Ahad, 4 Disember 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


1070 orang Peneroka Gugusan Keratong dan Gugusan Chini saman Felda!

Posted: 04 Dec 2011 04:44 PM PST



















Hari yang paling bersejarah buat peneroka-peneroka Felda Gugusan Keratong Rompin dan Gugusan Chini, Pekan.

Perhimpunan UMNO baru menamatkan persidangan mereka, tetapi tak sepatah pun mereka memperkatakan tentang masalah peneroka Felda, bahkan wakil Pahang, Johor, Negeri Sembilan dan Terengganu dimana terdapatnya kepadatan rancangan-rancangan Felda, tidak ada seorang pun perwakilan UMNO dari negeri-negeri berkenaan menimbulkan perbahasan mengenai Felda, Warga Felda, dan masalah-masalah yang dihadapi oleh peneroka-peneroka Felda, generasi baru Felda, dan isu Isa Samad yang ditentang oleh Ketua-Ketua Peneroka dan GPW dari seluruh Negara.

Tidak berbunyi pun perwakilan UMNO membicarakan kata dua dari Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, Pak Sam, kepada Dato Seri Najib samada menyingkirkan Isa Samad dari kepimpinan Felda atau UMNO akan berhadapan dengan peneroka-peneroka Felda didalam Pilihanraya Umum yang akan datang.

Peneroka-peneroka dari Gugusan Keratong dan Gugusan Chini memberikan jawapannya. Bertempat di Markaz PAS Felda Keratong 10, pada 4hb Disember 2011 jam 2.00 petang, seramai 380 orang peneroka-peneroka telah menyerahkan borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamany, Kuala Lumpur untuk menyaman Felda kerana manipulasi KPG. Mereka hanya diberikan diantara 18%-19% sahaja peratusan perahan KPG, suatu pengiraan yang sangat rendah dan tidak berpandu kepada realiti sebenar.

Sementara itu di Felda Keratong Timur 2, pada hari yang sama, dilangsungkan Majlis Dialog diantara Peneroka-Peneroka dengan Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR dan para peguam diketuai oleh YB Sdr Sivarasa Rasiah dialog mengenai KPG dan lain-lain isu yang melibatkan pendapatan peneroka-peneroka Felda yang dinafikan oleh Felda.

Pada sebelah malamnya pula telah diadakan ceramah umum di Felda Chini 3 dengan dihadiri oleh lebih dari 800 orang peneroka Felda.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal PKR mengemukakan penceramah-penceramah terdiri daripada pimpinan Biro dan para Peguam, termasuklah YB Sivarasa Rasiah, T. Kumar, Haji Suhaimi Said, Man Kadir (Pak Jabit), Zabidie Abas, Setiausaha PKR Negeri Johor yang juga Naib Pengerusi ANAK dan Sdr Ustaz Sarjuni, Pengerusi MTD PAS DUN Chini.

Sebaik sahaja selesai ceramah tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Peneroka-Peneroka Gugusan Chini, Sdr Kamal @ Zul, telah menyerahkan 690 keping Borang Warrant To Act melantik peguam-peguam dari Tetuan Daim & Gamani untuk memfailkan saman terhadap Felda.

Peneroka-peneroka telah sedar akan hak mereka, mereka hanya menuntut apa yang hak kepada mereka tetapi telah dinafi dan dimanipulasikan oleh Felda.

Paling menarik yang berlaku di Chini 3 itu bahawa sebahagian besar dari kalangan yang mahu memfailkan saman terhadap Felda itu terdiri juga daripada ahli-ahli UMNO. Mereka tidak mendapat pembelaan dari UMNO, dan mereka memberi jawapan kepada UMNO dengan bersama-sama menyertai peneroka-peneroka lain mahu memfailkan saman terhadap Felda.


Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Najib Mengecewakan: Memuji Diri Sendiri Dan Memburukkan Pakatan

Posted: 04 Dec 2011 07:23 AM PST

Malaysia chronicle

Seperti yang dijangka, Perdana Menteri Najib Razak tiada agenda yang penting untuk disampaikan dalam ucapan polisi beliau untuk Parti Umno melainkan mengutuk dan mengeluarkan amarah. Perhimpunan agong itu dikatakan sebagai mesyuarat terpenting kerana Najib dijangka akan mengadakan pilihanraya umum awal tahun depan, sungguhpun begitu, apa yang beliau hanya mampu buat adalah memburuk-burukkan Pakatan Rakyat yang dipimpin Anwar Ibrahim dan menyakinkan bahawa Umno adalah parti paling demokratik di dunia.

Najib yang juga merupakan Presiden Umno telah mengulangi bahawa pilihanraya umum ke 13 akan diadakan tidak lama lagi tetapi, tidak memberi petunjuk kukuh bila ia akan berlaku. Cara beliau yang tidak mahu memberi notis awal kepada pihak pembangkang ini dilihat sebagai tidak demokratik dan akan pandang sinis oleh negara-negara demokrasi yang matang.

Ia merupakan ucapan yang mengecewakan kerana tidak memberikan arah tujuan kepada Umno dan menunjukkan bahawa tiada perubahan signifikan dibawah Najib. Nampaknya, ia lebih teruk berbanding masa Abdullah Badawi atau Mahathir di mana sekurang-kurangnya terdapat juga perkembangan ekonomi untuk mengimbangi kekurangan kebebasan awam. Sekarang, dalam tahun 2011, Malaysia bukannya kekal dalam pertumbuhan ekonomi malah ia sedang jatuh dan Najib menutupnya dengan penipuan. Berapa banyak reformasi telah Umno lakukan?" ujar Timbalan presiden PKR Chua Jui Meng kepada Malaysia Chronicle.

Malaysia sekarang negara paling teruk di ASEAN dari segi kebebasan berhimpun

Jui Meng merujuk kepada ucapan Najib yang tiada isi itu di mana beliau menegaskan bahawa Umno lebih demokratik berbanding parti pembangkang PKR, PAS dan DAP.

Yang peliknya, beberapa hari yang lalu Najib telah pun mencipta sejarah sebagai pemimpin yang telah menjadikan Malaysia negara paling teruk di Asia Tenggara dengan Akta kontroversi Perhimpunan Aman yang menyekat kebebasan rakyat untuk berhimpun dan menyuarakan pendapat. Selain daripada ahli politik tempatan, Majlis Peguam Negara, masyarakat umum, badan-badan antarabangsa termasuk LawAsia, Amnesty International dan Human Rights Watch telah mengutuk akta tersebut kerana bersifat menekan, menentang hak asasi dan tidak selari dengan demokrasi.

Sungguhpun begitu, Najib tetap tidak memperdulikan itu semua dan terus menegaskan bahawa Malaysia kearah menjadi negara demokrasi terbaik disebabkan oleh pentadbiran beliau.

"Kita membenarkan ramai orang Umno untuk memilih pemimpin mereka dan Umno bukanlah parti yang takut pada demokrasi, berbanding lawan kita. Kita tidak seperti parti pembangkang. Umno berpegang kepada demokrasi seperti pepatah Inggeris, "the proof of the pudding is in the eating'" beliau memberitahu dalam Perhimpuan Umno 2011 yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari Khamis.

"Kami tidak pernah mendominasi atau berniat untuk mendominasi parti komponen lain. Kami bukanlah parti yang bersifat perkauman tetapi berusaha ke arahpembangunan nasional. Selain itu, dalam PKR, presiden parti adalh isteri pemimpin de-facto dan anak perempuan sulungnya menjadi timbalan presiden. Perlu kita cakap apa-apa lagi?"

Selepas memburukkan Anwar, beliau meneruskan kepada DAP dan PAS.

"Adakah demokratik apabila delegasi daripada bahagian memilih 20 ahli komiti utama dan mereka pula memilih pemimpin parti? Ini jelas tidak menunjukkan kemahuam ahli-ahlinya" kata Najib merujuk kepada DAP.

"Orang ini, (mursyidul am) adalah lebih berkuasa daripada presiden" tambah beliau mengenai PAS pula.

 

Tikam dari belakang

Ramai yang hairan mengapa Najib, yang seharusnya melakukan permulaan baru atau letupan idea lebih berminat untuk fokus kepada apa yang berlaku dalam parti lawan. Ini mungkin kerana beliau sudah kehabisan idea dan tiada jalan lain lagi. Dengan itu beliau terburu-buru mendapatkan kelulusan Akta Perhimpunan itu untuk mengelak daripada berlakunya tujuk perasaan jalanan sekiranya BN menang dengan cara yang mencurigakan pada PRU 13 nanti.

"Sangat mengejutkan dalam masa yang kritikal begini, Najib mahu membuat perbandingan antara parti beliau dengan parti kita. Sama ada beliau merasa sangat tidak selamat ataupun ramai ahli Umno yang telah memberi isyarat bahawa mereka mahu menyertai parti dalam Pakatan. Tetapi, untuk menjawab pertanyaan beliau, bagaimanakah Umno boleh menjadi lebih demokrasi berbanding PKR? Kita mempunyai sistem satu ahli satu undi, manakala, hanya sedikit sahaja ahli Umno yang dapat mengundi terus pemimpin mereka. Mereka harus melalui delegasi yang semestinya telah mengambil faedah politik wang dan mengundi seperti yang dikehendaki oleh elit Umno." Jelas Jui Meng.

"Bagi PAS pula, struktur dalaman mereka memang meletakkan Mursyidul Am PAS lebih tinggi berbanding presiden parti. Jadi Najib bercakap mengenai apa sebenarnya? Sebagai presiden Umno dan PM, beliau sepatutnya memberitahu partinya bagaimana untuk menyelamatkan Malaysia daripada kejatuhan ekonomi, bagaimana hendak membersihkan parti daripada rasuah dan bukan mempertahankan rasuah. Beliau sepatutnya memberitahu Malaysia betapa gahnya Umno dengan memberi bayangan kepada masa depan yang diwarnai dengan demokrasi tulen dan harapan untuk rakyat terutamanya yang lemah dan miskin. Bukannya menghentam orang lain dari belakang!"

Berwawasan atau hanya handal berkata-kata?

Najib juga menggunakan perkataan seperti 'berwawasan' tetapi tidak menerangkan apa maksud sebenar selain daripada menyebut media baru, realiti politik baru dan minda baru pengundi.

Sungguhpun begitu, beliau dilihat masih mempertahankan cara Umno dank omen beliau disifatkan lebih kepada menunjuk-nunjuk untuk kelihatan baik dan bukan untuk diusahakan. Najib sememangnya menyuarakan kepada calon-calon yang tidak popular untuk tidak mempertahankan kerusi mereka tetapi beliau tidak menyentuh isu-isu yang telah merosakkan Umno seperti rasuah dan kuasa di tangan elit.

Perhimpunan Agong Umno diadakan tidak lama selepas Ketua Wanita dituduh menyalahgunakan kuasa dan rasuah dalam ahli keluarga beliau. Namun, sehari yang lalu, Pemuda Umno telah digesa untuk mempertahankan Shahrizat dan tidak pula menasihatkan beliau untuk merelakan diri disiasat untuk membersihkan nama beliau. Umno dilihat sebagai menyalahgunakan kuasa polis dengan pengumuman Timbalan ketua Polis Khalid Bakar mengenai tiada unsure-unsur rasuah yang dijumpai semasa siasatan terhadap NFC setakat ini. Ini mengundang tuduhan bahawa Khalid digunakan untuk menyelamatkan Umno.

Indeks rasuah jatuh, satu komen pun tiada mengenai rasuah

Pengkritik juga mengatakan bahawa adalah pelik bahawa Najib menyuarakan hasrat untuk melihat wujudnya Malaysia baru yang lebih baik, untuk partinya pula, beliau langsung tidak berani mengutarakan perkataan "rasuah".

Sementara itu, Indeks Rasuah telah jatuh kepada 60 daripada 56 pada tahun lepas dan ini menunjukkan bahawa kerosakkan yang dilakukan Umno terhadap negara adalah sangat dalam.

"Kita harus faham bahawa sekiranya Umno gagal untuk memahami faktor yang membawa kepada insane 'berwawasan'dan tidak mengambil langkah untuk memperbaharui 'pelan permainan' iaitu yang telah kita rangka pelan tersebut, maka kita akan ditimpa tragedi. Sekiranya Umno tidak memahami realiti lanskap politik baru, bagaimanakah Umno dan BN akan berjaya? Kedua, media baru," kata Najib.

"Suka atau tidak, Umno harus menguasai media baru kerana hari ini, sekarang ini, ia dapat menentukan kejayaan atau kekalahan. Ia boleh memberikan serampang dua mata kepada kita disamping menjadikan peperangan kita tidak sama rata. Ketiga, Umni harus memahami bahawa terdapat pemikiran baru disemua peringkat pengundi, jadi kita haruslah mendapatkan sokongan mereka. Umno tidak boleh dilihat sebagai angkuh dan tidak relevan kerana sekiranya itu berlaku, rakyat akan mengenepikan kita.

Bukan perkauman atau hipokrit

Berkemungkinan tahap hipokrasi Najib yang tertinggi adalah apabila beliau mengisytiharkan bahawa Umno bukan perkauman. Beliau langsung tidak memarahi Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan yang dalam tahun ini telah mengeluarkan beberapa kenyataan berbau perkauman.

 

"Umno sebenarnya adalah pemangkin kepada semangat kerjasama antara kaum yang telah akhirnya mencipta kestabilan sosial dan keharmonian nasional." Ujar Najib. "Umno sehinggakan sanggup menyokong calon yang bukan daripada kaum Melayu, untuk kepentingan yang lebih besar iaitu memenangi pilihanraya, mencipta kerajaan dan kebebasan."

Ahmad Maslan, Timbalan menteri di jabatan perdana menteri dan juga Ahli Parlimen Pontian telah mengeluh dengan kehilangan tempat kepada pemimpin bukan melayu dan mengatakan bahawa ia tidak dapat diterima. Beliau suka menghentam kaun cina dan memberi amaran bahawa sekiranya Pakatan menang dalam PRU dan terjadi parlimen tergantung, orang melayulah yang akan kerugian besar kerana mereka akan kehilangan bahasa dan Islam akan diganti dengan Kristian.

Pengkritik menyelar Najib kerana sanggup membuat 'kenyataan yang lemah' bahawa Umno bukan bersifat perkauman.

"Ini adalah lawak paling besar. Tak hairanlah Umno harus menipu dalam pilihanraya. Mereka sering memutarbelit kebenaran daripada mengakui dan membetulkan kesilapan mereka. Ia bertambah teruk tahun demi tahun." Ujar Jui Meng.

"Tidak ada sebab untuk bicara mengenai "wawasan" atau menggunakan bahasa yang canggih. Baliklah kepada yang asas. Berkhidmatlah untuk rakyat dan dengarlah apa yang mereka mahu, dan sedarlah bahawa inilah yang penting dan bukannya kemahuan Umno elit sahaja. Hapuskan rasuah walaupun layaknya agak terlambat. Ia akan memakan kita dan membankrapkan kita. Hukumlah ahli yang bersikap perkauman termasuk Muhyiddin dan Mahathir sebelum mengaku bahawa Umno tidak bersifat perkauman. Kemudian, barulah kami akan kata bahawa kamu bukan hipokrit!"

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Indeks Rasuah, BN Ibarat Burung Unta Benam Kepala

Posted: 03 Dec 2011 10:34 PM PST

Malaysiakini

DAP hari ini menempelak sikap hiprokrasi dan dwi standard kerajaan BN kerana menolak kajian Indeks Persepsi RasuahTransparency International (TI) yang menunjukkan kedudukan negara yang merudum, tetapi pada awal tahun ini menyambut baik Indeks Daya Saing Global (GCI).

"Kerajaan Persekutuan BN jelas mengamalkan 'double-standards' dengan menolak laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dihasilkan oleh Transparency International (TI) sebagai subjektif kerana ia memberi pandangan yang negatif tetapi menerima Indeks Daya Saing Global (GCI) oleh World Economic Forum sebagai objektif kerana gambaran lebih positif yang diberikan," kata setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk kenyataan menteri kewangan kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, semalam yang berkata bahawa kedudukan CPI Malaysia yang menurun adalah "subjektif" dan "boleh dipersoal".  Ahmad Husni juga berkata bahawa kaji selidik yang berdasarkan persepsi tidak seharusnya digunakan sebagai kaedah penilaian.

"Kenapa GCI tidak dikatakan sebagai satu kaedah penilaian yang subjektif? Kenapa kaedah penilaiannya tidak dipersoal?

"Adakah begitu kerana laporannya memberi gambaran yang lebih positif?" soal Lim yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang.

Menurut beliau, sikap tidak sedar diri ini amat jelas apabila "kerajaan BN memuji diri"  kerana kedudukan Malaysia telah meningkat lima tangga dari 26 kepada 21 dalam Indeks Daya Saing Global (GCI) World Economic Forum pada tahun ini.

Menurutnya, kerajaan masih cuba menafikan amalan rasuah yang berleluasa di negara ini meskipun menghadapi skandal seperti isu projek ternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2010.

"Ini adalah satu contoh penafian oleh kerajaan persekutuan BN yang tidak ingin mengaku bahawa keadaan rasuah semakin teruk walaupun perdana menteri telah menjalankan pelbagai program seperti Program Transformasi Ekonomi dan Program Transformasi Kerajaan.

"Kerajaan BN tidak seharusnya bersikap seperti burung unta yang membenamkan kepala dalam tanah tetapi mengaku bahawa negara kita sedang mengalami masalah rasuah yang serius," katanya.

Menurut Lim, keengganan seorang "pakar ekonomi yang terpelajar" seperti Ahmad Husni untuk menghadapi hakikat menunjukkan bahawa tidak ada harapan untuk membasmi rasuah selagi negara berada di bawah pemerintahan Umno dan BN yang sanggup menggadaikan prinsip untuk kepentingan politik.

Dalam laporan TI,  CPI Malaysia bagi tahun 2011 menurun untuk tahun ketiga berturut-turut kepada 4.3 mata dan kedudukan Malaysia jatuh ke tangga ke-60 daripada 183 negara, berbanding dengan tangga ke-37 pada tahun 2003 apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.

Lebih teruk, laporan yang mengkaji selidik seramai 1,000 responden itu juga mengenal pasti bahawa pihak polis dan parti-parti politik merupakan institusi-institusi yang dilihat sebagai paling korup di negara ini.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


MAS Unions to picket against secret share “suap” & CCF?

Posted: 04 Dec 2011 07:02 AM PST

Now that the meeting between Tan Sri Azman Mokhtar and Tan Sri Bashir of MAHB was just a rumour where Tan Sri Bashir was supposed to be given the boot. Lets hope that the sacking of Tan Sri Bashir was a mere figment of imagination. Lets return to the problems in MAS where Tan Sri [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kejohanan Futsal Tertutup 1 Jan 2012 di Seremban

Posted: 03 Dec 2011 08:31 PM PST


KEJOHANAN FUTSAL TERTUTUP
Parlimen Seremban dan Rembau
Tarikh : 1 Januari 2012 (AHAD)
Tempat : Gelanggang Futsal Seremban
Yuran : RM 60/pasukan

Hadiah :
Tempat Pertama RM1,000
Tempat Kedua RM 500
Tempat Ketiga RM 250

Untuk pertanyaan dan penyertaan sila hubungi Azizi 017-6664084, Hakki 013-3840022

Tarikh tutup penyertaan : 21 Dis 2011
Tarikh undian : 24 Dis 2011

Anjuran : Jawatankuasa Kejohanan Futsal 2012 Pakatan Rakyat Parlimen Seremban dan Rembau

Syarat asas penyertaan : Peserta lelaki berumur 18 tahun ke atas yang menetap dalam kawasan Parlimen Seremban atau Rembau

Kepada sesiapa atau mana-mana pihak yang ingin menaja hadiah untuk kejohanan ini sila hubungi Hakki 013-3840022 atau Azizi 017-6664084.



The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Perjuangan Peneroka Felda diteruskan...

Posted: 03 Dec 2011 06:48 PM PST

Hari ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal bersama-sama dengan Peguam-Peguam PKR telah dijemput oleh Peneroka-Peneroka Felda di Felda Keratong 10, Felda Chini Timur dan Felda Chini 3 untuk berdialog dan mengadakan ceramah.

Isu utama yang mereka bangkitkan adalah mengenai peratusan perahan KPG yang mereka dakwa bahawa Felda telah menipu dan memanipulasikan sejak berpuluh tahun yang lalu.

Peneroka-peneroka Felda Gugusan Keratong akan berkumpul di Felda Keratong 10 dan lebihkurang 400 orang Peneroka dari Gugusan itu sudah pun menandatangani borang Warrant to Act untuk diserahkan kepada Peguam R.Sivarasah selepas dialog diadakan di Keratong 10 jam 2.00 petang ini.

Manakala peneroka-peneroka Felda Chini Timur dan Felda Chini 3 serta Felda Gugusan Chini akan menyerahkan borang Warrant to Act untuk melantik peguam memfailkan writ saman terhadap Felda setelah Ceramah diadakan di Felda Chini 3 malam ini.

Lebih 500 orang peneroka-peneroka Gugusan Chini sudah pun menandatangani borang Warrant to Act untuk diserahkan kepada Sdr R.Sivarasa, Peguam dan Ahli Parlimen PKR mewakili kawasan Subang di Selangor.

Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal yang akan hadir di Majlis-Majlis tersebut adalah Sdr Suhaimi Said, Pengerusi Biro, Sdr Rebin Birham, Setiausaha Biro, Sdr Man Kadir, Setiausaha Kerja Biro, Sdr Zabidie Abas, JK Biro, Sdr Zabidin Kasmawi, Sdr Rosni Arshad, JK Biro dan lain-lain; manakala 3 orang Peguam akan hadir iaitu Yb R. Sivarasa, Latheefa Koya dan T.Kumar.

Baham jadi calon rupa-rupanya boleh memecahbelahkan jika tidak ditangani dengan baik

Posted: 03 Dec 2011 06:32 PM PST

PKR Cabang Kuala Krau telah menamakan 8 nama untuk dipilih oleh pimpinan mewakili PKR untuk bertanding di DUN Jenderak.

Saya mengesorkan nama ini sebagai tuntutan demokrasi supaya pimpinan utama di Kuala Krau diberikan peluang untuk menjadi calon kerana didalam pandangan saya mereka layak.

Malangnya apabila saya mengambil tindakan sebegitu rupa-rupanya sudah ada pulak yang sudah termimpi-mimpi untu menjadi calon dan mulalah menjatuhkan imej rakan-rakan yang lain. Saya tidak menduga perkara ini boleh berlaku.

Ada yang sudah memberitahu rakan-rakan (diluar parti) bahawa merekalah calon yang akan dipilih oleh PKR Pusat dan meminta rakan-rakan mereka membantu; dan ada yang mengatakan bahawa beliau adalah pilihan wanita Pusat dan sudah menghebahkan kepada anggota-anggota parti yang lain.

Saya langsung tidak menduga perkara sebegini boleh berlaku. Sejak beberapa bulan yang lalu, didalam perjumpaan dengan PKR Pahang dan mesyuarat-mesyuarat PKR Cabang Kuala Krau, saya mengatakan bahawa saya tidak bersedia menjadi calon, dan saya harap golongan pelapis di Kuala Krau dapat menjadi calon, dan untuk bersikap adil, saya hantarkan 8 nama untuk dipilih oleh PKR Negeri/Pusat.

Sikap saya itu menjemput kerumitan, sehinggalah perkara ini dibawa kepada Mesyuarat Jawatankuasa PKR Cabang Kuala Krau semalam, dan saya telah "put a stop" dengan mengatakan bahawa perjuangan didalam PKR ini bukan perjuangan untuk kepentingan diri sendiri, tetapi perjuangan demi rakyat.

"Saya tidak mahu dengar lagi isu tentang siapa menjadi calon di Kuala Krau ini dibahaskan kerana kita sudah hantar nama-nama bakal calon itu ke PKR Negeri dan PKR Negeri sudah menghantar ke Pusat, maka biarlah pimpinan PKR yang menentukan. Dan sesiapa yang dipilih oleh Pimpinan, maka dialah yang menjadi calon, dan kesemua mereka yang sebelum itu disenaraikan sebagai calon yang dinamakan hendaklah menyokong calon tersebut. Ini adalah perjuangan parti dan perjuangan ini bukan untuk kepentingan diri sendiri tetapi perjuangan untuk rakyat.

"Saya nampak siapa yang benar-benar bekerja keras di Kuala Krau ini tanpa mengira samada akan menjadi calon atau tidak. Saya boleh membuat recommendation jika saya mahu, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian, kerana takut nanti dituduh bahawa saya memihak kepada orang-orang tertentu.

"Saya memberi ingatan bahawa sesiapa selepas ini masih memainkan isu calon di DUN Jenderak ini akan kita dedahkan dan Pimpinan akan diberitahu bahawa orang itu tidak layak menjadi calon." Saya berhujah.

Nampaknya ingatan saya itu mendapat sokongan daripada mesyuarat Jawatankuasa yang bersidang semalam, dan saya gembira bahawa isu menjadi calon ini tidak lagi akan dibangkitkan oleh mana-mana pihak.

Organisasi PKR Cabang Kuala Krau terus diperkemaskan

Posted: 03 Dec 2011 04:42 AM PST

Organisasi PKR Cabang Kuala Krau telah diperkemaskan dengan mengadakan sedikit perubahan untuk pemegang-pemegang jawatankuasa utama.

Sdr Hafez Harun, Setiausaha Cabang telah dilantik sebagai Naib Ketua Cabang yang kosong, manakala jawatan Setiausaha Cabang ditugaskan kepada Puan Anita Karim dengan dibantu oleh Sdr Khalid sebagai Penolong Setiausaha.

Puan Nooryati Ghani menjadi Pemangku Ketua Wanita PKR Cabang Kuala Krau dan beliau turut melantik Pn Anita Karim sebagai Setiausaha Wanita.

Sdr Hafez Harun, selain menyandang jawatan Naib Ketua turut diberi tugas sebagai Ketua PACABA yang bertanggungjawab untuk mempastikan tugas-tugas PACABA dapat berjalan dengan baik, dan beliau terus mengumumkan jadual-jadual kursus untuk round kedua bagai PACABA-PACABA untuk DUN Jenderak.

Sdr Razak Hussain dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya dan beliau dibantu oleh Sdr Azmi Zainon selaku Timbalan Pengarah Pilihanraya.

Puan Anita Karim bertanggungjawab menjadi Pengerusi Pengkalan Data manakala Puan Hendon Jaafar dilantik sebagai Pengerusi Bilik Gerakan.

Sdr Ahmad Bila Adam dilantik sebagai Pengerusi Logistik dan Sdr Ramli Idup sebagai Ketua Penerangan didalam organisasi Jabatan Pilihanraya PKR Cabang Kuala Krau.

Sdr Kin Kasim, selaku AJK PKR Cabang Kuala Krau dari Kg Penderas, sebuah perkampongan Orang Asal, memberitahu mesyuarat bahawa pihak sukarelawan dari Ranting Kg Penderas telah menyediakan 300 batang buluh untuk kegunaan memasang bendera.

Sdr Aliasyasak Idris, AJK Cabang yang juga menjadi Ketua Sukarelawan dari Ranting Felda Jenderak Utara akan menyediakan 100 batang buluh untuk kegunaan memasang bendera semasa PRU nanti.

PKR Cabang Kuala Krau telah menyediakan bendera-bendera parti yang mencukupi untuk PRU akan datang, banner-banner sedang disiapkan dan poster-poster calon akan segera diadakan sebaik sahaja nama calon untuk DUN Jenderak diumumkan oleh PKR Pusat.

Kami, PKR Cabang Kuala Krau, sudah bersiap sedia untuk berhadapan dengan Pilihanraya.



Kuala Krau kemaskan tenaga...

Posted: 03 Dec 2011 04:29 AM PST

Jam 10.00 pagi tadi telah diadakan perjumpaan Wanita PKR Kuala Krau dengan mendengar taklimat dari saya selaku Ketua Cabang cara-cara memperkemaskan organisasi wanita di cabang itu.

Wanita Kuala Krau ditaklimatkan betapa pentingnya mereka berganding bahu dengan tenaga lelaki untuk menjalankan kerja-kerja massa dan menjadi kewajipan tugas yang sangat penting untuk kaum wanita menggembeling tenaga di seluruh ranting-ranting PKR di Cabang Kuala Krau khususnya untuk berhadapan dengan PRU 13.

Aktiviti wanita bukan sahaja perlu diperkemaskan tetapi perlu diperbanyakkan kerana sesetengah aktiviti yang diceburi oleh kaum wanita itu tidak dapat dilaksanakan oleh kaum lelaki.

Kepimpinan wanita Kuala Krau perlu dipertingkat dan saya mencabar wanita Kuala Krau supaya memperkemaskan diri dengan pengetahuan dan mereka perlu menonjolkan diri agar pada Kongres Nasional yang akan datang mereka dapat diketengahkan untuk berucap di Kongres Wanita dan Nasional.

Wanita perlu berani, yakin diri dan berilmu. Mereka mampu berucap didalam mana-mana Majlis sekalipun jika mereka telah mengumpulkan maklumat-maklumat dan fakta-fakta.

Sdr Haji Mohd Saludin Omar, Pengerusi Tetap PKR Cabang Kuala Krau turut memberikan pandangan beliau di Majlis itu agar wanita PKR Kuala Krau boleh menjadi tenaga yang kukuh dan disegani.