Rabu, 14 September 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Program Salam Aidilfitri Dato’ Seri Anwar Ibrahim di Johor

Posted: 14 Sep 2011 04:55 PM PDT

16 September 2011 (Jumaat)

Program 1)

7.00 – 9.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Skudai

Lokasi: Kelab Rekreasi Taman Universiti, Skudai

Tetamu:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

3. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

4. YB Dr Boo Cheng Hau

5. YBhg Haji Zulkifli Ahmad

——

Program 2)

8.00 – 11.00 malam – Majlis Jamuan Makan Malam

Lokasi: Restoran Pekin, Taman Sutera Utama, Skudai

Penceramah:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

3. YB Dato' Seri Nizar Jamaluddin

4. YB Lee Boon Chai

5. YB Chang Li Kang

6. YBhg Jimmy Puah

—–

Program 3)

9.00 – 12.00 malam – Salam Aidilfitri Pakatan Rakyat Di Pasir Gudang

Lokasi: No 2, Jalan 9/14, Perjiranan 9, Taman Air Biru, Pasir Gudang

Tetamu:

1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim

2. YBhg Dato' Seri Chua Jui Meng

3. YBhg Dr Hj Mahfodz Mohamed

4. YBhg Dr. Ahmad Faidi

5. YBhg Hassan Karim

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

MES: RM49 Juta Sudah Diagih Kepada Warga Emas Selangor

Posted: 14 Sep 2011 04:35 PM PDT

Harakah

Melalui Skim Mesra Usia Emas iaitu salah satu program kebajikan di bawah Program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES), sekurang-kurangnya 20,999 warga emas di negeri ini sudah menikmati bantuan kerajaan negeri.

Jumlah itu merangkumi peruntukan sebanyak RM49 juta oleh kerajaan negeri sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehingga April 2011.

Program yang dimasukkan dalam Fasa I program MES itu juga merupakan program yang telah mempunyai perbelanjaan kedua tertinggi selepas program pemberian bekalan air percuma 20 meter padu kepada rakyat negeri ini.

Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Faekah Husin berkata, ianya merupakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dalam usaha membela dan menghargai warga emas di negeri itu.

Ianya merupakan satu skim khairat kematian sebagai menghargai warga emas tanpa mengira jantina, kaum, agama, fahaman politik, status ekonomi mahupun tahap sosial mereka.

Melalui program ini, warga emas dan juga golongan Orang Kelainan Upaya (OKU) yang telah berdaftar dan apabila berlakunya kematian, maka waris mereka akan menerima RM2,500 bagi perbelanjaan menguruskan  jenazah tersebut.

“Daripada RM49 juta ini seramai 20,999 orang rakyat Selangor telah mendapat manfaat skim ini sejak ia dilancarkan pada tahun 2008 sehinggalah April 2011, pada awal pelancarannya tahun 2008 seramai 867 orang sahaja dengan kos RM867 ribu, angka ini meningkat pada 2009 iaitu seramai 8,303 melibatkan jumlah peruntukan sebanyak RM19 juta.

“Pada tahun 2010 kerajaan negeri mengeluarkan bantuan sebanyak RM21 juta untuk rakyatnya iaitu seramai 8,673 orang dan sehingga April 2011 ini sebanyak RM7.1 juta dikeluarkan bagi mengenang jasa baik warga emas seramai 3,156 orang,” jelasnya dalam satu temubual dengan Harakahdaily.

Tiada kerjasama dari BN

Mereka yang ingin menyertai skim tersebut ujarnya perlu mendaftar di Pusat Khidmat Dun ditempat masing-masing, tidak kira sama ada kawasan tersebut di menangi oleh Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.

Bagaimanapun wakil rakyat BN ujarnya tidak memberi kerjasama dalam urusan mendaftarkan warga emas di kawasan mereka.

“Apa yang pasti bagi kita tidak mempunyai masalah untuk mendaftarkan nama bagi kawasan yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat tetapi bagi kawasan Barisan Nasional mereka tidak mahu membantu warga emas untuk mendaftar di dalam skim tersebut kerana mereka beranggapan ini adalah kerja politik dari Pakatan Rakyat bukannya usaha kerajaan negeri.

“Wakil rakyat BN sepatutnya perlu mengenepikan ideologi politik terlebih dahulu kerana apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri adalah untuk membantu rakyat, apa jua hasil yang diperolehi oleh kerajaan perlu dinikmati kembali oleh rakyat walaupun jumlahnya tidak begitu besar. Jika halangan sedemikian tidak diubah maka usaha murni kerajaan tidak akan sampai kepada seluruh rakyat terutamanya bagi golongan warga emas,” sambung Faekah lagi.

Tambah beliau lagi tujuan Khairat Kematian ini adalah untuk meringankan beban pewaris dalam menyelesaikan urusan yang berkaitan dengan si mati, seperti pembayaran keseluruhan atas sebahagian kos pengurusan jenazah dan pengkebumian, menyelesaikan sebahagian atau keseluruhan hutang si mati, dan sebagainya.

“Skim Usia Emas ini bukan sahaja tertumpu kepada sumbangan khairat kematian malah kerajaan negeri telah memperkenalkan Program ‘Jom Shopping’ kepaada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas bagi menghargai jasa mereka di samping mengukuhkan hubungan akrab di antara rakyat dan pemimpin.

“Program ‘Jom Shopping’ ini adalah bertujuan agar pemimpin dapat bermesra dan bertanya khabar dengan warga emas berkenaan dalam masa dua jam di samping kupon bernilai RM 100,” jelasnya lagi.

Program ‘Jom shopping’ ini merupakan serampang dua mata yang mana selain sebagai usaha kerajaan menghargai rakyatnya malah ia juga dapat mengeratkan wakil rakyat yang dilantik bagi setiap kawasan kerana mereka yang dipertanggungjawabkan oleh kerajaan bagi membantu warga emas ke pusat membeli belah yang dipilih.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Sidang Media Pakatan Rakyat

Posted: 13 Sep 2011 11:09 PM PDT

Dimaklumkan bahawa satu sidang media Pakatan Rakyat akan diadakan seperti berikut:
 
Tarikh     :  15 September 2011 (Khamis) 
Masa       :  12:30 tengahari
Tempat     :  Pejabat Sekretariat Pakatan Rakyat
              No. 17, Jalan 16/2, Seksyen 16, Petaling Jaya, Selangor

 
Antara yang akan menghadiri sidang akhbar ini adalah YB Dr Dzulkefly Ahmad, YB Liew Chin Tong dan YB Nurul Izzah Anwar.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Rashdan & Co: BINA tak Fikir wang rakyatkah?

Posted: 13 Sep 2011 09:09 PM PDT

It was reported in the Star today that the sponsorship for QPR home jersey will cost MAS RM18 million for two years. Whereas in June 2011 Genting UK sponsors Aston Villa, a much more renown team, main jersey for only RM17 million also for two years. For full report, please see below.  This was how En [...]

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Jamuan Raya DUN Johol 17 Sep 2011

Posted: 14 Sep 2011 01:54 AM PDT



JAMUAN HARI RAYA DUN JOHOL
Tarikh : 17 Sep 2011, Sabtu
Masa : 8 mlm
Tempat : Dataran Ikhwan, Air Mawang, Johol, N.Sembilan
Bersama :
Mohd Sany Hamdan, Exco Pemuda PAS Pusat
Ustaz Norazman Mohamad, Ketua Penerangan PAS N9
Ustaz Khairil Anuar Wafa, Ketua Pemuda PAS N9
Mohd Nazree Yunos, Ketua AMK N(
- Serta Majlis Pelancaran Bilik Gerakan DUN Pemuda PAS -

Majlis Hari Raya anjuran syarikat judi, apa hukumnya?

Posted: 13 Sep 2011 07:42 PM PDT



Wajarkah syarikat judi berlesen seperti Magnum menganjurkan Majlis Hari Raya Idil Fitri? Adakah ini dikira menghina Islam atau menghormati Islam atau tak ada apa-apa? Bolehkah orang Islam menghadiri majlis jamuan raya yang dianjurkan secara bersama atau ditaja bersama oleh syarikat judi tersebut?

Apakah hukumnya jamuan raya anjuran syarikat judi berkenaan tetamu khasnya adalah merupakan pembesar negeri yang beragama Islam dan juga merupakan Pengerusi Majlis Agama Islam Negeri dan membawa gelaran Haji?

Apakah kain rentang untuk mempromosi program ini yang ditaja oleh syarikat judi berkenaan perlu kelulusan atau permit Majlis Perbandaran?

Mungkin ini perkara remeh temeh. Tapi untuk mengelakkan kekeliruan, eloklah diperjelaskan oleh pihak yang berwajib, sebelum pihak yang tidak berwajib mengeluarkan pendapat atau fatwa sendiri.

Kalau boleh mengikut syarak syarikat judi tersebut berbuat perkara di atas, mungkin selepas ini umat Islam bolehlah hantar surat mohon sumbangan kepada syarikat judi berlesen di Malaysia ini untuk memberi sumbangan membina surau dan masjid, membantu anak yatim dan sebagainya.

Bil elektrik naik 40 kali ganda, TNB Perompak Rakyat

Posted: 13 Sep 2011 07:17 PM PDT



Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011. Bil elektrik meningkat sebanyak RM6,504.13 dalam masa 1 bulan - Saya adalah pengguna bekalan elektrik biasa. Saya sekeluarga tinggal di rumah teres 2 tingkat yang biasa. Kebiasaannya, bil elektrik bulanan saya adalah di dalam lingkungan RM100.00 – RM 175.00 sebulan. Namun, pada bil bulan Jun (17/06/2011) amaun yang tercatat adalah sebanyak RM 6,539.85.

Saya berasa amat terkejut dengan amaun yang dikenakan ini dan berasa amat teraniaya. Saya telah pergi ke Kedai Tenaga TNB di Seksyen 11 Shah Alam pada 17/06/2011 untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak TNB.

Pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam tersebut berjanji akan cuba menyelesaikan masalah pembilan yang melampau ini. Beliau juga menyatakan bahawa kes ini adalah ganjil kerana amaun pembilan meningkat secara mendadak dalam masa 1 bulan.

Alasan yang dikemukakan adalah mungkin kerana amaun tersebut adalah disebabkan pelarasan average bil bulanan saya. Mungkin pada pembilan seterusnya, amaun 6,539.85 akan lupus setelah bacaan sebenar meter dibuat.

Tindakan yang telah dijanjikan oleh pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini sementara menanti bil elektrik rumah menjadi normal adalah beliau akan memaklumkan kepada pasukan teknikal untuk menahan notis pemotongan bekalan elektrik rumah saya daripada dihantar kepada saya.

Ini kerana, jika notis tersebut telah dihantar, saya perlulah membuat bayaran penuh amaun pembilan atau berhadapan dengan kemungkinan rumah saya akan bergelap serta merta kerana bekalan elektrik dipotong serta merta. Saya pun berasa lega dengan janji tersebut.

Seterusnya, pada 17/07/2011 saya telah menerima bil bekalan elektrik bulan Julai daripada TNB dan amaun yang tercatat adalah RM 6,691.60. Sekali lagi pada 28/07/2011 saya telah pergi menemui pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini untuk mendapatkan penjelasan berhubung keganjilan bil elektrik saya.

Pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini memberitahu bahawa pembilan bulan Julai adalah dibuat secara estimation atau anggaran. Itulah sebabnya, bil yang tercatat masih lagi tinggi. Beliau juga memberitahu bahawa bil pada bulan Ogos akan dibuat secara normal iaitu bacaan tenaga yang digunakan dibuat secara terus daripada meter pelanggan.

Seperti bulan sebelumnya, pegawai Kedai Tenaga TNB Shah Alam ini berjanji untuk menahan notis pemotongan bekalan elektrik rumah saya daripada dihantar kepada saya bagi mengelakkan sebarang pemotongan bekalan elektrik ke rumah saya daripada berlaku.

Namun, pada 19/08/2011 saya sekali lagi masih menerima bil bekalan elektrik dengan amaun yang sangat mengejutkan iaitu RM 6,647.50. Jadi, disebabkan saya sudah muak dengan jawapan yang telah saya terima sejak 17/06/2011, maka saya memajukan aduan ini kepada Aduan Rakyat agar masalah yang saya hadapi ini dipandang serius oleh pihak TNB terutamanya pihak TNB Shah Alam yang pada hemat saya bersikap dolak dalik dan tidak telus dalam tindakan menyelesaikan masalah pengguna.

Semoga kes saya ini menjadi iktibar kepada pengguna-pengguna lain yang menghadapi masalah serupa.

Saya pohon kepada pihak TNB untuk menyiasat kes amaun bil elektrik melampau yang dibilkan kepada saya SEGERA!

By: Rokhiza

http://www.aduanrakyat.com.my/bil-elektrik-meningkat-sebanyak-rm6504-13-dalam-masa-1-bulan

Servis Terburuk KTMB walaupun dah 54 tahun Merdeka

Posted: 13 Sep 2011 07:17 PM PDT


Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011 - Salam sejahtera, Saya, sama seperti beribu-ribu pengguna perkhidmatan ktmb yang lain, ingin mengutarakan rasa amat kesal atas tahap servis terburuk yang ktmb berikan sejak sekian lama.

Antaranya:

- Kelewatan atau pembatalan jadual kereta api yang sering terjadi pada setiap masa! Dan kebanyakan daripadanya tidak dimaklumkan kepada penumpang yang terpaksa menunggu pada purata hampir satu jam untuk tren berikutnya.

- Mesin keluar masuk 'touch n go' tidak berfungsi dengan baik mengakibatkan penumpang dikenakan penalti tanpa sebab!

- Segala aduan mengenai perkara 2 hanya boleh dibuat di hub 'touch n go' yang hanya dibuka pada waktu bekerja, tidak pada waktu operasi perkhidmatan tren sendiri.

- Kaunter yang dibuka di hampir semua stesen sering mengalami gangguan teknikal dan amat menyusahkan pengguna yang terpaksa berurusan di kaunter. Perkara ini juga berlaku atas sebab mesin pembelian automatik yang sering tidak berfungsi!

- Tahap perkhidmatan pelanggan di kaunter PALING BURUK jika dibandingkan dengan kaunter perkhidmatan yang lain. Tidak mesra pengguna, pegawai tidak berpengalaman, tidak mengikuti waktu bertugas, tidak mengambil inisiatif membantu pelanggan bermasalah malah ada yang mengherdik dan membuat pelanggan rasa benar-benar terhina. Tahap PALING BURUK pernah diberikan.

Segala aduan yang dibuat sebelum ini oleh para pengguna seperti saya langsung tidak diendahkan dan jelas dapat dilihat melalui servis ktmb yang tidak pernah ditingkatkan sejak sekian lama!

Sekian terima kasih.

By: Qaisy Jaslenda

http://www.aduanrakyat.com.my/servis-terburuk-ktmb


Masalah air di Felda berlarutan, PM dan TPM ada peduli?

Posted: 13 Sep 2011 07:16 PM PDT



Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011 - Rakyat Didahulukan?
Salam satu Malaysia..Mengapa tajuk di atas saya pilih? kerana segelintir jabatan yang tidak benar-benar prihatin kepada rakyat maka laungan keramat "Rakyat didahulukan" itu menjadi bahan senda rakyat yang kecewa.

Negara telahpun mencapai kemerdekaan yang ke 54 tetapi masih terdapat kemudahan ASAS yang masih belum mencapai standard yang sepatutnya.

Saya mewakili anak Felda khasnya di Felda Palong merasa amat kecewa kerana telah berpuluh tahun masalah ketiadaan air setiap kali musim perayaan berlaku. Bukan sahaja Musim perayaan bahkan setiap kali musim percutian sering kali sahaja masalah yang sama berulang.

Setiap kali masalah durujuk kepada pihak berkenaan kami sering mendapat jawapan yang sangat mengecewakan.

Jika dahulu aduan kepada pihak berkenaan dijawab dengan masalah pengguna masih menggunakan paip lama dan tidak menepati standard tapi kini apa lagi? apakah kami perlu menukar paip sedia ada kepada paip yang bersaiz pembentung?

Kerana mereka inilah generasi kedua felda mula bosan dan sering terdengar keluhan yang rakyat memang didahulukan sekiranya terdapat kirisis2 sebegini.

Sia-sia sahaja usaha PM dan jentera Kerajaan bagi mengembalikan kepercayaan rakyat sekiranya masih terdapat jabatan-jabatan yang kurang efisien dalam menangani isu-isu penting seperti ini.

Saya amat berharap perkara ini diambil tindakan SEGERA.

Sekian Terim Kasih

By: zabrina kamarudin
http://www.aduanrakyat.com.my/rakyat-didahulukan

Masalah Air Sejak Bertahun Lama
Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011

Assalamualaikum wbt

Saya merupakan salah seorang anak peneroka di Felda Sri Ledang, Ledang. Saya amat berharap sekiranya pihak aduan rakyat dapat membantu peneroka felda ini mengatasi masalah bekalan air.

Setiap tahun pada musim perayaan masalah ini akan timbul. Bukan pada tahun ini sahaja, tetapi sejak generasi terdahulu lagi. Untuk pengetahun pihak aduan rakyat, kawasan Felda ini kerap kali dikunjungi Timbalan Perdana Menteri dan berada di bawah kawasan 'jagaan' beliau. Namun masalah ini seperti tiada jalan penyelesaian. Dimanakah kebenaran 'Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan'?

Saya amat berharap pihak aduan rakyat dapat membantu kami mencari punca kenapa timbulnya masalah ini.

By: NURSUHADAH
http://www.aduanrakyat.com.my/masalah-air-sejak-bertahun-lama

Sering Mengalami masalah ketiadaan air di FELDA JENGKA 23
Aduan Rakyat Online, 13 Sep 2011

Saya salah seorang anak peneroka sangat tidak berpuas hati dengan tindakan daripada pihak berkenaan iaitu JBA berkenaan dengan masalah yang selalu dan sering kami alami di tempat tinggal kami iaitu di Felda Jengka 23.

Setiap minggu kami akan mengalami masalah ini, dalam seminggu hanya 2 hari sahaja kami mendapat bekalan air. Krisis ketiadaan air ini merumitkan kami dalam menyediakan persiapan hari raya. Mintak sangat masalah ini dapat perhatian.

Penduduk di petempatan ini adalah ramai dikalangan golongan tua. Kesukaran mereka untuk mengangkat air dari perigi atau sebaliknya.

By: norul ain
http://www.aduanrakyat.com.my/sering-mengalami-masalah-ketiadaan-air-di-felda-jengka-23

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党

Parti KeADILan Rakyat, Gopeng * 务边人民公正党


Dusta Kerana Terdesak, Kisah Najib Dibongkar Pelajar Malaysia di Perth

Posted: 14 Sep 2011 12:51 AM PDT

Ia bukan lagi rahsia Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sedang behadapan dengan saat-saat genting. Beliau dan pentadbiran beliau beserta parti UMNO telah terperangkap dalam penipuan- penipuan yang tidak berpenghujung. Namun begitu, mereka seolah-olah tidak mempunyai niat apa-apa untuk menghentikannya atau ia telah menjadi tabiat mereka dan mereka tidak lagi mampu mengelaknya. "Mereka telah [...]

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Tengok nii..Waris Hanya Dapat "Set Pinggan Mangkuk"

Posted: 14 Sep 2011 09:15 AM PDT

Nasib baik Mat Sabu letupkan kisah Bukit Kepong nii..kalau tidak,sampai jadi rangka la waris anggota polis Bukit Kepong tak akan dapat satu sen pun daripada kerajaan UmnoBN yang tak pandang pun sebelah mata wira-wira ini,kecuali sekarang..apabila kerajaan UmnoBn Haprak ini terdesak untuk menggunakan waris-waris anggota polis Bukit Kepong untuk dijadikan bahan kepentingan politik hampass mereka.

Sumber: http://karatijau.blogspot.com/

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Jom Bersama Kami

Posted: 13 Sep 2011 10:07 PM PDT

                                                                                 

AMK Bukit Gantang sedang mengumpul sukarelawan Parti untuk menghadapi PRU 13 yang dijangka diadakan pada bila-bila masa saja.

Untuk itu, AMK Bukit Gantang mengalakkan anak muda yang berada di sekitar Parlimen Bukit Gantang agar bersama AMK Bukit Gantang berkerja memenangkan calon Keadilan.

Untuk pengetahuan, pada PRU 13 nanti Keadilan Bukit Gantang akan meletakan calon di 2 DUN dalam Parlimen Bukit Gantang iaitu kerusi DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sepetang. 

Ayuh! mari bersama kita berkerja keras memenangkan calon Keadilan pada PRU 13 nanti. Untuk rekod, pada PRU 12 yang lalu Keadilan telah memenangi kerusi di DUN Changkat Jering dan DUN Kuala Sepetang. 

Walaupun wakil rakyat Adun Changkat Jering sudah tidak lagi bersama Keadilan, Namun itu bukan alasan untuk kita tidak berkerja keras memenangkan calon keadilan di DUN Changkat Jering. Percayalah, Pada PRU13 nanti Keadilan akan meletakan calon yang terbaik untuk pengundi di DUN Changkat Jering. Dan yakinlah tiada lagi calon katak daripada Keadilan pada PRU 13 nanti.

Bukan itu sahaja, AMK Bukit Gantang juga akan bermati-matian berkerja  mempertahankan kerusi Dun Kuala Sepetang yang dimenangi YB Tai Sing Ng pada PRU 12 yang lalu.

Jika anda berminat untuk menjadi sukarelawan bersama AMK Bkt Gantang. Sila hubungi En Faisal Zainal (017-5598674), En S Tangamani (017-5657594), En Yusmizan (013-5908356).