Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
Renungkanlah, nasib bekas ADUN Umno di Johor, dulu Doktor Posted: 22 Jan 2011 07:01 AM PST Dari Blog Singalautmetro DI MANA KITA DALAM KES MELUCUTKAN KELAYAKAN DR MOHD AZAM RAUZAN- BEKAS ADUN PENAWAR JOHOR? LEBIH dua tahun saya memikirkan tentang sesuatu yang bernama keadilan! Tentang nasib seorang sahabat, seorang doktor perubatan (Dr) bernama Dr Mohd Azam Rauzan yang dilucutkan kelayakan sebagai pengamal perubatan hanya kerana berada dalam keadaan dan masa yang salah, tetapi mempunyai niat di dalam hati yang baik dan murni. Hanya kerana membantu seorang wanita yang mengandung di luar nikah untuk mendapatkan sijil kelahiran bagi memastikan nasib si anak terbela, Mohd Azam kehilangan segala-galanya. Dia kehilangan masa depan sebagai doktor perubatan apabila kelayakannya terus dibatalkan. Dia dianggap telah melakukan kesalahan terlalu besar yang tiada ampunnya di dunia ini. Sedangkan apa yang dilakukannya adalah untuk kebaikan masa depan manusia yang dilahirkan secara tidak sah, akibat perbuatan terlanjur manusia. Untuk pengetahuan, Mohd Azam adalah bekas Adun Bandar Penawar di Johor dan kini saya sendiri sebagai sahabat berasa beliau kehilangan banyak sangat perkara di dalam kehidupan ini selepas insiden di luar duga itu. Bagi saya, di mana keadilan untuk beliau, terutama kepada Umno yang pernah dia menjadi hamba, berjuang konon demi untuk bangsa, agama dan negara. Ketika kita melihat Melaka membina sebuah rumah tersergam indah untuk membela anak-anak yang mengandung di luar nikah, seorang doktor perubatan yang cuba membantu agar perbuatan buang bayi dapat terhindar dengan melaku kesalahan di luar rela, menyediakan sijil kelahiran untuk bayi itu, telah menerima nasib yang amat buruk - dibuang dan kelihatan seperti amat keji oleh semua pihak. Saya melahirkan kesedihan ini kerana bukan sahaja Mohd Azam pernah menjadi sahabat yang paling karib dalam hidup saya, tetapi kerana sedih ketika kita berusaha menangani masalah buang bayi, nasib beliau yang cuba menjadi antara manusia yang cuba membantu mengatasi masalah itu, tidak langsung dikenang. Sebaliknya dikenakan tindakan yang amat luar biasa hukumannya. Seolah-olah tiada baik langsung manusia bernama Mohd Azam ini sehingga kelayakannya sebagai doktor perubatan terus sahaja dibatalkan. Aneh keadilan sebenarnya, bukan? Saya tidak mahu berbohong, Mohd Azam bukan tiada jasanya kepada Umno, malah tanyakanlah kepada Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Mohd Azam ini sebenarnya antara pejuang bangsa yang masih muda dan mempunyai masa depan yang cemerlang. Benarlah kata orang, kebaikan kadang-kala langsung tiada harga di mata orang! Di mana pimpinan Umno dalam memperjuangkan nasib pemimpin pelapisnya seperti nasib yang menimpa Mohd Azam ini? Ya...Azam, walaupun kita berlainan ideologi, soal kebenaran adalah milik semua. Aku doakan engkau berbahagia, sama seperti aku. Engkau tentu masih ingat gurauan lama kita. Tentang politik dan kehidupan bukan? Salam buat sahabat yang lama terpisah. Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/di-mana-kita-dalam-kes-melucutkan.html |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
Chegu Bard : Umno-BN 'Tidak Hirau' Rakyat Johor, Sebab Dakwa Kubu Kuat Posted: 22 Jan 2011 04:28 AM PST LABIS 22 JAN : Umno-Barisan Nasional sudah tidak menghiraukan kepentingan rakyat di negeri Johor kerana beranggapan bahawa negeri itu adalah kubu kuat parti itu sejak sekian lama,kata Badrul Hisham Shaharin. Badrul yang juga Ketua Cabang PKR Rembau berkata, waktu pilihanraya kecil ini menjadi medan Umno-Barisan Nasional untuk menunjukkan parti itu menabur bakti kepada rakyat namun realitinya hendak menutup segala kelemahan membela nasib rakyat. "Hendak salam Datuk Seri Najib pun tidak dapat, sebab ini kubu kuat (Umno) tidak payah pening kepala. Bila BN menang esok, dia tinggalkan semua, tidak ada aspek perubahan," katanya. Menurutnya lagi, kerajaan pusat terpaksa menubuhkan pasukan yang dilantik untuk berhubung dengan masyarakat di negeri-negeri Pakatan Rakyat kerana tidak berjaya untuk mendapat perhatian masyarakat umumnya. "Ada tak India yang susah? Ada, ada tak Cina yang susah? Ada. Tapi bila tiba pilihanraya tiada lagi orang susah. Bantuan datang bercurah-curah. Maksudnya ialah perubahan. Apa kita takut, yang untung adalah saudara. Jadi saudara, demi kepentingan orang Tenang, untuk Umno-BN tabur lagi duit untuk rampas DUN Tenang, saya ajak semua, ayuh buat perubahan, menangkan calon PAS kali ini demi perubahan supaya rakyat akan lebih senang dan Tenang akan lebih bermakna pada kacamata Perdana Menteri Malaysia," ujar beliau. Badrul Hisham juga menggesa masyarakat Melayu khusunya bijak mengambil pendekatan politik yang digunakan oleh kaum Cina untuk meningkatkan taraf kehidupan. Justeru bersandarkan parti yang memerintah, katanya rakyat tidak perlu takut membuat perubahan memilih pemimpin baru agar mendapat manfaat. "Besarkan Hospital Tampin sebab apa? DAP kuat di Tampin dan DAP menang kerusi di Tampin. Rembau tidak dapat apa. Kerana itu saya mengajak saudara belajar politik daripada orang Cina. Politik berdasarkan kepentingan dan keperluan mereka. "Hakikat sekarang saya hendak beritahu, kawasan paling maju di Malaysia adalah Bukit Bintang Kuala Lumpur. Di situ berapa banyak penggal sudah DAP jadi ahli parlimen dan menang di Bukit Bintang. Ada longkang tersumbat? Ada lampu tidak menyala? Tidak, semua benda elok.," jelas beliau ketika menyampaikan ceramah di hadapan kira-kira tiga ratus orang rakyat di Felda Tenang malam tadi. Badrul menegaskan kawasan yang dipimpin Pakatan Rakyat kini terhindar dari sebarang masalah pembangunan justeru katanya bukan alasan pengundi Melayu untuk menolak PAS di DUN Tenang. Sumber: http://wargamarhaen.blogspot.com/ |
Video-video penamaan calun dun tenang Posted: 22 Jan 2011 02:40 AM PST |
RIBUAN HADIRI PENAMAAN CALON DI TENANG Posted: 21 Jan 2011 08:52 PM PST |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |