Sebanyak lapan puluh hamper telah diagihkan kepada warga miskin termasuk ibu tunggal dan warga emas berketurunan India.
Sumbangan sempena perayaan Ponggal ini telah disempurnakan oleh YB Dr Xavier Jayakumar, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri Selangor yang juga merangkap ADUN Seri Andalas di Kuil Sri Maha Mariamman, Batu 8, Jalan Bukit Kemuning.
Hamper yang diagihkan kepada warga miskin termasuk ibu tunggal dan warga emas tersebut merupakan sumbangan bernilai RM30 setiap satu yang mengandungi semua bahan keperluan untuk perayaan Ponggal.
Perayaan Ponggal diraikan oleh kaum India pada pertengahan Januari setiap tahun bagi merakamkan Uttarayan atau pergerakan matahari menuju ke utara. Perayaan ini diadakan selama empat hari berturut-turut dan merupakan acara terbesar selain sambutan Deepavali dan Thaipusam.
Dr Xavier berharap dengan sumbangan yang diberikan dapat membantu sedikit sebanyak warga miskin pada musim perayaan Ponggal ini.
1) 3.00 – 7.00 petang – Wacana Ilmu – Demokrasi dan Tatakelola Kerajaan
Lokasi : Kolej Universiti Insaniah, Mergong, Alor Star
Ahli Panel: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YAB Dato' Seri Azizan Abd Razak 3. YBhg Dato' Siddiq Fadzil
2) 8.00 – 10.00 malam – Jamuan Makan Malam
Lokasi : Tingkat 7, Menara Majlis Bandaraya Alor Star
Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YAB Dato' Seri Azizan Abd Razak 3. YB Tien Chua 4. YB Lee Boon Chye 5. YB Elizabeth Wong 6. YBhg Dato' Haji Wan Salleh Wan Isa 7. YBhg Teh Kok Soo
3) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah – Ubah Sekarang – Selamatkan Malaysia
Lokasi : Stadium Sukamenanti, Alor Star
Penceramah: 1. YB Dato' Seri Anwar Ibrahim 2. YB Tien Chua 3. YB Nasir Mustafa 4. YB Dato' Amirudin Hamzah 5. YB Fahrulrazi Zawawi 6. YB Ahmad Kasim
It took YB Karpal Singh some 7 days to respond to En Shamsul Akmar’s article entitled “The taming of the Tiger of Jelutong”, which appeared on 9 January 2011, in HERE. On 06-01-2011 I posted an article entitled “YB Karpal Singh should offer himself to be a witness!”, in HERE, which was widely quoted in the mass [...]
It took YB Karpal Singh some 7 days to respond to En Shamsul Akmar’s article entitled “The taming of the Tiger of Jelutong”, which appeared on 9 January 2011, in HERE. On 06-01-2011 I posted an article entitled “YB Karpal Singh should offer himself to be a witness!”, in HERE, which was widely quoted in the mass [...]
Dari Blog Singalautmetro CIKGU NORMALA SUDIRMAN, JADI CALON PAS DI DUN TENANG. SUAMI DAPAT ARAHAN TUKAR TEMPAT KERJA 24 JAM
BEKAS guru, Normala Sudirman, sah dilantik sebagai calon PAS untuk bertanding dalam pilihanraya kecil DUN, Tenang hujung bulan ini.
Normala adalah anak tempatan dan Ketua Dewan Muslimah PAS. Beliau bersuamikan seorang guru. Berita terkini diterima, suaminya menerima arahan pindah 24 jam ke Johor Bahru.
KEMAMAN - Kehadiran Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Dato' Seri Anwar Ibrahim yang diberi cuti selama enam bulan ke kawasan Parlimen Kemaman meningkatkan gelombang program Himpunan Kebangkitan Rakyat 'PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan'.yang dianjurkan PAS Terengganu
Petang Sabtu menyaksikan seramai 200 orang hadirin yang terdiri dari ahli dan penyokong PKR bersama Anwar dalam majlis minum petang yang dianjurkan PKR Cabang Kemaman.
Anwar memperkuatkan komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Cabang PKR Rafizi Ramli untuk bersama-sama parti-parti dalam Pakatan meletakkan sasaran merampas kembali 4 DUN dan Satu Parlimen Kemaman.
Anwar menegaskan program 100 hari Pakatan Rakyat sekiranya diberi peluang memerintah bukanlah setakat untuk membuat lebih baik sedikit dari Umno dan Barisan Nasional.
Menurutnya, Barisan Alternatif gabungan antara PAS dan Keadilan pernah menumbangkan Umno dan BN pada tahun 1999.
Justeru, katanya, tidak mustahil Pakatan Rakyat mampu mengambil alih pemerintahan Terengganu dan Putrajaya pada pilihanraya ke-13 akan datang.
Dalam majlis yang sama seramai 135 orang telah menyerahkan borang keahlian menyertai PKR di ketuai oleh Bekas ahli Umno, Cikgu Khairuddin (Gambar)
Tanjong Malim,17 Disember - Lawatan MB Perak Dato' Dr Zambry Ab. Kadir ke Kolej Harun Aminulrashid Universtiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 4 petang tadi turut dihadiri oleh YB ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Slim.
Kehadiran Jamaluddin Radzi dan Dato' Dr. Zambry telah diiringi oleh laungan 'katak' dan MB 'haram' daripada beberapa mahasiswa yang berteriak dari tingkat atas bangunan kolej berkenaan.
Dalam pada itu, suara-suara yang berteriak dari tingkat atas KHAR telah diusir oleh JMK kerana dikatakan telah menganggu tumpuan program.
Merdekareview.com Kerajaan Barisan Nasional telah mengumumkan 19 lagi projek permulaan (EPP) di bawah Program Transformasi Ekonomi yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan negara kasar dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baharu untuk menjadikan Malaysian sebagai negara berpendapatan tinggi. Dengan kata lain RM 67 bilion diperlukan untuk mewujudkan 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 [...]
LABIS, 16 Jan : Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman (Gambar diatas) diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyar untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini. Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik. Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak. Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis. Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat. Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Naib Ketua Dewan Muslimat PAS Johor, Normala Sudirman diumumkan sebagai calon PAS mewakili Pakatan Rakyat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang, 30 Januari ini.
Pengumuman itu dibuat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di majlis pengisytiharan calon di Dataran Wayang Pacak, dekat sini, malam ini.
Normala, 38 merupakan seorang guru lulusan Maktab Tuanku Bainun, Pulau Pinang sebelum meletakkan jawatan pada akhir 2010 kerana mahu menumpukan sepenuh masa kepada tugas parti.
Beliau yang dilahirkan di Kampung Serom 3, Muar Johor ini merupakan anak sulung daripada lima orang adik beradik.
Bapanya, Sudirman Suratman merupakan bekas ketua peserta Felcra dan juga pengerusi koperasi Felcra Sekijang manakala ibunya Mukmini Yahya juga merupakan peneroka Felcra.
Beliau yang mesra di kalangan penduduk setempat dengan panggilan Cikgu Mala, mendirikan rumah tangga dengan Makrof Abd Mutalib dan mempunyai tiga orang anak.
Normala mula bergiat aktif dalam PAS selepas tamat pengajian di maktab pada tahun 1997.
Pada tahun 2000 beliau dilantik sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Labis.
Selain Ketua Muslimat Johor, beliau juga merupakan Exco Pendidikan Dewan Muslimat PAS Pusat.
Kini beliau menumpukan kepada usaha membantu masyarakat Labis setelah dipertanggungjawabkan sebagai penyelia pusat aduan rakyat Dun Tenang.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Dr Mahfodz Mohamad, Ketua Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin, Ketua Wanita DAP, Chong Eng dan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.
Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka.
Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.
Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.
Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.
Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang. Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.
Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.
Semoga kejutan akan berlaku di Dun Tenang, tidak mustahil PAS boleh menang di Tenang...takbir