Jumaat, 27 Julai 2012

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...

Posted: 27 Jul 2012 05:31 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan...

RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...

Posted: 27 Jul 2012 04:40 PM PDT

RAKYAT MARHAEN: Bermutu Tinggi : Baru Beberapa hari Dah Lusuh, BNM...: Wang kertas baru yang diedarkan sejak 16 Julai lalu kini dipersoalkan pula mutu kertas yang digunakan apabila didapati ia mudah lusuh dan...

Jemaah pimpinan Orang Asal Negeri Pahang

Posted: 27 Jul 2012 04:35 PM PDT

(102) Suhaimi Bin Said:

 Wanita Orang Asal menunggu ketibaan YB Abdullah Sani yang merasmikan Himpunan Orang Asal Se Pahang pada 8hb Julai 2012 di Kg Penderas, Kuala Krau, Pahang
 Sdr Jahidin, Timbalan Ketua PKR Ranting Kg Mendoi berucap di Majlis Santai meraikan PACABA & Sukarelawan PKR Ranting Felda Jenderak Selatan
 Orang Asal memerlukan perumahan setaraf dengan kaum-kaum lain di negara ini.
 Bekas Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Rekoh kini memimpin Ranting Parti Keadilan Rakyat Kg Paya Rekoh
 Sdr Sambut, Ketua UMNO Cawangan Kg Paya Mendoi sentiasa memberikan galakan bagi meningkatkan perjuangan Orang Asal
 Sdr Bakar Panjang, bekas AJK UMNO Cawangan Kg Seboi, kini memimpin PKR Ranting Kg Seboi
 Sdr Romani Mohamad, pemimpin Orang Asal kaum Semelai berucap di Majlis Himpunan Orang Asal Se Pahang anjuran KEADILAN Pahang pada 8.7.12
 Sdr Ismail Leh, pemimpin masyarakat Orang Asal dari kaum Jakun Pekan bersama isterinya Pn Fatimah bergerak memberikan kesedaran kepada Orang Asal Negeri Pahang
 Sdr Shafei Deris, pemimpin NGO yang mengembara ke seluruh pelusuk tanah air memberikan kesedaran kepada masyarakat Orang Asal.  Beliau juga terlibat membuat filem-filem yang kini turut ditayangkan di Eropah.
 Pimpinan anak muda Orang Asal Kg Pasu menawarkan diri menjadi PACABA dan Sukarelawan bagi membantu PKR didalam PRU akan datang.
Sdr Leman Bilal dan anak buahnya dari Kg Paya Pelong akan memimpin masyarakat Orang Asal Kg Paya Pelong didalam PRU akan datang.

--

Setelah berkecimpung dengan perjuangan masyarakat Orang Asal Negeri Pahang saya mengesani bahawa mereka adalah masyarakat yang mahukan perubahan.  Selama ini mereka dipinggirkan dari arus pembangunan dan ketinggalan didalam semua arus kehidupan.

Mereka hidup didalam kemiskinan dan tidak mendapat pembelaan didalam kehidupan mereka baik dari segi ekonomi, pendidikan, kesihatan, perumahan dan kemudahan awam.

Orang Asal adalah golongan yang cinta damai, tidak suka mendesak dan terlalu mudah dipermainkan oleh pemerintah.  Dengan janji yang tak sebanyak mana mereka sudah terpaut dengan harapan yang tinggi.

Mereka adalah golongan yang paling setia dengan UMNO sehingga mereka tidak percaya bahawa UMNO itu adalah parti Melayu dan bukan parti politik untuk Orang Asal.

Bukan senang untuk menanggalkan sikap setia mereka kepada UMNO, bagi mereka baik atau buruk, UMNOlah tempat mereka bergantung.

UMNO juga tahu akan sikap Orang Asal ini, dan mereka akan hadir ke dalam masyarakat Orang Asal sekali sekala didalam tempoh Pilihanraya.  Cukup bagi mereka membawakan sedikit makanan seperti beras, tepung, sardin, minyak masak untuk diagih-agihkan kepada orang Asal dan yang lebih dahsyat lagi UMNO akan mengadakan Majlis Karaoke dan Joget dan mengedarkan arak kepada mereka.

Saya mendapati bahawa aspirasi Orang Asal adalah sama seperti aspirasi kaum-kaum lain di Negara ini.  Mereka mahukan kehidupan yang selesa, ada perumahan yang selesa, pendapatan yang selesa, pendidikan seperlunya dari sekolah rendah hingga ke sekolah tinggi dan universiti, kesihatan yang terjamin dan bebas dari penyakit sosial seperti pengambilan arak dan dadah yang kini sudah melanda dikalangan anak-anak muda mereka.

Melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat kami cuba membawakan kesedaran dan keinsafan perjuangan di kalangan mereka.  Kami tubuhkan Ranting-Ranting Parti Keadilan Rakyat, dan bersama-sama mereka, kami adakan ceramah-ceramah kesedaran dan pendidikan dan kursus-kursus agar masayarakat Orang Asal memahami hala tuju sebenar perjuangan mereka supaya tidak dihayalkan dengan habuan-habuan yang berbentuk sementara tetapi yang berpijak di bumi nyata.

Badan-badan NGO Orang Asal seperti JOAS dan Jaringan Kampong Orang Asal Negeri Pahang memainkan peranan yang tidak sedikit untuk mendidik Orang Asal.

Melalui kefahaman ini, Orang Asal mulai bergerak menuntut perkara-perkara hak asasi mereka.  Kepada mereka perkara yang paling penting adalah tanah sehingga menjadi slogan kepada masyarakat mereka bahawa tanah adalah maruah mereka. "Tek hek maruah hek" atau "Tanah kitak nyawa kitak" merupakan slogan yang semakin diterima oleh Orang Asal.

Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan sidang diskusi tentang tuntutan Orang Asal dan Orang Asal di Negeri Pahang memperjuangkan hak mereka keatas tanah dengan menuntut supaya tanah komuniti mereka diwartakan.

Dengan penwartaan tanah komuniti mereka ini kawasan-kawasan hutan dan tanah-tanah adat mereka dapat dipertahankan daripada diceroboh oleh mana-mana pihak.

Pihak Kerajaan UMNO tidak mengiktiraf tanah Orang Asal.  Kalau semasa pemerintahan Penjajah Inggeris dahulu wujud Rezab Orang Asal tetapi kesemua Rezab Orang Asal ini sudah dibatalkan oleh Kerajaan UMNO/BN menjadikan kawasan-kawasan hutan yang dahulunya menjadi tanah Orang Asal dan didiami oleh nenek moyang mereka kini sudah menjadi Rezab Perhilitan dan menjadi satu kesalahan pula jika Orang Asal memasuki kawasan hutan berkenaan menjadikan sumber rezeki masyarakat Orang Asal terhakis.

Parti Keadilan Rakyat Pahang telah mengadakan Himpunan Orang Asal Se Pahang pada tahun 2012 dan 2013 dengan kertas kerja yang dibentangkan oleh Bob Manolan, pemimpin Orang Asal yang kini menjadi Ahli Jawatankuasa Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat.

Bob memberikan tumpuan di bidang ekonomi, pendidikan dan kesihatan dan Parti Keadilan Rakyat juga telah mengeluarkan Manifesto Perjuangan untuk Orang Asal mengandungi 3 aspek perjuangan asas Orang Asal berhubung dengan masalah Tanah, Ekonomi dan Pendidikan.

Manakala badan NGO yang dipimpin oleh Sdr Yusri Ahon dan Shafei Deris tidak henti-henti memberikan penerangan ke seluruh Pahang mengenai perjuangan Orang Asal khususnya yang membabitkan hak asasi mereka.

Dengan gerakan yang tidak henti-henti yang dijalankan oleh pimpinan Orang Asal sendiri, kesedaran dikalangan Orang Asal sudah bertambah tinggi.  Mereka tidak lagi menunggu habuan untuk melalaikan mereka dari buah tangan pimpinan UMNO, tetapi mereka perjuangkan hak mereka keatas tanah, ekonomi, pendidikan, kesihatan dan perumahan dan mereka bertekad untuk membawakan kehidupan Orang Asal setaraf dengan kaum-kaum lain di Malaysia.

Memandangkan tuntutan yang hebat dikalangan Orang Asal, Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang akan mengadakan Seminar Kepimpinan Orang Asal Negeri Pahang yang akan diadakan di sebuah Hotel di Kuantan selepas bulan Ramadhan ini.

Seminar ini terbuka kepada semua pimpinan masyarakat Orang Asal Negeri Pahang tanpa mengira pegangan politik mereka.

Melalui Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pahang nama-nama pemimpin Orang Asal dari seluruh perkampongan Negeri Pahang telah disenaraikan dan seramai lebih kurang 200 orang pemimpin-pemimpin Orang Asal Negeri Pahang akan menghadiri Seminar Kepimpinan Orang Asal Negeri Pahang.

Dato Fauzi Abdul Rahman selaku Pengerusi Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Negeri Pahang sudah pun memberikan lampu hijau supaya Seminar ini dapat diadakan secepat mungkin sebaik sahaja berakhirnya bulan Ramadhan.

Jemaah pimpinan Orang Asal Negeri Pahang akan memikul tanggungjawab yang berat selepas ini untuk menyatukan perjuangan Orang Asal Pahang kedalam saf perjuangan keinsafan dan kesedaran agar perjuangan Orang Asal dapat digembelingkan bagi menyahut cabaran reformasi dan perubahan yang sebenar.

RAKYAT MARHAEN: Pergolakan Sabah mangkin kejatuhan BN

Posted: 27 Jul 2012 12:47 AM PDT

RAKYAT MARHAEN: Pergolakan Sabah mangkin kejatuhan BN: Shahbudin Husin Beberapa hari yang lalu berlaku pergolakan politik di Sabah yang tentunya menarik untuk diperhatikan. Ia menjadi menarik ...

JPJ sasar murid-murid sekolah untuk keluarkan saman

Posted: 27 Jul 2012 12:38 AM PDT

JPJ hari ini menjalankan tugas mengikut undang-undang dan menahan semua murid-murid sekolah yang menggunakan motosikal untuk kembali dari Sekolah Menengah di Felda Jengka 12 ke Felda Jengka 9.

Diantara kesalahan-kesalahan yang dikeluarkan notis saman adalah seperti berikut:

1.  Tidak memakai topi keledar
2.  Tidak memiliki lesen menunggang

Sekatan jalanraya telah dibuat oleh JPJ mensasarkan murid-murid sekolah, dan sasaran yang dibuat oleh JPJ menepati kehendak Negara supaya memperbanyakkan pengeluaran notis saman bagi membolehkan Negara memperolehi pendapatan yang lebih tinggi.

Ibu bapa di Felda Jengka 9 mengakui bahawa tindakan JPJ itu menepati dengan kehendak undang-undang.
Tetapi mereka mempertikaikan kenapa JPJ memilih hari persekolahan di waktu murid-murid sekolah keluar dari sekolah untuk pulang.

Mereka menyatakan bahawa tindakan JPJ itu menepati kehendak undang-undang, tetapi tidakkah JPJ mempunyai tanggungjawab sosial?

Jalanraya yang terlibat diantara Felda Jengka 9 ke Felda Jengka 12 bolehlah dianggap sebagai jalan kampong. Dan dari Jengka 9 hingga ke Felda Jengka 12 tidak mempunyai sebarang perkhidmatan bas, samada bas yang disediakan oleh Felda mahupun yang disediakan oleh syarikat swasta.

Murid-murid hanya boleh menghadiri sekolah dengan menaiki motosikal sahaja.

Ibu bapa menganggap tindakan JPJ itu sebagai perangkap yang senang mengena.  Dan pihak ibu bapa bersetuju bahawa mereka tidak akan membayarkan kompoun untuk kesalahan yang dilakukan oleh anak-anak mereka.

Mereka akan membawa anak-anak mereka ke Mahkamah, dan di Mahkamah nanti anak-anak mereka tidak akan mengaku bersalah.

Ibu bapa akan memohon kepada pihak sekolah untuk mengambil cuti sehari semasa kes anak-anak mereka disebut di Mahkamah nanti.  Dan sudah tentu melibat jumlah yang sangat besar dari murid-murid sekolah tersebut.

Jika semasa perbicaraan nanti ditakdirkan bahawa murid-murid ini didapati bersalah, mereka tidak akan membayar sebarang denda.  Pada waktu itu apakah hukuman yang akan dikenakan oleh Mahkamah?

1.  Memberi amaran?
2.  Menjatuhkan hukuman untuk menghantar murid-murid ini ke Sekolah Latihan Kanak-Kanak (Sekolah Budak Jahat)?

Adakah murid-murid ini dikategorikan sebagai kanak-kanak jahat kerana mereka melanggar peraturan memakai keledar atau tidak memiliki lesen menunggang motosikal?  Bolehkah kanak-kanak berumur 12 tahun - 14 tahun memiliki lesen mengikut undang-undang?

Alternatif kepada semua masalah ini ialah supaya murid-murid ini berhenti dari sekolah, dan sekalung bunga kepada JPJ dan Kerajaan UMNO/BN yang menghancurkan harapan anak Melayu untuk mendapatkan pendidikan.

Kes ini meminta pihak Sekolah dan Kementerian Pelajaran supaya mengadakan bas untuk membawa murid-murid kesekolah pergi dan balik, kegagalan pihak sekolah dan Kementerian mengadakan bas untuk murid-murid akan menyebabkan kanak-kanak Melayu didalam rancangan Felda tidak lagi dapat bersekolah.

Ada diantara ibu-bapa juga meminta JPJ supaya menunggu di depan pintu masjid-masjid pada Hari Jumaat, kerana hampir keseluruhan peneroka-peneroka yang menunaikan Solat Jumaat biasanya tidak memakai topi keledar dan tidak pula membawa lesen memandu apabila menunggang motosikal mereka ke Masjid.  Dengan cara itu lebih banyak saman boleh dikeluarkan dan lebih banyak wang boleh dikumpulkan oleh Negara bagi menampung masalah kewangan Negara yang sudah tenat ini.

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang

R Sivarasa - Ahli Parlimen Subang


Do not damage the full potential and future of SRJK(T) Effingham

Posted: 27 Jul 2012 12:57 AM PDT

27th July 2012

Do not damage the full potential and future of SRJK(T) Effingham - return the land to the school
I am completely disappointed with Dato Seri Palanivel's announcement on Effingham on Monday this week. Instead of correcting an injustice committed by MIC by stealing the land from the school, he is now trying to hoodwink the public with his announcement that MIC will build a hostel for poor students and a multi-purpose hall/ sports centre on the land to be used by all the 523 Tamil schools in the country.
Palanivel needs to understand and recognise first that MIC should never have made the application to the BN Selangor government in 1999 to take 3 acres of the original 6 acre site allocated by the developer for a primary school.  MIC should instead have insisted with the BN government, which they are part of, that SRJK (T) Effingham was entitled to 6 acres like all the primary schools in the area including the nearby SRJK (C) Puay Chai which is sitting on 6 acres of land.  Instead MIC looked selfishly at its own interest and applied for the land to build its party headquarters. As far as I am concerned, this was a foul theft of the highest order of the land from the school.
Today because of the public pressure to return the land to the school, MIC is forced to give up its original plan to build its party headquarters. They also know that as long as the Pakatan Rakyat rules Selangor, they will never be allowed to build that party headquarters.
So Palanivel's announcement has no sincerity. It is simply a meaningless exercise in damage control which does not address the real issue - the need for the 3 acres for SRJK (T) Effingham to ensure that that generations of  Effingham Tamil school children have a decent school with decent facilities.
It is ridiculous to expect that 523 Tamil schools all over the country can enjoy the use of a hostel located in Bandar Utama. It is a foolish proposition. Equally foolish is the idea that the Tamil schools all over the country can enjoy the sports facilities that the MIC intend to build on the 3 acres.  Such facilities should be available close to the Tamil schools wherever they are.
Palanivel is burying his head in the sand like the proverbial ostrich and refusing to see the need of SRJK (T) Effingham is paramount. The school does not need a hostel or those sports facilities. Right now they cannot even have a proper 100 meter running track because MIC stole those 3 acres. Why is he talking nonsense about building sports facilities? What SRJK (T) Effingham needs is the 3 acres of land so that the school can provide decent facilities to its 500 students. It needs the 3 acres so that Tamil parents in the area can see that the school can provide decent facilities of an acceptable standard to the children there. Only then will more Tamil parents be encouraged to send their children there.
What Palanivel and MIC are doing now by refusing to return the 3 acres is to destroy the full potential of SRJK (T) Effingham to best educate generations of Tamil children. This statement by Palanivel only further confirms the hypocrisy of MIC when they claim themselves as so-called guardians of the interest of the Indian community in Malaysia.



Sivarasa Rasiah
Ahli Parlimen Subang
Anggota Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat

Public debates on racial lines must be rejected

Posted: 27 Jul 2012 12:51 AM PDT

PRESS RELEASE: Public debates on racial lines must be rejected
We refer to recent calls for a public debate between Indian leaders from the MIC and Pakatan Rakyat. We categorically reject debates between political leaders organised purely on racial lines. Single-race debates are an unhealthy reflection of the BN's race-based and 'divide and rule' politics, which has been rejected in toto by Pakatan Rakyat. The problems faced by the marginalised Indian community is a key national issue, and not just a matter which concerns Malaysian Indians alone. Any public debate upon this issue should involve all interested and responsible parties, irrespective of their race. The MIC, which is subservient to UMNO, is powerless and incapable of bringing positive change and development to the Indian community. Any debate solely with MIC Indian leaders on the future of the Indian community is an exercise in futility. Further, it is UMNO which has held real power in the BN and is to blame for the serious and long unresolved problems faced by the Indian community today. It is time UMNO stopped deceiving the public that the MIC can effectively represent Indians or resolve their manifold problems. These problems include poverty, lack of educational opportunities, poor employment prospects, disproportionate crime rate, statelessness and an inequitable share of the national wealth. As such we call upon the UMNO/BN to make available senior UMNO Cabinet Ministers for a public debate with Pakatan Rakyat leaders upon the problems and future of the Indian community. This would afford all Malaysians an opportunity to evaluate both parties' plans and commitment to resolve the problems of the Indian community. In view of the urgency and importance of the matter, we call for a response from UMNO/BN to our invitation for a public debate within 48 hours.
Issued by,
N SURENDRAN
VICE PRESIDENT
KEADILAN
R.SIVARASA
MEMBER OF POLITICAL BUREAU
SUBANG Member of Parliament
M.MANOGARAN
TELUK INTAN Member of Parliament
S.MANIKAVASAGAM
MEMBER OF KEADILAN CENTRAL COMMITTEE
KAPAR Member of Parliament
9.7.12

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Photo Dato Seri Anwar Ibrahim Bersama Mantan Presiden Indonesia B.J Habibie

Posted: 27 Jul 2012 05:28 AM PDT

Photo Dato Seri Anwar Ibrahim Mengunjungi Mantan Presiden Indonesia BJ Habibie ini dirakam ketika Dato Seri Anwar Ibrahim berkunjung ke Jakarta tanggal 17 Julai 2012 bagi memenuhi undangan ke forum Strategic Review dan peluncuran Jurnal Strategic Review. Dalam Forum tersebut Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono turut diundang untuk menyampaikan syarahan.

MP BN Jemput Anwar ke Pelancaran Angkatan Perubahan Sabah

Posted: 27 Jul 2012 02:30 AM PDT

Malaysiakini

Ketua perhubungan PKR Sabah Ahmad Tamrin Jaini mengesahkan bahawa ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dijemput untuk menghadiri pelancaran Angkatan Perubahan Sabah oleh dua orang MP BN Datuk Seri Lajim Ukin (Beaufort) dan Datuk Seri Wilfred Bumburing (Tuaran).

“Dia telah diberikan penghormatan untuk bersama di dalam pelancaran Angkatan Perubahan Sabah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Ahmad Tamrin menjelaskan bahawa beliau tidak dapat memberikan komen sebelum ini kerana perkara itu masih merupakan spekulasi.

Bagaimanapun, beliau telah menerima jemputan rasmi daripada kedua-dua MP BN tersebut hari ini, katanya.

“Ini adalah perkembangan yang baik untuk Pakatan. Ini menunjukkan mereka sedia untuk meninggalkan BN dan bekerjasama bersama Pakatan untuk menjatuhkan BN di Sabah,” katanya.

Kaji Selidik Terbaru Tunjukkan BN Makin Bahaya

Posted: 27 Jul 2012 01:15 AM PDT

The Malaysian Insider

PKR melihat, kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semakin berbahaya apabila kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center menunjukkan populariti perdana menteri itu menurun dari kalangan sokongan pengundi Melayu.

Rafizi menjelaskan, berdasarkan kaji selidik itu, beliau turut mendapati, isu "bread and butter" menjadi isu pokok kepada sokongan pengundi terhadap kepimpinan Najib.

"Hasik kaji selidik Merdeka Center mendapati isu ekonomi menjadi faktor penurunan sokongan pengundi Melayu terhadap perdana menteri.

"Saya berpendapat, isu bread and butter ini memainkan peranan penting. Selepas kerajaan mengumumkan GTP, (Program Transformasi Kerajaan), ETP, (Program Transformasi Ekonomi), mereka cuba memaparkan seolah-olah semuanya baik … tetapi rakyat terutamanya bangsa Melayu tidak merasai kesan daripada transformasi berkenaan," kata Rafizi ketika sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Rafizi Ramli: Isu "bread and butter" akan memainkan peranan penting. — Foto fail
Selain itu, Rafizi juga turut menjelaskan, kaji selidik ahli akademik daripada Majlis Professor Negara yang menjangkakan Selangor dan Kedah bakal dikuasai Barisan Nasional (BN) juga tidak tepat, dan ia memerlukan perbincangan lanjut.

"Saya mempersoalkan penemuan ahli akademik daripada kaji selidik MPN, kecuali ianya dibentang secara terbuka.

"Tetapi situasi politik sekarang lebih mirip kepada kaji selidik Merdeka Center," katanya.

"Kalau benar BN dan Najib begitu popular, sudah lama PRU telah dilaksanakan," tambahnya lagi.

Jelas Rafizi, Pakatan Rakyat sangat gembira dengan hasil kaji selidik Merdeka Center dan Najib jelasnya, perlu merasa bimbang kerana beliau seolah-olah bertindak sebagai "presiden" dan berkempen secara individu.

"Kami sangat gembira dengan keputusan kaji selidik Merdeka Center … kalau saya Najib, parti sudah sepatutnya menyuarakan kebimbangan kerana Najib berkempen seolah-olah beliau seorang Presiden.

"Ia bukannya semangat berkumpulan, bukan team effort, tapi personal strenght," kata Rafizi lagi dan menambah,"PRU ini mungkin 50-50, (persaingan antara BN dan PR)."

Kaji selidik yang dijalankan Merdeka Center semalam mendedahkan, penerimaan terhadap Datuk Seri Najib Razak menurun satu peratus kepada 64 peratus pada Jun lalu, namun penerimaan terhadap kerajaan menurun sebanyak enam peratus kepada 42 peratus pada bulan sama dengan penurunan terbanyak datang dari pengundi Melayu.

Kaji selidik yang dijalankan terhadap pengundi di Semenanjung Malaysia menunjukkan tahap kepuasan terhadap prestasi perdana menteri (PM) menurun bagi pengundi Melayu dan India, daripada 79 kepada 75 peratus, dan daripada 72 kepada 69 peratus.

Namun bagi pengundi Cina, penerimaan Najib meningkat daripada 37 peratus pada bulan Mei kepada 42 peratus Jun lalu.

Penerimaan terhadap Najib berada di paras 60 ke 70 peratus sejak tiga kaji selidik lalu oleh Merdeka Center dan khabar angin menyebut kemungkinan pilihan raya bakal dilaksanakan bulan ini sebelum mandat Barisan Nasional (BN) tamat pada April 2013.

Bagaimanapun, kedudukan stabil Najib sama seperti Jun lalu tidak menterjemahkan sokongan terhadap kerajaan pimpinannya.

Kaji selidik itu mendapati pendapat ramai kepada kerajaan masih menurun, hanya 42 peratus mendapati mereka "gembira" dengan kerajaan, penurunan enam peratus dibandingkan pada Mei 2012.

Kaji selidik itu berkata, penurunan itu mungkin disebabkan oleh pengundi Melayu, yang menurun dari 65 peratus pada Mei, kepada 58 peratus pada Jun 2012.

Pemotongan Cukai Eksais Kereta: Jumlah Perbelanjaan Tidak Terancang Oleh PM Melebihi Kutipan Cukai Eksais Setiap Tahun

Posted: 27 Jul 2012 12:55 AM PDT

KEADILAN mengalu-alukan pelbagai maklumbalas setakat ini berhubung cadangan menurunkan harga kereta melalui kaedah rombakan struktur cukai yang dikenakan ke atas kereta terutamanya cukai eksais dan cukai import. Maklumbalas yang bertalu-talu mengesahkan pandangan KEADILAN bahawa isu ini adalah isu rakyat yang perlu dibincangkan di peringkat nasional.

Kenyataan beberapa pimpinan Umno/Barisan Nasional yang cepat melatah bahawa rombakan struktur cukai ini akan menurunkan harga kereta berjenama antarabangsa setara dengan harga kereta-kereta Proton menampakkan mereka tidak memahami konsep cukai eksais.

Cukai eksais yang dikenakan terhadap pembelian kereta adalah cukai menyeluruh yang tidak membezakan di antara jenama dan model kereta tempatan atau antarabangsa. Cukai eksais adalah cukai yang dikenakan terhadap sesuatu kumpulan barangan, maka cukai eksais terhadap pembelian kereta adalah cukai yang dikenakan terhadap mana-mana pembelian kereta pada kadar yang sama.

Struktur cukai-cukai yang kini dikuatkuasakan ke atas pembelian kereta adalah seperti berikut:

http://www.maa.org.my/images/bullet02.gif A) Kereta (termasuk station wagonsports cars dan racing cars)

 

DUTI IMPORT

CUKAI TEMPATAN

CBU

CKD

MSP

CBU & CKD

Engine
Capacity (cc)

MFN

ASEAN 
CEPT

MFN

ASEAN 
CEPT

MFN

ASEAN 
CEPT

CUKAI EKSAIS

CUKAI JUALAN

 < 1,800

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

75%

10%

 1,800 – 1,999

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

80%

10%

 2,000 – 2,499

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

90%

10%

 Above 2,500

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

105%

10%

 

http://www.maa.org.my/images/bullet02.gif B) Kenderaan Pacuan 4 Roda

 

DUTI IMPORT

CUKAI TEMPATAN

CBU

CKD

MSP

CBU & CKD

Engine
Capacity (cc)

MFN

ASEAN 
CEPT

MFN

ASEAN 
CEPT

MFN

ASEAN 
CEPT

CUKAI EKSAIS

CUKAI JUALAN

 < 1,800

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

65%

10%

 1,800 – 1,999

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

75%

10%

 2,000 – 2,499

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

90%

10%

 Above 2,500

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

105%

10%

 

http://www.maa.org.my/images/bullet02.gif C) Lain-lain (MPV & van)

 

DUTI IMPORT

CUKAI TEMPATAN

CBU

CKD

MSP

CBU & CKD

Engine
Capacity (cc)

MFN

ASEAN 
CEPT

MFN

ASEAN 
CEPT

MFN

ASEAN 
CEPT

CUKAI EKSAIS

CUKAI JUALAN

 < 1,500

30%

0%

NIL

0%

NIL

n.a

60%

10%

 1,500 – 1,799

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

65%

10%

 1,800 – 1,999

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

75%

10%

 2,000 – 2,499

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

90%

10%

 Above 2,500

30%

0%

10%

0%

10%

n.a

105%

10%

Ini bermakna, hampir semua kereta yang dijual oleh Proton dan Perodua dicukai sekurang-kurangnya 85% dalam bentuk cukai eksais dan cukai jualan; samalah dengan model-model yang dijual oleh Honda, Toyota dan lain-lain.

Oleh itu, jika rombakan struktur cukai dibuat dan cukai eksais dihapuskan, harga kesemua model kereta (baik Proton, Perodua, Toyota, Honda dan lain-lain) akan turun secara berkadar terus dengan jumlah cukai eksais yang dikenakan selama ini.

Maka, harga kereta Proton dan Perodua masih kekal sebagai harga kereta terendah di pasaran pada harga purata di bawah RM30,000 setiap satu model, berbanding kereta-kereta lain (seperti Honda, Toyota dan lain-lain) yang harganya akan jatuh sekitar RM50,000 setiap satu model secara purata.

Ini mengukuhkan pendirian KEADILAN bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta berada pada paras yang munasabah dan adil kepada rakyat adalah penting untuk menambahkan pendapatan bolehguna (disposable income) rakyat dan mengurangkan bebanan mereka.

Saya juga membidas reaksi awal pimpinan Umno/Barisan Nasional yang mempersoalkan sumber kewangan untuk membiayai rombakan struktur cukai kereta ini. Anggaran KEADILAN menunjukkan hasil kutipan cukai eksais dan cukai jualan dari jualan kereta setiap tahun adalah RM8 bilion.

Semakan ke atas segala perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri dan peningkatan mendadak perbelanjaan Jabatan Perdana Menteri menunjukkan jumlahnya jauh mengatasi RM8 bilion yang diperlukan untuk membantu rakyat ini.

Contoh-contoh perbelanjaan diluar perancangan oleh Perdana Menteri termasuklah Bantuan Rakyat 1Malaysia (RM2.6 bilion), Bantuan Kembali Ke Sekolah 1Malaysia (RM530 juta), Bantuan Buku 1Malaysia (RM260 juta) dan pelbagai skim membeli undi rakyat di bawah jenama 1Malaysia; serta pelbagai pengumuman peruntukan projek segera sepanjang Jelajah Janji Ditepati (dianggarkan mencecah RM180 juta setakat ini).

Jika jumlah ini (sebanyak RM3.57 bilion) dicampur dengan pengumuman bonus terbaru kepada kakitangan awam sebanyak RM2.2 bilion, jumlah segala gula-gula yang sewenang-wenangnya digunakan oleh Perdana Menteri untuk membeli undi rakyat adalah RM5.77 bilion.

Sejak menjadi Perdana Menteri dalam tahun 2009, perbelanjaan mengurus dan pembangunan oleh Jabatan Perdana Menteri juga naik mendadak. Secara puratanya (dengan membandingkan perbelanjaan di bawah pentadbiran Tun Abdullah Badawi dengan purata perbelanjaan tahun-tahun 2009, 2010, 2011 dan peruntukan 2012), perbelanjaan mengurus Jabatan Perdana Menteri telah melonjak sebanyak RM1.4 bilion, sementara perbelanjaan pembangunan meningkat sebanyak RMRM4.6 bilion.

Ini bermakna, jumlah keseluruhan perbelanjaan diluar perancangan dan perbelanjaan tambahan sesuka hati oleh Perdana Menteri setiap tahun adalah seperti berikut:

 

Perbelanjaan diluar perancangan                  RM5.8 bilion

Peningkatan belanja mengurus JPM               RM1.4  bilion

Peningkatan belanja pembangunan JPM       RM4.6  bilion

Jumlah                                                                   RM11.8 bilion

 

Sebab itu KEADILAN yakin bahawa rombakan struktur cukai ke arah memastikan harga kereta lebih murah tidak akan membebankan negara jika segala keborosan Perdana Menteri dihentikan.

Malah, KEADILAN juga telah membincangkan mekanisme rombakan struktur cukai secara terperinci untuk memastikan penghapusan cukai eksais kelak akan diganti dengan sumber pendapatan yang baru. Mekanisme ini akan diumumkan oleh Ketua Umum KEADILAN, Dato' Seri Anwar Ibrahim minggu depan sekembalinya beliau dari mengerjakan ibadah umrah.

Perkara ini perlu diperdebatkan dengan lebih halus supaya rakyat boleh membuat keputusan mengenai kaedah percukaian kereta yang paling adil kepada mereka.

 

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

YB NIK NAZMI NIK AHMAD
PENGARAH KOMUNIKASI KEADILAN

YB SIM TZE TZIN
TIMBALAN KETUA PENERANGAN KEADILAN

Pakatan Rakyat Mengajak Rakyat Bersama Mencipta Tema Sambutan Hari Kemerdekaan Ke 55

Posted: 27 Jul 2012 12:50 AM PDT

Tema Sambutan Hari Kebangsaan yang dibuat sama dengan tema Kempen Barisan Nasional adalah tindakan yang tidak dapat diterima rakyat. Ini adalah kali pertama sambutan Hari Kebangsaan yang merupakan hari keramat setiap lapisan rakyat dicabuli dengan agenda parti bertujuan mengekalkan kuasa. Ternyata Dato Seri Mohd Najib gagal mengikuti jejak ayahandanya sebagai seorang negarawan tetapi tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa dan kedudukan untuk kekal berkuasa.

Majlis Setiausaha Pakatan Rakyat dalam kenyataan akhbar kami 24 Julai lepas telah memberikan masa seminggu kepada Kemeterian Penerangan untuk menukar tema Hari Kebangsaan agar dapat diterima dan dihayati oleh semua lapisan masyarakat atas alasan Hari Kebangsaan tidak seharusnya menjadi medan BN mempromosi agenda singkat mereka. Kami juga menghormati hak kerajaan untuk memilih tema tersebut tetapi perlulah bijak memilih tema yang boleh diterima semua lapisan rakyat.

Baru-baru ini Ketua Penerangan UMNO telah menjawab bahawa hak memilih Tema Sambutan Hari Kebangsaan adalah hak mutlak kerajaan yang memerintah. Ternyata mereka memilih untuk tidak menghormati pandangan rakyat. Semalam akhbar Sinar Harian Online menyiarkan kajian mereka yang menunjukkan 86% rakyat bersetuju Tema Hari Kebangsaan ditukar.

Untuk itu kami mengalu-alukan rakyat Malaysia untuk bersama menyarankan tema alternatif untuk Sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini. Sebarang cadangan boleh diajukan kepada Sekretariat Pakatan Rakyat di alamat di atas atau emailkan kepada sekretariatpakatan@gmail.com
Tarikh tutup cadangan adalah pada Isnin 30 Julai 2012.

Y.Bhg Dato Mustafa Ali YB Nurul Izzah Anwar YB Teresa Kok
Setiausaha Agung PAS Naib Presiden PKR Setiausaha Pengelola DAP

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Benarkah Lt Adnan Keturunan Datuk Siamang Gagap?

Posted: 26 Jul 2012 05:21 PM PDT

Datuk Siamang Gagap atau Pendekar Siamang Gagap merupakan pahlawan Melayu yang menentang Inggeris di Negeri Sembilan. Beliau yang memimpin angkatan perang Seri Menanti menentang askar British dalam perang Bukit Putus pada 25 November 1875.

Maka pada tahun 1875 berlakulah perang Bukit Putus antara Inggeris yang dibantu oleh Datuk Klana Sungai Ujung dengan angkatan perang Seri Menanti yang dipimpin oleh Datuk Siamang Gagap. Kerana bilangan musuh lebih ramai ditambah pula dengan senjata meriam akhirnya angkatan perang Seri Menanti kalah.

Kekalahan itu menyebabkan Inggeris berjaya campur tangan di Seri Menanti namun Datuk Siamang Gagap tidak mahu tunduk kepada Inggeris. Beliau akhirnya meninggalkan Seri Menanti untuk meneruskan perjuangan menentang Inggeris.

Ada yang mengatakan Datuk Siamang Gagap pergi ke Pahang lalu bergabung dengan Datuk Bahaman dan Mat Kilau menentang Inggeris. Tetapi ada pula mengatakan beliau pergi menunaikan haji ke Mekah dan meninggal disana.

Namun ada mengatakan beliau bersembunyi di sebuah kampong bernama Juaseh yang terletak tidak jauh dari pekan Bahau. Menurut ceritanya Datuk Siamang Gagap meninggal di sana dan ada sebuah kubur lama yang dipercayai kubur Datuk Siamang Gagap.

Setelah Datuk Siamang Gagap meninggal dunia, anak-anaknya merantau membawa diri mencari rezeki. Salah seorang anaknya mudek ke Sungai Beranang lalu menetap di kampong Sungai Ramal, Kajang.

Semasa menjejaki waris Allahyarham Leftenan Adnan, ada yang berkata Leftenan Adnan itu orang Minangkabau keturunan Datuk Siamang Gagap.

Rumah EXCO Melaka dimasuki pencuri

Posted: 26 Jul 2012 05:20 PM PDT

27 Julai 2012 : Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Warisan negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Telok Mas, Datuk Latiff Tamby Chik, 63, kerugian RM200,000 apabila rumahnya dipecah masuk tiga penjenayah, Selasa lalu.

Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 11.25 malam di Jalan Datuk Palembang, Bukit Baru, dekat sini, suspek berusia 20-an hingga 30-an berkenaan masuk ke banglo setingkat itu dengan memecahkan tingkap hadapan dan jeriji besi sebelum menggeledah rumah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah, berkata ketika kejadian banglo itu tidak berpenghuni kerana Adun berkenaan menunaikan solat Tarawih manakala isterinya, Datin Umul Khair, 52, berada di rumah jiran.

"Bagaimanapun ketika suspek yang tidak bertopeng itu keluar, mereka terserempak dengan isteri mangsa yang menjerit sebelum ketiga-tiga penjenayah itu melarikan diri menaiki BMW putih diletakkan di hadapan rumah mangsa.

"Hasil pemeriksaan mendapati beberapa barangan berharga milik mangsa hilang termasuk jam tangan jenama Rolex dan Chopard serta wang tunai dianggarkan bernilai RM200,000," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri, di sini, semalam.


MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


Artis yang sudah berhijrah jangan mengeloh tiada job !

Posted: 26 Jul 2012 03:45 PM PDT