Sabtu, 20 November 2010

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Jawatankuasa Bertindak PKR Ranting Felda Jenderak Utara

Posted: 20 Nov 2010 04:12 PM PST

Mesyuarat Biro Felda PKR Cabang Kuala Krau di Rumah Ahmad Bila di Felda Jenderak Utara malam tadi (20.11.10) yang dihadiri oleh 25 orang JK nya memutuskan untuk menubuhkan Jawatankuasa Bertindak untuk:

1.) menggembeling tenaga anak-anak peneroka generasi kedua dan ketiga untuk terlibat didalam gerakan PKR, Sdr Zikri, pemimpin anak-anak muda yg bergiat didalam sukan dilantik mengetuai gerakan tersebut,

2. Jawatankuasa Pilihanraya diketuai oleh Sdr Mohd Nor Bakar ditubuhkan dan ranting Felda Jenderak Utara akan menghantar minima 12 orang ke Kursus PACA dan Pilihanaya yangf akan diadakan oleh PKR Cbg Kuala Krau pd 18.12.10 dan yg akan diselenggarakan oleh JPRP.

3. JK Bertindak yang ditubuhkan akan mengadakan perjumpaan formal dan tidak formal seminggu sekali untuk memanau perkembangan gerakkerja mereka.

4. Kehadiran berikrar untuk memperbanyakkan anggota parti dgn permulaan setiap yg hadir akan memasukkan setiap ahli keluarga masing-masing menjadi anggota, kemudian mensasarkan setiap anggota mendapatkan seorang anggota baru bagi bulan pertama dan sasaran seterusnya seorang anggota baru untuk tempoh satu tahun mensasarkan 240 anggota dalam tempoh satru tahun.

5. Ketetapan dibuat oleh JK bertindak untuk mengadaka minima sebulan sekali ceramah-ceramah besar dan 2 minggu sekali ceramah-ceramah kelompok.

6. Satu Jawatankuasa Bertindak telah ditubuhkan dengan dipengerusikan oleh Ketua Ranting, Mohd Nor Bakar, Alias Asak Idris selaku Timbalan dan Ahmad Bila selaku Setiausaha dengan 22 orang AJK.

Mesyuarat JK Khas PKR Cabang Kuala Krau pd 20.11.10

Posted: 20 Nov 2010 03:50 PM PST

Keputusan:

1. Semua Anggota Jawatankuasa PKR Cabang akan hadir di perjumpaan tertutup bersama Ketua Umum pada 23.11.10 dan kenderaan secukupnya disediakan.

2. Semua Perwakilan ke Kongres Nasional di Dewan Sivik Petaling Jaya dari Cabang Kuala Krau akakan ditempatkan di sebuah apartmen di Subang Jaya milik seorang AJK Cabang utk mengelakkan perbelanjaan yg besar jika menyewa bilik-bilik hotel.

3. Meluluskan 1r permohonan baru menjadi anggota.

4. Meluluskan Tabung Kebajikan untuk ahli-ahli yg berhadapan dengan masalah seperti kemalangan, kematian, dan bencana alam, dgn permulaan menyerahkan RM100.00 kepadda AJK Anita Karim yang kehilangan ibu mertuanya semalam dan membeli beras dan makanan untuk AJK Bala yg kemalangan jalanraya.

5. Meluluskan program Ceramah dan pelan bertindak untuk bulan Disember 2010.

6. Mengadakan Kursus Pilihanraya dan PACA pada 18.12.10 yg akan dikendalikan oleh JPRP.

Mesyuarat JK Khas PKR Cabang Kuala Krau

Posted: 20 Nov 2010 03:50 PM PST

Keputusan:

1. Semua Anggota Jawatankuasa PKR Cabang akan hadir di perjumpaan tertutup bersama Ketua Umum pada 23.11.10 dan kenderaan secukupnya disediakan.

2. Semua Perwakilan ke Kongres Nasional di Dewan Sivik Petaling Jaya dari Cabang Kuala Krau akakan ditempatkan di sebuah apartmen di Subang Jaya milik seorang AJK Cabang utk mengelakkan perbelanjaan yg besar jika menyewa bilik-bilik hotel.

3. Meluluskan 1r permohonan baru menjadi anggota.

4. Meluluskan Tabung Kebajikan untuk ahli-ahli yg berhadapan dengan masalah seperti kemalangan, kematian, dan bencana alam, dgn permulaan menyerahkan RM100.00 kepadda AJK Anita Karim yang kehilangan ibu mertuanya semalam dan membeli beras dan makanan untuk AJK Bala yg kemalangan jalanraya.

5. Meluluskan program Ceramah dan pelan bertindak untuk bulan Disember 2010.

6. Mengadakan Kursus Pilihanraya dan PACA pada 18.12.10 yg akan dikendalikan oleh JPRP.

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


PAKU TERAKHIR!

Posted: 19 Nov 2010 10:29 PM PST

Salam 2 all.

Apabila mendengar Anwar & Azmin membelasah Zaid sampai rapat ke lantai termasuk dalam 'Rapat Umum' semalam di Dewan MBSA, teman dapat melihat betapa desperadonya mereka sekarang. Sebenarnya mereka tahu hari-hari akhir mereka makin dekat. Tindakan Zaid mengumumkan keluar secara rasmi dari PKR dan cadangan menubuhkan sebuah parti baru adalah paku-paku terakhir kepada keranda PKR. PKR sekarang berhadapan dengan krisis keyakinan kepimpinan yang serius. Krisis yang akan membawa kepada berkuburnya PKR! Apatah lagi daripada 3 bateri AAA, kini yang berfungsi hanya Bateri 2A, sebiji lagi sekadar Bateri Penghias aje!

Kenyataan Tuan Guru Haji Hadi baru-baru ini bahawa PAS perlu berdiri dan membina kekuatan dalaman adalah satu isyarat kehilangan keyakinan kepada halatuju dan kepimpinan Anwar. Teman tahu tidak semua kepimpinan PAS boleh menerima kepimpinan Azmin.

Kritikan dan teguran terbuka oleh penyokong tegar, terutama dikalangan blogger saperti Raja Petra, Hishamuddin Rais, Haris Ibrahim dan lain-lain membuktikan trend sokongan terhadap kepimpinan Anwar mula dipersoalkan. Mereka sudah nampak apa yang teman sudah nampak. Bahawa PKR ini adalah kuda tunggangan Anwar berpaksikan kepada politik pembohongan dan cakap tak serupa bikin, hanya untuk memahkotakan Anwar sebagai Perdana Menteri!!

Teman nampak PKR akan ghaibul-ghuyub tak lama lagi. Yang tinggal hanyalah tulang-tulang dinasour politikus yang rakus. Jeneral tanpa lasykarnya. Sekadar pal hangguk dan pak turut yang masih keliru dengan perjuangan reformasi. Demokrasi yang sebenarnya demokerusi! Penuh dengan penipuan, pembohongan, putar belit dan penyelewengan!

Cuma dalam semua kemelut yang berlaku ini, teman heran dimana suara Sang Presiden Dato' Seri Wan Azizah (atau lebih teman kenal dengan panggilan Kak Zah). Adakah Kak Zah sudah terpinggir atau dipinggirkan. Sepatutnya seorang Presiden yang menang tanpa bertanding akan menjadi suara yang sangat perkasa, digeruni dan dihormati. Namun Kak Zah langsung tidak kedengaran, malah langsung tidak kelihatan.

Teman masih ingat diperingkat awal gerakan reformasi. Semasa Anwar sudah disumbat kedalam penjara. Peranan Kak Zah sangat jelas. Kalau bukan kerana penglibatan secara langsung Kak Zah dalam gerakan reformasi, teman percaya ianya tidak akan menjadi sebuah gerakan yang efektif. Reformasi tanpa Kak Zah mengetuainya akan hilang ghaib. Suara Kak Zah melaung-laungkan reformasi disegala pelusuk negara, membelah ibukota telah mencetuskan satu fenomena yang tidak pernah dilihat negara.

Teman masih ingat kata-kata Kak Zah, "kini cacing dah jadi naga!". Keberanian dan kelantangan Kak Zah menjadikan beliau serikandi reformasi. Kak Zah menjadi kiblat penyokong dan pendokong reformis. Tapi kini naga itu seolah-olah sudah kembali menjadi cacing. Bukan sahaja cacing, malah menjadi umpan untuk dimakan ikan-ikan rakus yang dibutakan dengan sandiwara demokerusi yang jijik, kotor dan makiavelian!

Teman teringat kata-kata Kak Zah dahulu. "Agaknya nanti bile Bang Non bebas, adakah dia akan buat untuk Kak Zah apa yang Kak Zah buat untuk dia?".

Jawapan dia jelas Kak Zah. Bang Non bukan sahaja tidak membela dan mempertahankan Kak Zah, kedudukan Kak Zah sebagai Presiden pun dia tidak hormati. Zaid Ibrahim yang cuba membela Kak Zah, memartabatkan jawatan Kak Zah sebagai Presiden dihamput keluar macam anjing kurap, dan hari ini bintang sinaran reformasi itu dilayang saperti taik bintang. Dari hero ke zero. Dulu dikompang kini dilempang!

Sekurang-kurangnya Kak Zah berani juga bertanding dan menang jawatan Presiden. Bang Non bukan sahaja tidak bertanding, malah dia mahu berkuasa tanpa bertanding. Dia mau jawatan yang tak ada pun dalam Perlembagaan, dan yang siapa pun tidak boleh cabar. Jawatan yang entah siapa bagi kat Bang Non kita pun tak tahu? Dan Bang Non kini sibuk hendak memahkotakan adinda kesayangannya Azmin sebagai pengganti untuk Kak Zah nanti!

Kak Zah sendiri pun tahu selepas daripada ini, semua keputusan penting akan hanya dibuat oleh Ketua Umum dan Timbalan Presiden. Kak Zah akan hanya menjadi pengumum keputusan-keputusan itu. Pendekkata, mereka sedang menukar Kak Zah balik kepada cacing umpanan, sekadar menjadi penghias majalah PKR.

Saya mengambil kesempatan ini untuk menasihatkan Kak Zah, perbetulkanlah kemungkaran yang sedang berlaku. Saya tahu Kak Zah tahu apa yang saya tahu. Masih belum terlambat untuk Kak Zah bertindak. Saya tidak mintak Kak Zah tinggalkan Anwar, kerana Kak Zah adalah isteri Anwar. Tetapi nasihatkanlah Anwar. Sudah-sudahlah tu. Selesaikanlah masaah peribadi yang dia hadapi tanpa perlu mengorbankan kebajikan rakyat dan kepentingan negara, sehingga negara asing didesak mencampuri urusan negara hanya untuk kepentingan peribadi Anwar. Kak Zah seorang yang berjiwa luhur. Kak Zah begitu menjaga hukum ALLAH, sehingga Kak Zah memastikan ketika bersalaman dengan lelaki ajnabi pun aurat Kak Zah terjaga dengan ciptaan sarung tangan ala Michael Jackson itu. Itu membuktikan Kak Zah takutkan hukum ALLAH. Dan Kak Zah boleh buktikan ketaqwaan itu dengan menterjemahkannya kepada hal-hal politik Anwar & Azmin yang semakin membahayakan umat dan rakyat.

Ingatlah firman ALLAH Kak Zah, "kamu akan menjadi contoh ikutan manusia bilamana kamu menyeru manusia kepada ma'ruf,mencegah kemungkaran, dan beriman dengan sebenarnya kepada ALLAH". Pada saya, Kak Zah boleh menjadi smula naga yang hebat. Pada saya, Kak Zah boleh menjadi paku terakhir untuk mencegah kemungkaran politik yang sedang berlaku sekarang. Dihari tasyriq terakhir ini, lontarkanlah batu-batu keadilan kepada jamrah-jamrah kemungkaran, dan ucapkanlah Labbaikallah hummalabbaik, aku datang kepada Mu ya ALLAH, aku datang kepada Mu ya ALLAH.

Wallahua'lam & wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Zulhijjah 1431
20 Nov 2010

MENDEWAKAN WARISAN ASING!

Posted: 19 Nov 2010 05:01 AM PST

Salam 2 all.

Saya tidak faham dengan tindakan segelintir rakyat Malaysia yang cuba mendewa-dewakan pemimpin negara luar dalam keadaan kita punya tokoh sejarah tempatan yang lebih patut dikenang dan ditonjolkan. Yang saya maksudkan ialah cadangan mengujudkan "Sun Yat Sen Heritage Trail" di Pulau Pinang. Apa rasional membina "Laluan Warisan Sun Yat Seng" di negara Malaysia ini pun saya tidak faham?

Saya tidak bermaksud mempetikaikan Dr. Sun Yat Seng. Beliau adalah pemimpin revolusi tanah besar China, yang menggulingkan pemerintahan emperor menjadikan tanah besar China sebuah republik. Rakyat tanah besar China berhak mengagungkan pemimpin mereka. Tetapi apa kena mengena dengan sejarah kita di Malaysia ini. Hanya kerana Sun Yat Seng pernah menjejak kaki ke negara ini, maka adakah itu memberi satu kewajaran kita mengenang pemimpin tanah besar negara China ini, sehingga perlu membina "Laluan Warisan Sun Yat Seng?".

Mungkin nanti timbul pula idea nak ujudkan "Gandhi Heritage Trail", "Nehru Heritage Trail", "Mandela Heritage Trail", "Mao Zedong Heritage Trail", "Kuan Yew Heritage Trail" dan segala macam "Laluan Warisan".

Pada saya kita punya banyak tokoh tempatan yang boleh kita ingati, dan mungkin mengujudkan "Laluan Warisan" mereka. Antaranya Tan Cheng Lok, Yuen Yuet Leng, Yap Ah Loy, Yap Ah Shak, Seenivasagam, Manickavasagam, dan ramai lagi yang telah menyumbang jasa kepada pembinaan sejarah negara ini.

Mengapa perlu kita dewa-dewakan sejarah dan tokoh asing? Saya hairan dengan golongan ni yang sejarah negara sendiri pun mereka kabur, dok sibuk dengan sejarah orang lain. Sedang kita punya khazanah sejarah yang tidak kurang hebat, malah mungkin lebih hebat dari orang lain. Berbanggalah dengan sejarah kita, berbanggalah menjadi rakyat Malaysia. Cintai warisan sendiri, walaupun itu tidak melarang kita mempelajari warisan orang lain. Cuma tidak perlulah kita mendewa-dewakan orang lain. Kelak nanti kera dihutan disusukan, sejarah sendiri mati beragan!

Adios amigos, grasias senor & senorita.

Zulkifli Bin Noordin
Sabtu
13 Zulhijjah 1431
20 Nov 2010

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

(Lapuran akhbar The Star hari ini 19.11.2010)

Friday November 19, 2010

Sun Yat Sen Heritage Trail to be launched


Blazing the trail: Lim Gaik Siang outside the old Shih Chung Branch School at 11, Northam Road.

GEORGE TOWN: Little is known about the crucial time that Dr Sun Yat Sen spent in Penang although much has been chronicled about his journeys elsewhere.

The Penang Heritage Trust has embarked on an ambitious project to mark a trail of 17 historic and important buildings associated with Dr Sun, known as the Father of Modern China, and his followers.

The project, which started in 2002, will be realised this Saturday with the launch of the Sun Yat Sen Heritage Trail.

Treasurer Lim Gaik Siang said the sites included the bases for the Tongmenghui, Dr Sun's secret society, the original site of Kwong Wah Jit Poh, which started out as the society's organ, the Penang Chinese Town Hall, and the old Shih Chung Branch School at 11, Northam Road, a former bungalow sold off to finance revolutionary activities.

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Rakaman Pidato:Anwar Ibrahim Pengemudi Zaman

Posted: 19 Nov 2010 09:41 PM PST

Komentar Pengunjung: Perjuangan Menuntut Pengorbanan

Posted: 19 Nov 2010 08:52 PM PST

Dear Dato Seri Anwar,

Do not be discouraged. Z was mere political theatre. And bad theatre at that. Soldier on. The campaign for true social justice is just beginning. Those who are not prepared to sacrifice themselves for the common good have fallen by the wayside. Lead on those who remain and who are willing to endure hardship for a worthy cause.

Cheng Ho