Isnin, 16 Januari 2012

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


NFC: Tekanan Kepada Muhyidin Semakin Kuat

Posted: 16 Jan 2012 06:28 PM PST

Harakah Daily

Tekanan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin (gambar) semakin berat ekoran skandal Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) sekarang.

Selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meminta Muhyidin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sekarang, Datuk Seri Noh Omar mengkaji bagaimana mahu menyelesaikan isu ini, Noh pula mengalihkan isu ini kepada Muhyidin.

Ketika yang sama, akhbar Business Times (BT) Singapura juga menyalahkan kementerian yang diterajui Muhyidin sebelum ini sebagai pihak yang bertanggung jawab dalam skandal ini.

Ketika mengumumkan pembekuan aset NFC, Najib berkata, beliau telah meminta Muhyidin dan Noh untuk mencari jalan menyelesaikan isu ini.

Hari ini, ketika ditanya wartawan mengenainya, dua kali Noh berkata, “Yang ini anda tanya TPM.”

BT hari ini dalam laporannya berkata, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani
mesti disiasat ekoran skandal National Feedlot Corporation.

“Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani mesti disiasat kerana memberikan pinjaman mudah sebanyak RM250 juta kepada NFC,” tulis BT dalam ruangan komentarnya.

“Peranan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani ini juga harus disiasat,” tulisnya.

Tindakan kementerian ini mengeluarkan pinjaman RM250 juta setahun lebih awal dari perjanjian untuk projek ini harus disiasat.

Ketika semua pihak meletakkan semua kesalahan di bahu Datuk Seri Shahrizat Jalil sebelum ini, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata, bukan Shahrizat sahaja yang bersalah.

“Muhyidin lebih bersalah kerana dia adalah menteri kementerian berkenaan ketika itu,” kata beliau kepada Harakahdaily

The Economist – Of Believing Much And Knowing Little

Posted: 16 Jan 2012 01:07 AM PST

Malaysiakini
By Terence Netto

Foreign correspondents and the publications they work for often face a dilemma: How to suggest omniscience in their reports about a country of which they know not much on the basis of a few conversations with the locals and a jigsaw of media headlines?

The omniscient pose is difficult to bring off, especially by weekly news magazines that revel in a format that condenses the news and melds it with comment.

While these first drafts of history – as one founder of the genre (Henry Luce) grandly suggested this journalism was – may have width in terms of its coverage of the world, that strength may be vitiated by a lack of depth.

The international news weeklyThe Economist takes its style from Walter Bagehot, its mid-19th century editor-in-chief, but there are times when the strains of its imitation of Bagehot’s arresting blend of aphoristic statement with enlivening fact do starkly show.

Its coverage of Opposition Leader Anwar Ibrahim’s acquittal earlier this week from what would have been a career-stifling charge of sodomy is an example of too many conclusions floating around unsupported by a substratum of fact.

Most glaringly, The Economistsaid that Anwar, despite the Kuala Lumpur High Court’s acquittal of him after a trial of two years that was lurid in its details, has hadhis reputation tarnished.

PKR still a fledgling party

The ad hominem conclusions in The Economist’s Anwar coverage were rendered the more trivial by a remark that at the age of 64, Anwar “seems a distant and untrustworthy figure to many younger Malaysians.”

The irony here is mordant because Anwar’s supporters contend the reason his eventual accuser so easily inveigled himself into the cohort around Anwar was that young Malaysians, particular Malays, are attracted to the man’s struggles for political change and are drawn by his charisma.

Anwar is a magnet, especially to the more idealistic among the younger Malaysian set, which is why his party is poised – Anwar had recently confirmed this – to field a high proportion of youthful candidates in the impending general election.

This young slate would be the reproof of The Economist’s opinion that Anwar has “failed to nurture a new generation of opposition leaders” in PKR.

At just under 13 years, PKR is a still fledgling party that required the rallying focus of Anwar’s wife, Dr Wan Azizah Wan Ismail, to hold it together as he fought off corruption and sodomy charges.

Anwar’s now 14-year struggle – seen against the longer background of his stature built up from his youth as a paladin for political change – has had the effect of not only uniting hitherto electorally weak, and ideologically disparate, political parties in Malaysia’s first-past-the-post system, but it has also drawn a wide array of NGOs and other activists to the banner of reform.

He can be seen as old and superannuated only in the sense that Aung San Suu Kyi, who is of the same age, may be seen in the same way in Burma’s politics.

A deeply entrenched, sclerotic system takes a long time to buckle to popular pressure – Anwar’s 64 years is old only in the sense that the African National Congress’ Nelson Mandela was the same when he became his country’s president in his late 70s in the mid-1990s, by which time South Africa’s apartheid system was as old as the century.

The Umno-dominated and warped system of governance in Malaysia is a little more than a half-century old, enough time for it to be barnacle-like in its hold on power. Advancing age is not a disqualifier for someone striving to have the system jettisoned.

Is Anwar like a banyan tree?

Unlike other points of its coverage, The Economist is on less precarious ground in its observation that Anwar has not modernised PKR and “has allowed it to become something of a family-run affair, driven by infighting.”

But even there the weekly’s comment has to be seen against the backdrop of the young sapling that Malaysian democracy is and PKR’s relative newness as a political force.

PKR is an assembly of disparate political, social and religious factions that needs time to jell into a coherent whole. True, Anwar bestrides it like a colossus but the jury is still out on whether he is like a banyan tree, no other sapling can grow under its shade.

Enduring political parties in parts of Asia that have quasi to fully democratic forms of government are family-fostered, from the Nehruvian Congress to the Lee Kuan Yew-nurtured PAP.

A nascent people on a continent whose ancient cultures and religions are not exactly hospital to the concept of individual responsibility for one’s destiny require the mystique of larger-than-life figures for long periods before they can come into their own.

Anwar is acquainted with the best that has been said and thought in the realms where democracy has taken hold over the last few centuries which brings us to the gaping omission in The Economist’sevaluation of him.

This is the fact that his entire career is tied to a world-historical concern: whether Islam is compatible with democracy, the zeitgeist issue of our times.
It’s an issue of epochal significance and the fact that after the verdict, he travelled to countries as religiously disparate as India and Turkey to speak at conferences where he is viewed as a Vaclav Havel-like figure is testimony of his category confining-transcendence.

Walter Bagehot, who expanded the sweep of The Economist’s news coverage from national to transcontinental extents, would have understood Anwar’s quest and breadth.

IKRAR Pakatan Rakyat

Posted: 16 Jan 2012 01:01 AM PST

Bahawasanya kami,

Dengan menginsafi bahawa asas keadilan dan demokrasi semakin runtuh di bumi Malaysia;

Dan menginsafi bahawa rakyat Malaysia semakin dinafikan hak dan terus menerus dipinggir daripada mengecapi kekayaan negara.

Maka kami, para pendukung Pakatan Rakyat dengan penuh iltizam berikrar akan menjunjung cita-cita murni membina sebuah Malaysia baru yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Dengan berteraskan semangat Ketuanan Rakyat, kami berjanji:

Pertama: Akan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Dasar-Dasar Bersama Pakatan Rakyat;

Kedua: Akan menumpukan sepenuh usaha dalam meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat;

Ketiga: Akan memperkukuhkan kerjasama di kalangan anggota-anggota parti komponen Pakatan Rakyat;

Keempat: Akan terus memperkasa jati diri dan menghindari segala sogokan yang mendorong ke arah mengkhianati Pakatan Rakyat;

Kelima: Akan tetap menjunjung harapan rakyat ke arah membina sebuah negara yang demokratik, adil dan berkebajikan.

Bahawasanya kami dengan ini berikrar akan tetap setia bersama perjuangan Pakatan Rakyat demi rakyat Malaysia.

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN

PARTI KEADILAN RAKYAT NEGERI SEMBILAN


Rapat Rakyat N9 2012: ribuan rakyat hadir!

Posted: 15 Jan 2012 09:36 PM PST




Ketika pihak gerombolan Umno giat untuk menggagalkan program dengan pelbagai saluran digunakan, usaha tersebut tidak sedikit pun menghalang ribuan rakyat hadir ke Rapat Rakyat N9 2012 yang berlangsung dengan jayanya di Dataran Rakyat, Pekan Gemas, Tampin.

Kegusaran dan kebimbangan pihak Umno ketara dengan tindakan-tindakan tidak demokratik yang telah menggunakan kuasa PBT untuk menanggal, menurun dan menghapuskan poster-poster, banting dan banner yang dipasang seluruh kawasan Tampin. Kemuncak kejadian lima sukarelawan PR daripada PAS telah direman beberapa hari kerana bertindak memukul 'pekerja PBT' pada tengah malam ketika menanggalkan poster-poster program.

Namun kejadian itu telah menjadi pemangkin semangat kepada kebanyakan rakyat untuk hadir. Lebih 10 ribu orang telah memenuhi Dataran Rakyat sejak jam 7.00 petang lagi. Kerjasama pihak polis Tampin amat dihargai dalam memastikan kelancaran program. Komunikasi yang baik antara penganjur program dengan Ibupejabat Polis Daerah Tampin telah banyak menjayakan kelangsungan program ini.

Pimpinan PR utama iaitu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu telah hadir tepat jam 8.30 malam yang kemudiannya disusuli oleh Pimpinan Utama DAP, YB Lim Kit Siang. Tepat jam 8.45 malam Ketua Umum PKR, YB Dato' Seri Anwar Ibrahim tiba dengan sambutan luarbiasa rakyat tempatan.

Ini adalah kali pertama sebuah program raksasa PR dibuat di kawasan Gemas yang juga merupakan kubu kuat Umno. Seiring dengan isu NFC yang hangat diperkatakan di seluruh negara, lokasi program dilihat sebagai simbol kebangkitan rakyat jelata menolak hegemoni Umno.

Acara malam itu turut menyaksikan penyerahan 300 borang permohonan ahli-ahli MIC cawangan Tampin ke PKR. Bekas Ketua MIC cawangan tersebut, saudara Fauzi Nadaraja Abdullah telah menyerahkan permohonan kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim.

Pelancaran bersama manifesto PR Negeri Sembilan telah dirasmikan dengan menaikkan belon oleh ketiga-tiga pimpinan utama PR Pusat. PR Negeri Sembilan secara rasminya telah melancarkan manifesto Tonggak Nan 9 yang meliputi sembilan tonggak utama yang bakal dilaksanakan sekiranya PR memerintah negeri ini.

Ribuan yang hadir tetap tidak berganjak dari tapak program dan terus menanti sehingga ucaptama Anwar Ibrahim.

www.telokkemang.blogspot.com/

www.telokkemang.blogspot.com/


MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN

Posted: 16 Jan 2012 08:18 AM PST






Manifesto Pakatan Rakyat Negeri Sembilan

"Pakatan Rakyat Prihatin Rakyat"


Tonggak Nan Sembilan

Tonggak 1: Rakyat Itu Tuan

1.0 Pentadbiran dan Kewangan Awam

1.1 Mengamalkan sistem tender terbuka bagi perolehan dan projek pembangunan sektor awam.

1.2 Menubuhkan Badan Semak dan Tara untuk meningkatkan keamanahan, ketelusan, kebertanggugjawaban dan membasmi rasuah.

1.3 Menangani kerenah birokrasi dan campur tangan politik dalam pentadbiran awam supaya urusan rakyat dengan jabatan dan agensi kerajaan mudah, cepat, telus dan tanpa rasuah dan pilih kasih.

1.4 Menguruskan kewangan Negeri secara berhemat dan mempastikan tiada ketirisan dan pembaziran dalam belanjawan Kerajaan.

1.5 Mendemokrasikan pemilihan ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan membuka mesyuarat PBT kepada orang ramai.

1.6 Mendemokrasikan pemilihan ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampong (JKKK).

1.7 Mewujudkan "Enakmen Hak Mendapatkan Maklumat" bagi memberi laluan kepada rakyat mendapatkan maklumat awam.

Tonggak 2: Rakyat Nan Hidup Senang dan Sejahtera

2.0 Ekonomi

2.1 Membangunkan ekonomi secara seimbang, mewujudkan peluang pekerjaan dan mengagihkan kekayaan secara saksama.

2.2 Mengutamakan projek dan kegiatan ekonomi yang boleh meningkatkan pendapatan dan taraf hidup rakyat secara langsung.

2.3 Membangunan sektor pertanian dengan penekanan kepada pengeluaran makanan, industri pemprosesan makanan dan penyelidikan dan pembangunan pertanian.

2.4 Memajukan tanah terbiar termasuk tanah pesaka adat.

2.5 Membangunkan sektor perumahan dan komersial sebagai pemangkin pertumbuhan ekonomi Negeri.

2.6 Meningkatkan pelaburan langsung dalam sektor industri dengan menawarkan pakej insentif pelaburan seragam kepada pelabur dalam dan luar negara.

2.7 Menggalakkan pembangunan sektor industri kecil dan sederhana.

2.8 Mempromosi Negeri Sembilan sebagai destinasi pilihan pelancong tempatan dan antarabangsa.

2.9 Meningkatkan prestasi syarikat-syarikat milik kerajaan Negeri.

Tonggak 3: Rakyat Nan Berilmu

3.0 Pendidikan

3.1 Menjadikan Negeri Sembilan hub pendidikan utama di wilayah selatan Semenanjung.

3.2 Memberi bantuan secara sistematik kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Sekolah Jenis kebangsaan Tamil (SJKT) dan sekolah-sekolah tinggi persendirian.

3.3 Mewujudkan skim bantuan pendidikan bagi memastikan setiap anak warga Negeri Sembilan mendapat pendidikan sekurang-kurangnya sehingga ke peringkat SPM.

3.4 Memberi sumbangan sebanyak RM1,500 kepada pelajar yang berjaya mengikuti ijazah pertama dan RM1,000 diploma di IPTA dan IPTS yang diiktiraf.

Tonggak 4: Rakyat Nan Beraklak Mulia

4.0 Agama Islam dan Agama-Agama Lain

4.1 Islam dan Pendidikan Islam

4.1.1 Memperkemaskan sistem pungutan dan agihan zakat sebagai satu instrumen pembasmian kemiskinan.

4.1.2 Menggalakkan masyarakat Islam menjadikan masjid sebagai pusat kegiatan masyarakat.

4.1.3 Menggalakkan penglibatan ahli qariyah dalam memilih AJK Masjid masing-masing.

4.1.3 Mengembangkan sistem pendidikan sekolah agama rakyat (SAR) secara sistematik.

4.1.4 Melanjutkan pendidikan KAFA sehingga ke sekolah menengah.

4.1.5 Menaikkan elaun guru KAFA kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun RM250 sebulan kepada guru Al Qur'an.

4.2 Agama-Agama Lain

Mewujudkan portfolio hal ehwal bukan Islam di bawah tanggungjawab se orang Ahli EXCO untuk menangani isu-isu berkaitan agama-agama selain dari agama Islam.

Tonggak 5: Rakyat Nan Bertelapak

5.0 Tanah dan Perumahan

5.1 Menukar tanah tempat kediaman milik pajakan (leasehold) kepada milik kekal (freehold).

5.2 Memberi milik kepada pemegang tanah TOL (kecuali rizab jalan, sungai dan seumpamanya) yang telah diusahakan atau diduduki selama 25 tahun ke atas.

5.3 Menjamin tidak menaikkan kadar cukai tanah dan cukai taksiran selama 5 tahun.

5.4 Mempastikan setiap keluarga memiliki sebuah rumah kediaman mampu milik.

5.5 Memperkasa dasar penggantian tanah rizab Melayu yang diambil kerajaan.

5.6 Melindungi kepentingan dan kedudukan Orang Asal.

Tonggak 6: Rakyat Nan Aman dan Mencintai Alam

6.0 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial dan Alam Sekitar

6.1 Keselamatan, Jenayah, Gejala Sosial

6.1.1 Memperkasa mekanisma penguatkuasaan undang-undang dan peraturan keselamatan bagi membendung jenayah dan gejala sosial.

6.1.2 Memasang lampu yang cerah dan meningkatkan rondaan keselamatan di tempat-tempat yang kerap berlaku jenayah.

6.1.3 Memberi insentif kepada majikan menyediakan kemudahan pengangkutan kepada pekerja wanita yang berkerja syif malam bagi menjaga keselamatan mereka.

6.1.4 Mencegah perbuatan merosakkan kemudahan dan harta awam.

6.2 Alam Sekitar

6.2.1 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan yang tidak mengizinkan apa jua pembangunan dijalankan selagi kajian impak alam sekitar dan sosial belum dikemukakan.

6.2.2 Menguatkuasakan undang-undang dan peraturan berkaitan pembuangan sisa industri bagi mencegah pencemaran sungai, tasek, laut, persekitaran dan udara.

6.2.3 Menghijaukan persekitaran dengan mewujudkan banyak taman bunga di taman-taman perumahan dan menanam pokok-pokok di sepanjang jalan raya.

6.2.4 Menjaga kebersihan persekitaran bandar dan kampong.

6.2.5 Memulihara rizab hutan simpan, hutan perlindugan hidupan liar, kawasan tadahan air, taman-taman hutan lipor dan rizab hutan bakau di kawasan persisiran pantai.

Tonggak 7: Kehidupan Rakyat Dimudahkan

7.0 Infratruktur dan Kemudahan Awam

7.1 Mempastikan perkhidmatan pengangkutan awam yang lebih berkesan untuk penduduk bandar dan luar bandar.

7.2 Meningkatkan mutu jalan-jalan raya di seluruh Negeri Sembilan.

7.3 Menyelesaikan masalah gangguan bekalan air di seluruh Negeri Sembilan dan mempastikan mutu air sentiasa tinggi.

7.4 Membina dewan komuniti dan taman rekreasi dan memasang lampu jalan di taman-taman perumahan dan kampong-kampong tradisi, kawasan perumahan estet dan kawasan Felda.

Tonggak 8: Wanita di Martabatkan, Rakyat Nan Muda Disayangi, Nan Dizalimi Dibela dan Nan Tua Disantuni

8.0 Wanita dan Keluarga, Anak Muda, Peneroka dan Kebajikan

8.1 Wanita dan Keluarga

8.1.1 Menyediakan kemudahan penjagaan anak di jabatan-jabatan dan agensi kerajaan dan menggalakkan majikan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama.

8.1.2 Menubuhkan dana usahawan wanita bagi membantu wanita menceburkan diri di dalam perindustrian dan perniagaan.

8.1.3 Memperkenalkan waktu kerja anjal bagi kaum wanita di sektor awam supaya wanita yang bekerja tidak mengorbankan kesejahteraan keluarga.

8.1.4 Mempastikan kaum wanita diwakili di dalam JKKK.

8.1.5 Memberi 90 hari cuti bersalin kepada pekerja wanita dan suami yang isterinya bersalin diberi cuti 7 hari.

8.1.6 Memberi bantuan tahunan RM 500 kepada ibu-ibu tunggal.

8.1.7 Memberi 7 hari cuti ehsan kepada pekerja sektor awam yang kematian pasangan.

8.1.7 Membuka akaun tabungan permulaan RM100 bagi setiap kelahiran bayi.

8.2 Anak Muda

8.2.1 Menyuburkan semangat sukarelawan, khidmat masyarakat dan suka menjelajah di kalangan anak muda.

8.2.2 Mengadakan projek usahawan muda bagi menggalakkan anak muda menceburkan diri dalam perindustrian dan perniagaan.

8.2.3 Mempastikan anak muda diwakili di dalam JKKK.

8.2.4 Mewujudkan zon akses kepada internet secara percuma di seluruh Negeri Sembilan.

8.3 Peneroka Felda

8.3.1 Menyokong cadangan mengagihkan tanah Perladangan Felda Sdn. Bhd. kepada generasi kedua peneroka.

8.3.2 Mempercepatkan pengeluaran geran hakmilik tanah kepada peneroka yang telah melunaskan hutang kepada Felda.

8.3.3 Menyokong usaha Felda membina rumah mampu milik di kawasan Felda untuk generasi kedua peneroka.

8.3.4 Bekerjasama dengan Felda menyediakan program pendidikan agama kepada anak-anak peneroka.

8.4 Kebajikan

8.4.1 Memperkasa sistem bantuan kebajikan kepada golongan sasar (warga emas, fakir miskin, golongan berpendaptan rendah, golongan tidak bernasib baik dan orang kurang upaya).

8.4.2 Memberi sumbangan tahunan RM100 kepada warga emas.

8.4.3 Menyediakan InsuranTakaful Kifalah Berkelompok secara percuma kepada warga emas (manfaat kematian RM2,500 akan dibayar kepada waris).

8.4.4 Memberi bantuan uniform sekolah bernilai RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM1,500 ke bawah.

8.4.5 Mempastikan persekitaran dan prasarana yang akrab OKU di bangunan kerajaan dan menggalakkan sektor swasta menyediakan kemudahan yang sama di premis masing-masing.

8.4.6 Menggalakkan majikan di sektor awam dan swasta memberi pertimbangan istimewa kepada OKU di dalam pengambilan pekerja.

8.4.7 Kerajaan Negeri memberi sumbangan tetap, tertakluk kepada kemampuan kewangan, kepada badan-badan bukan kerajaan yang menjalankan aktiviti kebajikan.

Tonggak 9: Rakyat Nan Berbudaya dan Beradat

9.0 Seni Budaya dan Adat

9.1 Menghidupkan seni budaya setiap kaum dengan memberi galakan kepada operator hotel memberi ruang kepada persembahan budaya tempatan di hotel-hotel.

9.2 Menubuhkan Perbadanan Pembangunan Tanah Adat bagi membangunkan tanah adat yang terbiar.

9.3 Menaikkan elaun Datok Lembaga Adat kepada RM1,000 sebulan dan memberi elaun sebanyak RM250 sebulan kepada Buapak-Buapak.

9.5 Menubuhkan sebuah institusi bagi memperkasakan adat perpatih.

PELANCARAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N9

Posted: 16 Jan 2012 07:42 AM PST

Sekitar Majlis Pelancaran Manifesto Pakatan Rakyat N. Sembilan. Ini bukti komitmen dan kesediaan Pakatan Rakyat untuk mentadbir N. Sembilan. Mudah-mudahan rakyat noghori dapat menilai apa yang kita tawarkan ini.


NFC - Sekali lagi Rakyat Di Rompak

Posted: 16 Jan 2012 06:17 AM PST


Inilah wajah dan pentadbiran kroni pimpinan UMNO/BN. Apakah ahli UMNO Cawangan & Bahagian mahu membiarkan ini, Didik pemimpin dengan tolak mereka pada Pilihanraya Umum Ke-13 akan datang dengan memberikan mandat kepada Pakatan Rakyat.

PELANCARAN MANIFESTO PAKATAN RAKYAT N. SEMBILAN - SYABAS PADA SEMUA & RAKYAT - GEMAS

Posted: 16 Jan 2012 12:32 AM PST





Dataran Gemas menjadi saksi kebangkitan rakyat. Insyallah, berkat kerja kuat kita bersama, dengan izin Allah SWT, maka N. Sembilan akan menjadi negeri kelima Pakatan Rakyat pada PRU-13 akan datang.

Aminuddin Harun

Aminuddin Harun


Posted: 16 Jan 2012 12:32 AM PST


Nik Aziz: Berhentilah malukan Anwar
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menggesa pemimpin politik dan media berhenti memalukan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu melibatkan dakwaan salah laku seks kerana mahkamah sudah memutuskan ketua pembangkang tidak bersalah.

Ini kerana, menurut mursyidul am PAS, Anwar juga manusia biasa yang mempunyai perasaan malu setelah bertahun-tahun diasak dengan isu tersebut.

NONE"Anwar ini manusia, bukan batang kayu. Dia reti malu. Bertahun-tahun surat khabar malukan dia. Orang (yang malukan) ini berdosa, kerana mencabul maruah tadilah... Dia berdosa.

"Tahu-tahu (keputusannya) terbalik sekelip mata... Orang yang memalukan itu dia pula dimalukan sekarang," kata Nik Aziz (atas) yang juga menteri besar Kelantan.

Anwar pada 9 Januari lalu dibebaskan dari tuduhan meliwat bekas pembantunya pada 2008 kerana hakim Mahkamah Tinggi mendapati tiada bukti kukuh yang menyokong keterangan pengadu.

Bermula kelmarin, beliau diasak dengan isu baru apabila dilaporkan memberikan jawapan kontroversi terhadap soalan sama ada beliau bersedia menerima "idea anti-diskriminasi yang melibatkan hak-hak golongan gay".

Yakin menang besar
Dalam wawancara dengan BBC pada Khamis, yang dipetik semula beberapa media tempatan, Anwar dilapor berkata: "kami perlu menyemak semula sebahagian daripada undang-undang lapuk kami."

Ketika diwawancara Malaysiakini di kediaman rasminya di Kota Baharu pada Khamis, Nik Aziz menggesa pihak terlibat bermuhasabah kerana tindakan memalukan orang bukan sikap seorang pejuang Islam.

azlan"Saya kata, biarlah orang ini bermuhasabah. Kita nak menentang lagi kesian pada dia... Orang rebah. Diam sekejap, bermuhasabah. Buat dosa tak pasal-pasal di akhirat Anwar Ibrahim pula
jadi jutawan kerana pahala orang itu diberi kepada dia.

"Dosa Anwar pula naik kepada dia. Jadi sekarang ini saya minta orang-orang yang memalukan Anwar Ibrahim, berhenti. Perjuangan Islam tak payah memalukan orang," katanya.

Nik Aziz juga menegaskan bahawa dalam Islam, maruah antara lima perkara yang wajib dipertahankan dalam Islam selain agama, nyawa, akal dan harta benda.

Sementara itu, mengulas peluang PAS mempertahankan Kelantan dalam pilihan raya umum akan datang, Nik Aziz berkata, beliau yakin parti itu akan memang besar sekiranya pilihan raya berlangsung dengan bebas dan adil.

Dakwat kekal perkara kedua, ketiga
"Kalau demokrasi dijaga dengan baik, tidak rasuah, tidak ugut, tidak (guna) ISA, tiada sebab rakyat tak undi Islam. Cina sekarang ada kelab penyokong PAS.

"Saya pun tak terfikir Cina ada kelab penyokong PAS sedangkan PAS dimomok-momokkan, difobiakan," katanya.

NONEMengulas perkembangan tidak sihat itu dengan memberi contoh, Nik Aziz mendakwa, beliau difahamkan seorang wakil rakyat daripada negeri itu bahawa terdapat sebuah rumah di Kelantan yang terdapat 13 pengundi "Melayu Thailand" didaftarkan di alamat itu.

"Mana boleh terima 13 orang duduk satu rumah. Umno ini, orang Melayu dah tak percaya dah, maka dia ambil orang lain.

"Kalau Melayu sendiri dah tak percaya pada Umno, berhentilah. Tapi dia ambil orang lain pula. Bangladesh pun ada ambil," dakwa anggota dewan undangan negeri Chempaka itu.

Ditanya tentang perkembangan baru apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam pilihan raya umum akan datang, bagi Nik Aziz, yang lebih penting adalah membersihkan daftar pemilih.

"Dakwat ini perkara yang kedua, (dan) ketiga, Perkara pertama bagi saya ialah senarai pengundi. Senarai pengundi, saya dengar banyak (aduan)," katanya.


Nik Aziz diwawancara oleh Jimadie Shah Othman dan Nigel Aw.