.50 ptg – Iftar /Solat Maghrib, Isya' & Tarawikh / Tazkirah
Lokasi: Kediaman Datuk Seri Hafsah Harun, Jalan Gita, Matang, Kucing

3) 8.30 -12.00 mlm – Ceramah Perdana
Lokasi : Perkarangan Pejabat PKR Petra Jaya, Jalan Satok, Kulas, Kucing
Penceramah:
i. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim
ii. YB Dato' Seri Panglima Lajim Ukin
iii. YB Baru Bian
iv. YB Chong Chien Jen
v. YB Ali Biju
vi. YB See Chee How
vii. YBhg Ahmad Nazib Johari
viii. YBhg Zulrusdi Mohamad Hol

Sepakat Negeri Pakatan Rakyat Sebangsa Senegara Sejiwa

Posted: 09 Aug 2012 06:28 AM PDT

Hudud: Satu Lagi Hipokrasi UMNO

Posted: 09 Aug 2012 02:09 AM PDT

Pemilihan Tema, Logo Merdeka Lambang Keterbukaan Pakatan

Posted: 09 Aug 2012 02:04 AM PDT

KeadilanDaily

Persetujuan bersama semua negeri Pakatan Rakyat menggunakan tema dan logo Hari Kemerdekaan yang sama melambangkan keterbukaan Pembangkang dalam membuat keputusan, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Walaupun berbeza pendapat, tetapi setelah kata sepakat dicapai, mereka kembali bersatu demi kepentingan rakyat. Ia membuktikan sikap keterbukaan dalam Pakatan Rakyat," katanya.

Ketua Pembangkang itu berkata demikian pada sidang media di ibu pejabat parti hari ini mengulas keputusan tiga negeri Pakatan yang sebelum ini mahu menggunakan tema Kemerdekaan masing-masing.

"Setelah perbincangan oleh pimpinan tertinggi Pakatan, keempat-empat negeri kini bersetuju menggunakan logo serta tema yang sama," kata Anwar.

Beliau sebelum itu melancarkan logo Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat bagi menggantikan logo yang ditetapkan kerajaan Umno BN.

Logo ciptaan Ilusenidesign.com itu dipilih untuk digunakan pada sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 pada 31 Ogos dan Hari Malaysia pada 16 September ini.

1 Ogos lalu, Pakatan Rakyat memilih 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' sebagai tema alternatif Hari Kemerdekaan ke-55 bagi menggantikan tema 'Janji Ditepati' oleh kerajaan Umno BN.

Tema tersebut dipilih oleh Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Tema Hari Kemerdekaan Pakatan Rakyat.

Tema 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' diilhamkan Alhaimi Adam, merangkumi tiga elemen utama untuk membina negara sejahtera.

Negeri Pakatan Sebulat suara guna ‘Sebangsa, Senegara, Sejiwa’

Posted: 09 Aug 2012 12:41 AM PDT

KeadilanDaily

Kesemua empat negeri Pakatan Rakyat (Pakatan) akan menggunakan tema yang sama iaitu 'Sebangsa, Senegara, Sejiwa' bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke 55 pada tahun ini.

Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan sepakat menggunakan tema tersebut secara bersama dan tidak lagi menggunakan tema pilihan bagi negeri masing-masing sebagaimana yang diputuskan sebelum ini.

Menurut beliau, keputusan Pakatan menggunakan tema tersebut kerana menentang tema '55 Tahun Merdeka Janji Ditepati' yang ditetapkan Kerajaan Persekutuan.

Sebelum ini, Pakatan mendesak Kerajaan Persekutuan menukar tema berkenaan kerana dijadikan kempen Umno BN

Mustafa berkata, pemilihan tema oleh Pakatan lebih inklusif, ada semangat kebersamaan, merangkumi sentimen dan jiwa seluruh rakyat Malaysia.

Dalam perkembangan berkaitan, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam sidang medianya selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco petang tadi berkata, Kerajaan Selangor memutuskan untuk menggunakan tema rasmi Pakatan Rakyat itu.

Umno Mula Kempen Pelampau Agama

Posted: 08 Aug 2012 11:50 PM PDT

Malaysiakini

Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Umno kini memulakan kempen pelampau agama melalui laporan Utusan Malaysia yang mendakwa berdosa sekiranya menyokong parti DAP.

Laporan berkenaan yang memetik pandangan seorang guru pondok antara lainnya menyatakan bahawa DAP “secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud.”

Namun, Anwar memberitahu satu sidang media hari ini, akhbar tersebut tidak melaporkan bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan mantan perdana menteri juga tidak menyokong hukum hudud.

“Najib kata selagi jadi PM beliau tak akan laksanakan hukum hudud,” katanya sambil menambah, Datuk Seri Mahathir Mohamad juga pernah menulis surat kepada menteri besar Kelantan bagi menyatakan penolakan kepada pelaksanaan hukum hudud,

“Kalau ini pandangan mereka, kenapa DAP saja disebut tak boleh disokong sedangkan kenyataan Umno dan MCA masuk kategori sama,” katanya lagi.

KPN Diminta Komited Bendung Jenayah, Jaga Keamanan Negara

Posted: 08 Aug 2012 01:41 AM PDT

Keadilandaily

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Izzah Anwar mempersoal apa sebenarnya tangungjawab Ketua Polis Negara (KPN) kerana beliau sering dilihat membantu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mengedarkan bubur lambuk.

Menurutnya, perkara tersebut diadu penduduk yang menyaksikan tiga kali Tan Sri Ismail Omar bersama-sama Datuk Raja Nong Chik Zainal Abidin menyampaikan juadah berbuka puasa itu kepada masyarakat di sekitar Lembah Pantai baru-baru ini.

"Memang pelik, sejak bila Ketua Polis Negara mendapat tugas baru mengedar bubur lambuk sedangkan banyak lagi tugas lebih penting perlu dilaksanakan.

"Apakah ini transformasi yang dibawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam usaha menjaga keamanan negara," soalnya.

Beliau mengulas demikian pada sidang media selepas menyampaikan bantuan zakat beserta barangan keperluan dapur kepada 200 golongan yang memerlukan termasuk dua buah kerusi roda kepada warga emas dalam Majlis Iftar Ramadhan Jasamu Dikenang semalam.

Tegas Naib Presiden KEADILAN itu lagi, tugas utama KPN adalah memastikan semua anggota polis menjalankan tanggungjawab menjaga keselamatan negara.

Kata Izzah, peningkatan kes jenayah di kawasan jagaannya semakin membimbangkan dan ia perlu diambil perhatian serius.

"Masyarakat terutamanya di Brickfields rasa keselamatan mereka tergugat sejak balai polis di sini dirobohkan tahun lepas. Berbagai rungutan penduduk saya terima dan mereka mahukan balai polis baru dibina seperti yang dijanjikan oleh Nong Chik. Malangnya hingga hari ini, janji manis itu tidak dilunaskan.

"Justeru saya mendesak Menteri Wilayah menepati janjinya untuk bina balai polis baru dengan mencari lokasi strategik sebelum penduduk mengadakan protes bantahan. Begitu juga Tan Sri Ismail Omar perlu kembali menjalankan tugasnya sebagai KPN," tegas Izzah.

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis serbu salah rumah, pemilik rumah kena lempang

Posted: 08 Aug 2012 09:37 PM PDT

Peniaga runcit dakwa kena lempang polis
9 Ogos 2012

KLUANG - Seorang peniaga runcit terkejut dilempang pipi kiri oleh seorang anggota polis berpangkat Inspektor semata-mata kerana dia mempersoalkan mengapa rumahnya digeledah tanpa waran dalam satu kejadian di Kampung Haji Noor, Jalan Air Hitam, Machap, kira-kira jam 8 pagi kelmarin.

Menurut Samsudin Seman, 56, sebelum kejadian, dia berada di kedai runcit miliknya sebelum dihubungi anaknya, Mohd Suhaimi, 31, mengatakan sekumpulan anggota polis datang dan menggeledah barang dalam rumah mereka.

"Saya terus pulang ketika sampai, saya lihat ada tujuh anggota polis berada dalam rumah dan menggeledah kediaman saya sehingga habis bersepah semua barang," katanya.

Tidak berpuas hati dengan apa yang berlaku, Samsudin bertanya kepada salah seorang anggota polis itu sama ada mereka mempunyai waran berbuat demikian.

"Salah seorang daripada mereka memperkenalkan dirinya sebagai pegawai berpangkat Inspektor dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat. Menurutnya, dia tak perlukan waran untuk menggeledah kerana dia seorang pegawai," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, lebih mengejutkan, apabila anaknya bertanya kepada pegawai polis berkenaan rumah siapa sebenarnya yang mereka cari, salah seorang daripada mereka terus memecahkan pintu salah satu bilik tidur kerana mengesyaki anaknya menyembunyikan sesuatu.

"Setelah puas kami bertanya soalan yang sama, barulah salah seorang daripada mereka memberitahu yang mereka sedang mencari rumah suspek bernama Taufik. Kemudian saya beritahu kepada mereka, dalam rumah ini tiada sesiapa pun yang bernama Taufik.

"Namun apa yang menyedihkan, sebaik berkata demikian, pegawai berpangkat Inspektor itu memanggil saya dengan perkataan kurang sopan dan secara tiba-tiba terus melempang pipi kiri saya tanpa sebarang sebab," katanya.

Samsudin berkata, dia juga kesal kerana pegawai polis tersebut  hampir mahu menggari dan membawanya ke balai polis dengan alasan dia tidak mempunyai MyKad, sedangkan pada masa itu MyKadnya tertinggal di kedai kerana bergegas pulang ke rumah.

"Selepas kejadian tersebut, saya bersama-sama anak membuat laporan di Balai Polis Simpang Renggam. Saya turut membuat pemeriksaan doktor di Klinik Simpang Renggam, malah akan menyerahkan segala-galanya kepada peguam dilantik anak saya bagi menangani kes ini.

"Saya tiada niat langsung untuk membalas dendam, cuma tidak mahu pegawai polis berkenaan terus menyalahgunakan kuasanya kepada orang ramai," katanya.

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


JOM COUNTDOWN MERDEKA (30/8/2012)

Posted: 09 Aug 2012 01:49 AM PDT

Gabungan 26 NGO akan menganjurkan program 'Janji Bersih' bagi menghitung detik kemerdekaan negara, 30 Ogos ini, di Dataran Merdeka. Program yang bermula jam 10 malam itu diadakan bersebelahan pancutan air di Dataran Merdeka, dan dimulakan dengan deklamasi puisi daripada Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0.