Selasa, 12 Oktober 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


PKR Batu Sapi senaraikan tiga calon

Posted: 12 Oct 2010 12:48 AM PDT

Cawangan PKR Batu Sapi telah menyenarai-pendek tiga calon yang berkelayakan untuk diketengahkan bagi pilihan raya kecil parlimen Batu Sapi, kata ketuanya Hassnar Ebrahim.

"Tiga nama berkenaan - seorang Bajau, seorang Suluk dan seorang lagi untuk dipertimbang oleh kepimpinan PKR Sabah malam ini.

"Biarkan pucuk pimpinan umumkan keputusan itu. Kami akan adakan juga mesyuarat Pakatan Sabah di Kota Kinabalu tidak lama lagi bagi membincang persiapan pilihan raya kecil."

PKR diamanahkan untuk bertanding di parlimen Batu Sapi dalam pilihan raya 2008 tetapi parti itu gagal mengetengahakan sebarang calon pada hari penamaan calon.

Calon ditahan polis

"Apa yang berlaku pada pilihan raya umum 2008 tidak patut dipersalahkan ke atas PKR. Calon kami, Dr Yusuf Sheikh Ahmad, malangnya ditahan oleh anggota polis cawangan khas untuk disoal-siasat sehingga proses penamaan calon berakhir," dakwa Hassnar.

Pengarah pilihan raya PKR, Fuziah Salleh telah menyatakan minat parti itu untuk bertanding, meskipun DAP dikatakan berminat untuk mewakili Pakatan Rakyat.

Menurut Hassnar, beliau bukan antara calon PKR meskipun beliau dilantik sebagai ketua cawangan baru-baru ini. Beliau juga menolak spekulasi bahawa PKR akan menyerahkan kerusi itu kepada DAP untuk bertanding.

Batu Sapi adalah kawasan majoriti penduduk Islam, manakala bukan Islam yang dikatakan penyokong DAP mewakili kira-kira 40 peratus daripada pengundi.

Kerusi Batu Sapi kosong berikutan kematian Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah yang terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, pada Sabtu lalu.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771.

BN dijangka sekali lagi diwakili oleh PBS untuk kerusi Batu Sapi manakala satu lagi parti pembangkang SAPP, juga dikatakan berminat untuk bertanding.


Sumber: Malaysiakini

Wang judi: Warga emas tolak fitnah Umno

Posted: 12 Oct 2010 12:42 AM PDT

BUTTERWORTH, 12 Okt: Warga emas sekitar Seberang Perai Utara mengatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada kepimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng serta meminta meneruskan program penghargaan kepada golongan veteran pada masa depan.

Seramai 70 orang warga emas yang datang dari Penaga, Kepala Batas, Bagan, Teluk Air Tawar, Sungai Dua, Tasek Gelugor, Pokok Sena, Lahar Yooi dan kawasan lain turut kesal dengan tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Azhar Ibrahim yang tiba-tiba mengajak mereka mengembalikan RM100 dan RM1,000 untuk para waris jika terdapat kematian warga emas kononnya berpunca dari wang judi.

Bagi mereka, semua itu merupakan mainan politik jahat yang sengaja dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda Umno, Reezal Merican Naina Merican yang menuduh pemberian wang pada pertengahan tahun ini berpunca dari wang Kelab Lumba Kuda.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Permatang Pasir yang juga Timbalan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Ustaz Saleh Man pula meminta warga emas usah terpengaruh dengan dakyah jahat pembangkang negeri ini yang sudah kehabisan modal.

Beliau berkata, sebenarnya wang itu adalah lebihan perbelanjaan Kerajaan Pakatan Rakyat tahun ini sebanyak RM88 juta dan RM20 juta diperuntukkan kepada warga emas sebagai menghargai pengorbanan mereka terhadap kemajuan Pulau Pinang.

"Wang hasil pemberikan Lumba Kuda memang ada tapi ia tidak dimasukkan pada tabung sumbangan kepada warga emas sebaliknya digunakan untuk Rancangan Anti Kemiskinan (RAK) khas untuk masyarakat bukan Islam, " jelasnya lagi.

Seorang warga emas, Zainab Mat dari Butterworth menyifatkan, apa yang diperjelaskan oleh kerajaan negeri cukup meyakinkan bahawa semua itu pembohongan.

"Bila datang mendengar sendiri keterangan yang disampaikan oleh Adun dan Ahli Majlis Seberang Perai (MPSP) baru tahu hal sebenar," ujarnya.

Bekas ahli Umno, Abu Bakar Said dari Bagan Ajam pula menambah, di zaman BN tidak pernah berlaku ketua menteri melawat surau atau masjid tetapi berlaku di era kepimpinan Pakatan Rakyat.

"Bila KM sendiri turun padang menziarahi umat Islam di samping memberikan penghargaan warga emas, ia satu peristiwa yang tidak pernah berlaku dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN)," tegasnya.

Bagi Sambasivam pula, kini baru beliau tahu hal sebenar mengenai perkara itu kerana selama ini mendengar sebelah pihak sahaja.

Sesi penerangan untuk menolak fitnah Umno itu diadakan di Bangunan Datuk Ahmad Badawi disampaikan oleh beberapa orang Adun termasuk Adun Bagan Dalam, Thanasekharan dan Adun Bagan Jermal, Lim Hock Seng.

Sumber: Harakah Daily

19 kelongsong peluru di samping Aminurasyid

Posted: 12 Oct 2010 12:35 AM PDT


SHAH ALAM, 12 Okt: Seorang saksi kes perbicaraan seorang anggota polis yang didakwa menyebabkan kematian adik Aminulrasyid Amzah, 16 tahun, memberitahu mahkamah, ada 19 kelongsong peluru dijumpai di tempat kejadian.

Kopral Mokhtar Hussein berkata, dia menjumpai kelongsong peluru itu ketika beliau ke tempat kejadian selepas mendapat laporan tembakan ke atas seorang remaja.

Beliau memberikan keterangan sebagai saksi ke atas Kopral Jenain Subi, 48 tahun, yang didakwa menyebabkan kematian ke atas Aminulrasyid di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam pada awal pagi 26 April lalu.

Jenain boleh dihukum sehingga 30 tahun penjara berikutan dakwaan membunuh tanpa sengaja itu.

Perbicaraan ke atas beliau bermula hari ini di Mahkamah Sesyen Shah Alam di hadapan hakim Latifah Mohd Tahar. Jenain diwakili oleh Salim Bashir manakala peguam Karpal Singh menjadi peguam pemerhati bagi pihak keluarga Aminulrasyid.

15 saksi dijangka akan dipanggil bagi memberikan keterangan dalam kes yang mendapat perhatian pelbagai pihak ini.

Pada awal pagi 26 April lalu, Aminulrasyid mati tertembak apabila sebutir peluru menembusi kepalanya dari belakang.

Aminurasyid memandu kereta yang dimiliki kakaknya. Turut serta dalam kereta itu adalah rakannya, Azamuddin Omar, 15, yang juga seorang remaja di bawah umur.

Saksi pertama yang memberikan keterangan hari ini adalah lans kopral Mohd Sabri Salleh, 30 yang bertugas pada hari kejadian itu.

Dia memberikan keterangan bahawa pada jam kira-kira 1.45 pagi, dia menerima panggilan dari kereta peronda untuk membantu menghentikan sebuah kereta Proton Iswara berwarna puteh yang dipandu laju dan tidak berhenti apabila diminta berbuat demikian oleh polis.

Saksi kedua adalah penyiasat lans kopral Ahmad Zamzani Abd Wahab, 25. Dia dipanggil untuk mengambil gambar tempat kejadian dan mendapati tayar belakang kereta yang dipandu Aminurasyid itu pancit.


Sumber: Harakah Daily

Berjaya Kurangkan Kos Selenggara Perkampungan Exco Seksyen 7

Posted: 12 Oct 2010 12:31 AM PDT

SHAH ALAM, 12 Okt – Hasil perancangan teliti dan cermat, Kerajaan Negeri Selangor berjaya mengurangkan kos penyelenggaraan Perkampungan Exco dari RM170,000 sebulan kepada RM70,000 sahaja.

Meskipun potensi kompleks rumah-rumah banglo ini belum dimaksimakan sepenuhnya, namun Exco Perumahan Iskandar Abdul Samad menjelaskan, strategi sedia ada memadai untuk meringankan beban kerajaan negeri menampung projek bernilai RM21 juta itu.

Pembinaan Perkampungan Exco di Seksyen 7 Shah Alam oleh pentadbiran lalu mengundang kontroversi dengan pembinaan 10 buah rumah banglo yang dikhususkan untuk kegunaan Exco-Exco kerajaan negeri sahaja.

Pakatan Rakyat (Pakatan) berpendapat pembinaannya adalah satu pembaziran yang ketara, kerana ia tidak memberi pulangan langsung kepada pembayar cukai, lantas pentadbiran baru terpaksa menggalas tanggungjawab memastikan perkampungan itu menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor.

Kini dikenali sebagai Rumah Rehat Kerajaan Negeri Selangor, enam dari 10 bunglo itu disewa mengikut caj hotel semasa, iaitu RM170 sehari, yang digunakan secara kerap oleh para penjawat awam Selangor yang berkursus.

Manakala empat rumah diperuntukkan untuk Pegawai Kewangan Negeri, Pengarah Penerangan Negeri, Presiden Majlis Daerah Petaling dan Penasihat Ekonomi Negeri.

Iskandar menjelaskan, kadar sewaan untuk setiap banglo berdasarkan kepada caj bilik standard Hotel De Palma, yang dilantik untuk membantu kerajaan negeri memajukan
perkampungan itu.

"Fokus kita sekarang adalah untuk program-program dalaman kerajaan negeri. Sambutan yang diterima daripada para Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN), Exco, ketua-ketua kampung adalah menggalakkan," jelas Iskandar yang juga merupakan ADUN Cempaka.

Pengunjung setia kompleks ini adalah pemimpin-pemimpin setempat seperti ketua-ketua kampung, pegawai-pegawai dari Pejabat Menteri Besar, serta peserta-peserta program kemajuan insani SPIES untuk penjawat awam.

Dikelilingi oleh taman rimba kehijauan, perkampungan ini digunakan untuk mesyuarat, latihan dan kursus-kursus kerajaan, selain menjadi kediaman tetamu-tetamu kerajaan negeri.


Setiap bilik tidur dan ruang tamu dilengkapi penghawa dingin, manakala sistem air panas disediakan di setiap bilik mandi, bahkan para tetamu juga mempunyai akses kepada kolam mandi beserta jakuzi yang disediakan di setiap rumah.

Iskandar menjelaskan, cadangan menggandakan fungsi kompleks rumah rehat ini kepada perhotelan komersil, kampus pendidikan dan pusat rawatan memerlukan input daripada orang ramai serta penukaran status tanah.

"Kalau kita mahu usahakan kegiatan komersil di tanah kompleks ini, kita terlebih dahulu perlu mengadakan pendengaran awam jika mahu menukar status tanah berkenaan kepada perniagaan daripada kediaman," ujar Iskandar.

"Meskipun ada cadangan untuk menukarkan kompleks ini kepada pusat rawatan, tetapi sehingga sekarang ini tiada lagi kertas cadangan dari mana-mana pihak bagaimana untuk menggunakan kompleks ini," tambah beliau.


Sumber: Selangorkini

Kerajaan Negeri Selangor Peka Perubahan Iklim Dunia

Posted: 12 Oct 2010 12:30 AM PDT


SHAH ALAM, 12 Okt – Bagi tujuan membawa isu perubahan iklim ke semua lapisan masyarakat di negeri ini, Kerajaan Negeri Selangor telah melancarkan kempen kesedaran perubahan iklim '10:10 Selangor' bagi menyambut baik kempen yang telah dijalankan di peringkat antarabangsa.

Tunjang utama kempen '10:10 Selangor' ini tersenarai dalam 10 langkah mudah. Antara langkah-langkah yang disyorkan, mengelak pembaziran makanan, air dan tenaga, menggunakan mentol lampu jimat tenaga, dan menjimatkan tenaga penghawa dingin dengan menetapkan suhu pada paras 25 darjah celsius.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar, Elizabeth Wong, kerajaan negeri melancarkan kempen '10:10 Selangor' ini sebagai langkah permulaan bagi mewujudkan kesedaran di kalangan rakyat Selangor tentang isu-isu perubahan iklim serta tindakan yang boleh diambil.

"Perubahan iklim dunia merupakan cabaran penting untuk generasi kini. Saya percaya semua rakyat Selangor bersedia untuk menghadapi cabaran ini, khususnya jika kita sedar hubungan antara cara hidup kita dengan punca fenomena perubahan iklim," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu dalam satu kenyataan media.

Walau bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa kempen '10:10 Selangor' ini hanya merupakan langkah pertama.

Orang ramai dijemput untuk membuat deklarasi awam penyokongan terhadap 10 langkah yang disyorkan kempen '10:10 Selangor' ini di www.selangor.gov.my/1010. Sebuah loket edisi terhad yang diperbuat daripada bahan plastik yang dikitarsemula akan dihadiahkan kepada 500 penyertaan yang pertama.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Brian Yap
pegawaikhas@gmail.com
+60 16 311 0120
atau
Adrian Yeo
alamsekitarselangor@gmail.com
012-358 5453

Akta Pekerja Ditarik Balik

Posted: 12 Oct 2010 12:07 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 OKT: Setelah dikritik hebat oleh kumpulan hak asasi manusia dan kesatuan sekerja, kerajaan Barisan Nasional menarik balik usul pembentangan pindaan Akta Pekerja di Parlimen pagi tadi.

Sejurus selepas sesi soal jawap Dewan Rakyat, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan memberitahu dewan bahawa cadangan pembentangan pindaan akta tersebut ditarik balik.

Sebelum ini, kerajaan BN menyifatkan pindaan-pindaan berkenaan akan memberikan faedah kepada pekerja kerana ia akan meluaskan lagi undang-undang untuk melindungi pekerja sementara, gangguan seksual di tempat kerja, perlinndungan gaji minima serta merangkumi lebih banyak asal terhadap kebajikan dan cuti tahunan.

Bagaimanapun, pelbagai pihak membantah pindaan undang-undang berkenaan dan tidak puashati dengan fasal yang boleh menjejaskan pekerja kontrak tetap dan mereka yang mmasih dalam tempoh percubaan.

Jaringan Rakyat Tertindas(JERIT) pada petang ini akan tetap mengadakan perhimpunan pada jam 5 petang ini di seksyen 15, Shah Alam.

Sumber: TVSelangor

Saya Tidak Paksa Rahimi - Latheefa

Posted: 12 Oct 2010 12:05 AM PDT


KUALA LUMPUR, 12 OKT: Latheefa Koya dan Saiful Izham bersama dua peguam lain dilihat keluar dari Kompleks Polis Bukit Perdana tepat jam 12 tengahari selepas memberi keterangan kepada polis berhubung aduan bekas pembantu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Rahimi Osman minggu lalu.

Dalam kenyataannya kepada polis, Latheefa menyangkal tuduhan Rahimi yang menuduh beliau dan Saiful Izham memaksanya menandatangani akuan bersumpah mengaitkan nama Perdana Menteri dan isteri dalam kes kospirasi kedua terhadap Anwar Ibrahim.

Latheefa yang ditemubual media berkata, beliau mengesahkan Rahimi hadir dengan kereta berasingan ke pesuruhjaya sumpah pada 1 Julai 2008 untuk menandatangani akuan bersumpah kedua dihadapan Pesuruhjaya Sumpah selain akuan pertama yang dibuat 29 Jun 2008 disaksikan Ahli Parlimen Wangsa Maju yang juga peguam, Wee Choo Keong di Hotel Quality, Shah Alam.

"Saya rasa tiada perkara baru tapi saya mahu maklumkan bahawa Pesuruhjaya Sumpah, S. Selvarajah mengesahkan Rahimi tandatangan akuan bersumpah tersebut di hadapan beliau dan dia membuat secara sukarela," jelas beliau.

Walaubagaimanapun, Latheefa berkata beliau dan Saiful Izham tidak dibenarkan mendapat salinan akuan bersumpah terbaru oleh Rahimi.

Kedua-dua peguam PKR itu disiasat hampir dua jam oleh Superintendan Baharuddin Hj Idris dan Krisnan Nair dibawah seksyen 199 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman penjara 3 tahun jika disabit kesalahan memberi kenyataan palsu.

Dalam pada itu, peguam S. Surendran yang mewakili Latheefa Koya berkata menjadi satu kesalahan jenayah sekiranya individu menukar akuan bersumpah bertentangan dengan kenyataan yang dibuat sebelum ini.

Tambah beliau, jangkamasa dua tahun bermula Jun 2008 yang diambil Rahimi untuk keluar semula menukar kenyataan menjadi tanda tanya selain percaya ada dalang disebalik kospirasi ini.

"Ingat ini adalah versi Rahimi yang dibuat selepas dua tahun selepas kejadian. Adakah dia ditahan di Quality Hotel selama dua tahun? Tidak. Dia bebas seperti burung. Jadi apa yang membuatkan beliau tidak keluar membuat laporan polis," tegas Surendaran.

Beliau turut mengesa polis agar menyiasat Rahimi secepat mungkin dan mendakwa beliau membuat akuan bersumpah palsu.

Menurut Surendran, akuan bersumpah hanya dijadikan bahan mainan individu tertentu apabila beliau merujuk kes P.I Bala yang menukar akuan bersumpah berhubung pembunuhan kejam Altantuya yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Najib Razak dan isteri Rosmah Mansor.


Sumber: TVSelangor

Bencana Sungai Rejang Akibat Ketamakan Pemimpin BN Sarawak

Posted: 11 Oct 2010 11:58 PM PDT

rejangBINTULU 12 Okt - Ratusan ribu padu balak dan sisa kayu yang kini memenuhi sepanjang 50 kilometer Sungai Rejang di Sarawak adalah akibat ketamakan pimpinan Barisan Nasional yang secara sistematik merompak hasil perhutanan di negeri itu sejak hampir 50 tahun.

Lebih menyedihkan punca bencana alam ini dipercayai disebabkan oleh pembalakan secara besar-besaran di kawasan seluas Singapura bagi projek hidrolektrik Bakun oleh syarikat pembalakan yang menjadi kroni dan mempunyai hubungan rapat dengan pimpinan BN Sarawak di bawah Ketua Menteri, Tan Sri Taib Mahmud.

Menurut seorang penulis blog, Calvin Jemarang yang mengendali blog www.bintulu.org, tragedi dahsyat yang menimpa sistem ekologi sungai serta alam sekitar di sungai terpanjang dan terbesar di Sarawak itu berlaku bagi kali ketiga.

"Saya pertikaikan kenyataan Ketua Menteri yang mengatakan kejadian ini adalah yang pertama kali berlaku di Sarawak. Bagaimanapun Menteri Pembangunan Tanah, Datuk Seri Dr James Masing dilaporkan dalam media sebagai berkata kejadian ini adalah kali ketiga berlaku. Pertama adalah pada tahun 2008 di Nangga (Kuala) Sg Gat dan Tutoh Apoh pada tahun lepas.

"Kejadian di Sungai Rejang ini adalah yang terburuk dan membuktikan dengan jelas kegagalan pengurusan hutan di Sarawak yang dikaitkan dengan ketamakan seorang pemimpin itu Tan Sri Taib Mahmud," kata Calvin kepada Suara Keadilan.

Calvin berkata timbunan sampah kayu dan balak yang menyekat laluan pengangkutan di sungai seluas satu kilometer itu telah memberi kesan amat mendalam ke atas ratusan ribu rakyat negeri itu yang bergantung hidup kepada Sungai Rejang.20185_gross

"Kehidupan penduduk disepanjang sungai ini terganggu kerana aktiviti harian mencari rezeki, perniagaan dan pengangkutan terhenti sama sekali. Bot-bot ekspres tidak langsung boleh melalui jalan air menyebabkan ribuan penduduk terkandas dan anak-anak tidak boleh ke sekolah. Bekalan makanan dan penghantaran barangan dan logistik juga tidak beroperasi sama sekali.

"Ratusan ribu ikan yang berharga seperti empurau, kelah dan patin juga musnah disebabkan kemusnahan habitat mereka hasil penurunan tahap oksigen di dalam air," jelas beliau lagi.

Kematian ribuan ikan empurau yang mencapai harga sehingga RM800 sekilo telah menjejaskan pendapatan nelayan tempatan.

Menurut Ahli Majlis Pimpinan Parti Keadilan Rakyat Pusat, Datuk Dr Tan Kee Kwong, Ketua Menteri Sarawak perlu mengambil tanggungjawab penuh terhadap malapetaka yang menimpa Sungai Rejang.

"Beliau pergi ke Universiti Oxford beberapa bulan lalu dan diberi gelaran 'Bapa Alam Sekitar Sarawak' tetapi lihat apa yang berlaku di bawah pentadbirannya.

"Keadaan ini amat menyedihkan dan saya menyeru rakyat Sarawak supaya berfikir secara mendalam apa yang sedang berlaku demi masa depan anak-anak. Buatlah keputusan yang terbaik bagi Sarawak pada pilihan raya negeri akan datang," tegas Dr Tan yang juga bekas Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi.

Sumber: Suara Keadilan

Tarikh Pengumuman Calon Ditentukan Malam Esok

Posted: 11 Oct 2010 11:57 PM PDT

Abdul_HalimKUALA LUMPUR 12 Okt - Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas, 4 November depan akan ditentukan selepas mesyuarat Pakatan Rakyat, malam esok.

Abdul Halim yang ditemui di lobi Parlimen pagi tadi berkata setakat ini PAS mempunyai dua pilihan tarikh untuk mengumumkan calon iaitu pada 22 atau 24 Oktober.

Tarikh tersebut menurut beliau masih belum ditentukan bagi memastikan semua pemimpin utama Pakatan Rakyat dapat hadir ke majlis pengumuman tersebut.

"PAS akan bermesyuarat dengan pimpinan Pakatan Rakyat malam esok bagi menetapkan tarikh pengumuman calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas nanti.

"Kita mahu pastikan Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Lim Kit Siang dapat hadir ketika pengumuman tersebut.

"Kita ambil kira kehadiran mereka, kita kena bincang dahulu dengan mereka malam esok," ujar Abdul Halim yang juga merupakan Ahli Parlimengalas-sk Pengkalan Chepa.

Tambah beliau, Dewan Harian PAS juga dijangka bermesyuarat Rabu depan untuk membincangkan senarai pendek calon yang telah diserahkan kepada Majlis Syura.

"Kita sudah ada senarai pendek lebih kurang 5 hingga 6 nama tetapi ianya akan ditentukan dalam mesyuarat itu nanti," ujar beliau.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 4 November depan sebagai hari membuang undi manakala penamaan calon pada 24 Oktober ini.

Sumber: Suara Keadilan

JPM Gagal Nasihati Rosmah Isu Wanita Pertama

Posted: 11 Oct 2010 11:55 PM PDT

Aziz_BariSHAH ALAM 12 Okt - Tindakan Bahagian Protokol Jabatan Perdana Menteri yang membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor menganjurkan Sidang Kemuncak Wanita Pertama bermula hari amat dikesali walaupun sudah terbukti dari segi Perlembagaan beliau bukan Wanita Pertam Malaysia dan tidak berhak menggunakan gelaran itu.

Malah menurut pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Prof Dr Abdul Aziz Bari Perkara 32 (2) Perlembagaan Persekutuan dalam Bab 1 berkaitan jelas menyatakan hak gelaran Wanita Pertama Malaysia adalah kepunyaan Raja Permaisuri Agong, Tunaku Nur Zahirah.

Perkara 32 (2) berbunyi, "Ketua Utama Negara bagi Persekutuan, dan Isteri Yang di-Pertuan Agong (digelar Raja Permaisuri Agong) hendaklah diberi keutamaan daripada segala orang lain di dalam Persekutuan selepas Yang di-Pertuan Agong".

"Nampaknya isu penting ini tidak dipedulikan walaupun telah mendapat pandangan banyak pihak termasuk pakar Perlembagaan, pengamal rosmah_altantuyaundang-undang dan sebagainya.

"Bahagian Protokol adalah di bawah Jabatan Perdana Menteri, tidakkah Bahagian Protokol menasihatkan Rosmah mengenai penggunaan gelaran 'First Lady'. Sepatutnya bahagian ini menjalankan tanggungjawabnya dan memberi garis panduan kepada isteri Perdana Menteri mengenai isu ini.

"Perlembagaan amat jelas siapa sepatutnya menggunakan gelaran Wanita Pertama iaitu dalam perkara ini Raja Permaisuri Agong," tegas Dr Abdul Aziz yang juga pakar Perlembagaan.

Sidang kemuncak tiga hari itu berakhir 13 Oktober dan mengumpulkan 37 delegasi termasuk 16 Wanita Pertama.

Rosmah akan mempengerusikan sidang kemuncak bertemakan 'Anak Hari Ini, Pemimpin Hari Esok' yang bertujuan memperkasakan kanak-kanak yang bakal menjadi pemimpin negara pada masa depan.


Sumber: Suara Keadilan

Dakwaan Kumpulan Samseng Halang Cabutan Undi Bazar Deepavali Di Klang Akan Disiasat

Posted: 11 Oct 2010 11:53 PM PDT

faekah1SHAH ALAM 12 Okt - Kerajaan Selangor mengambil berat dakwaan wujudnya individu dan kumpulan yang menimbulkan kekacauan di kalangan masyarakat kaum India berhubung pengagihan bazaar sempena sambutan Deeepavali di sekitar bandar Klang.

Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata beliau telah memanggil pihak Majlis Perbandaran Klang untuk berbincang menyelesaikan isu tersebut, petang ini.

"Kita telah dimaklumkan oleh beberapa individu yang datang ke pejabat Menteri Besar minggu lalu bahawa mereka tidak puas hati dan mendakwa adanya kumpulan samseng yang seolah-olah mengawal Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan menghalang pihak berkuasa tempatan itu mengadakan cabutan undi secara adil bagi mengagihkan bazar kepada peniaga yang layak.

"Kita sama sekali tidak akan bertolak ansur dengan sebarang salahlaku dalam mengendalikan tugasan ini dan akan memastikan kepentingan dan hak rakyat kebanyakan dilindungi," ujar beliau.

Kerajaan Negeri juga katanya memberi jaminan akan menyiasat secara terperinci dakwaan ini supaya tindakan sewajarnya dapat diambil demi memberi keadilan kepada peniaga-peniaga kecil dari keturunan India yang mahu mencari rezeki secara halal.

"Di sini saya mahu menegaskan bahawa saya tidak pernah dalam sepanjang masa yang material menuduh masyarakat India sebagai samseng atau gangster seperti yang cuba dibangkitkan dan didakwa pihak-pihak tertentu.

"Tuduhan tidak berasas ini sengaja direka pihak tertentu yang cemburu dengan kejayaan Kerajaan Pakatan Rakyat mentadbir Selangor dan menyatukan semua kaum," tegas beliau dalam kenyataannya, hari ini.

Malahan , Kerajaan Negeri juga sejak lebih dua tahun lalu dibentuk hasil gabungan dan kerjasama jitu pelbagai kaum dan agama.

"Kita berjuang untuk menghentikan politik perkauman yang telah diwujudkan Barisan Nasional (BN) dan ternyata tindakan mereka ini telah menimbulkan kesangsian antara kaum.

"Jika rakyat Malaysia masih ingat, Presiden MIC, Datuk Seri Samy Vellu penah menuduh penyokong Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dari keturunan India sebagai samseng kerana cuba menimbulkan kekacauan dalam MIC.

"Kita dengan tegas menolak dakwaan tersebut dan menyatakan masyarakat India dengan terang menyokong Pakatan Rakyat kerana setelah sekian lama tertipu dengan corak pentadbiran MIC," tambah Faekah lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Projek Pangkalan Udara Sg Besi Dimeterai Tanpa LOI

Posted: 12 Oct 2010 05:22 AM PDT

Dari Malaysiakini

Jawapan bertulis daripada Kementerian Pertahanan berhubung pembangunan semula pangkalan udara Sungai Besi di Kuala Lumpur di Dewan Rakyat hari ini menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan berhubung projek kontroversial itu.

Menurut kementerian pertahanan, kerajaan pada dasarnya telah menerima cadangan daripada 1Malaysia Development Bhd (1MDB), yang lembaga penasihatnya dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang juga adalah menterti kewangan.

Bagaimanapun, tidak ada surat menyatakan hasrat atau letter of intent (LOI) dikeluarkan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Chua berkata malah, 1MDB juga telah memeterai perjanjian dengan Mubadala Development yang beribu-pejabat di Abu Dhabi bagi membangunkan semula pangkalan udara seluas 458 ekar itu.

Perjanjian yang dimeterai pada Jumaat lalu itu akan menyaksikan pembangunan semula pangkalan udara di Lembah Klang itu untuk dimasukkan ke Wilayah Kewangan Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIFD).

Projek yang dikenali sebagai 'Greater Kuala Lumpur ' itu dijangka menelan belanja RM26 bilion. Permeteraian kedua-dua syarikat itu disaksikan oleh Najib.

“Jika benar 1MDB memeterai perjanjian minggu lalu, jawapan Zahid adalah menggelirukan kerana sesebuah projek tidak boleh diberikan kepada sesebuah syarikat tanpa LOI,” kata Chua.

Tambahnya lagi, keselamatan negara juga menjadi satu isu kerana pemindahan pangkalan udara itu juga akan menimbulkan pelbagai masalah termasuk mencari tapak atau lokasi yang strategik.

“Kita terpaksa kaji bagaimana tindakan itu akan menjejaskan keselamatan sesebuah bandaraya. Ada beberapa negara di dunia yang tidak mempunyai perlindungan ketenteraan udara bagi melindungi ibu negara mereka," kata Chua sambil memberikan contoh, pangkalan udara Andrews di Maryland, Amerika Syarikat yang terletak 13 kilometer dari ibu negara pentadbiran negara itu di Washington DC.

Former CID Chief Mat Zain Says Musa Hassan And Gani Patail Destroyed Criminal Justice System

Posted: 12 Oct 2010 02:39 AM PDT

From Malaysia Today

Musa Hassan and Gani Patail were accused today as being the cause of the destruction of the criminal justice system by having allowed falsified evidence against Anwar Ibrahim in 1998 and later lying about an investigation of Mahathir Mohamad for abuse of power.

In an open letter published at Malaysia Today, former Kuala Lumpur CID chief Mat Zain Ismail disclosed that he had written in May this year to Ismail Omar, then deputy IGP, and to Hishammuddin Tun Hussein, the home minister, for a review of the investigation into false evidence produced against Anwar in the "black eye" case of 1998.

(Mat Zain headed the investigation into the case and recommended that the Inspector-General then, Rahim Noor, be tried for criminal assault on Anwar Ibrahim in the lockup at police headquarters. Rahim was found guilty and sentenced to two months' jail.)

He said Musa and Gani had claimed in press reports that investigation papers on the Mahathir case had been sent to the Attorney-General in February 2000 and the AG (the late Mohtar Abdullah) had decided that there was no case.

Mat Zain said the statements were absurd. The investigation papers in the Mahathir abuse of power case were only opened in June 2000 and sent to the AG's Chambers in November that year.

Questions raised in Shafee Yahya bookIn his letter dated 8 October, Mat Zain accuses Musa, recently-retired as Inspector-General of Police, and Gani, the Attorney-General, of lying about the Mahathir investigation.

Mahathir, then prime minister, had been accused of abuse of power by ordering a halt to corruption investigations against Ali Abul Hassan bin Sulaiman, head of the Economic Planning Unit, during which RM1000,000 in cash was found in his office.

Mat Zain made these revelations in a letter to Datin Kalsom Taib, wife and biographer of Shafee Yahya, former head of the Anti-Corruption Agency, in response to questions asked in her book of her husband's life and career.

She had asked: "What happened to the probe on Dr Mahathir?"

Mat Zain quoted from the book, which referred to press statements by Musa and Gani about the investigation:

"The IGP confirmed that an investigation on Dr.Mahathir was carried out. (NST 9 April 2008)

"Our recods show we had submitted the investigation papers to the AG Chambers on 15 February 2000. The decision made by the AG at that time (the late Tan Sri Mohtar Abdullah) was that there was no case."

In The Star of the same date (9 April 2008), it was reported that Tan Sri Abdul Gani Patail confirmed,

"The Chambers received the investigation papers from the police sometime in February 2000 and after studying it carefully, found no evidence to suggest that Dr. Mahathir had interfered in the investigations"
Mat Zain said the statements by the two men did not make any sense and were false.

It is impossible for the investigation papers to be sent to the Attorney General's Chambers on 15 February 2000.

Gani Patail and Musa Hassan: they destroyed the criminal justice system, says Mat Zain
"The investigation papers were only opened on June 13, 2000 based on a police report made by Anwar Ibrahim on that date.

"In fact, the investigation papers together with ACA investigation papers seized from the agency were only sent to the Attorney General on 9 November 2000."

Mat Zain suggested that maybe the IGP and AG meant the 15th of February 2001.

However, even if Musa Hassan and Gani had said 15 February 2001, it would be even more unreasonable.

Tan Sri Mohtar Abdullah could not have examined and dismissed the case on that date as he was not longer the Attorney General.

He had been succeeded by Datuk Ainum Mohammad Said on January 1, 2001.

Mat Zain suggested that Musa Hassan and Gani Patail had not bothered to amend the date because the person named, Tan Sri Mohtar Abdullah, had since died. "The dead cannot speak. Maybe they forgot that many of those still alive who know these things and can question the fact."

"If Tan Sri Musa Hassan and Tan Sri Gani Patail did not make the absurd statement that this case will not be sustainable. The fact is they who have opened the flood-gates for more questions to be raised about the integrity of the police investigation."

They both have undermine police investigation in this case, as well as having allowed falsified evidence in the Anwar Ibrahim "black eye" case when Anwar was beaten up in the Bukit Aman lockup by Rahim Noor (righta), then the Inspector-General.

Mat Zain decided to retire from the police force in 2001. He has since been embroiled in suits involving the several Anwar Ibrahim cases, and has also alleged that he is being victimised by the police force.

Teoh Beng Hock, Wanita Pertama dan Komanwel

Posted: 12 Oct 2010 12:14 AM PDT

Dari Merdeka Review

Tindak tanduk kerajaan Malaysia kian merisaukan, sikap acuh tidak acuh kerajaan dalam bertanggungjawab terhadap pelbagai masalah dalam negara amat membimbangkan rakyat. Mungkin kerajaan lupa bahawa warga negara yang layak mengundi terdiri daripada jutaan rakyat yang berakal dan

memerhati mereka setiap hari dan bukan hanya penyokong tegar Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat.

Rencana kali ini cuba mengupas kembali beberapa peristiwa yang masih menjadi tanda soal dalam benak pemikiran rakyat jelata. Rencana ini berpandangan mengenai persepsi rakyat yang sudah mula khuatir dengan corak pimpinan yang kian tidak masuk akal, langsung tidak bermotifkan politik seperti cuaca yang melanda Negara sejak 2008.

Teoh Beng Hock

Kita petik dahulu peristiwa kematian mendiang Teoh Beng Hock. Daripada apa yang diketahui umum, Teoh Beng Hock telah dipanggil ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Shah Alam. Mendiang telah disiasat selepas waktu pejabat selama sembilan jam sebelum ditemui mati pada jam 1.30 petang. SPRM menyatakan bahawa mendiang kali terakhir ditemui masih hidup sekitar jam 6.00 pagi, dan menyatakan bahawa mendiang telah dibebaskan pada jam 3.45 pagi namun tiada penjelasan

diberikan mengapa telefon bimbit dan barangan milik mendiang masih dalam simpanan SPRM sewaktu mendiang ditemui mati. SPRM juga menjelaskan bahawa mendiang telah memohon untuk bermalam di pejabat tersebut.

Pelik tapi benar, seorang pembantu politik pihak pembangkang mahu berada di pejabat SPRM setelah disoal siasat selama sembilan jam berhubung dakwaan majikannya yang telah membayar RM2,400 bagi Jalur Gemilang yang ditempah untuk perayaan hari kebangsaan. Hebat dan menghairankan, siasatan selama sembilan jam bagi dakwaan penyelewengan bagi belanja sebanyak RM2,400, agaknya selama berapa jam bekas menteri besar Selangor dan Sarawak disoal-siasat di atas dakwaan penyelewengan jutaan ringgit. Barangkali ini harus dikategorikan di bawah penyakit tidak tahu bernisbah kerajaan Malaysia. Apa pula yang terjadi kepada laporan penyelewengan tersebut? Di mana hasil soal-siasat selama sembilan jam itu?

Barangkali pegawai-pegawai SPRM bekerja keras untuk memperoleh sedikit maklumat untuk memalukan pihak pembangkang, untuk diwar-warkan di muka depan akhbar-akhbar tempatan yang tidak habis menghina rayat jelata keturunan Cina dan India yang menumpahkan taat setia terhadap Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong. Apa mahu dihairankan – kerajaan yang sama juga telah mempelopori pindaan Perlembagaan 1993 yang membenarkan raja-raja Malaysia dibicarakan dalam mahkamah khas. Rakyat juga masih ingat lagi betapa beraninya mereka menderhaka pada 2008 apabila tidak mempersetujui perkenan Sultan Mizan Zainal Abidin dalam melantik Ahmad Said sebagai Menteri Besar Terengganu. Tindakan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin juga tidak terlepas daripada perhatian rakyat, sekurang-kurangnya beliau ada “menyembah derhaka”.

Wanita pertama

Sebagai rakyat yang menumpahkan cinta dan taat setia pada YDPA dan Raja Permaisuri, kami rasa terguris dengan sikap biadap kerajaan Malaysia yang sudah mula mencabar institusi raja-raja secara halus. Baru-baru ini, ada suara-suara sumbang yang mempersoalkan siapa isteri Perdana Menteri (gambar kanan) untuk sewenang-wenangnya menggunakan gelaran “wanita pertama” dengan menyisihkan Raja Permaisuri yang lebih layak akan gelaran itu.

Apa yang menghampakan adalah alasan bahawa isteri David Cameron juga digelar sebegitu. Institusi Di-Raja Malaysia bukanlah suatu monarki seperti di England, institusi kita mempunyai makna yang lebih besar kerana YDPA dilantik oleh Majlis Raja-Raja. Ketua Negara kita bukanlah Perdana Menteri, tetapi YDPA yang melampaui mainan politik, Baginda adalah simbol perpaduan dan kebanggaan rakyat jelata. Hanya Raja Permaisuri yang layak digelar wanita pertama, sesungguhnya rakyat pelbagai bangsa tersinggung dengan karenah kerajaan Malaysia.

Sukan Komanwel

Beralih pula kepada sukan Komanwel yang sedang berlangsung di New Delhi India, setakat ini wira dan wirawati Negara telah berjaya mengumpulkan tujuh pingkat emas, lapan pingat perak dan lapan gangsa. Syabas bagi mereka, kami berbangga dengan hasilnya setakat ini. Sukan Komanwel 2010 New Delhi telah memakan belanja sebanyak USD 6.8 billion seperti yang dilaporkan oleh majalah Business Today, menjadikanya Sukan Komanwel yang termahal dalam sejarah. Itu urusan rakyat India, tiada kaitan dengan kita namun hakikat bahawa kos tersebut boleh didapati dengan mudah membangkitkan persoalan tentang kos Sukan Komanwel Kuala Lumpur 1998. Sudah 12 tahun menyepi, sedangkan India boleh mempamerkan maklumat kos tersebut sebaik sahaja bermulanya Komanwel New Delhi 2010.

Ke mana laporan kewangan berhubung belanja Kuala Lumpur 98? Bagaimana wang rakyat dibelanjakan pada ketika itu? Mengapa soalan ini masih tidak dibangkitkan oleh mana-mana wakil rakyat kerajaan 1Malaysia mahupun pakatan pembangkang dalam Parlimen? Badan Pencegah Rasuah tidak mengambil parwah hal ini? Barangkali nilai penyelewengan yang terlibat memerlukan masa lebih daripada sedekad untuk disoal-siasat dan disenyapkan? Kami tidak percaya dengan sindiran emosi Mahathir Mohamad bahawa Melayu mudah lupa. Barangkali rakyat Malaysia sabar menanti dan terus memerhati kerenah kerajaan 1Malaysia yang kian menjadi-jadi.

*Faisal Mustaffa dan Lingswaran Singh ialah penulis bebas.

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim

Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah, Johor Darulta'zim


PENYERTAAN BERAMAI-RAMAI AHLI UMNO KE DALAM KEADILAN

Posted: 12 Oct 2010 06:29 PM PDT

Lebih dari 30 orang ahli Umno akan bertindak keluar dari Umno dan menyertai Parti Keadilan Rakyat dalam tempoh terdekat ini. Mereka yang telah kecewa dengan janji2 pemimpin Umno yang mahu menyelesaikan masalah mereka namun setelah bertahun menunggu perkara tersebut tidak juga selesai. Yang pastinya PRU-13 akan menjelma tidak lama lagi dan kali ini mereka tidak mahu mendengar janji2 palsu dari mulut pemimpin Umno.
Keperihatinan pemimpin PKR Cabang Gelang Patah dan kesanggupan Datuk Chua Jui Meng untuk menjenguk mereka, telah menyentuh hati penduduk setempat.
Majlis penyerahan borang keahlian sedang diatur dan dijangka akan diadakan tidak berapa lama lagi.

ISU PENCEROBOHAN MAJLIS HARI RAYA KEADILAN JOHOR

Posted: 12 Oct 2010 01:39 PM PDT

Walaupun perkara ini hampir seminggu berlalu, namun penulis merasakan ianya belum terlewat untuk diulas. Penulis juga punya alasan sendiri, kenapa dan mengapa isu ini lambat diberitakan. Kesibukan masa adalah penyebab utama dan tidak mahu "melukakan' lagi hati anggota2 Polis terutama OCPD Kulaijaya yang hatinya telah terluka pada malam 8/10/2010.
Sekalung tahniah kepada OCPD Kulaijaya yang sekali lagi berjaya merosakkan program Keadilan di tempat yang sama cuma lokasi yang berbeza.
Ketika Datuk Chua Jui Meng memulakan ucapan alu-aluan untuk majlis, OCPD Kulaijaya hadir dan terus meluru ke arah Datuk Chua. Datuk Chua mengalu-alukan kehadiran OCPD Kulaijaya sambil menjemput OCPD tersebut bersama beberapa anggota Polis yang mengiringi beliau untuk menikmati juadah yang ada. Layanan mesra Datuk Chua (berbangsa cina) terhadap OCPD Kulaijaya (melayu/islam) tidak mendapat reaksi positif oleh OCPD tersebut.

Beliau terus memaklumkan bahawa majlis tersebut tidak mempunyai permit dan terus mematahkan dan merampas "microphone" yang digunakan. Langsung tiada toleransi. Bukankah lebih mulia lagi sopan apatah lagi OCPD Kulaijaya adalah orang Melayu yang penuh dengan adat dan sopan menasihatkan agar majlis hari raya yang diadakan diteruskan tanpa sebarang ucapan. Bukankah itu lebih baik dari bertindak kasar dan agresif yang ditunjukkan kepada ratusan rakyat yang hadir pada malam tersebut. Kenapa OCPD Kulaijaya harus menimbulkan kebencian rakyat terhadap Polis.
OCPD Kulaijaya mendakwa bahawa Majlis tersebut telah melanggar seksyen 27 akta Polis. Namun Sdr. Hassan Karim yang merupakan seorang peguam menerangkan bahawa seksyen 27 akta Polis tidak terpakai jika perhimpunan itu dilakukan ditanah persendirian. Penerangan dari Sdr. Hassan Karim membuatkan OCPD Kulaijaya terpingga-pingga.

Namun beliau tidak mengaku kalah, beliau memanggil Unit Simpanan Persekutuan (FRU) untuk memberi tekanan kepada majlis itu namun tetamu yang hadir tidak mengendahkan kehadiran FRU tersebut dan meneruskan menikmati juadah sambil beberapa pimpinan memberikan ucapan2 ringkas "TANPA PEMBESAR SUARA" kerana microphone telahpun dirosakan dan dirampas. Majlis selesai kira2 jam 11 malam.

Ketika para petugas sedang mengemas dan membersihkan kawasan majlis. Ketika para tetamu yang hadir sudah mula meninggalkan majlis. Tetamu VIP dan PEGUAM juga sudah pulang, OCPD Kulaijaya telah mengarahkan anggotanya merampas peralatan pembesar suara (speaker). Kami bertanyakan kenapa peralatan tersebut dirampas.. OCPD Kulaijaya dengan sombong dan angkuh mencabar kami membawa kes ini ke mahkamah. Tindakan dan kenyataan OCPD Kulaijaya tidak mencerminkan sikap penjawat awam yang profesional bahkan terlalu angkuh menggunakan kuasanya.
Penulis percaya bahawa OCPD Kulaijaya mendapat tekanan dari Umno Kulai yang sudah mulai gusar dan goyah apabila rakyat di Kulai sudah mulai condong kepada Pakatan Rakyat. Penulis juga percaya jika Umno yang menganjurkan majlis tersebut, sudah pasti OCPD Kulaijaya tidak berani menegur apatah lagi bertindak kasar walaupun majlis tersebut diadakan tanpa permit.
Datuk Chua Jui Meng telah mengarahkan beberapa peguam yang di ketuai oleh Sdr. Hassan Karim untuk membawa isu ini ke mahkamah seperti mana yang dikehendaki oleh OCPD Kulaijaya. Sdr. Hassan Karim juga menegaskan bahawa Keadilan Negeri Johor juga akan menuntut ganti rugi teladan atas pencerobohan dan provokasi yang dilakukan oleh pihak polis yang di ketuai oleh OCPD Kulaijaya, Supt. Zulkefly Yahya. Kita berjumpa di mahkamah...

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Wartawan buat kerja polis trafik, tak malu ke ?

Posted: 12 Oct 2010 12:25 AM PDT


Tak malu ke wartawan Malay Mail buat kerja macam polis trafik ? Wartawan Malay Mail pada 11 Oktober 2010 telah mengekori bas-bas yang membawa melebihi had laju yang dibernarkan di lebuhraya iaitu 90km/jam. Lebih dari 10 bas wartawan ini "tangkap" , malah ada bas yang membawa hampir 120km/jam. Adakah wartawan tadi menggunakan kereta Lancer EVO atau hanya Proton Saga atau helikopter ?

Secara tidak langsung wartawan Malay Mail ini menunjukkan polis dan JPJ tak buat kerja di lebuhraya untuk mengawal bas dan lori yang bawa laju, betul ke ?

Simpang Ampat bus crash: Lesson not learnt
Buses still breaking speed limit on North-South Expressway
KEVIN ONG
Tuesday, October 12th, 2010 10:45:00

SPEED DEMON: An express bus breaking the speed limit at 120km/h at the expressway yesterday — Pic: Ashraf Shamsul Azlan

PETALING JAYA: Despite Sunday's Simpang Ampat tragic accident with the loss of 12 lives, express bus drivers were relentlessly speeding on the highways.

When The Malay Mail conducted an observation yesterday afternoon along the North-South Expressway, we found more than 10 express buses blatantly ignoring the 90kph speed limit applicable to them.

While Malaysian highways have a speed limit of 110kph applicable for cars, and not heavy vehicles, the average speed for the monitored buses were between 100 and 110kph.

On two occasions, our team encountered the buses travelling at almost 120kph!

One bus in particular, a maroon Johor-bound Mayang Sari express bus, was overtaking cars from the middle and right lanes at inappropriate speed.

We then decided to overtake the bus and remained in front of it while adhering to the speed limit of 80 and 90kmph. The bus driver responded by first tailgating us, then impatiently overtook us on the left slow lane.

Over at the Nilai interchange, we noticed behind us an almost empty bus belonging to a nursing college harassing vehicles in the middle lane. The bus was speeding over 100kph and gained ground on us quickly.

The irate driver did not hesitate to overtake our team

http://www.mmail.com.my/content/51940-simpang-ampat-bus-crash-lesson-not-learnt

Murid tahun 5 jual air ketum di Terengganu, rosak

Posted: 11 Oct 2010 08:29 PM PDT

Semua parti politik di Terengganu harus tangguhkan isu pembangunan fizikal. Semua parti di sana harus menjuarai pembangunan iman, akidah dan mental. Nak perjuang isu Melayu, majoriti orang Terengganu orang Melayu. Makin parah gejala di Terengganu sampai murid tahun 5 pun dah jadi usahawan air mabuk iaitu air ketum.

Apa dah jadi pada Slogan , Islam Hadhari , Terengganu Bistari ?

Kisah Apa yang tak ada di Terengganu sekarang , histeria, curi pagar istana, seks, dadah, semua ada di http://amkns.blogspot.com/2010/10/terengganu-histeria-curi-pagar-istana.html

Murid tahun 5 jual air ketum

Kosmo 12 Okt 2010


SEBUAH warung yang didakwa dijadikan tempat menjual air ketum di Kampung Lubuk Lesung, Kemaman semalam.

------------------------------------

KEMAMAN - Seorang murid lelaki tahun lima sebuah sekolah di sini kerap ponteng kerana membantu keluarganya mencari wang dengan menjual air ketum.

Kegiatan itu terbongkar apabila dia ditahan sepasukan anggota polis yang membuat serbuan di sebuah warung di Kampung Lubuk Lesung di sini kira-kira pukul 11 pagi kelmarin.

Ketika serbuan, kanak-kanak berusia 11 tahun berkenaan ditemui bersendirian bersama lapan paket air ketum yang dipercayai akan dijual kepada pelanggan di sekitar kampung tersebut.

Ketua Polis Daerah, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, pihaknya menyerbu warung yang terletak di tepi jalan Jerangau-Jabor itu setelah menerima maklumat daripada orang awam.

Katanya, siasatan awal mendapati air ketum itu adalah milik bapa kanak-kanak itu yang sebelum ini pernah ditangkap kerana menjual bahan yang sama.

Selain itu, ujarnya, ibu dan kakak kanak-kanak itu yang berusia 17 tahun juga pernah ditahan kerana kesalahan serupa.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_09.htm

keADILan Kuala Pilah

keADILan Kuala Pilah


SESUMPAH TAK DITERIMA DI PILAH

Posted: 11 Oct 2010 08:41 AM PDT

KEDAH online

KEDAH online


NAIB PEGERUSI GPMS CALO!!!

Posted: 12 Oct 2010 01:08 AM PDT

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI KE MEKAH...

Posted: 11 Oct 2010 05:04 AM PDT