Rabu, 22 Disember 2010

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


HAPUSKAN BUDAYA GAY!

Posted: 22 Dec 2010 12:13 AM PST

Salam 2 all.

Teman ucapkan tahniah kepada ketegasan Dewan Pemuda PAS yang menegaskan bahawa budaya gay perlu dibenteras dan dihapuskan dari bumi Malaysia ini. Kenyataan Ketua Dewan Pemuda PAS Ustadz Nasarudin Hassan Attantawi mendesak supaya JAKIM memantau dan mengambil tindakan tegas terhadap kegiatan hiburan gay perlu diberi perhatian serius oleh pihak berkuasa. Kita mahu supaya bumi Malaysia tidak bertukar menjadi bumi kaum Lut!

Begitu juga teman berharap Dewan Pemuda PAS akan istiqomah dalam pendirian menghapuskan golongan gay, bapuk, pondan, homoseks, liwat dan lain lain daripada bumi negara umat Islam ini dalam apa bentuk sekalipun, termasuk campurtangan golongan gay dan homoseks dalam hal ehwal negara ini.

Sebagai contoh, Dewan Pemuda PAS perlu menyatakan pendirian tegas menolak campurtangan Ahli Parlimen Australia dalam urusan kehakiman dan perundangan negara. Ini adalah kerana antara Ahli Parlimen Australia yang mencampuri urusan perbicaraan liwat Anwar Ibrahim adalah Senator Michael Danby, seorang pejuang hak golongan gay/ lesbian. Kemudian Senator Bob Brown, seorang atheist yang tidak percayakan tuhan atau apa-apa agama. Juga Senator Malcolm Turnbull, seorang pejuang perkahwinan sama seks (kahwin laki dengan laki, perempuan dengan perempun). Itu latarbelakang antara Ahli Parlimen Australia yang menyokong Anwar pemimpin anugerah tuhan, yang jelas berlatarbelakangkan mereka yang terlibat dengan golongan gay, homoseks dan liwat.

Ingatlah hadis Rasulullah saw, "aamantu billah summastaqeem - berimanlah kepada ALLAH dan istiqomah lah!". Semoga ALLAH memberikan kekuatan istiqomah dan petunjuk kebenaran kepada umat Islam.

Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Muharram 1432
22 Disember 2010

*Nota: kertas pertuduhan yang dilampir adalah hiasan semata-mata dan dipetik daripada media portal pro Anwar MalaysiaKini.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Kenyataan Ketua Pemuda PAS Ustadz Nasarudin Hassan Attantawi)

Pantau kegiatan gay secara menyeluruh



SHAH ALAM - Pemuda Pas berharap pihak berkuasa agama di seluruh negeri tidak hanya memantau blog dan laman web gay, sebaliknya memantau kegiatan itu secara keseluruhan.

Ketuanya, Nasrudin Hasan berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sepatutnya memantau segala jenis hiburan yang terdapat di negara ini selain memantau premis- premis yang dimiliki oleh golongan tersebut.

Menurutnya, setakat ini, rakyat Malaysia masih belum pernah mendengar mana-mana masjid diberikan teks khutbah mengenai keburukan gay dan impaknya kepada negara.

"Kita terkejut apabila ikon gay yang baru-baru ini dibenarkan untuk membuat konsert di Stadium Nasional Bukit Jalil. Lebih memeranjatkan sudah ada kegiatan yang cuba menonjolkan budaya gay kepada masyarakat melalui filem.

"Saya mewakili Dewan Pemuda Pas meminta kepada Jakim dan seluruh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri untuk kita sama-sama membanteras budaya yang tidak sihat lagi dimurkai Allah ini. Dewan Pemuda Pas juga bersedia untuk membantu membanteras kemungkaran ini," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang dilaporkan berkata, semua yang menyentuh soal agama dan akidah umat Islam di negara ini akan sentiasa dipantau oleh Jakim termasuk laman web blog gay.

Jamil Khir sebelum ini mengarahkan Jakim memantau kegiatan kumpulan pengamal seks songsang termasuk gay yang kini semakin berani mempromosikan gaya hidup itu secara terbuka di alam siber.

Sebelum ini seorang lelaki yang mengaku berketurunan Melayu dan beragama Islam dilaporkan membuat pendedahan berani melalui blognya bahawa dia seorang gay.

Lelaki terbabit yang bekerja sebagai jurutera membuat pengakuannya melalui laman web 'Youtube' yang disiarkan selama dua minit 41 saat.

Keberanian lelaki itu membuat pengakuan terbuka turut mengundang pelbagai kecaman daripada orang ramai yang turut mendesak pihak berkuasa mengambil satu tindakan terhadap perbuatan terkutuk itu.

ULAR! CELAKA!

Posted: 20 Dec 2010 09:59 PM PST

(Seekor ular jenis python sepanjang 13 kaki dijumpai mati di Taman Negara Everglades, Florida, Amerika Syarikat setelah menelan seekor buaya Amerika sepanjang 6 kaki)

Salam 2 all.

Teman kesian tengok Zaid Ibrahim yang kian hari kian dimaki hamun oleh "kawan-kawan Pakatan Syaitan" dulu. Baru beberapa bulan lepas Zaid Ibrahim adalah hero dan "calun anugerah tuhan" bagi Pakatan pembangkang di PRK Hulu Selangor. Sehinggakan beberapa "masalah peribadi" Zaid Ibrahim pun dihalalkan pemimpin anugerah tuhan dan para pak jangoat penyembahnya. Tau-tau sekarang, "from hero to zero"; "dulu dikompang kini dilempang".

Terkini Karpal Singh, mursyidul am DAP dalam ucapan di Konvensyen Pakatan Pembangkang Ahad lepas mendakwa bahawa "Zaid adalah seorang bekas Menteri UMNO dan seorang yang tidak boleh dipercayai kerana menjadi budak suruhan UMNO dan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman tahun 1988!!". Dan Zaid membalas balik dengan melabelkan Karpal Singh sebagai "ular celaka!!". Satu deskripsi yang teman tak boleh tidak terpaksa bersetuju dengan Zaid Ibrahim.

Macam mana Zaid Ibrahim tak label dia "ular". Karpal Singh yang dok maki Zaid ni jugalah pada 22.10.1997 didalam Dewan Rakyat menyatakan bahawa beliau ada bukti Anwar Ibrahim terlibat dengan kegiatan meliwat staf beliau sendiri (Azizan) dan mendesak Kerajaan supaya siasat Anwar Ibrahim! Karpal Singh ni jugaklah yang mendedahkan di Hotel Federal beliau punya bukti Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat. Karpal Singh ni jugalah yang memberitahu beberapa pemimpin PAS yang Anwar terlibat dengan kegiatan homo & liwat, menyebabkan mereka melabel Anwar sebagai "Al-Juburi". Karpal Singh ni jugalah yang mendesak Anwar bertaubat dan mengundurkan diri setelah pembohongan 16 Sept terbongkar!

DAN KARPAL SINGH NI JUGALAH MENJADI LOYAR MEMBELA ANWAR SEKARANG DENGAN TUDUHAN LIWAT TERHADAP STAFNYA SAIFUL, perbicaraan yang dipenuhi dengan adengan tangguh menangguh sehingga hari ini melebehi 2 tahun!!

Pada teman, deskripsi Zaid Ibrahim bahawa Karpal Singh ini bukan sahaja celaka besar, tetapi "ular" yang sangat merbahaya kepada negara, rakyat, bangsa Melayu, dan kepada umat Islam sangatlah tepat. Kecuali segelintir pak jangoat yang sudah buta, umat Islam dinegara ini tidak lupa bahawa Karpal Singh ini jugalah orang yang mengisytiharkan "kalau umat Islam mahukan undang-undang Islam dilaksanakan dinegara ini, langkah mayat dia dahulu (over my dead body)". Adakah Zaid yang akan menjadi orang pertama nanti melangkah mayat mendiang Karpal kalau dia mati nanti? Wallahua'lam, kita tengoklah nanti!

Cuma teman nak peringatkan para pak jangoat dan yang sewaktu dengannya, kalau Karpal Singh boleh maki Zaid "celaka sebab dia bekas Menteri UMNO", bagaimana pula dengan Anwar yang dia bela sekarang, bukankah "Anwar bekas Timbalan Presiden UMNO!". Kalau Karpal Singh kata Zaid tidak boleh dipercayai "kerana dia budak suruhan Tun Mahathir semasa krisis kehakiman 1988", bagaimana dengan "Anwar yang pada masa krisis kehakiman adalah anggota kabinet kanan Tun Mahathir yang menyokong tindakan pemecatan Tun Salleh!".

Apakah Karpal Singh juga lupa "Anwar adalah Menteri kanan UMNO semasa Karpal Singh dikenakan tindakan tahanan ISA semasa Ops Lalang". Dan tentu Karpal tidak lupa "Anwar adalah Timbalan Presiden UMNO semasa Anak Laki Kitsiang dipenjarakan dalam isu Rahim Thamby Chik!". Dan Karpal Singh juga seolah-olah lupa Anwar Ibrahim itu jugalah "Timbalan Presiden UMNO semasa YB Wee Choo Keong, Ketua Penerangan DAP dihukum penjara setelah memenangi pilhanraya kerusi Bukit Bintang". Apakah Karpal Singh terlupa "Anwar Ibrahim jugalah juara penswastaan semasa isu pemberiaan konsesi lebuhraya Utara-Selatan-PLUS" yang menyebabkan manusia cauvinis Kitsiang memfailkan saman terhadap Kerajaan Tun Mahathir. Takkan Karpal lupa, dia loyer Kitsiang, Anak Lakinya dan YB Wee Choo Keong pada masa tu!

Sebenarnya, sebagaimana Karpal tahu tentang Zaid dan kini memaki-hamun Zaid, macam itulah Karpal tahu tentang Anwar tetapi mendokongnya. Kerana apa? Kerana itulah teman setuju dengan deskripsi Zaid Ibrahim mengenai Karpal Singh sebagai "ular paling celaka" sangatlah tepat lagi mampat!! Dan teman tidak akan terkejut kelak nanti Karpal Singh akan memaki Anwar sebagai manusia "paling celaka" dan "tidak boleh dipercayai". Kalau dia boleh buat begitu kepada Zaid sekarang, apa yang nak halang Karpal daripada berbuat sedemikian kepada Anwar nanti! Tetapi dek kerana Anwar terlalu ghairah dan bernafsu untuk memahkotakan diri sebagai Perdana Menteri, maka Anwar juga lupa "ular-ular celaka" ini jugalah yang sedang menunggu sa'at jatuhnya pemimpin anugerah tuhan ini yang akan berlaku tidak berapa lama lagi. "Wait and see" kata orang di bulan!!

Kepada rakyat Malaysia tidak kira apa agama, bangsa dan keturunan, bukalah mata dan jiwa anda. Apa lagi fakta dan bukti yang perlu didedahkan untuk membuktikan tentang politik sempit, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan Pakatan pembangkang ini. Apakah kita boleh dibutakan dengan gula-gula dan habuan "100 hari memerintah" Pakatan Syatan ini? Apakah begitu murah harga diri dan maruah kita? Jangan di ulang kesilapan pengikut Fira'un, jangan diulang kesalahan pengikut Namrud, jangan diulang ketaksuban pengikut Kamal Attarturk. Stand up and be counted! Enough is enough! Stand for your right, stand for your dignity. Tolaklak politik perkauman, cauvinis, hipokrit, putar alam dan pembohongan ini. May ALLAH bless this beloved country of ours.

Adios amigos, grasias senor.

Zulkifli Bin Noordin
Rabu
16 Muharram 1432
22 Disember 2010

*Nota: gambar diatas adalah hiasan semata-mata dan tiada kena-mengena dengan sesiapa pun.

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Zaid akan saman Karpal atas dakwaan memfitnah

KUALA LUMPUR 20 Dis. - Pengerusi Parti Keadilan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim akan menyaman Pengerusi DAP, Karpal Singh atas dakwaan memfitnah.

Beliau berkata, ia ekoran beberapa tuduhan tidak berasas yang dilemparkan oleh Karpal terhadapnya ketika menyampaikan ucapan pada konvensyen pakatan pembangkang di Pulau Pinang, semalam.

Sambil menyifatkan Pengerusi DAP itu sebagai "ular" beliau berkata, Karpal sememangnya layak menerima gelaran itu, bukannya wira atau singa.

"Karpal menggelarkan saya sebagai 'celaka' selain menuduh saya membentuk satu kumpulan gengster UMNO untuk membakar bangunan Majlis Peguam pada 1988 semasa kes Tun Salleh Abbas (bekas Ketua Hakim Negara).

"Karpal merupakan seorang penipu dan 'celaka'. Saya akan failkan saman terhadap Pengerusi DAP tidak lama lagi memandangkan peguam saya sedang bercuti ketika ini,'' katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Karpal ketika berucap pada konvensyen itu berkata, beliau sebelum ini telah memberi amaran kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya tidak menerima Zaid menyertai PKR kerana latar belakangnya sebagai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu tidak boleh dipercayai.

Karpal berkata, beliau cukup mengenali Zaid selepas berada dalam profesion undang-undang selama 40 tahun.

Pemimpin veteran DAP itu juga mendakwa semasa krisis kehakiman pada lewat 1980-an, Zaid merupakan 'budak suruhan' bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad selain bertindak menaja sekumpulan gengster supaya membakar bangunan Majlis Peguam di sini berhubung kes Salleh.

Zaid berkata, Karpal harus sedar bahawa beliau bukannya seorang yang kebal dan tidak boleh dikalahkan.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, mustahil partinya akan menjadi rakan pakatan pembangkang berikutan beberapa tuduhan yang dilemparkan terhadapnya oleh pemimpin-pemimpin utama pakatan itu, termasuk Anwar.

Zaid dalam perkembangan sama turut mengkritik Karpal ekoran tindakan Pengerusi DAP itu menggesa kerajaan mempercepatkan siasatan terhadap Anwar atas tuduhan liwat ketika di Parlimen pada 1997.

"Ular ini pada ketika itu mendakwa yang beliau telah berjumpa dengan 'mangsa'. Ular ini kemudian berjaya meyakinkan orang ramai bahawa Anwar bersalah. Namun sekarang pandangannya sudah berbeza iaitu sejak menjadi peguam bela kepada Anwar.

"Sebenarnya Karpal tahu segala-galanya tentang Anwar dan situasi ini yang telah membuatkan Anwar sukar membebaskan dirinya daripada cengkaman DAP.

"Malang buat Anwar kerana beliau kini dibelenggu cengkaman (Timbalan Presiden PKR), Azmin (Ali), Karpal dan hanya Tuhan sahaja yang tahu selain mereka,'' katanya.

Sementara itu, beliau sedia menerima saman Karpal kerana menggelarnya sebagai ular.

"Kita tengok sahaja jika beliau nak saman saya kerana saya menggelarnya ular tetapi saya juga akan menyamannya kerana fitnah yang dilemparkan terhadap saya,'' ujarnya.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


10 Perkara Asas 100 Hari Pakatan Rakyat

Posted: 21 Dec 2010 10:44 PM PST

Dari Harakah

Rakyat negara ini tidak perlu teragak-agak untuk memberikan undi kepada Pakatan Rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang kerana jika peluang itu diberikan, semua pihak boleh melihat sendiri perubahan yang akan dilakukan hanya dalam masa 100 hari pemerintahannya dengan perubahan awalnya tertumpu kepada 10 perkara asas bagi kepentingan semua pihak.

Sebaik sahaja Pakatan Rakyat diberikan peluang memerintah negara, perkara pertama yang akan dilakukan dengan mengheret perasuah-perasuah negara ke muka pengadilan, bagi membersihkan negara dari amalan rasuah yang akan merosakkan masyarakat dalam pelbagai aspek.

Setelah itu, ia akan disusuli dengan langkah kedua iaitu menghapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang ternyata merupakan akta zalim dan tidak menepati kehendak Islam, manakala langkah ketiganya pula menstrukturkan semula pinjaman PTPTN bagi memudahkan para pelajar meneruskan pelajaran ke institusi pengajian tinggi.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa (gambar) menegaskan, selain itu, Kerajaan Pakatan Rakyat akan terus menyusun langkah keempat yang melibatkan dasar media dengan memperkenalkan akta kebebasan maklumat iaitu dengan melonggarkan proses permohonan akhbar, majalah atau media yang kini ternyata amat ketat.

Menurut beliau, sekiaranya rakyat negara ini memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah negara, setiap pihak turut berpeluang melihat kemampuan Kerajaan Pakatan Rakyat memerintah negara dengan lebih baik berbanding Kerajaan BN dalam pelbagai perkara lain termasuk yang melibatkan kebajikan kepada warga emas.

“Kita tidak akan cakap kosong. Sesiapa pun boleh melihatnya. Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah negara, langkah kelima yang akan kita lakukan dengan memberikan keutamaan kepada kebajikan kepada warga emas, iaitu dengan menaikkan kadar bantuan kepada golongan warga emas kepada kadar yang boleh melegakan kehidupan mereka berbanding kadar sekarang yang tidak seberapa,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Selain itu, katanya, langkah keenam yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan memperkenalkan dasar kemudahan kebajikan WiFi kepada seluruh rakyat negara ini secara percuma, bagi membolehkan orang ramai mengakses internet dengan lebih mudah.

“Langkah ketujuh pula yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang boleh dilihat oleh orang ramai dalam tempoh 100 hari pemerintahannya berupa janji kita kepada orang ramai untuk mempertingkatkan pendapatan seisi rumah sebanyak RM4,000 sebulan.

“Manakala langkah kelapan yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat pula ialah dengan memperkukuhkan institusi agama selaras dengan artikel 3 Perlembagaan Persekutuan,” jelasnya.

Tidak sudah dengan itu, Karajaan Pakatan Rakyat turut berjanji akan melaksanakan langkahnya yang kesembilan dengan memperbanyakkan dialog-dialog agama bagi mewujudkan persefahaman dan mengelakkan ketegangan agama di antara pelbagai penganut agama di negara ini.

“Langkah kesepuluh yang akan dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat dengan menjadikan polis, SPRM dan SPR sebagai badan yang betul-betul bebas dan tidak berpihak kepada sebarang pihak,” tegasnya.

Menurut beliau, kesemua perkara yang digariskan itu bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat jika diberi peluang memerintah negara kerana ia sememangnya berada di bawah kerajaan pusat.

“Lebih jauh dari itu, sebahagian daripadanya sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, sejajar dengan bidang kuasa kerajaan negeri.

“Antaranya termasuklah kebajikan kepada warga emas yang sudah pun dilaksanakan oleh kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat termasuk Pulau Pinang, Kedah, Selangor, manakala Kelantan pula yang berada di bawah pemerintahan Tok Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah lama melaksanakannya.

“Begitu juga dengan langkah-langkah membasmikan kemiskinan. Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang yang berada di bawah Lim Guan Eng kini sudah pun berjaya menghapuskan kemiskinan tegar dengan program-program yang diadakan selaraskan dengan manifestonya.

“Hal yang sama turut giat dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat di Kelantan sejak dulu. Begitu juga dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor dan Kedah yang sedang berusaha keras ke arah itu yang juga boleh dilihat hasilnya oleh orang ramai dari semasa ke semasa, menerusi program-program yang diadakan secara berterusan,” katanya.

Menjelaskan perkara itu, beliau mengambil contoh dasar telus, kompitensi dan bertanggungjawab yang dilaksanakan oleh kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam usaha menjimatkan perbelanjaan awam sehingga tertubuhnya C.A.T. (Competency, Accountability, Transparency) di Pulau Pinang, Selcat di Selangor, dasar penjimatan oleh Kerajaan Kelantan yang berada di bawah pemerintahan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sehingga berkemampuan membayar hutang kepada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh bagaimana bijaknya Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang berada di bawah pemerintahan Datuk Seri Azizan Abdul Razak dalam perkara itu dengan mengemukakan bajet yang cukup membanggakan orang ramai bagi tahun ini.

“Hasilnya, Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah menerusi dasar berjimatnya, berhemahnya berjaya menyelamatkan pendapatan balak bagi kepentingan rakyat negeri itu sendiri,” jelasnya.

Selain itu, beliau turut memberikan contoh tentang kemampuan dan usaha-usaha yang telah dilakukan kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat dalam mengukuhkan institusi agama, dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah memperuntukkan RM36 juta dalam bajetnya tahun ini.

Manakala Kerajaan Pakatan Rakyat Kelantan, Kedah dan Selangor, juga turut memberikan peruntukan yang besar dalam hal itu dan ia pasti akan terus diperkemaskan dari semasa ke semasa.

Mengenai dialog-dialog agama, walaupun kini belum berjaya memerintah negara, tetapi kerajaan-kerajaan negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat, selaras dengan bidang kuasanya, telah pun mengadakannya dari semasa ke semasa termasuk di Kelantan dan ia ternyata berjaya mengelakkan berlakunya ketegangan agama dan memberikan persefahaman yang baik di kalangan penganut-penganut pelbagai agama di negara ini.

“Tentang dasar media, menghapuskan ISA dan perkara-perkara lain yang berada di bawah kerajaan pusat, kerajaan negeri tak bolehlah buat. Jadi kalau Pakatan Rakyat yang diberikan peluang oleh rakyat negara ini untuk memerintah negara, bolehlah kita buat dan orang ramai bolehlah melihat perubahan yang akan kita lakukan itu,” tegasnya.

Gantung: Ekonomi Negara Jahanam, Apco Untung

Posted: 21 Dec 2010 10:33 PM PST

Dari Harakah

Tindakan menggantung Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga yang lain akhirnya akan menjahanamkan ekonomi negara dan menguntungkan Apco Worldwide, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.

Katanya, Anwar (PKR-Permatang Pauh), Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) adalah sebahagian dari Ahli Parlimen yang merupakan penggubal dasar dan undang-undang negara.

“Pasaran dan masyarakat perniagaan tempatan dan antarabangsa melihat sendiri bagaimana penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan,” kata beliau.

Menurut Mahfuz, perkara itu boleh mengakibatkan terancamnya rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini.

“Jika penggubal dasar dan undang-undang negara pun dizalimi dan dianiaya dengan mengetepikan undang-undang, peraturan dan prinsip asas keadilan, ia boleh menyebabkan masyarakat perniagaan dan para pelabur dihantui kebimbangan bahawa mereka juga boleh dizalimi sedemikian dan perkara itu dengan sendirinya menghakis serta menjejaskan rasa selamat mereka untuk menjalankan perniagaan dan pelaburan di negara ini,” kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu yang menyifatkan tindakan tersebut sebagai tindakan tidak bertanggungjawab.

Umno dan Barisan Nasional (BN), katanya, sanggup mensabotaj ekonomi negara semata-mata untuk memuaskan kehendak mereka.

“Akhirnya, apabila ekonomi negara menghadapi krisis kepercayaan dan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa terhadap sistem keadilan negara ini jatuh merudum, Apco jugalah yang akan mendapat untung kononnya dengan melaksanakan usaha-usaha perhubungan awam dan komunikasi untuk memulihkan keyakinan masyarakat perniagaan antarabangsa dan para pelabur,” katanya.

Mahfuz yakin, rakyat negara ini akhirnya akan sedar bahawa kebanyakan tindak-tanduk Umno BN akhirnya hanya menguntungkan firma Yahudi Zionis itu

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Kerajaan BN Juara tak bayar elaun Pegawai Banci

Posted: 21 Dec 2010 05:16 PM PST


MASIH TUNGGU DUIT BANCI PENDUDUK

Utusan Malaysia 22 Dis 2010 - Banci Penduduk dan Perumahan 2010 telah pun berakhir pada Ogos lalu. Isteri saya telah terlibat sebagai seorang penyelia di kawasan yang majoriti penduduknya bukan Melayu. Demi mencari pengalaman baru dan bagi tujuan menampung perbelanjaan di saat mendesak (musim perayaan, musim kembali ke sekolah) beliau sanggup menghadapinya.

Setelah bertungkus lumus selama hampir tiga bulan iaitu dari Jun hingga Ogos, akhirnya beliau telah berjaya menyelesaikan tugas yang diamanahkan dengan pelbagai pengalaman pahit dan manis.

Lebih manis lagi apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop mengumumkan bahawa pembayaran akan dibuat sebelum Aidilfitri.

Aidilfitri dan Aidiladha telah pun berlalu namun isteri saya masih belum menerima sebarang bayaran walaupun satu sen. Kini musim kembali ke sekolah telah tiba. Justeru kami sangat berharap pihak berkenaan dapat melangsaikan pembayaran elaun agar kami dapat menampung perbelanjaan di saat yang mendesak ini.

Bela Isteri
Kuala Kangsar, Perak
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=1222&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_05.htm

Juga kisah Pegawai Banci belum terima elaun sebelum ini :

Kerajaan BN belum bayar elaun Pembanci? Benci BN aku
http://amkns.blogspot.com/2010/11/kerajaan-bn-belum-bayar-elaun-pembanci.html

Beribu Pegawai Banci Belum Dapat Elaun dijanjikan
http://amkns.blogspot.com/2010/08/beribu-pegawai-banci-belum-dapat-elaun.html

Pahang, Juara Masjid Roboh?

Posted: 21 Dec 2010 02:41 PM PST


Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk.

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK MAHU UMNO SERTA SEMUA SAYAP PARTI MENGADAKAN LEBIH BANYAK PROGRAM BERBENTUK MENDAMPINGI RAKYAT DI KAWASAN-KAWASAN YANG DIKUASAI PEMBANGKANG DAN BUKANNYA DI KAWASAN SELAMAT.- UTUSAN MALAYSIA 17 OKT. 2010

Laporan Ketua Audit Negara 2009 untuk Pahang di http://amkns.blogspot.com/2010/11/banyak-projek-sakit-di-pahang.html

***********************
MASJID HAMPIR ROBOH

Berita Harian 22 Dis 2010


Sidek (kiri) bersama penduduk kampung menunjukkan siling masjid yang terkopak dan uzur di kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling.Penduduk Kampung Kuala Sat minta rumah ibadat baru

JERANTUT: Penduduk Kampung Kuala Sat, Hulu Tembeling memohon kerajaan negeri membina sebuah masjid baru menggantikan masjid kayu berusia 60 tahun yang usang serta tidak mencerminkan rumah ibadat mempunyai persekitaran ceria. Selain itu, masjid berkenaan dikelilingi semak, manakala sistem perparitan dan kumbahan dari bangunan berdekatan tidak diselenggarakan dengan betul sehingga wujud persekitaran kotor dan berbau busuk. Tinjauan Berita Harian mendapati berlaku kebocoran di ruang jemaah sehingga sukar untuk mereka mendirikan solat ketika musim tengkujuh apabila air hujan menitis menerusi atap dan siling yang bocor.

Selain itu, masjid itu yang terletak di pesisir Sungai Tembeling kini mengalami banyak kerosakan terutama pada dinding, lantai dimakan anai-anai, tiang reput serta atap dan siling bocor dan dikhuatiri tidak mampu menampung kira-kira 700 jemaah.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kuala Sat, Sidek Mahusin, 58, berkata kerajaan negeri sepatutnya menyediakan peruntukan membina masjid baru kerana penduduk sudah mewakafkan tanah seluas dua hektar.

"JKKK Kuala Sat dan Jawatankuasa masjid ini pernah beberapa kali membuat permohonan supaya kerajaan negeri membina masjid baru, tetapi hingga ke hari ini hasrat kami tidak kesampaian.
"Sudah 15 tahun kami mengemukakan permohonan masjid baru kepada pihak Pentadbiran Daerah Jerantut dan kerajaan negeri, tetapi tidak diluluskan tanpa alasan," katanya.

Beliau berkata, penduduk kecewa apabila permohonan tidak diendahkan sedangkan di kampung berdekatan sudah mendapat masjid baru pada tahun lalu sedangkan jumlah penduduknya kecil.

Sidek yang akan bersara sebagai ketua kampung akhir bulan ini berkata pihak berwajib pernah berjanji untuk membantu membina masjid baru, tetapi sehingga hari ini sebatang tiang pun belum kelihatan dan mencetuskan tanda tanya kepada penduduk tempatan.

Pengerusi masjid berkenaan, Shaharuddin Mat Taha, 42, berkata, struktur masjid lama itu sudah terlalu uzur dan tidak selamat digunakan kerana ia boleh roboh pada bila-bila masa.

"Awal bulan ini, sebahagian ruang masjid roboh selepas jemaah menunaikan solat akibat tiang dan rasuknya reput dimakan anai-anai," katanya.

Penduduk, Siti Aminah Abdullah Hashim, 51, berkata, penduduk mengharapkan sebuah masjid baru yang selesa untuk melaksanakan solat dan program dakwah.

Katanya, keadaan persekitaran dalam dan luar masjid yang tidak ceria juga mengundang ketidakselesaan pelawat dan musafir yang kerap singgah di kampung berkenaan.

Seorang warga emas, Mahasan Awang Besar, 90, berkata, masjid itu kerap dibaiki hasil sumbangan kewangan dan kudrat penduduk sejak sebelum merdeka.

"Sehubungan itu, saya harap kerajaan negeri membina masjid baru di tanah wakaf yang kami sediakan supaya jemaah lebih selesa beribadat kepada Allah," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Masjidhampirroboh/Article

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.

PKR DUN 19 Kepayan P174 Penampang, Sabah.


PKR Christmas Walkabout in Lido & Donggongon

Posted: 22 Dec 2010 03:33 AM PST

PKR Central Supreme Council member Dr Roland Chia Ming Shen together with PKR Penampang Chief Darel Leiking did their Christmas greetings rounds in both the Doggongon Tamu & Lido market recently.

Among the grouses in the Donggongon Tamu is the delay in rebuilding the burnt down market way back in May 2010. There seemed to be no signs of construction of the market much to the dismay of the local market traders. Many of them have yet to start their business, and the loss of income has caused great financial strain to their family livelihood. For some it has caused mush psychological anxiety also.

Among the grouses in the Lido market was the impact of the reduction of fuel subsidy , that has reduce their profit margin of their sales, one was lamenting that, since the profit margin was small for market traders, the increase in fuel does not augur well with their meager income . Customers also tend to buy less volume than before in view of the tight budget on their part.

Gwo-Burne for Kelana Jaya

Gwo-Burne for Kelana Jaya


PARLIMEN: PROSEDUR POLIS

Posted: 01 Dec 2010 08:20 PM PST

JAWAPAN LISAN DEWAN RAKYAT TUAN GWO-BURNE LOH PADA 2 DISEMBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTEERI DALAM NEGERI menyatakan prosedur dan dasar terperinci polis mensyaki, menahan, memeriksa dan menangkap suspek berjalan kaki, motosikal dan kereta dengan kekerasan dan tanpa kekerasan. JAWAPAN: Tuan Yang Di Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan. Untuk [...]

PARLIMEN: STATISTIK ANGGOTA POLIS DITEMBAK MATI

Posted: 02 Nov 2010 09:59 PM PDT

JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 3 NOVEMBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan statistic jumlah polis yang ditembak mati oleh penjenayah dari 2001 hingga 2010 dan dalam situasi bagaimana mereka ditembak mati. JAWAPAN: Tuan Yang di-Pertua, Saya mengucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat Kelana Jaya yang mengemukakan pertanyaan. Untuk makluman [...]

PARLIMEN: PARTI POLITIK MENCABAR SELAIN PETISYEN

Posted: 12 Oct 2010 07:46 PM PDT

JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 13 OKTOBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta PERDANA MENTERI menyatakan keperluan untuk meminda Seksyen 35A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 agar calon-calon dan parti-parti politik semasa pilihan raya agar boleh mencabar di mahkamah selain petisyen. JAWAPAN: YB DATO' SERI MOHAMED NAZRI AZIZ MENTERI DI JABATAN PERDANA MENTERI Tuan Yang [...]

PARLIMEN: KES PENANGKAPAN ANGGOTA BIRO ADUAN GUAMAN

Posted: 26 Sep 2010 07:48 PM PDT

JAWAPAN LISAN TUAN GWO-BURNE LOH DI DEWAN RAKYAT PADA 27 OKTOBER 2010 SOALAN: TUAN GWO-BURNE LOH [KELANA JAYA] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan sama ada pihak Kerajaan akan mengambil kira laporan siasatan SUHAKAM pada 23 April 2010 berkaitan dengan penahanan lima peguam dari Biro Bantuan Guaman yang ditahan di Balai Polis Brickfields pada 7 Mei 2009. JAWAPAN: Tuan Yang [...]

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


Tengok niii...Bukti,Umno Semakin "Meroyan"

Posted: 22 Dec 2010 03:10 AM PST



( YB Chang Lih Kang Adun Teja)

Cari punya cari,kali ni baru wa dapat gambar yang ori,ada kawan wa yang suruh ambil dalam fb nya..TQ amoi..Kesimpulannya,Umno/BN memang dah "Meroyan" dan tak ketahuan.

Cakap-cakap pimpinan mereka selama ini supaya parti politik tidak melibatkan para pelajar sekolah telah memakan dan menelan diri sendiri,Umno Umpama "Menjilat Najis Sendiri",itulah perigilabahasa yang sesuai untuk Umno Haprak masa kini.

Benarlah sabda Rasullullah,salah satu ciri-ciri munafik"Apabila mereka bercakap mereka suka menipu,"maka inilah spesisnya!! sumber

Sumber: http://muslimeen-united.blogspot.com/

KEDAH online

KEDAH online


SAPA DULU...

Posted: 21 Dec 2010 07:43 AM PST

Che’guBard dalam dilema antara prinsip dan jawatan

Posted: 21 Dec 2010 07:13 AM PST

Zaid yakin Kita nampak hebat nanti

Posted: 21 Dec 2010 07:01 AM PST

PKR SYOK SENDIRI...??

Posted: 21 Dec 2010 06:40 AM PST