Sabtu, 8 Januari 2011

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


HELLO, ARE YOU MR. POO-SINGH?

Posted: 07 Jan 2011 11:01 PM PST

(Allahhumma Ya ALLAH, berikanlah ke'adilan kepada mereka yang teraniaya, berikanlah yang haq kepada mereka yang dizalimi)

Salam 2 all.

Teman melihat gelagat Karpal Singh saperti cacing kepanasan dengan pendedahan bahawa beliau telah pada tahun 1997 mendedahkan tentang perlakuan homoseks dan liwat oleh manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan. Akhirnya dalam kenyataan yang disiarkan oleh media portal FMT yang pro-pembangkang, Karpal mengaku memang beliau telah membuat kenyataan bahawa beliau mempunyai keterangan mengenai kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim, tetapi kononnya keputusan Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membebaskan Anwar menutup isu tersebut.

Samada Karpal dah pening, ataupun sengaja memutarbelit cakap beliau tidaklah teman tahu. Tetapi apa yang jelas, Mahkamah Persekutuan pada 02.09.2004 membuat keputusan saperti berikut:

YA Dato' Abdul Hamid bin Hj Mohamad, Hakim Mahkamah Persekutuan yang mempengerusikan sidang tersebut memutuskan bahawa:

"To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen, sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved the alleged offences as stated in the charges, beyond reasonable doubt, on admissible evidence and in accordance with established principles of law
".

"Sebagai ringkasan penghakiman, setelah membaca rekod rayuan, kami mendapati ada keterangan yang boleh mengesahkan bahawa perayu (Anwar & Sukma) terlibat didalam kegiatan homoseks dan kami lebih mempercayai bahawa kejadian liwat di Tivolli Villa memang berlaku, namun Mahkamah ini, sebagai Mahkamah undang-undang, hanya boleh mensabitkan kesalahan keatas perayu jika Pendakwaraya berjaya membuktikan pertuduhan, melampaui keraguan menasabah, berdasarkan bukti dan keterangan yang boleh diterimapakai mengikut prinsip perundangan keterangan sedia ada".

Mana-mana peguam dan mereka yang biasa dengan sistem perundangan kita tahu bahawa kesimpulannya ialah pembebasan Anwar oleh Mahkamah Persekutuan bukan kerana tiadanya kegiatan meliwat itu, tetapi adalah kerana sebab teknikal. Itulah kesimpulannya, tetapi hakikatnya Mahkamah Persekutuan percaya dan yakin kegiatan liwat itu berlaku!

Pokok pangkalnya, kenyataan Karpal menggunakan keputusan kes Mahkamah Persekutuan itu yang kononnya menutup kegiatan homoseks dan liwat Anwar terhadap Azizan dan lain-lain adalah langsung tidak menasabah. Malahan keputusan Mahkamah itu sebenarnya memperkuatkan lagi dakwaan Karpal Singh yang mendakwa Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks dan liwat. Mari kita ingat semula apa yang disebut oleh Karpal:

1. Pada 22.10.1997, Karpal Singh mengejutkan negara apabila mendedahkan didalam Parlimen bahawa beliau mempunyai dokumen dan bukti yang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin UMNO dan Timbalan Perdana Menteri terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya. Karpal mendesak Kerajaan supaya menyiasat dan mengambil tindakan segera terhadap dakwaannya;

2. Karpal Singh juga telah membuat ucapan didalam satu majlis anjuran DAP di Federal Hotel Kuala Lumpur mendedahkan sekali lagi bahawa beliau mempunyai bukti dan keterangan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat membabitkan pemandunya Azizan Abu Bakar;

3. Karpal Singh juga telah menemui Azizan dan Umi Hafilda dan telah memberikan nasihat kepada mereka mengenai aduan kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim yang dibuat mereka;

4. Karpal Singh juga telah memberitahu kepada beberapa pemimpin PAS mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sehingga menyebabkan ada diantara mereka secara terbuka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi";

5. Karpal Singh juga membuat kenyataan mendesak Peguam Negara, Allahyarham Tan Sri Mohtar Abdullah, yang juga rakan sekelas beliau semasa pengajian undang-undang di Universiti Malaya Singapura, supaya mengambil tindakan terhadap Anwar Ibrahim atas kegiatan homoseks & liwat terhadap pemandunya itu;

6. Kita jangan lupa pendedahan di WikiLeaks bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang kegiatan homoseksual & liwat Anwar Ibrahim dan bekas Perdana Menteri Singapura, Senior Minister Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar itu. Dan kita tahu Kuan Yew adalah mentor dan idola kepada Kitsiang, Anak Laki Kitsiang dan ramai pemimpin DAP yang lain;

7. Pada 08.02.2009, Karpal Singh mengherdik Anwar Ibrahim dan mendesak supaya manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini "bertaubat & berundur" setelah pembongkaran pembohongan isu 16 Sept didedahkan kepada umum.

Berdasarkan rentetan diatas, dan keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut, adalah jelas Karpal Singh sebenarnya mempunyai maklumat dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Malah kenyataan beliau semasa berucap di Hotel Federal tersebut sangat jelas, iaitu, "I have the evidence in my hand that the Deputy Prime Minister (Anwar Ibrahim) was involved in sodomy - saya ada didalam tangan saya keterangan bahawa Timbalan Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) terlibat dengan meliwat".

Karpal Singh selalu mendabik dada menyatakan bahawa beliau akan "make sure of his facts before making any public statement - saya akan memastikan fakta saya sebelum membuat sebarang kenyataan umum!". Sudah pastilah mengikut rentetan diatas jelas bahawa Karpal Singh memang mempunyai bukti dan keterangan yang mencukupi bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat!

Berdasarkan itu, adalah wajar sebagai seorang peguam veteran untuk Karpal Singh menawarkan diri kepada Pendakwaraya untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar Ibrahim meliwat kakitangannya sendiri Saiful Bukhori Azlan yang sedang dibicarakan sekarang.

Mungkin akan ada yang bertanya kes ini melibatkan pertuduhan Anwar meliwat Saiful, sedangkan Karpal bercakap tentang Anwar meliwat Azizan. Sebenarnya dari segi undang-undang, Pendakwaraya boleh dalam membuktikan sesuatu kes baru dengan mengemukakan karakter, latarbelakang, sejarah lampau dan lain-lain dengan tujuan membuktikan Orang Kena Tuduh mempunyai sikap atau "trend & pattern" yang sama dalam perlakuan jenayahnya, dan memanggil sebagai saksi orang yang mempunyai maklumat atau bukti dan keterangan sedemikian!

Contohnya Seksyen 8 (1) dan Seksyen 8 (2) Akta Keterangan untuk tujuan membuktikan motif, persediaan dan perlakuan lampau, maka keterangan mengenai perlakuan lalu seseorang itu, samada yang diketahui oleh dirinya atau agennya (saperti Karpal peguam Anwar) adalah relevan dan boleh dikemukakan. Ataupun Seksyen 9 Akta Keterangan yang memperuntukkan bahawa fakta yang diketahui oleh seseorang yang boleh memperjelaskan fakta lain (dalam kes ini perangai atau fe'el homoseks & meliwat) adalah relevan untuk dikemukakan untuk membutkikan pertuduhan meliwat itu sendiri.

Jadi didalam kes ini, pertuduhan terhadap Anwar Ibrahim ialah melakukan kesalahan meliwat Saiful Bukhori Azlan, seorang kakitangan beliau sendiri, sama saperti Azizan pemandunya.

*Nota: fakta Saiful adalah kakitangan, pekerja dan staf Anwar Ibrahim ini sepatutnya secara langsung menolak dakwaan adanya konspirasi pihak lain terlibat termasuk Kerajaan kerana bagaimana mungkin Kerajaan berkonspirasi untuk membuat Anwar meliwat Saiful. Anwar yang interview Saiful, Anwar yang ambil Saiful bekerja (sebagai pembantu am pejabat), Anwar yang bayar gajinya, malah ada keterangan Anwar pernah membawa Saiful ke beberapa destinasi luar negeri saperti Hong Kong, Bangkok & Singapura. Bukan Kerajaan yang bayar tambang dan duit hotel Saiful tetapi Anwar sendiri! Dan bagaimana Kerajaan hendak memaksa Anwar meliwat Saiful? Tidak masuk akal langsung! Dan WikiLeaks sendiri mendedahkan bahawa Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat. Jangan lupa Anwar pernah membawa Saiful ke Singapura. Tetapi apa "bukti teknikal" yang dipunyai oleh Bahagian Risikan Australia & Singapura itu teman pun tak tahu sebab mereka masih merahsiakannya! Adakah mereka akan menggunakannya dimasa hadapan wallahua'lam.

Jadi "trend & patternnya" sama. Keterangan dan bukti yang Karpal Singh tahu dan ada ialah Anwar meliwat kakitangannya Azizan Abu Bakar. Pertuduhan sekarang ialah Anwar meliwat kakitangannya Saiful Bukhori Azlan.

Atas dasar itu sahaja Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri menjadi saksi didalam kes pertuduhan liwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful. Sekiranya enggan, maka Pendakwaraya wajib memohon kepada Mahkamah supaya mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk hadir memberi keterangan sebagai saksi.

Sekiranya Karpal Singh menafikan mempunyai keterangan dan bukti mengenai kegiatan liwat & homoseks Anwar saperti yang didakwanya didalam Parlimen pada 22.10.1997, maka ternyata Karpal Singh berbohong dan tindakan "perjury" dan "contempt of Parliament" wajib diambil terhadap Karpal Singh. Jika beliau menyatakan beliau mempunyai bukti & keterangan bahawa memang Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat saperti yang didakwanya didalam Parlimen itu, maka kita perlu mempersoalkan mengapa Karpal Singh mahu terus menjadi Peguam membela Anwar? Adakah beliau mempunyai agenda politik yang jahat, atau ada sebab-sebab lain? Wallahua'lam, tepuk dada tanyalah kepala otak sendiri!

Seperkara yang perlu teman sebut juga disini ialah, mengikut Peraturan 3 (a) & (b) Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, seseorang peguam tidak sepatutnya menerima apa-apa arahan untuk membela seseorang jika ianya akan memalukan beliau. Memalukan itu bermakna keadaan bilamana Peguam tersebut mempunyai maklumat sulit berkaitan perkara yang sama kerana pernah menasihatkan mana-mana pihak lain".

Didalam kes ini, Karpal pernah memberikan khidmat guaman dengan menasihatkan Azizan Abu Bakar mengenai aduan beliau berkenaan kegiatan homoseks & meliwat Anwar Ibrahim terhadap Azizan, dan hasil daripada itu Karpal memperolehi maklumat sulit mengenai kegiatan itu. Malahan Karpal Singh sendiri menyatakannya secara terbuka didalam Parlimen dan dalam ucapan-ucapan dan tindakan lainnya. Malah didalam kenyataan yang disiar melalui media portal pro-pembangkang FMT, Karpal mengakuinya. Maka Karpal Singh tidak sepatutnya menerima atau meneruskan kedudukan sebagai peguam membela Anwar Ibrahim didalam kes liwat terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan; kerana ini akan meletakkan Karpal dalam keadaan memalukan - very embarassing position!

Malahan Peraturan 28 Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978, memperuntukkan bahawa, "seseorang Peguam tidak sepatutnya hadir di Mahkamah (mewakili seseorang tertuduh) sekiranya dia punya sebab mempercayai bahawa dia boleh menjadi saksi berkaitan sesuatu fakta yang material, dan jika semasa perbicaraan berlangsung, menjadi jelas kepada beliau bahawa beliau boleh menjadi saksi, beliau sepatutnya berhenti daripada terus mewakili seseorang itu didalam apa-apa prosiding jika ia boleh menarik diri tanpa menjejaskan kliennya".

Jadi adalah jelas bahawa Karpal sepatutnya menawarkan diri sebagai saksi bagi kes pertuduhan meliwat oleh Anwar Ibrahim terhadap kakitangannya Saiful Bukhori Azlan dan tidak meneruskan untuk mewakili Anwar Ibrahim sebagai peguam. Dan jika itu berlaku ianya tidak akan menjejaskan pembelaan Anwar Ibrahim kerana beliau mempunyai pasukan peguam yang ramai. Cuma teman paling hairan kenapa Majlis Peguam, yang biasanya cukup kuat melalak dan memekak dalam kes-kes lain, mengambil sikap membisu terhadap tindak tanduk Karpal Singh dalam kes ini. Teman mengambil peluang ini mencabar Majlis Peguam untuk menyatakan pendirian mereka dalam isu yang serius ini.

Dan dari segi politik, teman hairan mengapa Karpal Singh, Pengerusi DAP berkeras mahu terus mewakili Anwar dan bertindak sebagai peguam Anwar dalam keadaan fakta dan bukti yang jelas bahawa beliau sendiri yang bukan sahaja mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar, tetapi juga mendakwa mempunyai bukti dan keterangan mengenainya. Sudah pasti rumusannya jelas, Karpal dan kepimpinan DAP mempunyai agenda politik yang licik. Tambahan pula mentor dan idola kepimpinan DAP saperti Kitsiang & Anak Laki Kitsiang iaitu Lee Kuan Yew mempercayai kegiatan homoseks & liwat Anwar, malahan Bahagian Risikan Australia & Singapura mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & meliwat itu.

Apakah mereka telah, sedang dan akan menggunakan maklumat dan keterangan itu untuk "memeras Anwar"? Adakah saperti kata orang Perak, dema dah pegang teloq Anwar? Kita tidak tahu apa sebenarnya yang menjadi agenda mereka, tetapi kita khuatir kalau itu tujuan mereka, bayangkanlah betapa bahayanya keselamatan dan kedudukan negara ini jika manusia yang ditabal oleh bininya sebagai pemimpin anugerah tuhan itu menjadi Perdana Menteri Malaysia!!

Dan teman juga hairan dengan sikap dan pendirian kepimpinan PAS. Dengan maklumat , bukti dan keterangan yang begini punya jelas dan terang, tidakkah mereka menyedari bahawa satu konspirasi dan pakatan syaitan yang jelas sedang berlaku. Pakatan Syaitan yang boleh menjahanamkan Islam, rakyat dan negara ini. Tidakkah mereka sedar inilah orang yang sama yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan negara Islam, over my dead body! Dan yang lebih menyedihkan, bagaiman boleh ada pemimpin PAS yang mengisytiharkan secara terbuka akan membela Karpal Singh sehingga mati!".

Tidakkah mereka sedar kesilapan besar yang dilakukan oleh para kuffar dan musyrik dizaman para Rasul dan Nabi termasuk zaman Rasulullah saw, ialah enggan menerima dan menginsafi kebenaran yang terbukti jelas dihadapan mereka; malah sebaliknya mengambil sikap menentang para Nabi & Rasul itu termasuk Rasulullah. Dan teman cukup yakin mereka tahu sebab para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS adalah ahlul-kitab belaka!

Teman menyeru kepada PAS supaya bangkitlah sebagaimana akan bangkitnya pejuang Islam yang tulis, serulah kepada yang ma'ruf dan cegahlah kemungkaran besar ini, dan berimanlah kepada ALLAH. Jika ada dikalangan segelintir para pak jangoat penyembah manusia yang ditabal oleh bininya sebagai anugerah tuhan ini menentang, maka hukumnya jelas. Cantaslah mereka, campakkan mereka jauh daripada wadah perjuangan Islam. Yakin dan percayalah firman ALLAH, "bantulah agama ALLAH, dan ALLAH pasti akan membantu kamu!".

Secara umum, berdasarkan pernyataan diatas, teman menegaskan bahawa:

1. Karpal Singh sepatutnya menawarkan diri untuk menjadi saksi didalam kes pertuduhan Anwar meliwat kakitanganya sendiri Saiful Bukhori Azlan;

2. Jika Karpal Singh enggan, hendaklah Pendakwaraya memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina memaksa Karpal menjadi saksi memberi keterangan dalam kes ini;

3. Saiful Azlan Bukhori, sebagai mangsa, boleh melalui peguam beliau juga membuat permohonan kepada Mahkamah untuk mengeluarkan sapina terhadap Karpal Singh untuk menjadi saksi, dan memberi keterangan dan mengemukakan dokumen dan/ atau bukti mengenai kenyataan beliau bahawa beliau mempunyai bukti & keterangan yang Anwar Ibrahim adalah seorang yang terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat;

4. Jika Karpal memberi keterangan menafikan mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar sebagaimana yang didakwanya di Parlimen pada 22.10.1997 (dan diperkuatkan dengan lain-lain ucapan dan tindakan beliau selepas daripada itu), tindakan menghina Parlimen hendaklah dikenakan terhadap Karpal Singh. Dan jika itu berlaku, maka akan terbongkarlah pembohongan Karpal Singh;

5. Jika Karpal Singh memberi keterangan mengaku mempunyai bukti & keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar, dan memberikan butirannya kepada Mahkamah, maka beliau hendaklah berhenti daripada terus mewakili Anwar Ibrahim berdasarkan Peraturan Guaman (Amalan & Etika) 1978;

6. Majlis Peguam hendaklah menyatakan pendiriannya secara terbuka mengenai status Karpal Singh ini dan teman mencabar Majlis Peguam supaya tidak mengamalkan sikap "talam dua muka" tetapi sebaliknya hendaklah tegas dan konsisten berdasarkan undang-undang sedia-ada; dan jika terbukti bahawa Karpal wajib menjadi saksi, maka teman cabar Majlis Peguam supaya mendesak Karpal Singh supaya memberikan keterangan dan bukti sebagai saksi didalam kes Anwar didakwa meliwat Saiful Bukhori Azlan;

7. Teman berpendapat bahawa mana-mana rakyat dan warganegara boleh membuat lapuran polis mengenai kenyataan dan kedudukan Karpal Singh ini supaya boleh satu siasatan dibuat oleh pihak polis mengenai kesahihan dakwaan Karpal beliau mempunyai bukti dan keterangan mengenai kegiatan homoseks & liwat Anwar Ibrahim. Jika daripada siasatan itu didapati ada keterangan baru diperolehi mengenai kesalahan meliwat Azizan Abu Bakar, maka Pendakwaraya perlu mengkaji dan mempertimbangkan untuk mengenakan pendakwaan baru terhadap Anwar sesuai dengan keputusan Mahkamah Persekutuan saperti yang dicatat diatas;

8. Kepada para ulama', 'ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, pertimbangkanlah dengan aqal yang waras dan jiwa yang tawaddhu' mengenai keadaan ini. ALLAH memberikan kita aqal, dan ALLAH memberikan kita Al Quran & Sunnah Rasulullah saw sebagai pedoman kita untuk menentukan samada sesuatu itu hak ataupun batil, Islam atau tidak. Dan pertimbangan berdasarkan Al Quran & Sunnah Rasulullah saw itulah yang benar, dan akan membawa kita kepada ketaqwaan;

9. Sesuai dengan sabda Rasullulah saw, "addeenul nasihah-agama itu nasihat", maka teman mengemukakan nasihat teman kepada para ulama', ilmuan, kepimpinan dan ahli akar umbi PAS, mufaraqahlah, berpisahlah daripada Pakatan Syaitan ini. Kembalilah kepada perjuangan menegakkan sebuah Daulah Islamiyyah dan melaksanakan undang-undang Islam. Teman tidak meminta PAS bergabung dengan UMNO, ataupun mengujudkan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO. Malahan teman sendiri secara peribadi tidak bersetuju, kerana untuk kebaikan dan kebajikan Islam dan umat Islam, PAS perlu bergerak bersendirian, dan UMNO perlu bergerak sebagaimana yang ia bergerak sekarang, tetapi didalam isu yang menjadi kepentingan umat dan agama, kita umat Islam yang mempunyai Satu Tuhan, Satu Rasul, Satu Kitab, Satu Qiblat, dan Satu Aqidah wajib dan mestilah bertindak dengan Satu suara, Satu nada!

10. Dan kepada Karpal Singh, janganlah poosingh-poosingh. Mr. Singh. Be courages, be a Singh! Singh is king, not poosingh-poosingh lah Mr. Karpal Singh!!

Adios amigos, grasias senor.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
03 Safar 1432
08 Januari 2011

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia!

Posted: 08 Jan 2011 12:57 AM PST


Awang Selamat Yang Biadab- Mana KDN ?

Posted: 08 Jan 2011 12:54 AM PST

KENYATAAN AKHBAR
8 JANUARI

Terlalu banyak yang diperkatakan tentang tulisan Awang Selamat selama ini. Saya cuba untuk tidak ambil pusing walaupun cukup meluat membacanya. Namun tulisan Awang Selamat dalam Mingguan Malaysia pada Ahad lalu sudah melampaui batas-batas kewarasan apatah lagi ia terpampang di dada akhbar perdana. Akhbar yang suatu ketika dulu menjadi rujukan saya terutama ketika mahu mengambil peperiksaan STPM bagi subjek Pengajian Am kini bertukar menjadi alat adu-domba. Mengenangkan hal itu maka saya membuat keputusan ini menulis atas dasar tanggungjawab kepada anak-anak yang mengalami keadaan yang sama dengan saya 25 tahun lalu; untuk lulus cemerlang dalam Pengajian Am.

Tulisan Awang Selamat atas tema Biadab sungguh tidak bertanggungjawab dan berniat jahat. Jelas ia bertujuan melaga-lagakan pihak Istana dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor berhubung isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri yang baharu.

Awang Selamat sengaja mencetuskan kontroversi. Sekali gus memutikkan bibit kebencian dan syak wasangka. Hampir serupa dengan tindakan akhbar perdana pada 1992 dan awal 1993 dahulu. Cuma hala gayanya yang berbeza. Kalau dulu, istana menjadi sasaran herdik Utusan dan Berita Harian, kini Kerajaan Pakatan menjadi tumpuan. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri dijadikan batu loncatan lantas diperbesarkan sedangkan PR Selangor menganggap ia hanyalah urusan pentadbiran yang boleh diselesaikan dengan kebijaksanaan.

Malangnya bukan penyelesaian yang didambakan Awang Selamat. Tulisan berbaur hasutan dan fitnah ini sengaja mahu menimbulkan permusuhan antara Istana dengan Kerajaan Negeri yang mereka lihat begitu baik dan teratur. Tulisan tidak bertamadun ini cuba membangkitkan kemarahan orang Melayu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat tidak tahu adat dan Perlembagaan.
Awang Selamat tidak ubah sebagai pecacai Umno yang menggunakan media untuk membolehkan Umno/BN merampas semula Selangor sekali gus meneruskan penyelewengan serta salah guna kuasa yang mereka amalkan sepanjang memerintah Selangor.

Persoalannya, siapakah individu yang bersembunyi di sebalik nama Awang Selamat ini? Mana perginya sifat profesionalisme seorang wartawan? Selaku akhbar utama negara dengan barisan ahli lembaga pengarah yang saya kira dari golongan cerdek pandai, mengapa tiada seorang pun yang menasihatkan Awang Selamat agar menjaga maruah seorang wartawan dan maruah akhbar perdana itu sendiri? Atau semuanya telah hilang rasa malu pada dhamir masing -masing?

Seorang yang berfikiran waras maklum bahawa dalam soal perlantikan SU Kerajaan Negeri tidak timbul langsung isu penderhakaan terhadap DYMM Sultan Selangor. Isu pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor membabitkan masalah pentadbiran antara Kerajaan Selangor dengan Ketua Setiausaha Negara (KSN) apabila KSN tidak bertindak profesional dengan membelakangkan Menteri Besar selaku ketua eksekutif. Isu bertambah rumit apabila pilihan terbaik menurut meritokrasi; kemampuan, pengalaman dan kekananan dalam jawatan diketepikan begitu sahaja.

Tahukah Awang Selamat DYMM Sultan Selangor sedia mengambil maklum bahawa kerajaan UMNO/BN lah yang telah menghakis kekuasaan Raja-raja Melayu sejak krisis Perlembagaan 1993. Jangan Awang ingat Tuanku akan terpedaya dengan tulisan bermuka-muka tersebut.
Sejarah jelas membuktikan pihak mana yang suatu ketika beriya-iya benar mahukan supaya kekebalan Raja-raja Melayu dihapuskan. Malah, lebih dahsyat lagi mahu raja-raja Melayu dinyahkan daripada tahta dan istana diraja.

Pastinya selaku wartawan Awang pernah membaca laporan Berita Harian, pada 19Januari 1993 menyiarkan berita seorang Ahli Parlimen dari Perak yang mengingatkan raja-raja supaya mengambil kira suara rakyat jika tidak raja-raja tidak dapat kekal lama "malah tahta mereka mungkin akan beralih ke muzium.

Bagi mengingatkan Awang, akhbar yang sama telah pada 16 Januari 1993 turut melaporkan seorang Menteri Besar pernah mendesak para ulama dan ilmuan Islam menasihati raja-raja Melayu tentang keperluan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk memansuhkan kekebalan raja-raja. Ahli Parlimen dari Pahang pula dengan tega memberi tempoh 30 hari kepada raja-raja bagi memikirkan semula pendirian mereka berhubung pindaan tersebut.

Ketika itu pergerakan Pemuda UMNO begitu ghairah mahukan Kerajaan Persekutuan berpendirian tegas dan tidak berganjak dengan pendirian menghapus kekebalan raja-raja. Jika Awang seorang nasionalis, pasti beliau masih ingat bahawa pada ketika itu kakitangan dan pegawai kerajaan termasuk Datuk Bandar tidak dibenarkan berurusan dengan istana negara kecuali dengan kebenaran Perdana Menteri. Para pegawai juga dibenarkan untuk menolak undangan ke istana untuk menghadiri majlis bersama Raja-raja Melayu.

Selaku rakyat Malaysia yang bertanggungjawab, saya cuba melupakan peristiwa tersebut walau ianya adalah sebahagian dari sejarah negara. Namun apabila karenah manusia berubah, setelah 17 tahun berlalu, tiba-tiba hari ini pihak yang berusaha dan berjaya "menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja-raja Melayu", kembali bermuka-muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati raja dan sultan.

Lebih dahsyat lagi mula bercakap soal penderhakaan kepada Sultan dan berselindung di sebalik nama Istana untuk mengaburi niat jahat mereka. Namun pekung mereka cukup busuk dan membusukkan. Rakyat melihat jelas ini adalah usaha terdesak mereka bagi mengembalikan sokongan terhadap mereka yang kian merosot dan parti mereka bakal menjadi parti picisan.

Awang Selamat terpilih menjadi Tok Selampit dan tukang karut. Amat menghairankan dimana hilangnya ketegasan Menteri Dalam Negeri dalam situasi bahaya ini. Mengapa Awang Selamat dibiarkan merapu dan berkeliaran umpama maling gila merosak keamanan.

PR Selangor menjunjung penuh kedaulatan DYMM Sultan Selangor yang menjadi tempat rakyat berlindung dan mencari keadilan. Titah Tuanku Sultan ketika Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran kepada DY Teramat Mulia Raja Muda pada 6hb Januari sangat mengujakan. Tuanku dengan jelas menjawab Awang dan pihak-pihak yang cuba menangguk di air bahawa tohmahan mereka salah. Baginda bertitah bahawa baginda begitu akrab dan mesra dengan Dato Menteri Besar Selangor, nasihat-menasihati antara satu sama lain, bertukar-tukar fikiran dalam banyak hal dan perkara.

Kerajaan Pakatan Rakyat menentang sekeras-kerasnya sebarang cubaan melaga-lagakan hubungan baik antara pimpinan negeri dan pihak Istana. Saya mendesak UMNO/BN samada atas kapasiti mereka atau dengan bertopengkan GAPS dan PERKASA berhenti memainkan sentimen ini kerana sangat memalukan sebuah parti yang begitu ghairah dengan berbagai slogan akhirnya menggunakan taktik kotor sebegini untuk mendapatkan semula sokongan. Saya juga mendesak

Kementerian Dalam Negeri jangan lagi memekakkan telinga dan berpura-pura tidak melihat tindakan Awang ini penuh dengan unsur hasutan dan fitnah melampau.

FAEKAH HUSIN
SETIAUSAHA POLITIK KEPADA
DATO MENTERI BESAR SELANGOR

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Menteri Umno Semua, Baca Pendedahan Panas ni

Posted: 07 Jan 2011 03:14 PM PST

Dari Blog Singalautmetro
DUKACITA SEORANG MELAYU MISKIN: BAHASA DUKANYA MENITISKAN AIR MATA!

"Bang...sardin tin besar ni minggu dulu hargnya RM5.70, tapi sekarang dah RM6.20!" dia meletakkan semula tin sardin jenama popular di rak sebuah pasaraya di Shah Alam tadi petang.

Kemudian anak kecilnya barangkali enam atau lima tahun saya terdengar merengek beberapa kali. "Abah...nak aiskrim!"

Si ibu yang sejak awal mengekori si suami memerhatikan harga pada setiap kali barangan dipegang, akhirnya separuh bersuara:" Adik...ibu tengok tadi aiskrim tu dah naik 30 sen. Nanti ibu buatkan aiskrim sirap kat rumah ya..." lembut suara si ibu separuh memujuk. Si ayah tersenyum tawar memandang saya.

"Belikanlah..." beritahu si ayah mengarah isterinya, barangkali tidak sampai hati melihat wajah anak kecil yang sayu itu. Sebelum ke baris sebelah untuk membelikan ais krim untuk anaknya, si ibu berbisik. Saya tidak mendengar langsung apa yang dicakapkannya kepada suaminya itu.

Hanya selepas isterinya pergi, si suami tanpa berselindung memberitahu saya. "Orang rumah saya tanya tadi, cukupkah duit yang saya bawa!" dan dia tergelak dua tiga kali tetapi kekehnya tawar dan hambar.

"Tak jadi nak belilah sardin ni!" katanya seolah-olah sedikit kecewa. "Nak tengok tempat lain nanti," jawapnya.

Saya bertanya kenapa dia membeli sardin.

"Bukan apa bang. Orang susah macam saya ni kena simpan stok lauk. Nak beli ikan mahal..simpan lama pun tak boleh. Tapi kalau sardin ni, beli lima tin boleh tahan sebulan. Kalau dipanaskan tiga hari boleh makan lagi," jawapnya selamba.

Saya terus tertunduk sebelum saya angkat muka memandangnya. "Sekarang kerja kat kilang lama ke?" saya tanya.

Dia mengangguk. "Dah berumur ni tak berani nak pindah kilang. Cuma gajinyalah. Dah 20 tahun kerja baru seribu lebih sikit ajer"

Saya tunduk semula memandang lantai simen pasaraya. "Anak yang dua orang tu belajar lagi ke?" saya tanya lagi.

Dia mengangguk laju-laju. "Seorang kat Unisel, seorang lagi kat Politeknik. Itu yang saya kena berjimat tu bang," jawap lelaki yang saya kenal sejak berbelas tahun lalu.

Kami tidak lama bersama. Sebelum pulang, saya sempat pelawanya untuk minum malam sebab lama kami tidak berjumpa.

Nak tahu apa jawapnya? "Maaflah bang...sebenarnya saya sibuk sangat. Bukan tak sudi. Lepas Maghrib nanti ada kerja! Saya buat part time jaga kat depoh bas, nak cari tambah-tambah duit," katanya.

Sambil bersalam dia menyambung cakapnya. "Dapat empat ratus lagi bang sebab kerja part time ajer..Tapi badan ni dah rasa tak larat sangat. Tengok kaki ni.." dia menyelak pangkal seluarnya. "Ni bengkak dah bertahun ni. Entahlah...doktor cakap gout..." dia mengerutkan keningnya.

Memang saya tidak boleh berlama. Bukan saya tidak punya waktu untuk bersama dengan kenalan lama saya itu. Tapi dalam hati saya pedih, luka dan sebal. Kasihan fikir saya. Kasihan sangat drama kehidupan ini. Bolehkah kami berdepan realiti kehidupan sebuah negara maju

Sumber : http://singalautmetro.blogspot.com/2011/01/dukacita-seorang-melayu-miskin-bahasa.html