Rabu, 21 Disember 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Selangor Sokong Kempen Anti-Lynas

Posted: 21 Dec 2011 01:30 AM PST

SHAH ALAM, 21 DIS : Kerajaan Selangor akan menganjurkan majlis makan malam bulan depan bagi mengutip dana untuk kempen menghalang pelaksanaan projek Loji Lynas Advanced Materials Plant (Lamp) yang beroperasi di Pahang.

Majlis pada 7 Januari itu di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) merupakan inisiatif permulaan di Selangor yang bakal mengumpulkan pihak prihatin terhadap isu projek loji Lynas di Kuantan.

Difahamkan dana yang dikumpul bakal digunakan bagi menbiayai usaha membawa syarikat Lynas ke mahkamah.

Exco Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar, Elizabeth Wong Keat Ping berkata kempen yang dikenali sebagai 'Anti-Lynas' ini turut mendapat kerjasama daripada barisan pimpinan Exco Selangor lain dan dijangka akan dilaksanakan secara berperingkat oleh negeri-negeri lain.

"Kerajaan Selangor menganjurkan kempen ini sebagai salah satu usaha padu untuk menyokong kempen ini secara berterusan. Saya juga difahamkan majlis makan malam ini akan bergerak ke negeri lain.

Antara pemimpin yang akan menyertai majlis itu adalah Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali dan beberapa pemimpin lain," katanya.

Projek Lamp yang dijadual beroperasi sepenuhnya September tahun ini mendapat bantahan orang ramai di Kuantan dan seluruh negara kerana apabila ia beroperasi kelak ia akan menghasilkan sisa radioaktif thorium yang merbahaya kepada penduduk sekitar.

Pelbagai usaha dilakukan untuk menghalang pembinaan loji itu namun ia sehingga kini tidak diberikan perhatian serius oleh kerajaan negeri.

Loji itu kini dihentikan sementara menantikan penilaian satu panel pro-nuklear yang dilantik Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Mosti).

Difahamkan, sekiranya projek itu diluluskan barisan panel tersebut, loji yang dikendalikan Lynas Corporation itu akan menghasilkan sisa radioaktif thorium.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh berkata, pihaknya menolak sekeras-kerasnya projek loji berkenaan disebabkan ia tidak selari dengan pembangunan lestari di negeri itu.

Beliau berkata, Akademi Sains semalam memaklumkan kepadanya bahawa negeri itu akan mendapat pelaburan teknologi hijau berkuasa tinggi hasil daripada pemprosesan nadir bumi yang dilaksanakan.

Tambahnya, pihak Akademi mendakwa ia adalah peluang terbaik bagi Malaysia untuk menyertai projek perhiliran berbekalkan teknologi canggih yang pernah dihasilkan.

"Saya ingin menyangkal kenyataan tersebut kerana hakikatnya Malaysia tidak mempunyai nadir bumi yang mencukupi. Malaysia hanya memiliki 0.03 peratus nadir bumi di dunia ini. Maksudnya, nadir bumi yang digunakan itu bukannya datang dari Malaysia, sebaliknya dari Australia dan negara lain.

Justeru, kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak Akademi berhubung perkara berkenaan adalah tidak relevan sama sekali," tegasnya.

Sehubungan itu, dana yang diperoleh daripada kempen itu nanti akan digunakan bagi membawa kes tersebut ke mahkamah.

Dalam pada itu, Pengerusi Lajnah Alam Sekitar Malaysia, Zulkefly Mohamad Omar menjelaskan, pembinaan projek loji Lamp bukan sahaja merugikan rakyat, bahkan akan meninggalkan kesan buruk kepada alam sekitar untuk jangka masa panjang.

Ia merujuk kepada pengurusan sisa pepejal dan cecair yang mengandungi elemen radioaktif yang akan menjejaskan kesihatan penduduk di kawasan berhampiran ekoran daripada pencemaran alam sekitar yang serius.

"Bagi kita khususnya dari kalangan pemimpin Pakatan Rakyat, kita melihat bahawa isu alam sekitar dan nyawa rakyat merupakan isu terpenting berbanding isu lain kerana ia melibatkan kehidupan.

Dengan berjayanya projek Lynas di Pahang, tidak mustahil mereka akan membina projek yang sama di negeri-negeri lain memandangkan keuntungan yang bakal diperolehi itu besar.


Sumber: TVSNEWS

Program Atasi Banjir Di Klang Positif

Posted: 21 Dec 2011 01:00 AM PST

KLANG, 21 DIS: Program mengatasi masalah banjir yang diperluaskan ke seluruh kawasan di Klang menunjukkan perkembangan positif.

Masalah banjir di kawasan Klang ini sudah berlarutan sejak 10 tahun lalu sehingga mengakibatkan kerugian yang besar.

Kejadian banjir biasanya akan berlaku apabila hujan lebat sekitar 30 minit.

Oleh itu, satu Jawatankuasa Bertindak Banjir Parlimen Klang ditubuhkan pada 4 Disember 2011. Terdiri daripada 10 orang ahli dan turut mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK), Jabatan Pengaliran Saliran (JPS) dan Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago.

Ketika ditemui Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Banjir, Yogasigamany a/l Krishnasamy berkata, perkara ini akan diperluaskan ke seluruh kawasan yang sering mengalami masalah banjir seperti di Taman Petaling, Taman Bayu Perdana dan Taman Chi Liung.

"Dalam jawatankuasa ini ada satu pakar pengurusan banjir yang membantu. Kita juga mengadakan beberapa mesyuarat dengan MPK dan kita telah memberikan beberapa cadangan bagi mengatasi masalah ini.

"Antara perkara yang dilakukan adalah melebar dan mendalamkan beberapa longkang dan kerja-kerja telah dibuat hampir sebulan yang lalu. Setakat ini kerja-kerja hampir 80 peratus siap," katanya.

Perancangan jangka pendek yang dikemukakan oleh jawatankuasa bertindak ini adalah mendalamkan dan melebarkan longkang yang sedia ada memandangkan banyak sampah sarap yang terkumpul di situ.

Mengenai langkah jangka panjang, pihak jawatankuasa mencadangkan pembinaan satu kawasan takungan air dan perkara ini masih dalam perbincangan memandangkan projek ini memerlukan peruntukan yang besar.

Sementara itu, Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago menyeru warga Klang supaya mengamalkan sistem pembuangan sampah yang tersusun dan bukan menjadikan longkang dan sungai sebagai tong sampah.

Katanya, sebanyak 5,000 risalah kesedaran disebarkan untuk mendapatkan sokongan daripada masyarakat setempat.

"Beberapa bulan kejadian banjir dihadapan pejabat saya. Saya membuat tinjauan di kawasan berhampiran mendapati terdapat kerusi sofa, pasu bunga selain botol-botol yang dibuang ke dalam longkang yang menjadi punca banjir.

"Bukan sahaja rumah tangga, sebaliknya pengusaha restoran dan industri turut menjadikan longkang sebagai tempat untuk menyelesaikan masalah mereka tetapi menjadi masalah kepada masyarakat," katanya.


Sumber: TVSNEWS

MB: PBT Perlu Jadi Penggerak Golongan Belia

Posted: 18 Dec 2011 01:30 AM PST

PETALING JAYA 18 DIS: Pihak berkuasa tempatan yang terdiri dari Majlis Perbandaran dan Majlis Bandaraya di seluruh Selangor perlu menjadi tenaga penggerak ke arah membentuk dan membantu golongan belia.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata walaupun bukan mudah untuk mengumpul dan mendekati golongan belia yang mempunyai pelbagai kehendak dan citarasa namun usaha harus digerakkan secara bersepadu.

"Belia perlu di arah kepada hala tuju sesuai dengan inspirasi negeri yang mahukan golongan belia terlibat dalam setiap bidang.

"Selangor telah memperuntukkan RM60 juta dalam belanjawan negeri 2012 untuk pembangunan belia termasuk pembinaan usahan muda, kemudahan sukan dan riadah serta pendidikan." kata beliau ketika menyampaikan ucapan di Majlis Makan Malam dan Anugerah Penggerak Belia Tempatan (PeBT), Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) 2011 malam tadi.

Menurut Khalid lagi, semua majlis daerah perlu bersiap sedia dalam mengatur pelbagai program untuk golongan belia memandangkan Selangor mempunyai golongan belia paling ramai.

"Kita perlu menerima hakikat bahawa terdapat ramai belia dari luar yang datang bermastautin di Selangor dan seluruh majlis daerah perlu melengkapkan pasarana untuk golongan ini." ujar beliau.

Sehubungan itu Khalid memuji usaha MBPJ yang telah memulakan usaha mendekati golongan belia dengan pelbagai usaha.

Di Majlis tersebut Khalid telah menyampaikan hadiah kepada 11 penerima dari seluruh zon MBPJ dalam pelbagai kategori.

Lebih Senang dan Murah Untuk Berniaga Di Bawah Pakatan Rakyat

Posted: 18 Dec 2011 01:00 AM PST

SHAH ALAM 16 DIS : Kajian seorang Pakar politik-ekonomi Universiti Malaya, Prof Edmund Terence Gomez mendapati rata-rata usahawan Melayu di Selangor mengatakan lebih senang menjalankan perniagaan di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat berbanding di era Barisan Nasional.

Laporan itu menyebut, usahawan mengatakan kos operasi perniagaan dibawah Pakatan lebih rendah kerana tidak perlu membayar "komisyen" kepada pihak-pihak tertentu untuk mendapatkan lesen atau mendapat konsensi projek.

Amalan sedemikian lazimnya berleluasa semasa pentadbiran BN.

Jelas Edmund lagi, situasi ini mencerminkan realiti persekitaran perniagaan negara di mana usahawan Melayu yang tulen dan berdaya-saing sering diketepikan oleh dasar dan pentadbiran BN.

Hanya usahawan yang mempunyai hubungan dengan pemimpin-pemimpin Umno mendapat faedah daripada dasar-dasar kerajaan.

"Akibatnya, golongan usahawan Melayu yang tulen terpaksa bersaing bukan sahaja dengan usahawan dari komuniti lain, tetapi dengan golongan usahawan yang ada kaitan dengan Umno.

"Jadi di sini kita nampak PKR (Parti Keadilan Rakyat) mendapat sokongan daripada golongan ini kerana mereka disisihkan daripada mendapat akses kepada dasar, konsensi dan projek kerajaan," kata Edmund.

Beliau berkata demikian di dalam satu sessi forum ekonomi bertajuk "Malaysia's Economy : Are We Heading in the Right Direction?" (Ekonomi Malaysia : Adakah Kita Berada di Halatuju Sebenar?) di sini, baru-baru ini.

Turut hadir majlis tersebut pengarah eksekutif kumpulan pemikir Research for Social Advancement (REFSA) Teh Chi-Chang dan pakar ekonomi Dr Cheong Kee Cheok dari UM.

Exco Selangor Teresa Kok bertindak selaku moderator.

Edmund menerangkan, walaupun Dasar Ekonomi mempunyai matlamat yang murni, iaitu untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang pendapatan antara komuniti di Malaysia, ia tidak menepati sasaran.

"Semasa pemerintahannya, (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir telah membelanjakan berjuta-berjuta ringgit untuk membentuk kelas kapitalis Melayu.

"Namun pada hari ini, tiada satu pun perniagaan Melayu yang tersenarai sebagai 10 perniagaan terbesar di Malaysia," katanya.

Persoalan sebenarnya sekarang, Edmund berkata, adalah bukan tentang jurang pendapatan antara komuniti. Ia adalah tentang jurang pendapatan dalam sesuatu komuniti itu sendiri.

"Kita tengok, walaupun dibawah Dasar ekonomi Baru(DEB), negeri-negeri yang masih mencatat kadar kemiskinan yang tinggi, seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah adalah negeri yang majoriti penduduknya Melayu," jelasnya.


Sumber: TVSNEWS

Selangor Akan Pertahan Kecemerlangan Pentadbiran

Posted: 17 Dec 2011 01:00 AM PST

TANJONG KARANG, 16 DIS: Kecemerlangan Selangor di bawah teraju Pakatan Rakyat (Pakatan) diteruskan apabila berjaya menarik minat pelabur yang memberangsangkan untuk tahun 2011.

Sehingga Ogos tahun ini, Selangor berjaya mencatatkan jumlah pelaburan berjumlah RM6 billion.

Perkara ini diumumkan sendiri oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika menyampaikan amanat di hadapan 250 orang penduduk setempat bersempena Rapat Rakyat bersama rakyat Tanjong Karang.

Menurut Abdul Khalid, prinsip telus, amanah dan berkeupayaan yang diamalkan selama ini menjadi pemangkin untuk pimpinan negeri melaksanakan tanggungjawab kepada rakyat.

"Kita juga buktikan pengurusan kita telah menarik ramai pelabur untuk melabur dalam Negeri Selangor.

"Dalam tahun ini sehingga Ogos, lebih daripada RM6 Billion dilaburkan di dalam negeri Selangor.

"Jadi angka-angka ini menunjukkan bahawa pentadbiran kita diterima oleh pelabur-pelabur,"katanya.

Mengulas lanjut, satu ketika dahulu Selangor yang ditadbir oleh Barisan Nasional selama 50 tahun sebelum Pakatan mengambilalih tampuk pemerintahan berada di tahap yang tidak sepatutnya memandangkan negeri ini mempunyai hasil yang banyak.

Namun, beliau berjaya menangkis segala tomahan yang dilemparkan pihak pembangkang negeri yang selama ini hanya berani memperlekeh kreadibiliti pentadbiran Pakatan.

"Saya tahu Umno-BN cakap dia (Pakatan) tidak boleh. Kita sudah urus negeri 50 tahun mcm mane dia nk urus. Pejabat pun dia tidak tahu.

"Alhamdulillah, saya berterima kasih kepada Umno/BN bukan kerana apa, kerana dia tidak menjaga negeri dengan baik, maka nampak saya lebih pandai daripada dia(Umno-BN),"katanya lagi.

Sementara itu, Pakar Perundangan yang juga tokoh akademik negara, Prof. Dr Abdul Aziz Bari berkata, Pakatan bukan sahaja perlu berkuasa di peringkat negeri malah di Putrajaya.

Ini memandangkan negara kini seolah-olah tidak ada undang-undang ditambah dengan kegagalan kerajaan menangani beberapa persoalan termasuk memansuhkan Akta Tahanan Tanpa Bicara (ISA) dimana terbaru 13 orang ditahan dibawah akta tersebut.

"Begitu juga dengan persoalan penarikan semula undang-undang darurat, tertinggal satu. Entah sengaja entah tidak saya tidak tahu.

"Seperti yang disebut oleh YB Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), bahawa kita masih ada satu lagi pengisytiharan darurat yang belum ditarik balik yakni Pengisytiharan Darurat tahun 1964.

"Sebab itu, Karpal Singh adalah benar dimana kita masih berkonfontasi dengan Indonesia, sebab pengisytiharan darurat yang pertama itu, adalah bertujuan untuk menangani darurat dengan Indonesia dan itu masih belum ditarik balik," katanya.

Katanya pengisytiharan darurat yang ditarik balik adalah tahun 1966 (krisis politik Sarawak), tahun 1969 (13 Mei) 1977 (Krisis Politik Kelantan).

Beliau memaklumkan pengisytiharan darurat ini juga yang digunakan oleh kerajaan untuk memansuhkan Pilihanraya Kerajaan Tempatan.

Aziz Bari turut menyatakan sokongan terhadap tindakan kerajaan negeri untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada pilihanraya umum akan datang walaupun Parlimen dibubarkan.

Mengulas lanjut katanya, situasi ini bukan kerana takut sebaliknya merupakan merupakan satu budaya politik yang baru supaya pilihanraya itu tidak dijadikan sebagai Ambush Election (Pilihanraya Serang Hendap).

"Saya sangat bersetuju dan menyokong dengan ura-ura beliau untuk tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Selangor meskipun Parlimen dibubarkan," katanya.

Beliau juga bersetuju dengan kenyataan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebelum ini yang menyebut mandat diberikan rakyat adalah lima tahun supaya segala janji dan perancangan yang diatur dapat dilaksanakan dan dipenuhi.

Beliau turut berharap agar negara dapat menyaksikan dimana dewan itu dibubarkan dengan sendirinya setelah genap lima tahun mengikut perkiraan daripada hari pertama dewan itu bersidang.

Sekadar memberikan pendapat, Aziz Bari memberitahu masa terbaik untuk diadakan pilihanraya di Selangor adalah pada tahun keempat.


Sumber: TVSNEWS

Anwar : Hampir 70% Bawah 25 Tahun Menganggur

Posted: 16 Dec 2011 01:00 AM PST

KUALA LUMPUR 16 DIS: Kesan dari pemborosan, salah urus dan ketirisan dalam kerajaan sekarang telah mengakibatkan hampir 70 peratus generasi muda di bawah 25 tahun tiada pekerjaan.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tanggungjawab pemerintah bukan sekadar menyediakan ruang pelajaran yang baik dan sempurna tetapi perlu bertanggungjawab menyediakan peluang pekerjaan bagi menjamin kesejahteraan rakyat.

"Lebih dari 342,198 golongan tidak bekerja telah mendaftar dengan Kementerian Sumber Manusia setakat Ogos 2011, manakala 69.1 peratus adalah dibawah 25 tahun.

"Kalau dimasukkan mereka yang berumur 30 tahun pula nilainya hampir 90.1 peratus. Dan 51.4 peratus dari golongan ini adalah bekas graduan yang sekurang-kurangnya pemegang diploma," kata Anwar di majlis ucaptama Debunking ETP: Widening Income Gap (Menjawab ETP : Melebarkan Jurang Pendapatan) malam tadi.

Katanya, angka tersebut hanya melibatkan dikalangan mereka yang berdaftar.

Menurut Anwar, kesan dari tekanan terhadap generasi muda ini akan mengakibatkan generasi penerus berada dalam keadaan merbahaya.

"Ini amat membimbangkan kita, keutamaan perlu diberi penekanan kepada golongan muda ini dalam usaha memberi latihan kemahiran yang tidak memilih kaum, bangsa dan fahaman politik.

"Kita tidak mahu lagi melihat generasi muda ketiadaan pekerjaan disebabkan oleh kerajaan yang ada sekarang terlalu boros dan salah urus negara hingga anak-anak muda ini tidak mempunyai masa depan," jelas beliau lagi.

Katanya lagi dalam bancian pada 2009 yang mengambil maklumat dari 24,000 majikan dengan 1.3 juta pekerja mendapati 33.8 peratus memperoleh pendapatan dibawah RM700 sebulan.

Berdasarkan angka tersebut menurut beliau menunjukkan hampir 34 peratus dari pekerja di negara ini mempunyai pendapatan dibawah paras kemiskinan.

Sehubungan itu katanya usaha Pakatan Rakyat memperuntukan gaji minima RM 1,500 sebulan sebagaimana tercatat dalam Buku Jingga bertujuan membebaskan golongan pekerja dari belenggu kemiskinan.


Sumber: TVSNEWS

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


BMFOA tidak membezakan warna politik seseorang peneroka dan OA

Posted: 21 Dec 2011 03:59 AM PST

Memang benar bahawa perjuangan yang dibawakan oleh Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR adalah berselari dengan dasar yang dibawakan oleh Parti Keadilan Rakyat yang menjadi induk kepada Biro ini.

PKR adalah sebuah parti multi-rasial untuk semua kaum di Malaysia dan perjuangannya adalah untuk semua rakyat yang tidak mengambil kira warna politik yang dipegang oleh rakyat.

Kepada PKR rakyat mempunyai kedudukan yang sama, samada warna politiknya biru tua, biru muda, hijau atau pun merah. Kenaikan harga barang menimpa dan menyusahkan semua rakyat.

Pembaziran, rasuah, salahguna kuasa, pengsonglapan wang Negara untuk kepentingan pemimpin-pemimpin dan isteri/suami pemimpin-pemimpin kesemuanya mendatangkan kesan yang negatif kepada Negara dan rakyat, dan kesan negatif ini dirasai oleh semua rakyat tanpa mengira warna politik pegangan mereka.

Pemimpin-pemimpin politik dari warna biru tua telah menyalahgunakan wang Negara (bermakna wang rakyat), mereka terlibat dengan rasuah dan salahguna kuasa semata-mata untuk kepentingan kumpulan mereka dan golongan mereka yang kaya raya menidakkan hak rakyat khususnya rakyat marhaen.

Justeru itu PKR menentang golongan pimpinan politik dari warna biru tua ini tanpa mengira warna kulit atau agama pegangan mereka.

Demikian pegangan dasar Parti Keadilan Rakyat maka sedemikianlah pegangan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal.

Setiap langkah dan tindakan yang diambil oleh BMFOA adalah selaras dengan dasar parti, dan oleh kerana itu, BMFOA tidak membezakan warna politik peneroka-peneroka Felda atau Orang Asal.

Mereka mengahadapi masalah yang didatangkan oleh Felda dan UMNO/BN dan BMFOA membela mereka tanpa mengira dari parti mana mereka itu datang. Perjuangan kami adalah untuk semua peneroka, generasi baru Felda dan Orang Asal.

Orang Asal, walaupun golongan mereka itu kecil, tetapi merekalah merupakan golongan yang paling hebat menyokong UMNO/BN didalam setiap kali Pilihanraya. Dato Seri Najib Tun Razak pernah diselamatkan oleh undi Orang Asal di Pekan apabila beliau menang tipis dengan sekadar lebihkurang 200 undi sahaja.

Tetapi adakah Dato Najib memberikan pembelaan kepada Orang Asal di Pekan? Orang Asal di Pekan dan Rompin merupakan golongan Orang Asal yang sangat dhaif dilanda kemiskinan melampau.

Sudahlah mereka miskin dan dhaif, tanah-tanah komunal dan adat mereka terus menerus diceroboh oleh kumpulan korporat yang sesetengahnya adalah dari anak syarikat kerajaan.

Didalam pada itu pegangan politik Orang Asal di Pekan dan Rompin masih secara majoritinya menyokong UMNO/BN walaupun kini sudah mulai wujud perubahan dikalangan mereka untuk menolak UMNO/BN dengan hampir setiap kampong mereka kini sudah pun menubuhkan ranting-ranting Parti Keadilan Rakyat.

Tanah komunal dan adat Orang Asal yang diceroboh itu memberi kesan negatif kepada semua Orang Asal tanpa mengira pegangan politik mereka.

Justeru itu perjuangan kami dari BMFOA adalah membela nasib dan kepentingan Orang Asal tanpa mengira pegangan politik mereka.

Dasar yang kami perjuangkan ini adalah dasar adil dan benar dan oleh kerana itu sedikit demi sedikit difahami oleh Orang Asal yang kini rata-rata sudah mendekati Biro ini dan justeru Parti Keadilan Rakyat.

Biro ini mengambil pendekatan yang sama dengan dasar yang dibawakan oleh NGO-NGO Orang Asal seperti JOAS yang mahukan tanah komunal Orang Asal diwartakan, tuntutan itu adalah tuntutan yang kini menjadi dasar yang diperjuangkan bersama diantara NGO-NGO Orang Asal dengan BMFOA/PKR.

Demikian juga perjuangan BMFOA terhadap peneroka-peneroka Felda/Generasi Baru Felda.
Kami tidak pernah membezakan diantara peneroka-peneroka Felda/Generasi Baru Felda dari UMNO dan dari PKR/PAS/Tidak berparti.

Apa juga tindakan yang kami ambil dari sudut tuntutan untuk peratusan perahan KPG yang adil, tuntutan untuk pengembalian wang/dana tanam semula, pemansuhan Felda Plantation untuk pengagihan tanah kepada generasi baru Felda, tuntutan lebihan pendapatan yang tidak dikembalikan oleh Felda, tuntutan penghapusan hutang peneroka Felda setelah mengambil kira bahawa Felda yang sebenarnya bernhutang dengan peneroka, adalah untuk keseluruhan peneroka Felda/Generasi Baru Felda tanpa mengira samada mereka itu datangnya dari UMNO atau lain-lain parti.

Itu adalah perjuangan yang adil, saksama, telus dan perjuangan yang benar, justeru kerana itu, peneroka-peneroka dan genarasi baru Felda kini sudah mulai mendampingi BMFOA dan Parti Keadilan Rakyat.

Perjuangan yang kami bawa adalah membela golongan rakyat berhadapan dengan golongan pemimpin-pemimpin UMNO/BN yang memihak kepada golongan korporat dan orang-orang yang kaya raya.

Golongan rakyat adalah golongan majoriti dan apabila mereka memahami dasar ini, maka sudah pastilah mereka akan bersama-sama dengan BMFOA dan PKR.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Umno-BN (1956 to 2011): The Kleptocratic Government

Posted: 21 Dec 2011 07:35 PM PST

Malaysia Chronicle

For 54 years UMNO/BN has been exploiting our resources both natural and man-made.

Water

We have a lot of rain and many rivers but still we have water shortages and many villages still have no piped water and for those who have piped water it is of poor quality because it is tainted with high ferric compound and very fine blackish dirt. Is it impossible to provide hundred percent to the entire nation wherever it may be after 54 year of independence and being able to send an angkasawan (astronaut) to the international space station? Has not Malaysia been portrayed by UMNO-BN as everything "Boleh" (within reach)?

The UMNO-BN government has on several occasions warned us of the possible water crisis and that huge amounts of money is needed to transfer raw water from Pahang to Selangor. Melaka is also getting its raw water supply from the Muar River in Johore and Sungai Linggi in Negeri Sembilan. But is it really necessary to spend huge amount of money to transfer water from one state to another? Does it mean that the UNO/BN government has admitted failure when even after the privatization of our water treatment and supply system, we are going to face a water crisis?

The only plausible reason is simply that the UMNO-BN government has failed miserably in its duty to provide clean and cheap, if not free water, to the entire nation. The water transfer projects are just money-making schemes for their leaders and their cronies.

The UMNO-BN government is just more interested in money-making-schemes and siphoning money. If it is really committed to providing this important basic supply, Malaysia would have been in the forefront of water technology and supply.

We could be the ones being engaged by countries in the arid regions for our expertise, yet Singapore without much natural water resources has been actively engaged through its Public Utility Board consultancy company PUB Consultants Private Limited (PUBC), a wholly-owned subsidiary of PUB. It has been the water consultant for several Middle East countries like Qatar, Saudi Arabia and Abu Dhabi.PUBC is also involved in China, India, Australia and Brunei.

Rice

We once had large areas of rice fields within the state of Kedah being our "rice bowl" but the area has been reduced so much until there is a need to have another huge area in Sarawak to cultivate rice. Rice is our staple diet and it was part of the Ministry of Agriculture’s vision to be self-sufficient in food.

The NFC debacle is just part of the overall vision. But is it really necessary to convert our paddy fields for other development in the first place? Why can't it be avoided? Are there not enough barren land and small hills to be used for this purpose?

When Thailand was inundated with floods destroying its rice fields, we were scared when contemplating the shortage of rice in the world supply, but the UMNO-BN government under Prime Minister Najib Razak has done nothing thus far to ensure that we have enough of our own supply from our local producers. We do need to have our "rice bowl" somewhere within the country and we need it urgently.

Yes, the UMNO-BN government too does find the need to ensure we are self sufficient in food, but what happened is the result of unscrupulous, callous and greedy politicians who allowed our rice field areas to be converted to residential and commercial land. We have huge areas that are being left uncultivated and whatever schemes that the UMNO-BN has tried so far has ended up with the lands overgrown with weeds and creepers. Why pay lip service to the need for another "rice bowl" when no effort is made to have the project implemented properly and successfully?

Timber

Timber that needs thousands of years to grow to a prime state have vanished from the virgin forests within one generation. The unscrupulous felling of timber without any consideration for the future and destroying the way of life of our indigenous people! Yet the states like Sabah, Sarawak and Pahang are still under developed. Where have all the timber money gone to? Who got the benefits?

Unfortunately even after knowing that our timber has been depleted, the UMNO-BN government has not embarked on replanting to replenish the supply. Whatever efforts have been for show, too little and too late. Just another money-making scheme in the form of supplying the seedlings. We are so desperate for wood that even our rubber trees are in short supply – not for its latex but for its wood!

Petroleum

In 1994, the amount of cash that Petronas our main source of huge income had was in the region of RM20 billion, excluding assets and capital for investments. Yet today, Petronas cannot even find enough capital for finding more oil fields. However, Dr Mahathir is still the advisor while Hassan Merican was side-lined and Tun Salleh Abbas, who tried to prevent the siphoning of funds from Petronas, was sacked as the Chief Justice.

Instead of benefiting the country, Petronas has been used to subsidize the fuel costs of the UMNO-linked Independent Power Producers who at the same time creamed off the best from TNB until the supposedly financially-strong GLC has become like the Malaysia Airline System (MAS).

EPF, Tabung Haji and FELDA

Our EPF and Tabung Haji are also at risk. The FELDA settlers are also being conned. Just because many of these have managed to lead better lives and now have some money to spare, it is a money-making scheme for UMNO rather than for the settlers. It is the same for all the other privatization schemes.

The existing infrastructure and facilities

Expensive infrastructure such as stadiums are left to rot and even the Kuala Lumpur International Airport has not been spared. After siphoning huge amounts of money from these mega projects, the sub-contractors were left with the "bones" thus they had to take short-cuts to complete the works.

Is it any surprise, these facilities were constructed shoddily and left to rot. We have the National Stadium and Sports Complex rotting as a result of poor maintenance, the roof of the Terengganu Stadium already collapsed, cracks in the MRR2 expressway, chronic leaking in the Parliament House, high costs of the new National Palace and the list continues.

The Klang Valley Mass Rapid Transport (KVMRT) will be the mother of money-making schemes and is already facing doom. It is a certainty the project will need to be bailed out eventually. The overall cost at the present of RM60 billion will inevitably double when completed in 2017 at RM120 billion which is half of the present 2012 budget!

Even the fees for the Independent Check Engineer (ICE) HSS Integrated is said to be in the region of about RM720 million although it is not actually involved in the design work, but just to counter-check and comment. Under ‘real’ market terms, that sort of scope for work should not cost more than RM20 million for a three-year contract.

Talents

So much money has been spent for education and yet we produce mediocre graduates, while those who have real talent have choose to go abroad. This is money wasted and yet the UMNO-BN government is not worried. We must also not forget the school computer lab fiasco with incomplete construction, fallen roofs, inadequate facilities and damaged computers after spending RM550 million and a further RM300 million to rectify the mistakes without anyone being taken to task!

The talented are leaving the country resulting in brain drain. Yet we need talented people to help develop the country. We can't afford to be like the US where they have money to acquire talent. The money Malaysia invested in its youth for fifteen years, providing their education since primary school, has benefited others, not us.

But for the sake of politics, this is not admitted. Former prime minister Mahathir Mohamad has many a time said, the door is open, we won’t stop anyone from leaving. Left behind in Malaysia are the likes of Ibrahim Ali and his gang of Perkasa hooligans. What future can they offer our children except to launch ‘spitting’ campaigns and May 13-don’t-anger-us scare shows?

GFI report

The latest Global Financial Integrity (GFI) report tells us the RM1 trillion of our funds have been taken out of the country illicitly.

This alone illustrates the depths of the dysfunction in our country, with ever-growing, un-stoppable greedy UMNO leaders the main source and direct cause. Their loyalties and interests have nothing to do with the rakyat or even Malays, who form 60% of the population. It just that when everyone suffers, more Malays suffer simply because there more Malays than anyone else in the country. The horrifying thing is that the majority of the poor are also the Malays, which again proves that UMNO has cared only for its money-making schemes and not redistribution of wealth to benefit the people – be they Malay or otherwise.

When will all this nonsense stop? This is a question Malaysians must take seriously to heart. Reflect on the past 54 years and compare against others in the region and the world, and it is clear to see. The time has come to write the UMNO-BN’s obituary and there can be no better occasion to do that than the GE-13 or 13th general election, which is widely expected to be held early next year

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Dr M Akui Malaysia Pinjam Dana Bank Dunia

Posted: 21 Dec 2011 06:41 PM PST





Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui bahawa Malaysia meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau namun menegaskan bahawa beliau tidak pernah menulis kepada badan berkenaan untuk mendapatkan dana.
Tiada surat mahupun permintaan bertulis dibuat oleh beliau kepada Bank Dunia, kata Mahathir, menjawab dakwaan yang ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau pernah berbuat demikian ketika krisis kewangan 1999.
“Jika Anwar boleh menunjukkan bukti sebaliknya, dia patut berbuat demikian. Jika tidak dia mesti bersumpah dengan al-Quran di masjid bahawa dia tahu apa yang dia kata itu benar.
Saya bersedia untuk bersumpah bahawa saya tidak pernah meminta pinjaman daripada Bank Dunia,” katanya lagi dalam tulisan di blog beliau, chedet.co.cc, semalam.
Katanya lagi, Malaysia enggan menerima dana pinjaman International Monetary Fund (IMF) daripada Bank Dunia kerana “bantuan yang dikatakan itu akan memburukkan lagi keadaan.”
Mahathir mengambil alih kedudukan sebagai menteri kewangan selepas Anwar dipecat dan dipenjarakan pada 1998.
Katanya lagi, pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, ketika Anwar masih menjadi menteri kewangan, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.
Sebanyak USD100 juta turut ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.
Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD60,000 manakala satu pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD244 juta dikeluarkan.
Kedua-duanya diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan.




Selepas nafi, Mahathir akhirnya mengaku pinjam Bank Dunia




KUALA LUMPUR 21 Dis: Selepas berbohong dan membuat penafian, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akhirnya mengaku meminjam wang daripada Bank Dunia ketika pentadbiran beliau.
Anehnya, Mahathir mendakwa beliau tidak pernah menulis secara rasmi kepada badan itu untuk mendapatkan dana ketika krisis kewangan 1999, bagi menjawab dakwaan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Baru-baru ini, Mahathir menafikan beliau  pernah meminta bantuan kewangan daripada Bank Dunia, sama ada semasa krisis kewangan tahun 1997 atau selepas itu.
Mengulas pendedahan Pengarah Strategi KEADILAN,  Mohd Rafizi Ramli yang mengemukakan tiga dokumen yang didakwa sebagai bukti  beliau pernah membuat pinjaman itu, Dr Mahathir berkata beliau perlu membuat pengesahan dengan Bank Dunia untuk melihat sama ada dokumen itu asli atau tidak.
Namun, ketika menulis diblognya semalam, Mahathir mengaku pinjaman sebanyak USD300 juta ditandatangani dengan Bank Dunia pada Jun 1998, untuk makanan, pendidikan tinggi dan program mikrokredit.
Selepas Anwar dipecat, kerajaan membuat tiga pinjaman daripada Bank Dunia.
Menurut Mahathir, sebanyak USD100 juta ditandatangani untuk bantuan teknikal pada Mac 1999, namun hanya USD11.94 juta dikeluarkan.
Pinjaman sektor sosial sebanyak USD60 juta dihentikan selepas pengeluaran sebanyak USD600,000 manakala satu lagi pinjaman pendidikan dihentikan selepas sejumlah USD217 juta dikeluarkan.
Tiga injaman itu diluluskan pada Mac selepas Anwar dipecat daripada jawatan menteri kewangan, dan kedudukannya diambil alih oleh Mahathir.
KEADILAN baru-baru ini mengemukakan tiga dokumen rasmi Bank Dunia berhubung salah satu dari empat pinjaman berjumlah US$704 juta oleh kerajaan Malaysia sejak 1997.
Ketiga-tiga dokumen pinjaman US$60 juta  itu membuktikan rundingan  berlaku selepas Anwar dipenjara dan dipecat dari kabinet.
Pentadbiran Umno sejak zaman Mahathir  menuduh Anwar dengan pelbagai tohmahan, termasuk akur kepada polisi ditetapkan Bank Dunia dan IMF semasa krisis kewangan melanda lebih sedekad lalu.

SPRM Pasti Temui Rasuah Dalam Skandal NFC

Posted: 21 Dec 2011 02:54 AM PST

Malaysiakini

Setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya badan itu menyiasat penglibatan menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dalam skandal projek National Feedlot Centre.

Saifuddin berkata, asas utama dakwaan beliau hari ini adalah “adakah pada ketika kerajaan luluskan pinjaman RM250 juta itu menteri terlibat dan hadir mesyuarat (kabinet).”

Katanya lagi, SPRM perlu menyiasat sama ada Shahrizat mengetahui mengenai pembabitan keluarganya dalam projek berkenan ketika mesyuarat jemaah menteri itu berlangsung.

Tambahnya, beliau tidak mahu SPRM memberi alasan sama seperti yang diberikan selepas satu laporan berkenaan dibuat sebelum ini berhubung pembelian kondominium mewah One Menerung daripada dana NFC.

“Kita tidak mahu SPRM beri alasan lagi bahawa kes itu bukan kes rasuah.

“Dengan kompilasi bukti ini, kita berpendapat SPRM pasti akan temui elemen rasuah,” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Antara bukti yang turut diserahkan kepada SPRM hari ini akaun syarikat, status pegangan saham, sijil saham dan juga hasil carian data di Suruhanjaya Syarikat Malaysia kata

Saifuddin yang kini terikat dengan Seksyen 29(4) Akta SPRM 2009 berhubung kes berkenaan turut ditemubual hampir dua jam di pejabat SPRM Selangor, Shah Alam.

Seksyen berkenaan menghalang pengadu daripada mendedahkan butiran aduan tersebut kepada awam.
“Tapi kalau ada maklumat baru, contohnya ada kondo di Australia pula, saya boleh beritahu,” katanya dengan berseloroh.

Tambahnya, beliau turut diberitahu bahawa kes berkenaan akan diserahkan untuk disiasat oleh ibu pejabat SPRM Putrajaya memandang kes berkenaan berprofil tinggi.

Permohonan Untuk Pinjaman Bank Dunia Dibuat Oleh NEAC Yang Dipengerusikan Tun Mahathir

Posted: 21 Dec 2011 02:42 AM PST

Saya mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad yang akhirnya mengaku[1] bahawa pentadbiran beliau memang ada mengambil pinjaman dari Bank Dunia yang ditandatangani pada 31 Mac 1999 semasa beliau menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan. Ini bertentangan dengan penafian beliau sehari sebelum itu kononnya beliau tidak mengambil sebarang pinjaman Bank Dunia.

Malangnya, adalah mendukacitakan apabila beliau masih meneruskan pembohongan untuk mengabui mata rakyat. Beliau menulis kononnya "rundingan terakhir dibuat dalam tahun 1997 untuk mendapatkan pinjaman Bank Dunia" dengan niat menyabitkan Dato' Seri Anwar Ibrahim dengan permohonan pinjaman tersebut.

Hakikatnya adalah berbeza dan ini disahkan oleh dokumen-dokumen Kerajaan Malaysia dan Bank Dunia. Saya rujuk rentetan peristiwa dan dokumen-dokumen berikut untuk membuktikan bahawa permohonan untuk pinjaman sebanyak USD404 juta dari Bank Dunia dibuat atas arahan Tun Mahathir Mohamad sendiri:

1) Dokumen Bank Dunia (Laporan Awal Permohonan Pinjaman PID6999 yang disertakan bersama) pada halaman 2 perenggan terakhir menyebut:

"In view of these circumstances in July 1998, the Government announced a National Economic Recovery Plan to bring the economy back on a positive growth path. One of the six strategic objectives of the National Economic Recovery Plan is to continue the country's equity and socio-economic agenda which had been instrumental during the past two decades, in maintaining social stability in the country. In line with this objective, the Government has proposed a plan of action to mitigate the adverse social impacts of the crisis which threaten to reverse the gains made in the past.The Government has approached the Bank for help in strengthening this plan and implementing it through a Social Protection Project"

Dokumen Bank Dunia itu menjelaskan tujuan permohonan pinjaman yang dibuat iaitu untuk membiayai Pelan Pemulihan Ekonomi Negara (National Economic Recovery Plan, NERP) yang diumumkan di dalam bulan Julai 1998. Permohonan juga dibuat oleh Kerajaan Malaysia, bukannya ditawarkan oleh Bank Dunia seperti yang didakwa Tun Mahathir.

2) NERP diumumkan dan ditadbir sepenuhnya oleh National Economic Action Council (NEAC) atau Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). NEAC dipengerusikan oleh Tun Mahathir Mohamad sendiri. Perjalanan seharian NEAC diputuskan oleh Pengarah Eksekutif NEAC iaitu Tun Daim Zainuddin, Menteri Tugas-tugas Khas yang dilantik oleh Tun Mahathir Mohamad. Setiausaha NEAC adalah Ketua Pengarah, Unit Perancang Ekonomi (EPU) yang bertanggungjawab penuh kepada Tun Mahathir Mohamad ketika itu.

3) Maka, jelas terbukti bahawa permohonan mendapatkan bantuan kewangan dari Bank Dunia dibuat oleh NEAC bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk membiayai NERP yang dilancarkan dalam bulan Julai 1998. NEAC dikawal sepenuhnya oleh Tun Mahathir Mohamad.

4) Ini bertepatan dengan jadual kelulusan pinjaman dari Bank Dunia seperti yang termaktub di dalamLaporan Penilaian Permohonan Pinjaman (Project Appraisal Document 18855-MA yang disertakan bersama) mukasurat 29. Ia menyebut tarikh-tarikh penting seperti berikut:

  1. Permohonan mula-mula diterima dari Kerajaan Malaysia pada 26 Julai 1998
  2. Pasukan penilai dari Bank Dunia berlepas ke Malaysia pada 30 November 1998
  3. Rundingan hanya bermula 1 Februari 1999

5) Bukan sahaja permohonan dibuat oleh NEAC mengikut arahan Tun Mahathir Mohamad, malah kesemua proses rundingan berlaku selepas Dato' Seri Anwar Ibrahim sudah pun dipenjarakan.

Saya percaya Tun Mahathir Mohamad akan mencari alasan baru untuk menerangkan perkara ini walaupun ia sudah jelas terbukti, sebagaimana beliau akhirnya mengaku beliau ada mengambil pinjaman Bank Dunia (walaupun menafikannya sebelum itu).

Saya juga menasihatkan Tun Mahathir Mohamad agar tidak begitu ghairah mencabar orang lain bersumpah di atas al-Quran dalam hal ini, kerana jika polemik cabar-mencabar untuk bersumpah ini melarat kepada isu-isu yang membabitkan keluarga beliau, sukar untuk beliau menafikannya.

Contohnya, adalah lebih berguna sekiranya beliau bersumpah di atas al-Quran bahawa anak beliau, Mirzan Mahathir tidak membeli pegangan besar di dalam konglomerat arak terbesar di rantau ini iaitu San Miguel kerana soal keluarga pembesar negara beragama Islam menguasai perniagaan arak adalah soal yang sensitif bagi masyarakat beragama Islam di Malaysia. Tambahan pula, bila konglomerat yang sama ingin menguasai perniagaan hiliran milik ExxonMobil Malaysia yang melibatkan ribuan rakyat Malaysia beragama Islam yang tidak sanggup dibayar gaji dari wang yang terlibat dengan arak.

Jika beliau bersungguh-sungguh untuk bersumpah di atas al-Quran, bersumpahlah menafikan perkara ini terlebih dahulu.

MOHD RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI KEADILAN

20 DISEMBER 2011

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Polis dituduh samun guna parang pula

Posted: 21 Dec 2011 02:25 AM PST



Tak cukup dengan kes polis dikaitkan dengan rompakan kedai emas di Terengganu. Beberapa anggota tentera didakwa terlibat dengan samun kafe siber di Kuala Lumpur, kemudian senapang Steyr milik tentera digunakan dalam rompakan bank di Kuala Lumpur. Kini polis pula dituduh melakukan samun menggunakan parang di Melaka.

Kisah berkaitan sebelum ini di http://amkns.blogspot.com/2011/12/guna-senapang-milik-tentera-dalam.html

Lans Koperal didakwa samun remaja
December 21, 2011

AYER KEROH - Seorang anggota polis berpangkat Lans Korperal dan rakannya dituduh di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, kerana menyamun seorang remaja di sebuah pusat siber, pertengahan November lalu.

Ahmad Muzammir Zorkanain, 24, dan rakannya, Mohd Hazhar Baharum, 32, bagaimanapun tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Zaharah Hussain.

Berdasarkan pertuduhan, kedua-duanya didapati melakukan rompak bersenjata menggunakan sebilah parang ke atas Hilary Salisih, 18, dengan merompak wang tunai RM1,000 milik sebuah pusat siber.

Tertuduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai pusat siber di Taman Rambai Jaya, Bukit Rambai, jam 3.55 pagi pada 17 November 2011.

Mereka didakwa mengikut Seksyen 391 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah Seksyen 395/397 kanun sama yang memperuntukkan hukuman sehingga 20 tahun dan sebat.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Fairuz Syuhada Amran meminta mahkamah memberikan jaminan RM10,000 setiap tertuduh dan dikenakan syarat tambahan.

Bagaimanapun, Ahmad Muzammir yang diwakili peguamnya A Partheeban, memohon mahkamah mengurangkan wang jaminan dengan alasan dia telah berkahwin dan perlu menyara keluarga.

Sementara Mohd Hazhar yang tidak diwakili peguam bela juga memohon wang jaminan dikurangkan kerana dia berniaga kecil-kecilan dan bakal menimang cahaya mata.

Setelah mendengar permintaan dan rayuan kedua-dua belah pihak, Zaharah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 seorang dan menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 15 Januari tahun depan.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/melaka-ns/lans-koperal-didakwa-samun-remaja-1.13834

Reman kapten tentera pemilik Styer dilanjut

Posted: 21 Dec 2011 02:23 AM PST


Reman kapten tentera pemilik Styer dilanjut
Harian Metro 21 Dis 2011

AMPANG: Seorang pegawai tentera berpangkat kapten yang juga pemilik raifal jenis Styer digunakan seorang lelaki ketika cuba melarikan wang tunai RM253,000 dalam rompakan nekad di sebuah bank di Taman Muda, di sini, disambung reman seminggu lagi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, pegawai tentera terbabit disambung reman tujuh hari sehingga 26 Disember ini bagi membantu siasatan.

"Suspek disambung reman bagi melengkapkan siasatan berhubung kes berkenaan.

"Sehingga kini, polis masih menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api," katanya ketika dihubungi semalam.

Harian Metro Sabtu lalu melaporkan pemilik senjata Styer yang digunakan seorang lelaki ketika cuba melarikan wang tunai RM253,000 dalam rompakan bank di Taman Muda, 13 Disember lalu, adalah milik seorang pegawai tentera.

Dalam kejadian jam 3.18 petang itu, seorang lelaki berusia lewat 30-an mati selepas ditembak pengawal keselamatan bank yang bersembunyi di belakang kaunter ketika lelaki terbabit meluru keluar sebaik menyamun.


Siasatan polis berjaya mengesan dari mana raifal berkenaan diperoleh berdasarkan nombor siri pada senjata itu seterusnya mengesan pemiliknya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/RemankaptententerapemilikStyerdilanjut/Article/index_html


Indonesia buat Kapal Perang Halimunan Canggih

Posted: 20 Dec 2011 04:21 PM PST



Dalam masa 5 bulan lagi Indonesia akan mempunyai kapal perang canggih halimunan yang sukar dikesan oleh radar serta mempunyai peluru berpandu yang boleh menembak sasaran dengan tepat sejauh 120 km yang diperbuat dari gentian fiber. Kapal perang ini dibuat di Indonesia untuk pasaran tempatan dan eksport. Kos kapal perang halimunan ini hanya RM 39 juta sebuah. Dalam pada masa yang sama Malaysia akan buat 6 kapal perang baru pada kos RM1.5 bilion sebuah.

Ini bermakna 1 kapal perang Malaysia , boleh buat 38 buah kapal perang halimunan Indonesia.

Sebelum ini juga Malaysia nak buat 257 buah kereta perisai pada harga RM7.8 bilion atau RM30 juta sebuah. Sedangkan Malaysia boleh beli kereta perisai baru dari Indonesia pada harga RM3 juta sebuah. Maklumat lanjut isu kereta perisai ini di http://amkns.blogspot.com/2011/11/malaysia-beli-kereta-perisai-indonesia.html

Indonesia segera miliki kapal perang canggih "Trimaran"

Tuesday, December 20, 2011
Kapal Trimaran TNI AL Selesai Lima Bulan Mendatang

BANYUWANGI - Indonesia segera memiliki satu kapal perang canggih berpeluru kendali "Trimaran" yang merupakan produk dalam negeri.

"Kapal ini terbuat dari serat karbon, dengan kecepatan 35 knot dan dipersenjatai peluru kendali yang memiliki jarak tembak 120 kilometer," kata Wakil Menteri Pertahanan Sjafrie Sjamsoeddin usai meninjau industri kapal dalam negeri PT Lundin Industry Invest di Banyuwangi, Jawa Timur, Selasa (20/12).

Ia mengatakan, dalam lima bulan mendatang kapal perang canggih yang merupakan prototipe itu langsung bisa dioperasionalkan memperkuat jajaran armada tempur TNI Angkatan Laut.

"TNI Angkatan Laut memesan empat unit kapal, dan dalam lima bulan mendatang sudah jadi satu kapal perang `Trimaran`, sedangkan tiga unit lainnya akan segera dibangun secara bertahap hingga 2014," kata Sjafrie menambahkan.

Satu unit kapal "Trimaran" dihargai sekitar Rp114 miliar (RM 39.7 juta) yang diambil dari APBN 2011.

"Jika proyek pengadaan ini berhasil maka ini merupakan sejarah bagi Indonesia karena telah berhasil membuat kapal perang dengan komposit serat karbon, dan ini akan dipatenkan dan diekspor ke luar negeri," kata Sjafrie.

Direktur PT Lundin Industry Invest, John Lundin, mengatakan pihaknya telah melakukan ujicoba terhadap kapal dengan panjang sekitar 62,52meter tersebut.

"Ini merupakan kapal `Trimaran` pertama yang dibuat dari serat karbon. Amerika pernah membuat kapal sejenis dengan panjang 120 meter namun dari bahan alumunium atau baja.

Komposit serat karbon juga telah digunakan untuk pembuatan pesawat airbus Boeing-777 dan mobil formula 1. Ketahanannya 20 kali lebih kuat dibandingkan baja.

Kapal cepat berpeluru kendali itu memiliki panjang keseluruhan 62,53 meter, panjang "water line", 50,77 meter panjang "water draft" 1,17 meter, bobot mati 53,1 GT, kecepatan maksimum 30 knot, kecepatan jelajah 16 knot, dengan mesin utama 4X marine engines MAN nominal 1.800 PK.

Sumber : http://alutsista.blogspot.com/2011/12/kapal-trimaran-tni-al-selesai-lima.html

Kenapa kos kapal perang baru meningkat RM3b?
Dis 18, 2011

DAP menuntut kerajaan menjelaskan sebab berlakunya peningkatan kos 50 peratus atau RM3 bilion dalam pembelian enam kapal baru untuk tentera laut daripada RM6 bilion pada Februari kepada RM9 bilion pada bulan ini.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, pengumuman Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard di Bursa Malaysia berhubung nilai kontrak baru itu amat mengejutkan.

"Menteri perlu menjelaskan kepada harga setiap kapal meningkat RM500, sekali gus melebihi jumlah yang diterima sebelum ini," katanya.

Dalam kenyataan semalam, Pua berkata, sebagai contoh, perkara yang perlu dijelaskan, adakah spesifikasi kapal 'dipertingkat'.

Sedangkan, tambahnya, menteri pertahanan memberitahu parlimen bahawa ia sudah dilengkapi dengan teknologi canggih kapal peronda.

Syarikat pembinaan kapal Malaysia Boustead Naval Shipyard semalam dilaporkan berkata berkata mereka memenangi perjanjian RM9 bilion daripada Putrajaya untuk membekalkan enam kapal laut yang dibangunkan oleh pengilang Perancis DCNS.

Menurut AFP, Boustead Naval Shipyard berkata, mereka diberikan surat tawaran oleh Kementerian Pertahanan untuk membina dan menghantar enam kapal yang dinamakan "second generation patrol vessels littoral combat ships".

Penghantaran pertama dijangka dibuat pada 2017 diikuti setiap enam bulan selepas itu.

http://www.malaysiakini.com/news/184424

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


李文材:糖果降临大选逼近,紧记“钱照拿”口号

Posted: 21 Dec 2011 01:57 AM PST

  (怡保20日讯)务边区国会议员李文材医生表示,随着一连串的大选糖果陆续出现,这意味着全国大选日子将随时降临,他敦促选民必须认清这种五年派一次的做法,并紧记及广泛宣传"钱照拿"的口号。 他表示,贪腐是国家前进和人民生活中的绊脚石,所以全国大选是人民体现集体诉求的时刻,让清廉的价值观成为每个人的习惯,也同时促使清廉为问政的首要标准。 "莎丽扎的丈夫个人所涉及的养牛丑闻就达到2亿5千万令吉,相反的全国520万户家庭就只能够平分26亿令吉,假设每户家庭有4名成员,那么每个人只能够分获125令吉。" 他是在日前于孟加兰SPPK政府楼巴刹协助人民填写援助金表格后发表文告表示。其他出席者包括其政治秘书陈家兴、社关局理事邓美玲、林清强、孟加兰支部顾问符标国、以及党要符标隆和黄德友等人。 他表示,糖衣政策根本无法改变国家的困境,中央政府无力改革国家腐败的体制,造成国民生活于水深火热中,长久的贪腐体制让国家竞争力落后于周边国。 他预料,中央政府不理会国库空虚依然选择大派选举糖果,所以估计在大选后必定向人民讨债,全面落实消费税措施。

Sumbangan Kerusi Roda sempena Program WAJAH oleh Wanita PKR

Posted: 21 Dec 2011 01:55 AM PST

Sumbangan Kerusi Roda sempena Program WAJAH oleh Wanita PKR Kehidupan seorang warga emas uzur yang mengalami angin ahmar sejak empat tahun lalu di Kampung Kepayang mendapat perhatian daripada Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa Program Wanita Keadilan Jelajah Kampung (WAJAH) di kampung tersebut. ADUN kawasan Teja, Chang Lih Kang yang diiringi oleh Ketua Wanita PKR [...]

Selangor bukti peranan Wanita dihargai KEADILAN

Posted: 21 Dec 2011 01:51 AM PST

Selangor bukti peranan Wanita dihargai KEADILAN Ketua Wanita KEADILAN Perak, Fathmawaty Salim berkata pentadbiran negeri Selangor adalah bukti jelas bahawa peranan wanita di dalam KEADILAN sentiasa dihargai dan diberikan perhatian. “Usaha untuk mencapai 30 peratus kuota calon wanita memang menjadi keutamaan bagi KEADILAN. Buktinya dapat dilihat dalam perlembagaan parti dan organisasi pentadbiran kerajaan Selangor,” kata [...]

李文材:临教风波显教部弊病连连,批评魏家祥促检讨教部过失

Posted: 21 Dec 2011 01:48 AM PST

(怡保12日讯)务边区国会议员李文材医生痛斥国家教育政策朝夕令改,从临教合约风波显露教育部行政处事弊病连连,教育部此举不但困扰灵魂工程师的前景,莘莘学子同样也面对受波及的窘境。 他批评教育部副部长魏家祥博士劝阻临教示威的言论,因为临教这回为自身的权益和国家教育前景挺身而出,相反地魏博士应该检讨这次教育部所酿成过失,同时必须在国家教育政策花更多的心思,以拟定和规划长远的教育政策计划。 他表示,政府要振兴国家经济及推动社会进步,必须首要发展教育以提升国民素质,但是这回教育制度却受到重大打击,原因是临教诸多都是身处小学特别是华、淡小,这正处于建立基础教育工程的阶段。 李氏也是人民公正党中央理事,他指出,此问题核心在于如何改善师资安排和培训,同时也揭露政府依然不愿将母语教育纳入主流教育体系的问题,这显示政府依然采纳单元教育政策,而并非要落实多元民主教育方针。 "在今年初就曾经在柔佛州发生教育部因缺乏经费聘请临教,而在新学期开课前谕令华小缩班事故,如今教育部如同在母语教育伤口上撒盐,根本没有意愿落实素质教育机会的目标。" 他认为,改善国家教育被纳入六大国家关键成效领域,但是教育部却以拨款不足进而剥削临教权益,但是另一方面政府却纵容国家贪腐败坏,纵容各个政府部门拨款严重超支,其中多笔拨款就涉及贪污滥权之疑。 "国阵政府在管理国家资源败笔一箩箩,同样地在教育领域交出差劲的成绩单;国阵不能将母语教育课题当成政治把戏般耍弄,必须让教育回归专业、制度化改革以承认母语教育,而非成为国阵的政治选举筹码。"

李文材:来届大选是人民挽救经济打击贪污之战役

Posted: 21 Dec 2011 01:48 AM PST

(打巴12日讯)人民公正党中央理事李文材医生表示,从国阵政府处理每年总稽查司报告和养牛风波的手法,人民必须看清『转型计划』只是流于口号,因此来届大选将是人民挽救国家经济及打倒贪污的战役。 他预料,我国明年的经济形势将是最严峻和复杂的时刻,倘若来届大选让国阵继续蝉联,工人阶级和贫民百姓必定继续深受腐败之苦,百姓继续遭搜刮民脂民膏导致生活雪上加霜。 他举例,霹雳州235万子民只能够分享9亿令吉的预算案开销,但是妇女、发展及社区发展部长莎丽扎其丈夫一人就获得2亿5千万令吉,以作为购买两间豪华公寓及置地产业用途。 李氏也是务边区国会议员兼霹雳州署理主席,他促请百姓传达『改朝换代』的讯息,国家经济必须走回正轨,因此要改变国际经济必须从改朝换代开始,让百姓的权益受到保障。 他是在日前为人民公正党万岭新村支部服务中心主持开幕仪式时这么表示。其他出席者包括迪遮区州议员郑立慷、打巴区部署理主席拿督叶逸堂医生、副主席陈家兴、以及该支部主席蔡贵运和符福明等党要,活动现场吸引约百名村民踊跃出席。 人民总是被"开刀" 打巴区部署理主席拿督叶逸堂医生表示,国阵要求人民再次给予机会,但是人民却总是被"开刀"的对象,人民的津贴大幅度撤销,但是朋党利益却继续膨胀,这是导致国家赤字债务飙升的原因。 他表示,人民已经给予国阵12次机会执政中央,但是国家依然鼓吹种族极端风气,百姓生活十年如一,人民没有公平待遇都是人民切身的问题,人民必须从噩梦中苏醒,让表现差劲者受到应有的惩罚。

Kongres di Johor Tanda Baik Perubahan PR

Posted: 30 Nov 2011 02:15 AM PST

Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat Negeri Perak Fathmawati Binti Salim mengucapkan taniah kepada semua anggota Parti Keadilan Rakyat kerana penganjuran Kongres Nasional ke -8 berjalan dengan lancar di Johor. Menurutnya, penganjuran kongres di negeri Johor merupakan tanda baik perubahan kepada Pakatan Rakyat. “Kehadiran Pakatan Rakyat di negeri Johor khususnya Parti Keadilan Rakyat adalah untuk menembusi [...]

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Benarkah Ceramah Kami Mencaci dan Memfitnah?

Posted: 20 Dec 2011 07:43 AM PST

Media arus Perdana yang dikuasai oleh UMNO/BN menyatakan bahawa kami dari Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR sentiasa mencaci dan menabur fitnah didalam ceramah-ceramah kami.

Kami berjuang untuk peneroka-peneroka Felda dan Generasi Baru Felda tanpa mengira aliran dan pegangan politik mereka.

Semasa kami memperjuangkan supaya setiap peneroka Felda dikeluarkan geran tanah diatas nama individu dan tidak atas nama kelompok atau koperasi telah memberikan faedah dan menfaat kepada seluruh peneroka Felda tanpa mengira pegangan politik.

Kami memperjuangkan hak peneroka Felda yang dimanipulasi pendapatan mereka berhubung dengan peratusan perahan KPG telah memberikan faedah yang besar kepada setiap peneroka di Malaysia.

Hasil dari perjuangan kami maka pada hari ini peratusan perahan KPG telah dinaikkan dengan serta merta kepada 20%-21% daripada kebiasaannya sebanyak 17%-19%. Walaupun kenaikan itu hanya diantara 2% hingga 3% sahaja, tetapi faedahnya amatlah besar kepada peneroka-peneroka. Setiap 1% berharga RM33.00 (minima) bagi setiap tan sawit maka perbezaan 3% sudah memberikan faedah sebanyak RM99.00 kepada peneroka bagi setiap tan, dan jika si peneroka itu mengeluarkan 10 tan setiap bulan, maka peneroka itu akan memperolehi tambahan pendapatan sebanyak RM99.00 x 10 tan iaitu sebanyak RM990.00 setiap bulan, satu tambahan pendapatan yang agak besar bagi peneroka-peneroka itu.

Makmal membuktikan bahawa peratusan perahan KPG adalah didalam lingkungan 25% hingga 27%, ini bererti ujud baki beza sebanyak 7%. 7% x RM33.00 = 230.00 bagi setiap tan, dan jika peneroka itu mengeluarkan 10 tan sebulan, maka pendapatan mereka yang dimanipulasikan oleh Felda adalah sebanyak RM2,300.00 setiap bulan, bayangkan berapa jumlah pendapatan peneroka yang sudah dimanipulasikan oleh Felda didalam tempoh 15 tahun.

Tuntutan kepada jumlah pendapatan yang dimanipulasikan ini adalah untuk faedah peneroka, tanpa mengira aliran politik yang mereka pegang, dan kami tidak pernah membezakan diantara peneroka Pembangkang dengan Peneroka UMNO.

Ramai daripada mereka yang terlibat menuntut kepada Felda adalah terdiri daripada peneroka-peneroka UMNO dan mereka yang terlibat itu sudah pun mendapat faedah awal dengan kenaikan peratusan perahan KPG dan akan menikmati pendapatan yang besar apabila tuntutan mereka itu nanti akan diputuskan oleh Mahkamah seperti yang telah diputuskan didalam kes Felda Kemahang 3 di Kelantan.

Isu pemansuhan Felda Plantation untuk faedah Generasi Baru Felda juga tidak wujud perbezaan diantara mereka yang berada di pihak pembangkang dan di pihak UMNO. Generasi Baru Felda yang terdiri daripada UMNO dan Pembangkang memperolehi faedahnya apabila Felda Plantation dapat dimansuhkan dan tanah diladang-ladang itu diagih-agihkan kepada mereka tanpa mengira pegangan politik mereka.

Begitu juga isu yang kami utarakan untuk menghapuskan hutang peneroka-peneroka Felda. Tuntutan ini bukan berlandas kepada isu politik atau emosi tetapi diatas fakta bahawa peneroka-peneroka Felda sebenarnya tidak berhutang dengan Felda tetapi sebaliknya Feldalah yang berhutang dengan peneroka-peneroka.

Jika seseorang peneroka itu menguruskan ladangnya sendiri, pada tahun ke-4 selepas ditanam semula, beliau boleh berpendapatan lebih kurang RM2000.00 sebulan dan pendapatan bulanan ditahun ke-5, ke-6, ke-7 dan ke-8 setiap bulan darinya adalah melebihi RM3000.00 sebulan.

Maka pada tahun ke-8 itu Felda biasanya memberitahu bahawa seseorang peneroka itu telah berhutang sejumlah tidak kurang dari RM90,000.00 dengan mengambil kira bahawa semua kos pembangunan, pengurusan, tanam semula dan elaun sara hidup didahulukan oleh Felda.

Felda tidak pernah menyerahkan Penyata Kira-Kira (Kunci Kira-Kira) yang mengandungi tanggungan (hutang) dan pendapatan. Tetapi dengan pengiraan bahawa si peneroka itu boleh berpendapatan tidak kurang dari RM204,000 dalam tempoh itu, tetapi pendapatan itu tidak dikeluarkan kepada peneroka, maka jika dibuat penolakan diantara pendapatan yang boleh diperolehi dengan hutang yang ditentukan oleh Felda itu, maka lebihan pendapatan adalah RM114,000.00. Pendapatan ini dinafikan kepada peneroka-peneroka.

Jika diambil pendapatan sebenar yang diperolehi oleh peneroka-peneroka yang tanam sendiri yang boleh berpendapatan paling minima RM5000.00 sebulan, maka adalah lebih besar lagi hutang Felda kepada peneroka-peneroka.

Maka apabila peneroka-peneroka menuntut supaya hutang mereka dihapuskan ini bermakna tuntutan mereka itu adalah adil dan yang hak.

Disini tidak timbul sebarang cacian, atau fitnah. Tuntutan ini berlandaskan semata-mata kepada fakta dan mendatangkan faedah kepada peneroka-peneroka yang selama ini dinafikan pendapatan kerana wujudnya manipulasi.

Oleh kerana itu, amatlah tidak adil bagi sesiapapun yang mengatakan bahawa penerangan kami berbentuk cacian, maki hamun dan fitnah.

Insya Allah, perjuangan ini akan difahami oleh semua pihak walaupun ada golongan tertentu cuba menyekat penerangan dari kami dengan pelbagai cara.

Kombinasi Mazlan Aliman, Suhaimi Said, Rebin Birham dan Zabidie

Posted: 20 Dec 2011 06:17 AM PST


Pakatan Rakyat Kuala Krau mempertemukan pejuang-pejuang Peneroka Felda dan Generasi Baru Felda didalam satu Majlis Penerangan di Felda Jenderak Utara pada 30hb Disember 2011, satu pertemuan yang sangat dinanti-nantikan oleh seluruh masayarakat Peneroka Felda di Negeri Pahang.

Mazlan adalah Presiden Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) yang terkenal dengan kekentalan perjuangannya menuntut keadilan untuk peneroka-peneroka Felda dengan memberikan tumpuan kepada perjuangan untuk generasi baru Felda yang kini berjumlah lebih dari satu juta manusia.

Rebin Birham pula adalah seorang anak Peneroka Felda Palong 10 yang begitu aktif memperjuangkan hak dan kepentingan Peneroka-Peneroka Felda dan sebagai anak muda beliau memberikan tumpuan kepada generasi muda Felda khususnya di Negeri Sembilan.

Dengan kegiatan yang beliau ceburi di rancangan-rancangan Felda di Negeri Sembilan, Parti Keadilan Rakyat telah berjaya menubuhkan ranting-ranting PKR di seluruh rancangan Felda di DUN Palong, dan menghampiri 1000 orang ahli-ahli UMNO disana menyertai PKR.

Sdr Zabidie Abas adalah pengasas ANAK dan beliau telah menjadi tunggak kepada Persatuan itu dengan memegang jawatan sebagai Setiausaha dari sejak penubuhannya sehinggalah kini beliau menjadi Naib Presiden kepada Persatuan itu.

Beliau kini menjadi Setiausaha Pengelola kepada Parti Keadilan Rakyat Negeri Johor dan terlibat secara aktif dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR serta menjadi salah seorang penggerak kepada Task Force Felda Negeri Selangor.

Saya (Haji Suhaimi Said) adalah seorang veteran didalam perjuangan menegakkan keadilan untuk peneroka-peneroka Felda bermula dengan perjuangan menuntut Hakmilik Individu untuk peneroka Felda keatas tanah ladang mereka dan kerana itu telah 2 kali disumbatkan oleh UMNO/BN kedalam ISA.

Kini saya memimpin Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat serta menjadi konsultan kepada Task Force Felda Negeri Selangor.

Pada 30hb Disember 2011 nanti kami berganding bahu menjayakan program penerangan Pakatan Rakyat di Felda Jenderak Utara, Kuala Krau dan sudah tentu peneroka-peneroka seluruh Pahang khususnya sekitar Parlimen Kuala Krau, Jerantut dan Maran akan menghadiri Ceramah yang bersejarah itu.

Ketua PKR Ranting Paya Mendoi Beransur Pulih

Posted: 20 Dec 2011 05:58 AM PST




Saya dan Kak Hendon mengambil peluang pada siang tadi melawat Sdr Daud Busu, Ketua PKR Ranting Kg Paya Mendoi yang juga AJK PKR Cabang Kuala Krau.

Beliau telah diserang oleh stoke dan tidak berupaya menggunakan anggota badannya sehinggakan percakapannya menjadi sukar dan telo.

Beberapa minggu beliau hanya terbaring di tempat tidur. Tetapi Alhamdulillah sejak beberapa hari yang lepas beliau sudah boleh bangun tetapi percakapannya tidak serancak dulu dan pergerakannya masih lemah.

Beberapa hari lalu beliau cuba menaikki motosikal untuk pergi sekeliling kampong, tetapi beliau telah terjatuh.

Saya dan Kak Hendon sampai di rumahnya jam 4.30 petang tadi. Kami membawa sedikit buah tangan untuknya. Beliau masih belum boleh membuat apa-apa kerja.

Tetapi semangatnya cukup tinggi. Beliau menyatakan bahawa beliau tetap akan bertugas untuk parti semasa PRU akan datang dan akan turut hadir pada 24hb Disember 2011 akan datang ke Kg Penderas bagi mendengar ceramah oleh Sdr Bob Mazlan mengenai Dasar PKR terhadap tanah Orang Asal. Bob Manolan adalah Timbalan Pengerusi Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR Pusat dan AJK AMK PKR Pusat.

Kami doakan agar Daud sembuh dengan cepat.