Isnin, 7 November 2011

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Orang Asal kena bersikap tegas dan berprinsip demi perjuangan!

Posted: 07 Nov 2011 09:07 PM PST

Ada beberapa Orang Asal yang saya temui mengambil sikap yang paling mudah berhubung dengan isu tanah mereka. Ada yang kata, "Biarlah Haji apa mereka nak buat, mereka yang berkuasa!" dan ada yang berkata, "Saya ikut saja apa yang Kerajaan kata, elok ke tak elok ke, ikut aja lah." "Siapalah kami ni, kami ni ibarat mentimun, digolek luka, menggolek pun luka."

Sikap seumpama inilah yang sangat disukai oleh Kerajaan UMNO/BN. Kerajaan tak perlu buat apa-apa kerana serupa saja samada buat sesuatu untuk Orang Asli atau tidak berbuat apa-apa pun.

Hari demi hari, tanah Orang Asal semakin mengecil. Tanah rayau dan tanah adat mereka semakin kepupusan; tanah kubur mereka pun diceroboh, tanah komunal mereka sudah bertukar dari Rizab Orang Asal kepada Rizab Perhilitan, dan penjagaan binatang adalah lebih dipentingkan dari menjaga manusia.

Apabila berlaku pencerobohan tanah disana-sini, pejabat-pejabat tanah tidak akan mengambil apa-apa tindakan keatas penceroboh-penceroboh kerana mereka juga mengambil sikap bahawa tanah-tanah itu tidak ada geran dan oleh itu Orang Asal tidak boleh mengakui bahawa tanah itu adalah tanah kepunyaan Orang Asal.

Tanah adat Orang Asal dan kawasan rayau dan kubur mereka, bahkan tanah ladang dan tanah kampong Orang Asal tidak digerankan, dan justeru kerana itu, pihak yang ada kaitan dengan Kerajaan Negeri boleh dengan mudah mendapatkan tanah-tanah yang selama ini menjadi tanah komunal Orang Asal dan diatas tanah komunal Orang Asal itu mereka telah memajukan menjadi ladang.

Kesemua ini kerana sikap Kerajaan yang tidak perihatin kepada keperluan Orang Asal jauh sekali kepada hak dan kepentingan Orang Asal.

Kaum-kaum lain di Negara ini juga memandang sepi keatas hak dan kepentingan Orang Asal ini seolah-olah Orang Asal ini tidak mempunyai status kewarganegaraan.

Hiduplah Orang Asal didalam keadaaan yang sangat dhaif dilindungi oleh kemiskinan tegar, dengan tidak mempunyai masa depan yang tidak menentu.

UMNO memang tidak boleh diharapkan untuk melindungi hak dan kepentingan Orang Asal, dan dengan keperihatian Parti Keadilan Rakyat, maka didalam PRU-13 ini, PKR akan menyediakan Manifesto Khas untuk perjuangan Orang Asal khususnya perjuangan melindungi tanah komunal mereka dan pengeluaran geran bagi tanah-tanah kampong dan ladang.

Bukan menjadi suatu yang sangat sukar untuk membina kampong tersusun bagi Orang Asal di seluruh Negara dengan penyediaan rumah mampu milik, kerana bilangan seluruh keluarga Orang Asal adalah kecil di seluruh Semenanjung Malaysia dan dengan agenda yang tersusun rapi, masalah Orang Asal boleh dapat diatasi dalam hannya tempoh yang tidak lama.

Pada 12hb November 2011 ini Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal Parti Keadilan Rakyat akan membuat suatu deraf khas untuk menyediakan Manifesto bagi Orang Asal untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan datang. Pejuang-pejuang Orang Asal daripada beberapa NGO juga telah dihubungi untuk memberikan maklumat masalah-masalah Orang Asal untuk diperbincangkan, dan YB Elizabeth Wong juga selaku Ahli Exco Kerajaan Selangor yang bertanggungjawab kepada masalah Orang Asal Selangor juga akan memberikan pandangan beliau untuk perjuangan Orang Asal di Negeri Selangor.

Orang Asal sepatutnya mengambil sikap positif diatas usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh Parti Keadilan Rakyat kerana dasar yang diperjuangkan oleh PKR adalah berbentuk membina untuk jangka masa pendek dan masa panjang dan boleh menyelsesaikan masalah Orang Asal didalam jangka yang pendek seperti Kerajaan Negeri Selangor mengatasi beberapa masalah yang dihadapi oleh Negeri itu hanya dalam tempoh 3 tahun.

DUN Jenderak bersiap sedia menghadapi Pilihanraya mengejut

Posted: 07 Nov 2011 02:14 PM PST

Parti Keadilan Rakyat DUN Jenderak didalam kawasan Pilihanraya Umum akan datang sudah pun bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan Pilihanraya secara mengejut.

Setiap Ranting sudah pun menubuhkan PACABA dan Sukarelawan dan kemudahan logistik pun sudah disediakan kecuali poster calon kerana Parti masih belum menamakan calon untuk bertanding didalam DUN itu.

PKR DUN Jenderak tidak menghadapi sebarang kesukaran memilih calon kerana kesemua bakal-bakal calon yang telah dihantar kepada Parti diperingkat Negeri Pahang dan Pusat akan menyokong mana-mana sahaja calon yang dipilih oleh Parti.

Perjuangan menegakkan keadilan dan demokrasi adalah perjuangan melaksanakan dasar-dasar parti dan bukan memperjuangkan hak individu calon sebagai penerimaan yang lohor daripada calon-calon yang dinamakan.

Persediaan PKR DUN Jenderak adalah 300% lebih baik daripada Pilihanraya Umum 2008 kerana pada waktu itu Parti baru sahaja ditubuhkan di kawasan Parlimen Kuala Krau dan keanggotaan parti pada waktu itu hanya berada didalam jumlah yang kecil dan tidak ada jentera yang mantap.

Pada hari ini Jawatankuasa Pilihanraya DUN Jenderak buat beberapa bulan telah ditubuhkan dan Jawatankuasa itu sudah pun menjalankan tugas-tugas Pilihanraya dengan setiap Ranting pula telah menubuhkan Jawatankuasa Pilihanraya diperingkat Ranting dan markas parti disetiap Ranting sudah pun ditetapkan dengan kini hanya menunggu signal Pilihanraya sahaja untuk markas-markas ini menggerakkan jenteranya.

PKR DUN Jenderak menhedari bahawa wujud pertambahan pengundi secara mengejut di DUN ini dengan jumlah yang kurang munasabah dan sesetengah daripada nama-nama pengundi itu tidak dikenali ditempat mereka mengundi.

Itu adalah perancangan UMNO/BN tetapi kami sangat yakin dengan perancangan Allah swt, dan Insya Allah, jika berlaku sebarang penipuan akan menjauhkan UMNO/BN itu daripada perjuangan rakyat dan akan menerima balasannya.

Pada hari ini, Insya Allah, PACABA dan Sukarelawan bagi JDM Kg Paya Luas akan ditubuhkan, dan PACABA ini telah pun diperkukuhkan oleh PACABA dan Sukarelawan yang ditubuhkan oleh dua buah ranting yang lain didalam JDM yang sama yang telah pun bermesyuarat pada minggu yang lalu iaitu Ranting Seboi dan Ranting Mendoi.

Sepatutnya pada jam 4.00 petang ini akan dijalankan satu exercise untuk PACABA dan Sukarelawan yang telah ditubuhkan di Ranting Kg Lubok Wong, Ranting Pian dan Ranting Terbol yang telah siap ditubuhkan bagi JDM Kg Pian, tetapi memandangkan pada hari ini sedang berlangsung Upacara Qorban yang melibatkan anggota-anggota parti, maka exercise itu ditunda kepada 10hb November 2011.

Kemuncak kepada penubuhan PACABA dan Sukarelawan di DUN Jenderak ini akan berlangsung Kursus terakhir Pilihanraya pada 13hb November 2011 bermula jam 2.00 petang di Kg Penderas dan kursus akan disampaikan oleh Jabatan Pilihanraya Parti Keadilan Rakyat Pahang yang dipimpin oleh Pengarahnya Sdr Zaidi Ahmad. Semoga persediaan-persediaan ini memperkukuhkan kekuatan PKR di DUN Jenderak.

AMK KEDAH

AMK KEDAH


Ada tunai haji di Mekah tapi amal rasuah di Malaysia

Posted: 07 Nov 2011 04:00 AM PST


TANGKAK: Tidak ada ertinya menunaikan haji di Mekah jika terus menerus mengamal kezaliman dan penindasan kepada rakyat, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak semestinya pergi haji, terhapus semua dosa. Sebab itu, dalam Islam kena ikhlas, ada konsep haji mabrur.

"Jangan zalimi rakyat. Tangkap orang, fitnah orang, ukur kemaluan orang. Ini tidak. Pergi, balik haji – sama saja. Sebelum pergi haji, rasuah. Balik haji pun rasuah.

"Ambil rasuah tapi pergi haji, siap derma lagi," katanya tanpa menyebut nama mana-mana individu mahupun pemimpin politik pada ceramahnya di Kampung Sri Jaya, Serom 8 Tangkak Johor, malam tadi.

Lebih 1,000 penduduk setempat mengikuti ucapan Anwar sekalipun hujan sepanjang program itu. Turut berucap ialah Pengerusi KEADILAN Johor, Datuk Jui Meng dan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Anwar percaya ibadat haji adalah amalan yang penuh makna dan turut menyatakan beliau sudah sudah dua kali mengerjakan haji selain umrah sekali gus menjawab tohmahan dan fitnah blogger pro-Umno.

Pada ceramah hampir sejam itu, Anwar juga menceritakan kisah Malcolm X yang tertarik dengan Islam apabila melihat persamaan sesama umat hingga meresap ke jiwanya lantaran suasana di Mekah tidak pernah wujud di mana-manapun di pelusuk dunia ini.


"Malcolm X kagum kerana di Mekah, semua baik orang kaya, yang berpangkat mahupun miskin, sama-sama beribadat tanpa sebarang perbezaan darjat," katanya.

Malclom X atau nama sebenarnya, El-Hajj Malik El-Shabazz adalah pemimpin Islam Afrika yang terkenal di dunia dan meninggal dunia pada 21 Februari 1965.

Ini sama sekali berbeza dengan paparan gambar gelagat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menunaikan haji baru-baru ini, yang dikelilingi pengawal keselamatan di Mekah, selain menguar-uar pemergiannya ke tanah suci itu melalui media arus perdana

keadilandaily

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


TNB Hadapi Masalah Aliran Tunai, Tarif Naik Lagi?

Posted: 07 Nov 2011 06:37 PM PST

Malayiakini

Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.

Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.

Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.

Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.

Sementara itu, Petronas berkata bahawa sehingga Ogos tahun ini, ia telah membayar RM143.4bil bagi perbezaan harga. Daripada jumlah itu, RM103.2bil dibayar bagi membekalkan gas kepada sektor kuasa itu.

Bagaimanapun, laporan itu tidak menyebut sama ada kenaikkan kos itu akan mengakibatkan kenaikkan harga tarif elektrik.

Kali terakhir, krajaan persekutuan menaikkan tarif elektrik ialah pada 1 Jun lalu dengan purata 7.12 peratus. Tindakan itu sebagai sebahagian daripada pengurangan subsidi.

Bayar RM400 juta sebulan

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin (bawah, kiri) juga pada Mei tahun ini pernah berkata kerajaan pada dasarnya telah bersetuju mematuhi mekanisma ‘Fuel Cost Pass Through’ (FCPT) yang akan menentukan kadar tarif pada masa hadapan.

Ini bermakna tarif elektrik di negara ini akan dinaikkan setiap enam bulan bagi tahun-tahun berikut supaya selaras dengan kenaikan harga gas asli yang dijual Petronas kepada pengeluar tenaga.

The Star juga melaporkan agensi penyelidikan seperti Maybank Investment Bank (IB) Research menjangkakan aliran tunai TNB akan kehabisan pada suku ketiga atau keempat tahun kewangannya.

TNB dikatakan membayar RM400 juta sebulan bagi perbezaan harga antara menggunakan sulingan petroleum dan gas sebagai bahan api.

Pada Oktober lalu, TNB mengumumkan syarikat itu mencatat kerugian bersih RM453.9 juta pada suku keempat berakhir 31 Ogos 2011 berbanding kerugian bersih RM440.2 juta pada suku sebelumnya.
   
Bagi setahun penuh, syarikat tenaga nasional itu mencatat RM499.5 juta keuntungan bersih berbanding RM3.2 bilion pada tahun kewangan sebelumnya, sebahagian besarnya hasil daripada kos bahan api yang tinggi.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


IBADAH KORBAN AMK GELANG PATAH

Posted: 06 Nov 2011 10:38 PM PST

6hb Nov 2011 (Ahad) - Sempena Hari Raya Idul Adha atau Hari Raya Korban, Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah tidak melepaskan peluang untuk turut serta dalam menjayakan ibadah tersebut.



Ketua AMK Gelang Patah, Sdr. Nazri Ismail telah berkesempatan bersama penduduk Taman Desa Skudai telah sama-sama menjayakan program Ibadah Korban di Surau Harmoni, Jalan Harmoni 6, Taman Desa Skudai. Sebanyak 4 ekor lembu dan seekor kerbau telah dikorbankan. Ibadah korban yang diadakan kira2 jam 10.30am dihadiri oleh puluhan jemaah dan orang ramai. Kerja-kerja telah siap sepenuhnya selepas Zohor telah memperlihatkan semangat gotong royong dan kerjasama yang diberikan oleh penduduk setempat bagi menjayakan program ini.

Sementara itu Bendahari AMK Gelang Patah, Dato' Paduka Abdul Kadir bin Sainuddin turut melakukan ibadah korban di bersama peneroka di Felda Ulu Tebrau. Beliau turut menyumbang seekor lembu untuk dikorbankan.




Hari ini (7hb Nov. 2011) Dato' Paduka Abdul Kadir akan ke Riau, Indonesia untuk melakukan ibadah korban di sana. Beliau menyumbangkan seekor lembu dan 3 ekor kambing untuk dikorbankan dan daging2 tersebut diagih-agihkan kepada penduduk tempatan.

AMK Gelang Patah mengambil kesempatan untuk mengucapkan "SELAMAT HARI RAYA IDUL ADHA" kepada muslimin dan muslimat..

AMK BATU

AMK BATU


Pakatan sedia sokong protes jika Najib panggil PRU sebelum syor panel khas.

Posted: 06 Nov 2011 08:31 PM PST


Petikan dari Malaysianinsider.

KUALA LUMPUR, 6 Nov — Datuk Seri Najib Razak kini berhadapan dengan protes jalanan besar-besaran kedua jika pembaharuan pilihan raya gagal dilaksanakan sebelum memanggil pilihan raya umum ke-13, langkah yang dijangka boleh mengganggu usaha pentadbirannya mendapatkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Semalam, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Pergerakan Kebebasan Sivil Malaysia (MCLM) memberi perdana menteri kata dua bahawa pihaknya akan mengadakan protes mirip Bersih 2.0 jika membubarkan Parlimen sebelum pembaharuan pilihan raya dikuatkuasakan.

Beberapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) hari ini melahirkan sokongan dengan pelan itu dan mahu Najib, yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menunaikan janjinya.

Pemimpin-pemimpin PR yang dihubungi berkata perdana menteri harus membolehkan jawatankuasa pilihan khas, yang beliau telah bentuk, menyelesaikan fungsi mereka dalam tempoh enam bulan dan melaksanakan syor-syor yang dibuat sebelum pilihan raya umum ke-13.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar memberitahu The Malaysia Insider, partinya akan memberi sokongan kepada satu lagi protes jika perlu.

"Saya percaya rakyat menunggu bukti janji-janji pembaharuan yang dibawa oleh perdana menteri," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai ini dalam kenyataan menerusi SMS.

Tegas Nurul Izzah, oleh kerana isu-isu pembaharuan pilihan raya berkaitan dengan perhimpunan Bersih 2.0, perlu ada gelombang ketiga.

Najib dan imej pembaharuan beliau berhadapan dengan kritikan banyak pihak termasuk media antarabangsa ekoran tindakan keras pentadbirannya menangani perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Dr Mohd Hatta Ramli juga berkata, partinya akan menyokong pendirian PR bagi memastikan pilihan raya umum ke-13 hanya akan dipanggil selepas pembaharuan pilihan raya dilaksanakan.

"Pada pandangan parti-parti, sepatutnya tidak ada pilihan raya sehingga pembaharuan dilaksanakan.

"Jadi dua kumpulan itu merasakan bahawa kita telah diperdaya, kemungkinan akan ada sokongan, Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan langkah menyokongnya kerana kami telah pun menjelaskan perkara itu sebelum ini," kata beliau yang juga anggota jawatankuasa itu.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen DAP Anthony Loke berkata, beliau akan berusaha untuk melakukannya menerusi jawatankuasa berkenaan sebelum memberi kata dua mengenai protes.

"Pada masa sekarang, kami melihat pada opsyen-opsyen yang ada tetapi kita cuba untuk melakukannya menerusi jawatankuasa pilihan khas ini," kata beliau yang juga anggota panel khas itu.

"Jika ia (pilihan raya) diadakan, kita perlu membuat keputusan kemudian. Kita tidak boleh membuat andaian sekarang, kami akan mengadakan mesyuarat susulan Khamis depan," katanya lagi merujuk kepada pertemuan berkala jawatankuasa berkenaan.

Seorang lagi Naib Presiden PKR, Chua Tian Chang juga berkata, terlalu awal untuk mengatakan sama ada satu protes jalanan besar-besaran diperlukan pada masa sekarang.

"Saya tidak mahu membuat jangkaan buat masa sekarang, tetapi harapan rakyat adalah tinggi," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Batu.

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan

Angkatan Muda Keadilan Bagan Datoh,Perak Darul Ridzuan


CERAMAH BUBAR PARLIMEN 11.11.11

Posted: 06 Nov 2011 09:38 PM PST



1. SHAMSUL ISKANDAR MAT AKIN (Ketua AMK)

2. MOHD SANY HAMZAN (Pengarah Pilihanraya PAS Pusat).


MASA : 9:00 MALAM

TEMPAT : MARKAZ PAS SELEKOH, PERAK.

ANJURAN AMK CABANG BAGAN DATOH.