Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Zulkifli Noordin |
You are subscribed to email updates from ZULKIFLI BIN NOORDIN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anwar Ibrahim |
Posted: 21 Sep 2010 05:44 PM PDT Dr Syed Husin Ali tatkala menyingkap pengalaman dalam Dua Wajah menzahirkan sikap tegas menentang kezaliman dan kepedulian jitu terhadap perjuangan rakyat. ANWAR IBRAHIM |
DSAI’s Application to Strike Out Proceedings – (Saiful & DPP Farah Affair) Posted: 21 Sep 2010 03:40 AM PDT We have today filed a Notice of Appeal at the Registry of the Federal Court at Putrajaya at 11.30 am. This is to appeal against yesterday’s absurd decision of the Court of Appeal. In view of the time constraint – given that the main trial is set to begin on 14th October – we will write to the Federal Court for a early hearing date. Nair |
Tian Chua:Anwar Ibrahim Yang Sering Bersangka baik Posted: 20 Sep 2010 09:44 PM PDT Dari Merdeka Review Menawan Putrajaya – satu misi yang mungkin terlalu mencabar untuk sebuah parti politik yang hanya berusia 11 tahun. Lebih-lebih lagi, parti ini mula dibebani dengan pelbagai masalah sebelum ia sempat menjejak langkahnya ke Putrajaya – perbezaan pendirian sehingga tercetusnya perbalahan terbuka, arus “keluar parti” yang menderas, perebutan kuasa dalaman dan sebagainya. Sementara Anwar Ibrahim menjulang harapan anggota parti dan penyokong di luar parti untuk merampas kuasa kerajaan persekutuan daripada regim Barisan Nasional (BN), Ketua Umum PKR ini juga tidak terelak daripada menjadi sasaran pertama yang dituding jari, apabila situasi parti menjadi seolah-olah di luar kawalannya. Bermula daripada pertikaian isu agama Islam yang dicungkil Zulkifli Noordin, disusuli pula pemimpin yang keluar parti seperti Zahrain Hashim, Salehuddin Hashim, Wee Choo Keong dan sebagainya; sehinggalah apa yang berlaku di Selangor antara Azmin Ali dengan Khalid Ibrahim dalam Kongres Nasional Tahunan pada Mei 2010, PKR memberi persepsi yang semakin tercalar di khalayak ramai. Dalam satu wawancara bersama MerdekaReview pada 11 Julai 2010, Tian Chua, salah seorang “veteran” yang masih tinggal dalam PKR, memberi gambaran dari kaca matanya di sebalik “kekecohan” ini. Kelemahan, juga keistimewaan Anwar Zulkifli Noordin mencetuskan pertikaian sejak beliau merempuh forum bertemakan isu agama anjuran Majlis Peguam Malaysia pada Ogos 2008. Namun demikian, isu ini dikendalikan secara “berhati-hati”, malah lebih tepat secara “senyap-senyap”, memandangkan seluruh tenaga PKR ditumpukan pada PRK Permatang Pauh, yang menyaksikan “kembalinya Anwar secara rasmi” ke dalam parlimen. Anwar dituduh teragak-agak untuk mengenakan tindakan disiplin terhadap bekas peguamnya yang menyarung jersi PKR untuk bertanding di Kulim Bandar Baru ketika PRU ke-12. PKR hanya memecat Zulkifli Noordin (gambar kanan) pada Mac 2010, setelah beliau membuat laporan polis terhadap Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam-PAS, berhubung isu penggunaan kalimah Allah.
“Adakah ini kelemahan, atau keistimewaan Anwar? Pada dasarnya Anwar seorang demokrat. Jadi beliau selalu menyimpan ‘sangka baik’ terhadap kritikan yang dilontarkan terhadapnya. ‘Dia kritik saya, ok-lah, sabarlah, saya bincang dengannya kemudian selesai’ (sikap Anwar).” Tian Chua membela Ketua Umumnya, sambil memberi contoh bagaimana Anwar mempertemukan Zulkifli Noordin dengan tokoh agama, Yusof Al-Qaradawi, untuk membincangkan isu penggunaan kalimah Allah. Tian Chua berkata, ramai orang yang menganggap bahawa Anwar (gambar kiri) mempunyai kedudukan yang tidak tercabar dalam parti, tetapi pada hakikatnya, Anwar jarang menggunakan kewibawaan ini untuk menyelesaikan masalah. Sebaliknya beliau tetap dengan “sangka baiknya”, dan beliau tidak percaya, seandainya diberitahu, misalnya “Wee Choo Keong telah bertemu dengan pemimpin UMNO”. “Semestinya ia (sikap Anwar ini) ada baik dan buruknya. Ini bermakna apabila berdepan dengan masalah, maka orang di sisi Anwar perlu memikirkan cara untuk mengurangkan bahaya dan ancaman masalah tersebut,” katanya. Antara disiplin dengan perbezaan pandangan Ketika mengulas siri kejadian yang berlaku, sehingga PKR dilihat “kecoh”, Tian Chua mengakui bahawa partinya masih dalam proses untuk mengimbangkan diri, antara “disiplin” dengan “ruang perbezaan pendapat”. “Adakah kami perlu mengetatkan disiplin ke satu tahap, di mana kesemua daripada kami mencapai muafakat, ‘tiada masalah’ (no problem), ataupun kami dibenarkan untuk mengakui bahawa kami mempunyai pendapat yang berbeza?” Tian Chua (gambar kanan) menyedari bahawa “demokrasi yang membenarkan ruang perbezaan pendapat kadang-kala menimbulkan riuh-rendah yang membingitkan, sehingga rakyat hilang yakin terhadap parti”, tetapi menganggap situasi ini tidak semestinya sesuatu yang buruk seandainya PKR-Pakatan Rakyat telah mengambil alih kuasa kerajaan. Lantaran daripada itu, Tian Chua menafikan tuduhan bahawa Anwar mempunyai kedudukan tertinggi yang tidak boleh dicabar dalam parti. “Jikalau semuanya diputuskan Anwar, maka kami tidak akan mempunyai katak, tidak ada riuh-rendah, tiada lagi orang yang kata ‘saya nak ikut halatuju ini dan ada pula yang mahu ikut halatuju itu di Selangor’.” Bagaimanapun, Tian Chua mengakui kelemahan PKR yang selama ini beroperasi berdasarkan “idealisme”. Mekanisme ‘puji dan hukum’ (power of reward and punishment) dalam PKR masih lemah, dan perlu diperkasa untuk kepentingan jangka panjang parti, katanya. Keluar parti: Pengaruh budaya UMNO? Kebangkitan semula PKR selepas 8 Mac 2008 mungkin cukup memberangsangkan buat reformis yang lebih satu dekad bergelut dalam perjuangan ini. Namun, keghairahan ini surut tidak lama kemudian, lebih-lebih lagi selepas kegagalan rampasan kuasa pada 16 September 2008. Ada yang menuduh bahawa arus keluar parti ini dibayangi “pengaruh budaya UMNO” yang masih kuat di kalangan anggota, malah pemimpin PKR. Tian Chua menyangkal analisa sedemikian, “padahal PAS mempunyai lebih ramai bekas anggota UMNO daripada PKR”. Tian Chua meminjam istilah Marxisme, untuk menjelaskan bahawa kebangkitan sesebuah parti yang menganjurkan revolusi (perubahan) biasanya dimulakan dengan golongan “Lumpenproletariat”, iaitu mereka yang tidak memiliki apa-apa untuk dihilangkan (nothing to lose). Golongan pertengahan seperti peguam, ahli korporat biasanya hanya menyusul di belakang. Menurut Tian Chua, PKR mempunyai ramai anggota seperti itu (golongan Lumpenproletariat), yang tidak semestinya bekas ahli UMNO. Bukan semua daripada mereka mempunyai “agenda reformasi” untuk dimainkan dalam otak. Jadi, apabila PKR memegang kuasa (kerajaan negeri), orang yang tidak mempunyai idealisme reformasi mula merungut. “Sesetengah akan berkata, untuk 10 tahun saya berkorban, kini tibalah masa saya mengecapi kekayaan dan kemewahan.” Golongan ini akan meninggalkan PKR dengan penuh kekecewaan, apabila parti ini gagal memenuhi kemahuan mereka, jelas Tian Chua. Golongan kedua pula, dilambung ke atas kerana ombak tsunami politik PRU ke-12, biarpun tidak masak dengan dasar mahupun selok-belok pentadbiran kerajaan negeri. Mereka menyedari bahawa diri mereka tidak layak untuk tempat itu, malah tidak mungkin dipilih semula untuk menyandang jawatan tersebut. Jadi, mereka memilih untuk meninggalkan PKR, memandangkan orang yang baru masuk PKR memiliki kelebihan daripada diri. Tian Chua mengambil ahli parlimen Bayan Baru, Zahrain Hashim (gambar kiri) sebagai contoh untuk golongan ketiga, iaitu ahli korporat proksi UMNO. Golongan ini dipinggirkan semasa perbalahan dalam UMNO, kerana “tersilap” pilih sekta. Oleh itu, mereka pun menyertai PKR. Selepas PKR menguasai kerajaan negeri, maka mereka pun mendesak agar mereka dilantik sebagai pengarah syarikat tertentu, untuk mengembalikan kemegahan mereka seketika dahulu. Selain tiga golongan di atas, Tian Chua menganggap suara berbeza yang muncul dalam parti disebabkan corak pimpinan yang berbeza. Tian Chua selanjutnya mengulas perbezaan yang timbul antara Menteri Besar Selangor, dengan Azmin Ali, Naib Presiden yang baru-baru mengambil alih jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor dari Khalid Ibrahim. Khalid vs Azmin “Saya tidak boleh secara ringkasnya, melabelkan Khalid sebagai golongan progresif, dan Azmin sebagai golongan konservatif. Untuk saya, perbezaannya sebegini, langkah pembaharuan dalam sistem kakitangan awam dan korporat terlalu perlahan. Dasar parti gagal diterapkan sepenuhnya. Ini kerana kami terlalu beri muka kepada kakitangan kerajaan ini, dan kami terlalu ikut prosedur. Tapi prosedur ini ditetapkan UMNO. Tan Sri (Khalid) tidak mahu menyentuhnya pada kebanyakan masa,” kata Tian Chua. Tian Chua menjelaskan, Khalid Ibrahim (gambar kanan) enggan mengubah model yang lama kerana khuatir menyinggung pegawai kerajaan ini. Inilah punca kekecewaan anggota parti. Bagaimanapun, Tian Chua menganggap niat Khalid mungkin baik, iaitu orang yang melaksanakan dasar bukan datang dari parti. “Masalahnya apabila kami berdepan dengan tekanan, anda menyerahkan jawatan ini kepada ahli profesional dan pegawai kerajaan. Ia menyebabkan satu situasi tersekat (jam), dan menjadi rintangan kepada diri kita.” Tian Chua bersambung, maka orang dalam parti tertanya-tanya, “mengapa orang ini bekas penyokong BN, dan kini hanya dengan menukar topinya (sokong BN), dia masih memegang jawatan dalam kerajaan kami?” “Caranya mengolah isu ini, atau penyampaiannya memberi gambaran seakan-akan dialah yang mahukan jawatan tersebut, tetapi pada hakikatnya bukan semestinya begitu,” jelas Tian Chua. Tian Chua seterusnya memberi contoh masalah yang dihadapi Khalid Ibrahim, yang akhirnya menjurus kepada penyerahan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor kepada Azmin Ali. “Dalam mesyuarat, seorang Ketua Cabang mengetengahkan masalahnya. Hutang bil air dan elektrik pejabat cabang telah tertunggak untuk tiga bulan, dan akan dipotong jika tidak dijelaskan. Khalid tidak mungkin memberi satu projek kepadanya, dan berkata ‘nah, kamu pergi selesaikan masalah ini’. Maka ketua cabang pun mencadangkan jamuan kutipan derma, dan meminta agar Tan Sri (Khalid) hadir.” “Sudah tentu Tan Sri (Khalid) bosan dengan perkara remeh temeh ini, kerana beliau sebagai Menteri Besar nak uruskan hal pentadbiran negeri. Jadi, beliau akan mengambil sikap ‘jangan kamu bangkitkan isu ini kepada saya, kamu cakap dengan orang lain’… Masalahnya, Tan Sri ialah Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor. Pemimpin akar umbi akan tertanya-tanya, siapa lagi yang harus selesaikan masalah bil bekalan air dan elektrik, kalau bukan beliau?” Tian Chua (gambar kanan) menambah, “Ini masalah yang benar wujud, dan bukan soal Ketua Cabang tamakkan wang, merungut kerana tidak mendapat projek. Parti pada peringkat pusat kini memberi arahan, menggariskan matlamat pendaftaran pemilih pada 6000 orang setiap cabang. Tetapi ketua cabang berkata, bil air dan elektrik belum dijelaskan, saya gagal mencapai matlamat yang digariskan.” Dalam situasi sedemikian, Tian Chua tidak menolak bahawa timbulnya rungutan daripada segelintir anggota parti, yang mahukan Khalid Ibrahim dijatuhkan, tetapi agak keterlaluan untuk dikatakan bahawa wujud satu komplot yang terancang agar Khalid digulingkan. Tian Chua, yang mengakui dirinya bukan menyetujui Azmin Ali (gambar kiri) dalam semua isu, bagaimanapun sanggup membela Azmin Ali dalam isu ini. Pada tanggapan Tian Chua, adalah kurang adil untuk Azmin Ali apabila ditonjolkan dengan imej negatif dalam media. Tian Chua, pemimpin yang sama taraf dari segi senioritinya dengan Azmin Ali, berkata “veteran” seperti mereka akan menerima arahan bos, Anwar untuk menyelesaikan masalah yang timbul, misalnya di Sabah. “Tetapi untuk sesetengah orang, kami akan dianggap sebagai ‘wakil dari pusat untuk campur tangan’ dalam isu tempatan, atau negeri,” katanya. |
Malaysia’s Appeals Court Refuses to Throw Out Sodomy Charge Against Opposition Leader Anwar Posted: 20 Sep 2010 09:21 PM PDT From Canadian Press Malaysia’s Appeals Court rejected Monday a bid by opposition leader Anwar Ibrahim to have a sodomy charge against him dropped, amid allegations of an affair between a government prosecution lawyer and the key witness. Anwar faces up to 20 years in prison if convicted of sodomizing Saiful Bukhari Azlan. Anwar insists the government concocted the charge in 2008 to sideline him after his opposition alliance made unprecedented electoral gains. Government authorities deny conspiring against Anwar. Anwar has insisted the sodomy charge be dropped after allegations surfaced that a young female prosecution attorney involved in the trial had an affair with Anwar’s accuser, the 25-year-old male former aide Saiful. Neither the female attorney, nor Saiful responded to the affair allegations. The High Court last month ruled the alleged affair may be true because the prosecution did not directly confirm or deny the accusation, but it said it didn’t compromise the prosecution’s integrity. The Appeals Court upheld that ruling Monday, said defence lawyer Sankara Nair. “Justice was not served … the right to be heard was not there. It was an absurd judgment,” Anwar said. The defence team will now take its argument to the country’s top court, the Federal Court, Nair said. That move will further delay Anwar’s sodomy trial, which has been deferred since Aug. 16. It is the second time Anwar has been accused of sodomy, a crime in this Muslim-majority country. He was imprisoned for six years starting in 1998 for sodomy and corruption. The sodomy conviction was later overturned. |
Posted: 20 Sep 2010 09:06 PM PDT
|
You are subscribed to email updates from Anwar Ibrahim To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Dari RAKYAT Kepada RAKYAT |
Posted: 20 Sep 2010 11:28 PM PDT |
You are subscribed to email updates from Dari RAKYAT Kepada RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Anak Muda Kampung Nak Senang |
Quran tulisan tangan Maharaja India ditemui Posted: 20 Sep 2010 08:54 PM PDT Al-Quran Tulisan Tangan Maharaja Aurangzeb rah Ditemui Dari Blog Ustaz Hambali Baru- baru ini satu Quran lama tulisan tangan yang ditulis oleh Maharaja Monggol Aurangzeb rah salah seoran maharaja Dinasti Monggol di India telah dijumpai. Al-Quran tulisan tangan tersebut diandaikan berumur hampir 400 tahun ( 1636M – 1644M & 1653M – 1658M ) Beratnya 13.5kg manakala panjangnya 39.5cm dan lebarnya 20cm. Hiasan mukanya dengan bertahtakan emas dan perak. Setiap muka surat Al-Quran berkenaan diwangikan dengan wangian yang berbeza-beza serta muka surat dan kulit hadapan dicipta khas untuk rintangan api ( fire proofed ) Al-Quran ini dirampas oleh pihak polis India dari seorang lelaki Hindu, M.G Sukumar dari Kerala ketika cuba menjualnya pada orang ramai khusus kepada pelancong asing dengan harga 5 Crore Rupees. Komentar : Aurangzeb rah sememangnya terkenal sebagai Maharaja Dinasti Monggol yang paling alim dan memerintah dengan penuh keadilan. Malah sesetengah ulama mengatakan bahawa ianya salah seorang waliAllah di zamannya. Mengikut sesetengah catatan mengatakan bahawa beliau belajar agama dari salah seorang ulama paling terkenal di zamannya yang dikenali sebagi "Mulla Ji Wun". Penemuan Al-Quran bekenaan membuktikan kehebatan dan keagongan Islam di zaman tersebut. Ianya dianggap sebagai penemuan barang bersejarah yang paling tinggi nilainya. Malah dianggap hasil seni yang istimewa sebagaimana Taj Mahal, Red Fort, Kutub Minar, Istana Mysor dan lain-lain kesan sejarah di Benua India. Dari kesan sejarah inilah menghasilkan pendapatan negara paling tinggi di India dari sektor pelancongan. Nehru, Perdana Menteri India yang pertama pernah mengatakan bahawa,"Kalaulah tidak kerana Islam menguasai India maka India tidak akan maju dan berkembang." Bayangkan India telah diperintah oleh Kerajaan Islam hampir 600 tahun manakala kerajaan Hindu India sekarang ini memerintah hanya sekitar 60 tahun sahaja. Itu pun melalui penjajahan Kerajaan British serta memecahkan India kepada 3 bahagian iaitu India,Pakistan dan Bangladesh. Kalaulah semua itu masih di dalam Benua India, Maka rasanya pasti sukar Kerajaan Hindu sekarang boleh bertahan. Sumber : http://hambalialorstari.blogspot.com/2010/09/al-quran-tulisan-tangan-maharaja.html |
Kita tak prihatin nasib pelarian umat Islam Sri Lanka Posted: 20 Sep 2010 07:53 PM PDT Cerita di Kem Pelarian Puttalam , Sri Lanka Apa lazimnya volunteer buat kat kem atau pusat sukarelawan? Buat keja sukarelalah. Konflik ni di antara Tamil Tigers (LTTE) dan pihak berkuasa Sri Lanka yang dah berlarutan bertahun-tahun terutama di Jaffna. Sebagai sukarelawan keamanan kami didedahkan dengan punca masalah dan akibat konflik ini kepada rakyat dan negara Sri Lanka. NGO keamanan tidak berminat terlibat dengan permasalahan politik tempatan ni, kami hanya datang utk membantu lebih 36,000 ribu mangsa konflik, sebahagian besarnya Tamil Muslim yang menjadi pelarian di negara sendiri. Beribu-ribu pondok yang dibina dari kajan atau atap yang dibuat dari daun kelapa memenuhi satu kawasan separa gurun ini, luas sayup mata memandang. Takde bangunan kecuali beribu-ribu rumah pondok. Setiap pondok utk satu keluarga besarnya lebih kurang 10 kaki x 8 kaki. Dalam tulah ibubapa dan anak-anak tinggal dan membesar bertahun-tahun sejak konflik etnik Tamil dan kerajaan yang didukungi majoritinya etnik Singhala. Tugas kami untuk siri kem ini ialah membaikpulih pondok-pondok untuk beberapa orang balu. Itu aktiviti kami untuk beberapa hari - mengangkut kajan dari pusat kumpulan; memasang kajan-kajan ni di bahagian atap dan dinding. Keseluruhan 'rumah' pelarian ni diperbuat dari daun kelapa. Sumber : http://mohkembara.blogspot.com/2010/06/kem-pelarian-puttalam.html LTTE BENCI PENDUDUK ISLAM SRI LANKA Oleh: Nurul Adlina Kamaludin adlina@bharian.com.my KEMENANGAN tentera Sri Lanka mengalahkan kumpulan gerila Harimau Tamil Eelam (LTTE) Ahad lalu, tidak hanya menamatkan perang saudara yang berlanjutan lebih 25 tahun lamanya, tetapi turut mengakhiri trauma dan kesengsaraan penduduk Muslimnya. Apa tidaknya, bumi kecil yang dihuni 20 juta penduduk dengan etnik Sinhala kumpulan majoriti sebanyak 74 peratus, Tamil (18 peratus) dan Muslim (8 peratus), perang saudara itu sebenarnya tidak hanya menyaksikan pertikaian antara kerajaan dengan LTTE atau penduduk Sinhala dengan Tamil, tetapi turut sama mengheret penduduk Muslimnya. Malangnya, derita dan kesengsaraan kira-kira 1.5 juta penduduk Muslim yang sebahagian besar bertumpu di wilayah utara dan timur yang juga kawasan konflik, serta di selatan, tidak diketahui ramai. Ketika media tempatan dan antarabangsa lebih banyak menghebahkan laporan dan gambar penduduk Tamil dan Sinhala menjadi pelarian dengan wajah sugul berjalan membawa beg atau sehelai sepinggang akibat konflik itu, sebaliknya tidak banyak kelibat penduduk Muslim dipaparkan sebagai subjek utama. Jika masyarakat dunia masih belum dapat melupakan wajah mayat pemimpin LTTE, Vellupillai Prabhakaran yang mati dalam serangan beberapa hari lalu, hakikatnya tidak ramai yang mungkin dapat mengingati atau pun tahu mengenai ribuan jenazah penduduk Muslim yang terbujur kaku di dalam rumah, masjid, sekolah serta di kaki lima akibat kekejaman LTTE yang berlaku hampir sepanjang tahun. Hakikatnya, LTTE bukan sekadar kumpulan pemisah biasa, sebaliknya berstatus kumpulan pemberontak profesional, mempunyai kerajaan dan bala tenteranya sendiri termasuk pasukan penyerang bunuh diri menggunakan lilitan bom. Ia turut menjadi kumpulan militan pertama menggunakan wanita dalam serangan mereka, selain dikenali kerana tindakan 'gila' pengikutnya yang memakai rantai kapsul racun sianida bagi membolehkan mereka membunuh diri serta-merta jika tertangkap. Tidak hairanlah ia mampu melancarkan lebih 200 serangan bunuh diri dan mencetuskan perang saudara yang meragut lebih 70,000 nyawa. Operasi kejamnya turut melangkaui bumi Sri Lanka dan dikaitkan dengan pembunuhan bekas Perdana Menteri India, Rajiv Gandhi pada 1991. Namun, mangsa sebenar dan berterusan kekejaman LTTE itu adalah penduduk Muslim yang disifatkan sebahagian usaha pembersihan etnik penduduk Islam di Sri Lanka. Kebencian yang bukan saja disebabkan perbezaan etnik dan agama, tetapi faktor perebutan wilayah di timur dan utara negara itu yang juga menjadi kubu kuat kumpulan gerila berkenaan sebelum ini. Dari segi ekonomi, penduduk Muslim jauh lebih berjaya berbanding masyarakat Tamil, manakala aspek politik pula menyaksikan parti politik Muslim memegang status sebagai 'broker' kuasa dan penentu kerajaan yang memerintah Sri Lanka. Ini disebabkan biarpun minoriti, tetapi pecahan kerusi dimenangi parti Muslim berperanan sebagai penentu penguasaan parti politik utama di Parlimen. Kejayaan dan kelebihan itulah yang disifatkan penganalisis sebagai ramuan yang menyebabkan kebencian LTTE terhadap Muslim meluap-luap. Kemuncak kekejaman LTTE terhadap penduduk Muslim ketara pada 1990-1991 dan terbukti berterusan hingga Mac lalu. Tarikh 30 Oktober 1990 disifatkan detik hitam bagi masyarakat Muslim, apabila LTTE yang menguasai wilayah di utara, iaitu Semenanjung Jaffna, memberi kata dua kepada penduduk Muslim di situ - keluar dari kawasan itu atau dibunuh. Lebih kejam lagi, arahan itu perlu dipatuhi dalam masa 24 hingga 48 jam, seperti dilaporkan media antarabangsa. Namun hakikatnya, hampir 90,000 penduduk Muslim diusir dalam masa dua jam! Malah kejadian itu disifatkan penganalisis tempatan, AJC Mohideen, sebagai pembersihan etnik paling cepat dalam sejarah moden dunia kerana penduduk Muslim diusir dalam masa dua jam hanya atas alasan wilayah itu adalah tanah tumpah dan milik masyarakat Tamil. Penulis sendiri yang pernah mengunjungi beberapa wilayah Sri Lanka, beberapa tahun lalu dalam lawatan anjuran kerajaan negara itu bagi melihat proses damai, berkesempatan menyelami perasaan hiba segelintir penduduk Muslim di Jaffna yang mengakui tempoh dua jam itu ibarat neraka dunia bagi mereka apabila dipaksa meninggalkan harta benda sambil kepala diacukan senjata api dan parang oleh anggota LTTE. Imam Masjid Jamek Jaffna ketika itu, Abdullah Marlim, turut menitiskan air mata menceritakan bagaimana ramai keluarga Muslim terpisah, anak kecil menjadi yatim piatu dan wanita menjadi balu serta janda dalam sekelip mata. "Masyarakat Islam dan Tamil dapat hidup aman damai di Jaffna sebelum ini. Tetapi kekejaman LTTE menghancurkan segala-galanya, keluarga porak peranda dan terpisah, masjid dimusnahkan dan harta benda kami dirampas. "Selain sehelai sepinggang, kami cuma dibenarkan membawa kira-kira 75 rupee (RM3). Kami diberi kata dua - keluar atau dibunuh. Dengan berat hati, kami melangkah keluar untuk bergelar pelarian di tanah air sendiri," katanya. Selepas keadaan diberitakan selamat, beliau dan beberapa penduduk Muslim memberanikan diri kembali ke Jaffna beberapa bulan kemudian, tetapi disambut pandangan yang memilukan. Hanya satu daripada 13 masjid dapat digunakan akibat bedilan bom tentera LTTE dan daripada kira-kira 100,000 penduduk Muslim di Jaffna, jumlahnya cuma mencecah lebih 1,000 orang manakala lebih 50,000 masyarakat Muslim yang tidak berani kembali, terus mendiami kem pelarian sehingga ke hari ini. Terbukti kekejaman itu tidak terhenti apabila sebulan selepas itu, LTTE meneruskan kekejaman melancarkan serangan di sebuah masjid di Kathankudy. Seramai 172 Muslim yang khusyuk bersolat ketika itu, maut serta merta. Gambar pembunuhan kejam itu dengan mayat, termasuk budak lelaki yang masih lengkap mengenakan kopiah serta sejadah dipenuhi darah, bergelimpangan kaku dan terpampang di dada akhbar antarabangsa. Seperti lazimnya, reaksi masyarakat dunia hanyalah dalam bentuk kecaman yang diibaratkan 'angin lalu' tanpa meninggalkan kesan atau menghentikan kekejaman LTTE yang terus mengganas membunuh penduduk Muslim di kawasan jajahan mereka. Pada 10 Mac lalu, LTTE yang tidak cukup menjadikan masjid di utara dan timur Sri Lanka sebagai sasaran utama, bertindak menyerang perarakan sempena Maulidur Rasul di Akuressa, di kawasan selatan, yang meragut 15 nyawa. Jurugambar sempat merakam peristiwa tragik dan mengerikan itu apabila barisan penduduk Muslim, berpakaian serba putih, berlatar belakang percikan letupan bom di belakang mereka. Dalangnya sudah semestinya pihak LTTE dan hanya dua perkataan yang layak menggambarkan tindakan tidak berperikemanusiaan itu - kejam dan zalim. Kini selepas tumpasnya LTTE dan kematian Prabhakaran, mungkin ada yang menganggap doa masyarakat Muslim yang selama ini sengsara, sudah pun terjawab. Namun apakah ini menjadi titik noktah kepada kesengsaraan penduduk Muslim ini? Apakah ada sinar bahagia bagi mereka dengan diberikan hak sepatutnya untuk hidup sama sama seperti bangsa Sinhala di Sri Lanka? Apa yang pasti, setakat ini, sebahagian besar penduduk Muslim yang miskin ini masih bergelar pelarian dan hanya masa menentukan sama ada mereka dapat kembali ke rumah masing-masing dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Apakah mungkin peranan mereka sebagai penyumbang ekonomi dan penentu kuasa politik, mendapat pengiktirafan sewajarnya daripada kerajaan pimpinan Presiden Sri Lanka, Mahinda Rajapakse. Namun lebih penting, masyarakat serta pertubuhan Islam antarabangsa perlu sama-sama menjadi pihak pemantau bagi memastikan penduduk Muslim Sri Lanka tidak lagi menjadi mangsa di tanah air sendiri selepas berkuburnya LTTE. INFO: Muslim Sri Lanka Mewakili tiga etnik iaitu Moors yang berketurunan pedagang Arab, kumpulan etnik Jawa dan Melayu yang berasal dari Indonesia dan Malaysia serta India Muslim. Setiap kumpulan itu mempunyai sejarah dan tradisi masing-masing. Masyarakat Moor adalah asalnya pedagang Arab yang yang datang pada abad kelapan dan berkahwin dengan wanita tempatan, sambil menyebarkan Islam. Mereka mewakili kumpulan majoriti penduduk Muslim Sri Lanka. Ketika penjajahan Belanda dan Inggeris, ramai penduduk Kepulauan Jawa dan Melayu dari Malaysia dihantar ke Sri Lanka dan penduduk kumpulan etnik ini mencecah kira-kira 50,000 orang ketika ini. Kumpulan lain Muslim berasal dari India dan Pakistan yang datang mencari peluang pekerjaan. Sebahagian besar berasal dari Tamil Nadu dan Kerala di selatan India. http://www.mra.my/bm/index.php?option=com_content&view=article&id=22:keratanakhbar&catid=12:keratanakhbar&Itemid=19 |
500 mahasiswa Melayu cemerlang tiada biasiswa di Asia Barat Posted: 20 Sep 2010 05:14 PM PDT 500 mahasiswa Melayu cemerlang mungkin pulang Utusan Malaysia 20 Sep 2010 KUALA LUMPUR 19 Sept. - Kira-kira 500 mahasiswa Melayu cemerlang yang sedang mengambil kursus kritikal termasuk perubatan di Asia Barat mungkin terpaksa menamatkan pengajian lebih awal kerana tidak mendapat biasiswa seperti dijanjikan. Majlis Perundingan Melayu (MPM) yang mendedahkan mengenai perkara itu menjelaskan, ibu bapa pelajar berkenaan tiada pilihan selain membawa pulang anak masing-masing kerana kebanyakan daripada mereka daripada golongan berpendapatan rendah. Menurut Setiausaha Agung MPM, Dr. Hasan Mad, ini kerana ibu bapa berkenaan telah bergolak-gadai menghabiskan wang simpanan termasuk menjual tanah bagi menanggung pengajian tahun pertama anak masing-masing setelah mendakwa akan diberikan biasiswa apabila memasuki tahun kedua pengajian. "Semua universiti itu diiktiraf oleh kerajaan tetapi kenapa mereka tidak diberi biasiswa? Saya hendak tanya adakah tindakan itu berpunca daripada desakan MCA? "MPM memandang serius perkara ini kerana pada masa sama kerajaan boleh memberi bantuan jutaan ringgit kepada sekolah Cina persendirian yang jelas melanggar Dasar Pelajaran Kebangsaan," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat MPM di sini hari ini. Menceritakan mengenai kemelut pelajar berkenaan, Hasan berkata, pada 29 Mei lalu, Pengerusi Kongres Ekonomi Melayu, Datuk Ibrahim Ali telah menyerahkan memorandum pelajar berkenaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. "Pada mulanya kita difahamkan bahawa tindakan telah diambil, tetapi malangnya kita dimaklumkan oleh pelajar berkenaan bahawa mereka masih belum mendapat biasiswa. "Wakil Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung kemudian ke Pejabat Perdana Menteri untuk menyerahkan memorandum tetapi tidak berpeluang melakukannya, sebab itulah kes ini diserahkan semula kepada MPM," katanya. Sehubungan itu, MPM sekali bertanyakan kepada kerajaan sama ada ingin melayan kes tersebut atau mengabaikannya begitu sahaja. Tegas beliau, sekiranya kerajaan bertegas enggan menyelesaikan perkara itu, maka MPM tidak mempunyai pilihan melainkan akan membawa perkara itu kepada Majlis Raja-Raja untuk tindakan lanjut. "MPM sedia memanjat pagar istana, jika tiada pilihan lagi untuk mengadu dan meminta Majlis Raja- Raja mengarahkan kerajaan memberikan biasiswa kepada pelajar-pelajar itu," katanya. http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0920&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm |
Penagih dadah Terengganu naik 1366 peratus Posted: 20 Sep 2010 05:06 PM PDT Penagih dadah Terengganu Darul Iman meningkat 1,366.67% Kosmo 21 Sep 2010 KUALA TERENGGANU - Terengganu merekodkan jumlah penagih dadah yang tinggi sepanjang tujuh bulan pertama tahun ini iaitu sebanyak 1,584 penagih berbanding hanya 108 bagi tempoh yang sama tahun lalu iaitu meningkat kepada 1,366.67 peratus. Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) negeri Terengganu Wan Addenan Wan Mohd. Noor berkata, daerah Besut mencatatkan bilangan penagih paling tinggi iaitu seramai 445 diikuti daerah Kemaman (351) dan Kuala Terengganu (229) manakala Dungun (188), Hulu Terengganu (128) dan Setiu (91). "Kita dapati daerah-daerah yang berada di sempadan mencatatkan penagihan yang tinggi seperti Besut dan Kemaman manakala daerah-daerah lain juga turut meningkat," katanya ketika ditemui pada majlis Hari Raya AADK negeri Terengganu di sini hari ini. Beliau berkata, mengikut profil penagih, 98.2 peratus adalah lelaki dan 98.5 peratus merupakan keturunan Melayu manakala 78.53 peratus terdiri daripada golongan belia yang berumur antara 19 dan 39 tahun. Katanya, sebanyak 32.36 peratus penagih pula mengambil methamphetamine, 12.63 peratus morfin manakala 9.72 peratus penagih amphetamine. - Bernama http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0920&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_08.htm |
You are subscribed to email updates from Anak Muda Kampung Nak Senang To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
MOH...KITE LAWAN YEOP!!! |
MEMALUKAN !! DS ANWAR ATAU TAN SRI KHALID PUNYA KERJA INI ? Posted: 21 Sep 2010 07:13 AM PDT
Sumber: http://wfauzdin.blogspot.com/ |
Posted: 21 Sep 2010 06:56 AM PDT Tukar Tiub Mahal Ini tiada kaitan dengan blog tukar tiub. Bro Hishamuddin Rais..Ini kisah tukar tiub yang benar-benar mahal. Memang cekik darah betul penukar tiub ini. Saya sendiri masa zaman belajar dulu, kena charge RM 35 untuk tukar tiub motor tayar belakang. Dahla baiki masa siang hari. Pukul 2.00 pagi lainlah cerita. Kejadian sama macam budak kat bawah. Dan bukan nak timbul isu perkauman, tapi rasa nak luahkan juga. Si penipu dan pencekik darah tu berbangsa India. Siap ugut nak pecahkan tayar saya dan panggil gangster bila saya minta diskaun..memang dahsyat betul jenayah yang dilakukan oleh mereka ini...dahla kalau lalu kat lebuhraya, penuh paku-paku atau skru kat tepi jalan. Nak kata kebetulan tak munasabah pula. Mungkin ditaburkan oleh geng tukar tiub ini.. Tukar tiub motor RM65 KUALA LUMPUR: Penunggang motosikal diingatkan agar berhati-hati dengan individu yang menawarkan perkhidmatan tukar tiub di lebuh raya kerana ada di antara mereka mengenakan caj yang terlalu tinggi melebihi caj biasa. Kejadian ini didedahkan seorang pelajar institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang 'bengang' apabila terpaksa membayar RM65 untuk perkhidmatan menukar tiub motosikal sedangkan harga biasa perkhidmatan itu RM10. Mangsa yang dikenali sebagai Eddy, 24, berkata tayar motosikalnya bocor ketika dalam perjalanan menghantar rakannya ke tempat kerja di Bukit Jalil, di sini, pagi semalam. Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 pagi itu, mangsa yang menyedari tiub tayar belakang motosikal bocor, menolak kenderaan itu ke sebuah stesen minyak berhampiran. Mangsa yang dalam keadaan bingung mencari kedai membaiki motosikal akhirnya menemui nombor telefon di batu dinding sekitar stesen minyak berkenaan yang menawarkan perkhidmatan menukar tiub sebelum menghubungi mereka. Mangsa yang ketika itu bergegas untuk ke tempat praktikal di ibu kota tiada pilihan selain mendapatkan juga perkhidmatan berkenaan walaupun terpaksa menunggu hampir 90 minit. Kira-kira jam 10.30 pagi, individu yang dihubungi tiba dan terus menukar tiub yang bocor itu tanpa memberitahu caj yang dikenakan. Pada mulanya, mangsa mengagak bayaran menukar tiub berkenaan hanyalah RM20 memandangkan kejadian itu berlaku di lebuh raya tetapi terkejut apabila individu berkenaan meminta bayaran sebanyak RM65 tanpa alasan kukuh. Mangsa yang cuba meminta diskaun berkali-kali ditolak individu terbabit dengan alasan harga berkenaan adalah 'harga standard' sedangkan tiub ditukar hanyalah tiub biasa berharga RM4. Mangsa yang tidak berpuas hati dengan tindakan individu itu membuat laporan di Balai Polis Pantai, kira-kira jam 11 pagi semalam. * Nasihat sisiapa yang naik motor, pakailah tubeless..pijak paku pun masih elok. Kalau tak nak, letaklah perkakas tukar tiub siap-siap kat dalam raga.. Sumber: http://tunhisyamuddin.blogspot.com/ |
You are subscribed to email updates from MOH...KITE LAWAN YEOP!!! To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
www.telokkemang.blogspot.com/ |
Soalan-Soalan Parlimen Dato' Kamarul Baharin Abbas Posted: 20 Sep 2010 10:07 PM PDT PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUA BELAS Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI SAINS TEKNOLOGI DAN INOVASI menyatakan:- Berapakah jumlah keseluruhan (statistik) pendatang asing yang memegang VISA dan VOA yang telah melakukan kesalahan didakwa ataupun tidak dan jumlah mereka yang telah dihantar balik sesudah tamat menjalani hukuman. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERDAGANGAN ANTARABANGSA DAN INDUSTRI menyatakan:- Nyatakan nama syarikat-syarikat mengikut jumlah yang diperuntukan Permit Import (AP) sejak 2008 sehingga kini . Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PERUMAHAN DAN KERAJAAN TEMPATAN menyatakan:- Jumlah projek pembangunan yang melibatkan beberapa unit rumah mampu milik diseluruh negara yang dilaksakankan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada masa kini dan berapa yang telah siap serta dijual. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEMAJUAN LUAR BANDAR DAN WILAYAH menyatakan:- Jumlah dana digunakan daripada RM5 bilion yang telah diperuntukkan untuk bantuan dan pembangunan orang asli mengikut negeri setakat ini. |
Soalan-Soalan Parlimen Dato' Kamarul Baharin Abbas Posted: 20 Sep 2010 09:20 PM PDT PERTANYAAN-PERTANYAAN BAGI MESYUARAT KETIGA, PENGGAL KETIGA PARLIMEN KEDUA BELAS JAWAB LISAN Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan :- a) Berapakan jumlah jaminan yang diberikan kepada pinjaman yang diambil oleh syarikat milik kerajaan (GLC) yang berbentuk pinjaman langsung atau pengeluaran bon-bon dari 2005 hingga 2009; dan b) Baki tertunggak dan perlu dijelaskan dari sekarang hingga tahun 2020. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI SUMBER MANUSIA menyatakan :- a) Rasionalnya mengadakan kursus berasingan untuk mendapatkan sijil NIOSH OIL & GAS SAFETY PASSPORT (NIOSH) dengan yuran RM250 bagi tiap-tiap sijil untuk pekerja bagi beberapa sektor-sektor industri yang mewajibkannya dan kenapa tidak satu kursus untuk semua industri. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:- a) Adakah kerajaan mempunyai dasar mengenai kegunaan tenaga nuklear memandangkan beberapa negara telah menunjuk minat untuk beralih kepada tenaga atom seperti jangkaan International Atomic Energy Agency (IAEA) bahawa 10.4% tenaga global akan dihasilkan oleh loji nuklear (nuclear reactors) pada tahun 2030. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan: a) Tindakan kerajaan terhadap peguam yang gagal menghadirkan diri di mahkamah yang menyebabkan Felda disabitkan kesalahan oleh mahkamah; dan b) Apakah Felda bercadang untuk menaikkan Kadar Perahan Gred (KPG) setelah mahkamah memutuskan memihak terhadap peneroka Felda Kemahang Kelantan. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- a) Status pembinaan lebuh raya Seremban-Port Dickson ke FR5 Pasir Panjang-Linggi yang telah tergendala; dan b) Nyatakan bilakah kerja penyambungan projek tersebut akan dimulakan dan jumlah penalti yang dikenakan kepada kontraktor berkenaan sehingga kini. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan:- a) Adakah wang KWSP digunakan oleh kerajaan bagi menampung kos tambahan kepada setiap projek yang mengalami kerugian; dan b) Senaraikan projek-projek tersebut serta jumlah suntikkan kewangan dari KWSP dan berapakah jumlah pinjaman telah dibayar mengikut jadual kepada KWSP. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI KERJA RAYA menyatakan:- a) Alasan perancangan projek lebuh raya (Central Spine Expressway) dari Seremban-Karak-Gua Musang-Kota Bharu dibatalkan pembinaannya; dan b) Apakah kerajaan mempunyai perancangan untuk menaiktaraf laluan yang sedia ada. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok kemang) minta MENTERI KEWANGAN menyatakan;- a) Berapakah jumlah dana yang telah diberikan kepada ValueCAP dari mula ditubuh sehingga sekarang untuk melabur dipasaran saham ; dan b) Prestasi kedudukan untung rugi pelaburan itu sehingga masa kini. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta PERDANA MENTERI menyatakan:- a) Jumlah pengagihan zakat yang telah dikeluarkan mengikut negeri dan data terperinci pada tahun 2005 hingga 2009; dan b) Cara mana pihak pengurusan dan jumlah pegawai yang ditugaskan supaya dapat mengenal pasti mereka yang benar-benar layak mendapat bantuan. Dato' Kamarul Baharin Abbas (Telok Kemang) minta MENTERI PENGANGKUTAN menyatakan:- a) Jumlah sebenar pinjamam 'UK Malaysia Aids' oleh Perbadanan Aset Keretapi (PAK) sehingga kini; dan b) Kenapa pinjaman tersebut tidak dibayar mengikut jadual dan baki hutang tertunggak sehingga kini.
|
You are subscribed to email updates from www.telokkemang.blogspot.com/ To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |