Ahad, 17 April 2011

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Jentera Pilihanraya PKR Kota Raja Bantu Ali ak Biju Rampas Kerusi N34 Krian Dari BN

Posted: 16 Apr 2011 11:00 PM PDT

Krian, 16 April 2011 – YB Dr Xavier Jayakumar yang diamanahkan menjaga DUN Krian bagi kempen Pilihanraya Negeri Sarawak N34 DUN Krian telah berjaya mencapai matlamatnya apabila jentera pilihanraya PKR berjaya membantu Ali ak Biju merampas kerusi tersebut dari Barisan Nasional.

Dr Xavier Jayakumar yang berada di Krian hampir setiap hari sepanjang kempen pilihanraya mengucapkan syabas dan penghargaan kepada semua petugas jentera pilihanraya Pakatan Rakyat di Krian terutamanya jentera pilihanraya PKR Kota Raja yang datang jauh dari semenanjung untuk membantu kemenangan Ali ak Biju.

Persaingan empat penjuru diantara calon PKR, Ali ak Biju dengan calon BN-SPDP, Datuk Peter Nyarok ak Entrie, calon SNAP, Liman ak Sujang dan calon Bebas, Banyi ak Beriak menyaksikan kemenangan berpihak kepada PKR dengan kemenangan majoriti 2,090 undi.

Keputusan Rasmi Pilihanraya Negeri Sarawak bagi N34 DUN Krian
ALI AK BIJU (PKR).............................5,178
Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)........3,088
Liman ak Sujang (SNAP)..........................216
Banyi ak Beriak (Bebas).........................125

Jumlah mengundi/Votes Cast.......................8,674
Peratus/Percentage...............................78.87%
Undi rosak/Spoilt votes.............................67
Majoriti/Majority................................2,090

Penyandang: Datuk Peter Nyarok ak Entrie (BN-SPDP)
Undi diperolehi: 4,784
Majoriti: 2,089 

Keputusan Tidak Rasmi Kemenangan Seawal Jam 2.30 Petang
Dun Krian dengan lebih 90 peratus pengundi adalah dari kalangan kaum Iban menyaksikan Ali ak Biju mendahului pengiraan 46 daripada 49 peti undi dengan kelebihan 2,000 undi ketika proses pengundian berjalan pada pukul 2.30 petang.

Majoriti itu dilihat terlalu besar bagi pencabar lain untuk memintas calon PKR tersebut sekaligus kemenangan tidak rasmi diperolehi PKR.


Para pengundi datang ke pusat pengundian untuk mengundi

Para pengundi beratur menunggu giliran mengundi

Para pengundi yang terdiri 90% kaum Iban

Calon PKR, Ali ak Biju bersama rakyat

Dr Xavier Jayakumar bersama Ali ak Biju semasa keputusan tidak rasmi diketahui


Penolakan Pemerintahan BN Oleh Rakyat DUN Krian 
Kemenangan PKR di DUN Krian adalah bukti jelas bahawa rakyat di DUN tersebut menolak pemerintahan BN yang telah memerintah sejak sekian lamanya. 

Siaran di TV dan media pro BN sejak kempen pilihanraya bermula yang melaung-laungkan Sarawak Maju ternyata tiada kebenarannya apabila Dr Xavier serta jentera pilihanraya turun ke Krian. 

Rakyat di rumah panjang hidup dalam keadaan yang sangat daif dengan tiada kemudahan asas yang sepatutnya. Mereka yang tinggal di rumah panjang di Krian mendapatkan sumber air dari sungai berdekatan. Tiada sistem kumbahan yang baik yang menyumbang kepada masalah kesihatan. Elektrik pula dibekalkan secara terpilih ke unit-unit dalam rumah panjang yang hanya menyokong pemerintahan BN. Jalan yang mengubungkan ke rumah-rumah panjang masih lagi tidak bertar. Janji-janji manis setiap kali pilihanraya yang ditaburi pemimpin-pemimpin BN tidak dikotai.

Berikutan keadaan tersebut, rakyat yang sudah jemu dengan janji palsu BN mengambil keputusan untuk 'UBAH' dengan memilih Ali ak Biju sebagai wakil rakyat mereka. Sila baca dengan lanjut artikel 'Meninjau Keadaan Penduduk Rumah Panjang di Ulu Krian, Sarawak' di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/03/meninjau-keadaan-penduduk-rumah-panjang.html

Keberkesanan Kempen Jentera Pilihanraya PKR 
DUN Krian yang diletakkan di bawah jagaan Dr Xavier sepanjang kempen pilihanraya memperlihatkan kempen yang tersusun dan berkesan yang menyumbang kepada kemenangan Ali ak Biju.

Kedatangan Dr Xavier Jayakumar dengan jentera pilihanraya PKR dari Kota Raja memberi harapan kepada rakyat di DUN tersebut yang menunjukkan kerajaaan pemerintahan Pakatan Rakyat di Selangor yang Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Kempen yang tersusun juga menyerlahkan Ali ak Biju. Dengan kerjasama jentera pilihanraya setempat, lima buah billboard besar telah diletakkan ditempat-tempat strategik di pekan Seratok dan kawasan sekitarnya. Sila baca artikel 'Calon Keadilan DUN Krian Paling Menyerlah' di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/04/calon-keadilan-dun-krian-paling.htm

Kesungguhan dan keberkesanan kempen yang dijalankan telah mengundang 'ketakutan' dari penyandang kerusi tersebut yang mengancam untuk 'potong' Pembantu Khas Dr Xavier iaitu Abdul Razak Bin Ismail. Ancaman yang sama turut dibuat kepada Dr Xavier. Sila baca artikel 'Calon BN DUN Krian Ugut 'Potong' Pemimpin / Petugas PKR Selangor' di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/04/calon-bn-dun-krian-ugut-potong.html

Walaupun ancaman serius seperti itu dibuat, jentera pilihanraya PKR tetap bersungguh-sungguh melakukan kempen demi masa depan yang lebih baik untuk rakyat DUN Krian. Dr Xavier yang melawat sekitar DUN Krian telah melawat mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang dan mengusahakan bantuan untuk mereka. Kerajaan Negeri Selangor melalui Dr Xavier Jayakumar yang juga diamanahkan portfolio Kerajaan Prihatin menyumbangkan RM360,000 untuk mangsa-mangsa kebakaran rumah panjang tersebut. Sila baca artikel 'Selangor Beri Sumbangan RM360,000 Kepada Mangsa Kebakaran Rumah Panjang, Krian, Sarawak' di http://xavierjayakumar.blogspot.com/2011/04/selangor-beri-sumbangan-rm360000-kepada.html 

15 Kerusi Dimenangi, Peningkatan Buktikan Rakyat Mahu Perubahan
Kemenangan Ali ak Biju di DUN Krian adalah salah satu daripada lima belas kerusi yang berjaya dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihanraya Negeri Sarawak kali ini. Peningkatan jumlah kerusi ini membuktikan rakyat Sarawak mahukan perubahan.

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Mestikah PKR Kalah di DUN Jepak?

Posted: 17 Apr 2011 03:13 AM PDT

Pada 10hb April 2011 jam 7.00 pagi, rombongan kami dari Kuala Krau menaikki pesawat Air Asia menuju ke Sibu. Tidak ada keperluan untuk kami ke Sibu, tetapi penganjur yang membiayai tiket penerbangan kami tersalah destinasi, sepatutnya ke Bintulu tetapi tiket ke Sibu yang dibeli. Rombongan kami terdiri daripada 4 lelaki, saya sendiri, Ramlee, Rosli dan Khalid dan 2 wanita, Hendon dan Kamariah.

Dari Sibu kami berlepas ke Bintulu menaiki bas mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sesampai di Bus Terminal Bintulu, Ahmad Shahbudin (Cik Mat) telah mengambil kami.

Sesampai di Markas PKR di Sibiew, dengan keletihan dan belum makan, kami menjamu selera di dapur Markas. Nasi masih banya, lauk sudah tiada. Apa yang ada kami makan.

Sementara rakan-rakan rombongan berehat, saya mengambil peluang untuk mengikuti petugas-petugas yang menaikkan bill-board di sekitar kawasan Pilihanraya DUN Jepak yang dipimpin oleh Sdr Hatta.

Selepas solat Isya', saya terasa benar letihnya dan terus tertidur, hinggalah ke jam 11.00 malam, apabila saya dikejutkan untuk dibawa ke rumah rombongan kami (lelaki) ditempatkan. Kami ditempatkan di Rumah Faiz, seorang Engineer dari Semenanjung yang bertugas di Bintulu. Manakala 2 wanita Kuala Krau itu ditempatkan di rumah Ibu kepada calon yang berhampiran dengan Markas.

Pada 11hb April 2011, saya susun gerak kerja rombongan Kuala Krau pergi rumah ke rumah di kawasan Melayu Sibiew dengan mengedarkan risalah memperkenalkan calon. Kehadiran kami nampak diterima oleh penduduk Melayu dan ramai dari mereka menyatakan bahawa mereka kenal calon ini sebagai seorang yang baik dan boleh diterima oleh masyarakat.

Di sebelah petangnya, kami mengumpulkan edaran mengenai calon PKR, Abdul Jalil bin Bujang, dikesampingkan dengan edaran lain, untuk edaran esuknya.

Pada 12hb April 2011, saya diarahkan untuk melakukan kerja-kerja lain dan rombongan Kuala Krau terpaksa berpecah dua, saya diarahkan untuk melakukan kerja-kerja ke Rumah Panjang di kawasan yang begitu jauh dari Markas iaitu melebihi 80 kilometer dari Markas.

Ramlee, Rosli dan Khalid meneruskan kerja-kerja di kawasan Melayu, saya, Hendon dan Kamariah di kawasan Tatau. Tatau itu sendiri termasuk didalam kawasan DUN Kakus, dan tempat kami bertugas melewati kawasan DUN Kakus itu.

Saya dibantu oleh Koordinator, Nasar dan Pemandu kereta Ekok. Nasar jelas kelihatan berpengaruh di kalangan Orang Iban dan mengenali semua penghuni-penghuni Rumah-Rumah Panjang termasuk Tuai-Tuai Rumah.

Sebelum pergi saya dipanggil bermesyuarat dengan beberapa orang Koordiantor, panjang mesyuarat itu. Menjemukan. Sepatutnya, tak perlu mesyuarat, hanya yang diperlukan taklimat saja. Cik Mat mengetuai mesyuarat itu. Dia hanya mementingkan pandangannya saja dan tidak mahu menerima pandangan dari koordinator-koordinator. Saya tidak berbunyi apa-apa kerana saya sudah beritahu kepada rombongan dari Kuala Krau bahawa kami sanggup menerima apa juga arahan kerja.

Kalau dilihat dari senarai yang disediakan oleh PKR Pusat, saya dan Dato Fauzi Abdul Rahman adalah mengetuai gerakan di Markas Jepak ini. Dato Fauzi tidak dapat hadir, maka keatas sayalah terletaknya pimpinan mengetuai Markas ini.

Namun saya beritahu rombongan Kuala Krau bahawa kami sanggup menjadi belaci saja dan tidak memainkan apa-apa role dominan di Markas ini kerana kami tidak hadir daripada awal, pemimpin-pemimpin lain sudah diberi dan mengambil tugas, dan didalam senarai itu, saya tidak diletakkan didalam apa-apa tugas melainkan hanya menjalankan tugas yang diarahkan.

Pada hari pertama di kawasan Rumah Panjang Tatau, kami bersama-sama Nasar dan Ekok, dan isteri Ekok turut serta didalam rombongan itu; manakala saya bersama Hendon, Kamariah dan Ayu menjalankan tugas dari Markas.

Pada hari itu, Nasar, Ekok dan isteri Ekok menggunakan sebuah kereta, manakala saya berempat menggunakan kereta lain dengan seorang drebar.

Pada hari pertama itu, hasil dari mesyuarat yang berlarutan (masa terbuang), kami keluar dari Markas sudah menghampiri jam 12.00 tengah hari.

Dan kami berjaya menziarahi 5 buah Rumah Panjang iaitu Rumah Sudok, Rumah Beriak, Rumah Itam, Rumah Amin dan Rumah Giling. Di kawasan itu hampir tidak ada orang Islam, maka kami kena sampai ke Markas Sibiew selewat-lewatnya jam 6.00 petang untuk sempat solat Jamak, kalau tidak waktu solat Maghrib disana adalah jam 6.30 petang.

Pihak Markas tidak update nama-nama Rumah Panjang itu, Rumah Sudok adalah Rumah Utik didalam senarai, Rumah Itam adalah Rumah Ujok didalam senarai, dan Rumah Giling adalah Rumah Likong didalam senarai. Nama rumah-rumah ini adalah mengikut nama Tuai-Tuai Rumah.

Rakan-rakan kami, Ramlee, Khalid dan Rosli (kesemuanya AJK PKR Kuala Krau) bertugas di kawasan-kawasan Melayu.

Di kesemua Rumah-Rumah ini tidak ada bendera PKR, atau pun banner dan poster tetapi lebat dengan bendera, banner dan poster-poster BN. Menurut sumber di Markas, bendera, poster dan banner ini hanya menyumbang sebahagian kecil sahaja kepada aliran pengundian.

Saya tidak faham. Orang-orang Iban di Rumah-Rumah Panjang ini bukanlah penyokong tegar PKR tetapi sekadar sudah mulai mahu berubah, tetapi kalau dipersekitaran mereka dilebatkan dengan bendera, banner dan poster BN, apakah PKR boleh menarik hati mereka? Kita perlukan pemimpin-pemimpin yang turun padang untuk mengetahui sikap pengundi-pengundi terhadap bendera, banner dan poster. Kalau hanya bercakap dari Markas, pandangan itu tidak ada kena mengena dengan suara akar umbi.

Kami berhajat untuk menghabiskan sekurang-kurangnya 5 hingga 8 lagi Rumah Panjang pada hari esuknya.

Tetapi pada hari esuknya ada pula arahan baru. Rakan-rakan saya dari Kuala Krau dipinta berpecah lagi untuk pergi ke rumah-rumah panjang di kawasan Iban.

Saya betul-betul tidak setuju. Melayu merupakan undi terbanya iaitu 51%, tetapi pandangan di Markas mengatakan bahawa kita hanya perlu tumpukan di kawasan Iban, kerana kalau kita boleh dapat 80% undi Iban, maka DUN Jepak sudah berada didalam genggaman. Suara di Markas itu menyatakan bahawa PKR sudah mendapat tidak kurang dari 35% undi Melayu, dan dengan 80% undi Iban, maka kemenangan sudah berada didalam tangan.

Saya telah berbincang dengan petugas-petugas tempatan, dan mereka menyatakan bahawa undi Melayu yang memihak kepada PKR belum sampai 20%, dan apabila saya kemukakan ini kepada Markas, nampaknya mereka tidak bersetuju. Siapalah saya, hanya seorang petugas biasa, mereka di Markas lebih mengetahui.

Bagaimanapun, saya tidak benarkan grup Kuala Krau ini bertugas di kawasan Iban, dan saya mahu mereka terus bertugas di kawasan Melayu untuk menaikkan peratusan undi Melayu kerana pandangan mengatakan undi Melayu yang menyokong PKR hanyalah ditangga 20% adalah lebih saya yakini.

Grup saya yang bertugas di kawasan Iban juga diarahkan untuk berpecah. Peringkat awalnya saya dan Hendon sahaja ditugaskan di kawasan Iban Tatau, Kamariah dan Ayu dipinta bergerak di kawasan Iban di tempat yang lain.

Saya tidak setuju dengan Kamariah dan Ayu dipecahkan dari grup saya, namun oleh kerana kereta yang disediakan untuk kami hanya sebuah, maka Ayu terpaksa dipecahkan, maka berhimpitlah kami duduk dibelakang 4 orang sekereta, untuk ke perjalanan melebihi 80 KM pergi dan balik.

Saya sudah beritahu Ekok supaya dia tinggalkan saja isterinya kerana beliau tidak ada apa-apa tugas didalam kumpulan ini supaya kumpulan ini hanya terdiri dari Nasar sebagai Ketua Koordinator, Ekok sebagai pemandu, saya selaku penceramah kelompok di rumah panjang, manakala Hendon dan Kamariah sebagai pengedar risalah dan menampal poster yang dibekalkan. Hanya 5 poster sahaja dibekalkan dan hilang dilautan banner, poster dan bendera BN.

Oleh kerana terlalu banyak perkara teknikal yang tidak diselesaikan oleh Markas, maka kami keluar dari Markas dengan lewat juga di hari itu. Sepatutnya, kamai boleh keluar bertugas dari jam 8.30 pagi, namun, hampir jam 11.00 pagi masih belum boleh keluar bertugas.

Dihari kedua itu kami memasuki Rumah Michael Ugong (Rumah Jon Sg Kelawit didalam Senarai Markas), Rumah Baloh (tetapi Rumah Baloh sudah berpecah dua, satu Rumah Baloh dan satu lagi Rumah Untong Baloh - tidak tersenarai didalam senarai Markas), Rumah Umpul dan Rumah Bennet Jumat dan Rumah Chendang yang dahulunya Rumah Ajak. Namun di Rumah Jurit, kami tidak dibenarkan masuk, penyokong BN tegar.

Pada 13hb April, saya dipinta oleh Sdr Zakaria Hamid untuk menunggu YB Azmin Ali di Lapangan Terbang Bintulu didalam perjalannya ke Belaga. Kami ditugaskan ke Airport dibimbangi rakan-rakan dari Belaga kelewatan sampai. Maka dari rumah Faiz tempat kami menumpang, Kennedy (pemandu untuk petugas-petugas kami) membawa kami ke Bintulu Airport.

Jam 9.00 pagi Azmin sampai di Bintulu Airport dari Miri. Alhamdulillah, kami menyambutnya disana, dan pada waktu itu petugas dari Belaga juga sampai.

Dari Belaga ke Airport Bintulu mengambil masa 3 jam ikut jalan balak. Belum ada jalan tar, dan kalau hujan, jalan itu tidak boleh digunakan. Inilah Sarawak dibawah pemerintahan BN. Rakyat memang hidup dalam kesukaran.

Setelah berpisah dengan Azmin, kami meninggalkan Airport Bintulu untuk ke Markas di Sibiew. Didalam pejalanan itu, "pegawai terpenting di markas" menalipon saya menanyakan dimana saya berada, dan apabila saya nyatakan bahawa kami di Airport Bintulu untuk menyambut Azmin, dia melahirkan suara marah, seolah-olah itu bukan tugas saya. Ini betul-betul macam kaduk naik junjung, langsung saya nyatakan, "Saya ada tugas saya dan kamu ada tugas kamu, jangan berlagak kamu berkuasa atas semua sesuatu, dan saya nyatakan terus terang bahawa semua petugas-petugas menyampah dan meluat terhadap sikapnya di Markas."

Telah berlakulah sms diantara dia dan saya, dan didalam sms dia tu dia nak tunjukkan bahawa dia adalah orang yang berkuasa dan saya hanyalah petugas biasa.

Ah, inilah dianya. Saya bersetuju menjadi belaci dan buat kerja di lapangan dan dengan turun padang dengan mengikut arahan markas, tetapi adakah wajar bahawa saya yang sudah bersetuju menjadi belaci dan menjalankan tugas mengikut arahan diperlekehkan oleh seorang kaduk naik junjung? Saya pinta dia talipon kepada Pengarah JPRP dan Sdr Zakaria Hamid, apakah tugas saya sebenar di Markas itu? Dia tidak talipon kepada Zakaria dan Sabaruddin (JPRP).

Apabila saya sampai di Markas, Ekok sudah meninggalkan Markas, atas alasan bahawa dia tidak mahu lagi bekerja untuk parti kerana dia hanya diberikan minyak RM50.00 harian untuk perjalanan 320 km sehari. Mendengarkan itu saya berjumpa pihak-pihak berkuasa di Markas merayu agar Ekok dibayar RM80.00, dengan sepuas negotiation, akhirnya mereka yang berkuasa di Markas bersetuju membayarkan RM80.00. Namun, Ekok sudah kembali ke Tatau dan apabila saya hubungi dia melalui handphone, dia terus terang menyatakan bahawa dia tidak mahu bertugas lagi. Puas pulak saya pujuk dia, akhirnya dia bersetuju bertugas kembali, tetapi tidak akan datang ke Markas hari itu untuk mengambil saya.

Sebuah kereta lain bersetuju menghantar saya ke Tatau. Tetapi Nasar belum kembali dari Hospital, beliau ke Hospital untuk X-Ray dan medical check-up kerana selepas PRU Sarawak ini beliau akan berangkat di Papua New Guinea untuk bekerja dengan sebuah syarikat perbalakan disana.

Nasar hanya datang ke Markas selepas jam 12.00 tengah hari. Selepas makan tengah hari, kami bertolak ke Tatau. Tidak membuang masa, kami ziarahi Rumah Baloh, Rumah Chendang, Rumah Gemong, Rumah Edi, Rumah Tandang, Rumah Gemong dan usaha kami ke Rumah Lang tidak berjaya kerana jalan tanah itu telah terputus.

Pada 14hb Ekok datang bertugas semula, tetapi dia masih bawa isterinya, dan saya menyatakan kepada Hendon dan Kamariah supaya membantu kerja di kawasan Melayu dan hanya saya seorang sahaja bertugas ke Tatau hari itu bersama Nasar dan Ekok. Isteri Ekok pun ada ikut serta, saya tidak faham kenapa Ekok mesti bawa isterinya kerana dia tidak melakukan apa-apa tugas.

Hari itu, kami ziarahi Rumah Syslvester Sallang, Rumah Nalong, Rumah Untung dan Rumah Usat. Dua lagi rumah di seberang sungai diarahkan supaya tidak diziarahi kerana perbelanjaan yang tinggi. Saya beritahu kepada semua orang besar di Markas, dan semua mereka menyatakan bahawa tidak berbaloi pergi kepada dua lagi Rumah Panjang di seberang sungai.

Dengan 4 buah Rumah Panjang yang kami lawati pada 14hb itu, selesailah sudah tugas saya di Rumah Panjang, sekadar sentuhan pertama, yang sepatutnya diikuti dengan beberapa kali sentuhan, bukan masa tidak mengizinkan, tetapi masalah logistik (mengikut sumber Markas) yang tidak mengizinkan.

Apakah tugas kami di rumah panjang? Kami membuat edaran dari pintu ke pintu, menjemput semua isi rumah untuk beramah mesra dengan rombongan kami, menampalkan poster, dan diakhiri dengan ceramah kelompok dan membuat penentuan aliran mengundi.

Ada rumah panjang yang memberikan sokongan hingga 80% kepada PKR, ada juga yang tegar BN dan ada yang memberikan hingga 80% kepada BN, tetapi secara averagenya, melebihi 60% menyokong PKR.

Sokongan mereka bukanlah sokongan yang boleh dipadukan. Tetapi lebih kepada mahu mengenali PKR. Bukan penyokong tegar.

Dan, di setiap buah Rumah, kami lantik 2 orang koordinator yang terus bertugas untuk parti sehingga ke hari Pilihanraya. Namun, mereka menyatakan bahawa BN akan menurunkan wang yang banyak. Koordinator-koordinator itu menyatakan bahawa sokongan terhadap PKR akan dapat dipertahankan jika pada hari mengundi nanti PKR dapat menurukan kenderaan-kenderaan untuk mengangkut pengundi. Dengan jelas mereka nyatakan bahawa jika mereka diangkut oleh kereta-kereta BN, maka mereka boleh berubah dan mengundi BN.

Berita ini saya bawa ke Markas, tetapi orang-orang besar di Markas tidak yakin dengan apa yang saya sampaikan, mereka sangat yakin dengan kekononannya bahawa orang Iban sudah berubah dan walaupun mereka naik kereta BN, mereka tetap mengundi PKR. Saya hanya dapat berkata kepada diri saya: Sesal dulu berpendapatan sesal kemudian tidak ada gunanya.

Pada 15hb April 2011, dari awal pagi lagi kesemua kami dari grup Kuala Krau (6 orang) dan Ayu dari Johor menjalankan kerja di kawasan Melayu sehingga ke waktu solat Jumaat, sambutan masyarakat nampak positif. Pada jam 12.00 tengah hari saya pergi ke Masjid Daerah Bintulu, sebuah masjid lama di tengah-tengah hujan yang begitu lebat. Hendon, Kamariah dan Ayu menunggu diluar pintu masjid untuk menyampaikan edaran terakhir.

Oleh kerana hujan yang begitu lebat, mereka juga menunggu di varanda masjid dan membuat edaran apabila Jemaah keluar dari Masjid.

Saya ambil kesempatan untuk mengedar di tempat pintu besar mengambil wudhu', dan disana saya dihalau oleh beberapa orang anggota PBB dan kemudiannya oleh JAIS. Alhamdulillah, edaran yang saya buat dapat saya sempurnakan keseluruhannya.

Selepas solat Jumaat itu, kami (4 orang dari grup Kuala Krau dan 4 orang petugas Iban) pergi ke kawasan perumahan As Syakirin. Perumahan ini terletak di DUN Kidurung (kawasan yang ditandingi oleh DAP) tetapi 70% pengundinya adalah pengundi-pengundi DUN Jepak.

Oleh kerana tenaga kami begitu ramai, kawasan perumahan yang besar itu dapat kami selesaikan dalam kurang dari 2 jam (itu pun kerana sekejap hujan, dan sekejap berhenti).

Kami kembali semula ke Markas dan saya mengingatkan supaya kenderaan yang cukup diadakan pada hari mengundi. Tak sangka orang-orang besar di Markas tidak suka dengan ingatan saya itu dengan mengatakan bahawa kita tidak boleh lawan dengan BN mengikut kemampuan mereka, orang kita tetap akan mengundi kita walaupun mereka menaiki kereta-kereta BN. Dalam hati saya doakan agar apa yang mereka katakan itu akan betul-betul berlaku.

Pada hari mengundi 16.4.11, saya, Rosli, Ramlee dan Khalid bertugas di Sekolah Kebangsaan Orang Kaya Bintulu.

Di situlah saya sudah membuat ramalan bahawa PKR akan kalah besar. Beratus buah kenderaan BN digunakan, dan tidak ada sebuah pun kereta PKR yang memunggah pengundi. Tetapi orang-orang besar di Markas tidak turun padang melihat sendiri apa yang berlaku di lapangan, maka mereka tetap berangan-angan bahawa pengundi-pengundi akan memangkah PKR walaupun menaiki kenderaan BN.

Nasi sudah jadi bubur. Apabila keputusan dari beberapa UPU sudah mulai sampai dan PKR tinggal di belakang, orang-orang besar di Markas sudah mula menggelabah dan pada waktu itulah mahu dikerahkan supaya orang-orang Melayu turun mengundi calon PKR. Saya tidak mahu kongsi diatas gelabahan ini, SESAL DAHULU PENDAPATAN, SESAL KEMUDIAN TIADA GUNANYA.

Sejak 10hb April 2011, tidak ada sekali pun ceramah diadakan di DUN Jepak oleh Markas PKR. Orang-orang besar Markas sangat yakin bahawa Bendera, Poster, Banner dan Ceramah hanya mempengaruhi 2% sahaja dari undi.

Walaupun saya tidak setuju tetapi siapalah saya, langsung tidak disenaraikan di Markas, kedudukan saya hanyalah seorang Petugas biasa, kerja mengikut arahan!

Saya mahu nyatakan walaupun PKR kalah teruk di Jepak, bahawa banner, poster dan bendera memainkan peranan sangat penting dihati pengundi. Di seluruh DUN Jepak, dipenuhi dengan bendera, poster dan banner BN, seolah-olah PKR tidak bertanding. Maka dimanakah pengundi-pengundi mahu letakkan keyakinan.

Ceramah untuk ceramah memang tidak ada gunanya. Tetapi jika berlaku ceramah, maka kerja-kerja sebelum ceramah itu menjadi penting. Apa kata 3000 edaran dan 3000 jemputan ceramah diedarkan di kawasan untuk ceramah itu? Adakah itu memberi kesan atau mendatangkan kesan negatif? Nilailah sendiri. Jangan ulangi pengalaman di Jengka 22 dengan Jengka 23. Di Jengka 22, kami ikut sistem tradisional dan kami menambah undi, satu-satunya tempat kami menambah undi di DUN Kerdau, dan bandingkan dengan Jengka 23 yang melaksanakan sistem modern yang canggih. Begitu besar jatuhnya undi untuk pembangkang disana!



Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Kenyataan Media Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 17 Apr 2011 05:41 AM PDT

KENYATAAN MEDIA

Pilihanraya Negeri Sarawak 2011 membuktikan perjuangan menuntut Keadilan untuk semua tanpa mengira batas kaum mahupun kepercayaan bukanlah tugas mudah, namun ianya juga bukan mustahil. Walaupun tidak mengecapi keputusan yang diingini, kita berjaya menanam benih politik murni agar rakyat Sarawak meninggalkan politik perkauman sempit, berani melawan kezaliman yang sekian lama membelenggu dan berusaha memperkukuh amalan Demokratik.

Hakikat yang tidak dapat dinafikan sepanjang tempoh berkempen, berbekalkan sumber yang terhad serta berilitizam dengan kempen yang bersih, Pakatan Rakyat tetap berjaya menembusi kawasan pendalaman, yang sentiasa dianggap kubu kuat Barisan Nasional.

Sungguhpun demikian, sekali lagi kredibiliti dan integriti Suruhanjaya Pilihanraya tercalar kerana wujudnya laporan bahawa Suruhanjaya itu bertindak berat sebelah ataupun sengaja menutup mata terhadap sebarang penipuan ketika hari pengundian. Saya difahamkan petugas Parti Keadilan Rakyat dinafikan borang 14 di beberapa kawasan sedangkan borang ini penting untuk memastikan keputusan pilihanraya bersih dari penipuan. Selain itu terdapat juga laporan wujudnya usaha membeli undi di beberapa kawasan seperti Dudong, Bawang Assan dan Meradong. Selain itu keengganan SPR untuk mengira semula undi di kawasan Senadin ternyata mengukuhkan lagi dakwaan ramai bahawa Suruhanjaya Pilihanraya bertindak demi kepentingan Barisan Nasional. Calon Parti Keadilan Rakyat, Dr Michael tewas dengan majoriti yang tipis iaitu 58 undi sahaja. Mengapa enggan mengira semula tanpa memberi alasan yang munasabah?

Keputusan ini bukanlah satu pengakhiran, bahkan yakinlah ianya satu permulaan kepada satu tuntutan perubahan yang jitu dan menyeluruh. Pastinya ini tidak dapat dicapai sekiranya rakyat Sarawak tidak bersama sama memastikan ianya terlaksana. Saya menyeru kepada rakyat Sarawak yg mahukan Perubahan dan cintakan Keadilan, tingkatkan usaha, jangan sesekali berputus asa, terus mara dan pastikan regim yang korup ini tumbang pada pilihanraya yg akan datang. Kepada seluruh rakyat Sarawak dan jentera Pakatan Rakyat, saya ucapkan terima kasih dan syabas kerana keberanian serta pengorbanan yg dicurahkan. Dengan izin Allah, kemenangan pasti tiba.

ANWAR IBRAHIM

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan Perpaduan Umno dan DAP? Tak mustahil

Posted: 17 Apr 2011 06:28 AM PDT


Apakah akan wujud perbincangan ke arah Kerajaan Perpaduan Umno dan DAP memandangkan MCA, Gerakan, SUPP ternyata gagal meraih undi majoriti kaum Cina di Sarawak semasa Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April 2011? DAP menang dengan begitu bergaya memenangi 12 dari 15 kerusi yang ditandingi. Dalam politik semuanya tidak mustahil, kalau tidak takkan anak Tan Sri Khir Johari boleh menyertai dan menyokong penuh perjuangan DAP.

Jangan lupa baca artikel sebelum ini dan jangan pandang ringan kemasukan lebih ramai orang Melayu terutama anak muda dan golongan professional ke dalam DAP selepas kemenangan bergaya DAP di Sarawak di http://amkns.blogspot.com/2011/04/lebih-ramai-orang-melayu-akan-sertai.html

PULAPOL kembali diserang Wabak Adenovirus?

Posted: 16 Apr 2011 07:53 PM PDT


KUALA LUMPUR 16 April 2011 - Seorang pelatih Konstabel Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak di sini, dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini, setelah disyaki menghidap penyakit serupa influenza (ILI).

Selain itu, 10 pelatih terdiri daripada Konstabel dan Inspektor terpaksa dikuarantin di pusat latihan tersebut kerana dilaporkan mengalami demam panas.

Kesemuanya dikesan selepas pemeriksaan kesihatan dan ujian suhu badan yang dilakukan oleh pihak HKL bagi mengelak jangkitan virus Adeno kembali.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0417&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_06.htm

Artikel berkaitan di bawah sebagai peringatan :

Persiapan Serangan Senjata Biologi di Malaysia di http://amkns.blogspot.com/2011/04/persiapan-serangan-senjata-biologi-di.html

Kes-kes Polis Mati Tertembak Senjata Sendiri di http://amkns.blogspot.com/2011/04/polis-mati-kesan-tembakan-di-kuarters.html

Warga Tua Malukan Polis Isu Saman Ekor di http://amkns.blogspot.com/2011/03/polis-bodoh-atau-menteri-yang-bangang.html

Lebih ramai orang Melayu akan sertai DAP selepas PRN Sarawak

Posted: 16 Apr 2011 03:50 PM PDT


Melihatkan keputusan memberangsangkan DAP dalam Pilihanraya Negeri Sarawak pada 16 April 2011 adalah tidak mustahil lebih ramai orang Melayu terutama golongan muda, professional, terpelajar dan siswazah akan menyertai DAP selepas ini. Dari 15 kerusi DUN yang ditandingi oleh DAP, DAP telah memenangi 12 kerusi dengan majority undi yang amat ketara dan merupakan sejarah terbaik kemenangan DAP dan Pakatan Rakyat di Sarawak.

DAP sebenarnya adalah merupakan parti yang berlandaskan prinsip demokrasi bukannya berasaskan perkauman. Ianya nampak seperti perkauman Cina hanya kerana kesedaran politik di kalangan masyarakat Cina adalah lebih terbuka. Justeru itu golongan Melayu yang masih ramai lagi menjadi pemerhati atau golongan atas pagar seharusnya menyokong atau menyertai DAP.

Kemasukan golongan professional ke dalam DAP telah lama wujud tetapi bukan pada skala besar sebelum ini. Antaranya ialah almarhum Abdul Muluk Daud atau Dharmala NS yang merupakan Sasterawan Negara bergiat aktif dalam DAP di Negeri Sembilan dan pernah bertanding atas tiket DAP di Parlimen Jelebu-Jempol pada tahun 1974 serta dipilih Timbalan Setiausaha Agung DAP pada tahun 1996.

Anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno Allahyarham Tan Sri Khir Johari juga telah menyertai DAP baru-baru ini. Zairil Khir, 26, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat, berkata: "Parti ini mewakili pelbagai bangsa sepertimana yang digagaskan oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman."

Beliau berkata lagi bahawa beliau bercadang untuk melibatkan diri di dalam politik untuk meneruskan perjuangan bapanya. Beliau menjelaskan bahawa UMNO semasa ayahnya masih ada berbeza sama sekali dengan keadaan UMNO yang ada pada hari ini.

Allahyarham Khir Johari adalah antara nama-nama besar dalam Umno. Allahyarham pernah dilantik menjadi Menteri Muda Pertanian dan Perikanan (1955), Menteri Pelajaran (1957-1959 dan 1965-1968), Menteri Perdagangan dan Industri (1960-1962 dan 1969-1971), Menteri Pertanian dan Koperasi (1963-1964) dan Menteri Tidak Berportfolio (1973).

Sementara itu bekas Naib Pengerusi Lembaga Pengarah Transparency International Tunku Abdul Aziz Ibrahim telah menyertai DAP dan, beliau dilantik sebagai Naib Pengerusi parti DAP sejak tahun 2008

Apa tunggu lagi. JOM UBAH !

JOM SERTAI DAP.

Sila muat turun boring keahlian DAP di http://dapmalaysia.org/bm/index.php/borang-ahli/

Sumber :

http://hidupharapan.blogspot.com/2011/01/anak-allahyarham-tan-sri-khir-johari.html

http://blog.limkitsiang.com/2011/01/25/zairil-khir-johari-why-i-joined-dap/

http://www.mykedah2.com/20hall_fame/202_9_05.htm

http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2008/8/24/TERKINI/Mutakhir/Tunku_Abdul_Aziz_dilantik_sebagai_Naib_Pengerusi_DAP&sec=mstar_berita