Khamis, 16 September 2010

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Di Malaysia, Hakim Dilayan Sebagai 'Ahli Sukan'

Posted: 16 Sep 2010 03:12 AM PDT


KUALA LUMPUR 16 SEPT - Kerajaan pemerintah di Malaysia dilihat lebih gemar melayan hakim sebagai seorang ahli sukan yang perlu patuh kepada setiap telunjuk seseorang jurulatih - watak yang menjadi kegemaran mereka.

"Sebagai ahli sukan, mereka perlu patuh kepada telunjuk jurulatih dan ahli politik di Malaysia tidak pula akur kepada hakim, sebaliknya menukarkan mereka apabila keputusan tidak memihak kepada mereka..."

Demikian analogi yang diberi bekas Presiden Majlis Peguam, Suleiman Abdullah pada sidang media sempena pelancaran fasa keenam kempen Perlembagaanku di Bazar Bijou, Jalan Bangkung, Bangsar di sini, hari ini.

Beliau kesal kerana kebanyakan ahli politik tidak menghormati profesion kehakiman dan menggunakan kuasa eksekutif mereka untuk 'menjatuhkan hukuman' kepada hakim yang tidak menyebelahi kepentingan mereka.

Bagi Suleiman yang masih mengganggotai Majlis Peguam, semua hakim perlu dihormati semua pihak walaupuan keputusan penghakiman mereka disukai atau sebaliknya, malah hakim sepatutnya memiliki kehidupan tersendiri yang unik dan 'sunyi'.

Sehubungan itu, beliau turut menyeru semua masyarakat termasuk badan bukan kerajaan dan pengamal media supaya berganding bahu dalam memastikan intitusi kehakiman di negara ini benar-benar bebas dan berkecuali.

"Di negara luar terutama England, rakyat dan media sentiasa bersama-sama mempertahan intitusi kehakiman. Kita harap semua ini akan berlaku di Malaysia," katanya.

Suleiman turut mengingatkan hakim yang beragama Islam supaya bertanggung jawab dan adil ketika membuat penghakiman lantaran ajaran Islam jelas menyebut, hanya seorang dari nisbah tiga layak ke syurga.

"Akan tetapi, ada sesetengah hakim di Malaysia lebih gemar syurga di dunia berbanding di akhirat," katanya, sinis.

Pada program itu, pelbagai acara sambutan Hari Malaysia turut berlangsung termasuk bazar membeli-belah dan acara pentas yang dikunjungi pelbagai lapisan rakyat tempatan dan warga asing.

Sumber: TVSelangor

Rakyat Selangor Tidak Akan Terima Khir Toyo Lagi

Posted: 16 Sep 2010 03:12 AM PDT


SHAH ALAM 16 Sept : Banyak kesilapan semasa menerajui Selangor sewaktu menjadi Menteri Besar dahulu adalah faktor lebih penting mengapa Datuk Seri Khir Toyo tidak layak menerajui Selangor pada masa akan datang.

Perkara ini ditegaskan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang dipetik melalui Sinar Harian sambil menambah rakyat negeri ini tidak akan menerima kembali Ketua Pembangkang itu sebagai Menteri Besar sekiranya UMNO menawan kembali negeri ini pada Pilihan raya Umum (PRU) akan datang.

"Pemimpin sedemikian tidak layak menerajui negeri ini apatah lagi menjadi ikon kepada rakyat Selangor," katanya.

Sebaliknya beliau menyarankan supaya jawatan berkenaan diserahkan kepada pemimpin yang lebih layak di kalangan Barisan Nasional(BN).

Dalam pada itu, Khalid menyifatkan kenyataan yang dikeluarkan Dr Khir yang berkata beliau tidak mahu lagi menjadi Menteri Besar jika BN kembali merampas Selangor,sebagai tidak ikhlas dan penuh kepura-puraan.

"Saya berpendapat, dia tidak mahu dilantik semula menjadi Menteri Besar sekiranya pembangkang mengambil alih negeri ini kerana sedar tidak lagi berpeluang mendapat habuan" ujar Khalid.

"Ini kerana pentadbirannya sekarang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menolak amalan sedemikian," katanya.


Sumber: TVSelangor

Ubah Cara Pelantikan KPN Jika Mahu Kurangkan Jenayah

Posted: 16 Sep 2010 03:10 AM PDT


SHAH ALAM 16 SEPT : Jurucakap kumpulan peguam, Lawyer For Liberty, N Surendran mencadangkan agar kaedah pelantikan Ketua Polis Negara direformasikan agar ia seiring dengan usaha tranformasi yang diuar-uarkan oleh kerajaan.

Ujarnya satu badan bebas yang dianggotai oleh ahli-ahli parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang boleh dibentuk dan badan itu akan dipertanggungjawabkan untuk melantik Ketua Polis Negara atau meluluskan perlantikan yang dibuat oleh kerajaan.

Menurut beliau, ini penting dalam memastikan individu yang dilantik untuk mengepalai unit keselamatan negara itu merupakan seorang yang berkredibiti tinggi untuk menjalankan tugasnya di samping mampu membentuk organisasi yang mapan untuk memenuhi tuntutan mengawal keselamatan negara.

"Kita perlu satu badan bebas untuk melantik Ketua Polis Negara. Jikalau pun kerajaan yang melantiknya, ia perlu diluluskan oleh contohnya, sebuah panel yang terdiri dari ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang," katanya.

"Saya rasa jenayah sukar untuk dikurangkan, sehinggalah kerajaan bertekad untuk membuat sebuah pasukan polis yang profesional, dan tidak dipengaruhi oleh unsur-unsur politik," tambahnya.

Surendran berkata demikian, mengulas mengenai laporan mengenai usaha Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mensasarkan matlamat bagi menurunkan kadar jenayah, termasuk jenayah jalanan melalui dasar Program Transformasi Kerajaan (GTP).

Menurut laporan berkenaan, selain dari penambahan anggota dan kemasukan anggota awam bagi tugasan meja, pihak KDN turut bekerjasama dengan agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam dan Rela untuk melakukan tugasan rondaan bagi menangani jenayah.

Hishammuddin juga berkata PDRM mahu mencari pendekatan yang lebih kreatif dan strategik dalam menangani jenayah pecah rumah dengan mengadakan lebih banyak pertemuan dan mengukuhkan hubungan dengan masyarakat.

Walau bagaimanapun menurut Surendran, tenaga pasukan polis terlalu banyak digunakan bagi mengintip pergerakan pihak pembangkang dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang pro-pembangkang, sedangkan tugas yang lebih penting seperti menurunkan kadar jenayah terus terabai.

Bahkan berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh Menteri Dalam Negeri itu, Surendran berpendapat negara telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membina prasarana, memberikan latihan dan menaiktaraf kelengkapan, namun hasilnya menghampakan.

"Tetapi, jika sumber-sumber ini (anggota polis) digunakan untuk membanteras jenayah, ia pasti akan ada perbezaan. Saya tak percaya Hishamuddin, akan benar-benar dapat melakukan (transformasi) ini," jelas Surendran.

Sumber: TVSelangor

Konsep Federalisme Tidak Lagi Dihormati

Posted: 16 Sep 2010 03:09 AM PDT


16hb September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak secara rasminya membentuk Malaysia.

Makanya kenegaraan Federalisme yang menjadi salah satu dari tiang seri negara sewajarnya menjadi semakin kukuh dan sepatutnya lagi dihormati.

Kemasukan Sabah dan Sarawak ternyata membawa dampak yang bukan sedikit kepada negara. Malangnya semangat pembentukan Negara Malaysia dan faham Federalisme yang mendukungnya, malah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pula, kian hari semakin terhakis.

Pemusatan kuasa kepada Kerajaan Persekutuan tidak terbendung lagi. Faham Federalisme, Kedaulatan Undang-Undang dan Semangat Keperlembagaan diketepikan demi mengekalkan kekuasaan elit pemerintah semata.

Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi.

Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai "deposit" kemenangan ketika mahu memenangi pilihan raya.

Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini.

Jelasnya kita tidak boleh menyalahkan mereka dan seharusnya berusaha menjana tenaga, fikiran serta terus beriltizam membasmi penindasan tersebut.

Makanya Parti Keadilan Rakyat bersama Permuafakatan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di seluruh negeri-negeri yang bersekutu dengan negara ini dan berusaha sejajar dengan hasrat murni Perlembagaan Persekutuan.

Malanglah negara ini jika pemerintahnya bertindak menyisihkan dan menafikan hak rakyat sendiri kerana berbeza fahaman politik, ras dan kebudayaan.

Kini sudah tibalah masanya seluruh rakyat dari Perlis sehingga ke Johor, dari Kelantan sehingga ke Sabah dan Sarawak menyertai gelora menuntut Perubahan, agar sirna penindasan dan tertegaknya Keadilan.

Hari Malaysia ini, bersamaan 16 September 2010, biarlah ianya dimaknai oleh kita, untuk terus beriltizam dan berusaha mengembalikan Semangat Keperlembagaan agar negara ini "…mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia."

Sumber: Suara Keadilan

Azmin Sah Bertanding Timbalan Presiden Lawan Zaid

Posted: 16 Sep 2010 03:08 AM PDT


KOTA KINABALU 16 Sept - Setelah beberapa minggu membiarkan persoalan samada beliau mahu bertanding jawatan kedua tertinggi dalam Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Azmin Ali akhirnya memutuskan untuk berbuat demikian semalam.

Beliau yang juga Naib Presiden paling kanan yang memegang jawatan tersebut sejak penubuhan parti pada 1999 berkata beliau mmebuat keputusan tersebut setelah Timbalan Presiden, Senator Dr Syed Husin Ali memgumumkan beliau mempertahankan jawatannya Selasa lalu dan setelah merujuk kepada pimpinan KEADILAN.

Pengumuman Azmin menjadikan medan perebutan jawatan Timbalan Presiden yang akan berlangsung pada Pemilihan Parti 2010 November depan kini menjadi dua orang.

Sebelum ini Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Zaid Ibrahim mendahului dengan menyatakan hasrat untuk bertanding jawatan itu.

"Saya berjanji akan berganding bahu untuk memperkukuhkan idealisme parti, menerap dan meningkatkan kesetiaan serta memperkasakan organisasi bersama pucuk pimpinan dan anggota parti yang lain," kata beliau tegas beliau di sini ketika menghadiri majlis Sambutan Hari Malaysia ke-47 bersama pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat di sini semalam.

Azmin yang juga Ahli Parlimen Gombak berharap pertandingan bagi kawatan Timbalan Presiden akan berjalan dengan cara sihat dan semangat persaudaraan.

Beliau juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaaan di atas perjuangan serta sumbangan bakti yang dicurahkan oleh Dr Syed Husin selama memegang jawatan Timbalan Presiden sejak 2003.


Sumber: Suara Keadilan

Polis Digesa Siasat Semua Laporan Jenayah Bukan Berprofil Tinggi Sahaja

Posted: 16 Sep 2010 03:08 AM PDT


GOMBAK 16 Sept - Pihak polis digesa memberi perhatian dan bertindak segera terhadap mana-mana laporan jenayah oleh orang awam dan tidak hanya dilihat bertindak pantas apabila melibatkan kes jenayah berprofil tinggi sahaja

Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan, Haniza Talha merujuk kepada kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga individu lain baru-baru yang dikaitkan dengan seorang peguam bergelar 'Datuk' dan adiknya seorang doktor.

"Apabila disiasat didapati dalang kepada pembunuhan sudah ada empat kes terdahuku yang cara jenayah mereka hampir sama tetapi persoalan saya mengapa kes sebelum ini tidak langsung diketahui orang ramai sehinggalah kes pembunuhan Datuk Sosialwati 'meletup'.

"Saya berpendapat sekiranya pihak polis hanya bertindak pantas dan dilihat memberi fokus kepada kes-kes berprofil tinggi maka ia akan menghantar mesej yang salah.

"Sebelum saya difahamkan terdapat beberapa laporan orang ramai mengenai kegiatan jenayah dan aktiviti yang berlaku di dalam ladang tersebut namun apa terjadi dengan semua laporan itu.

"Kita seolah-olah membiarkan penjenayah berfikir bahawa mereka boleh bermaharajalela melakukan jenayah tanpa risau tindakan oleh pihak berkuasa," kata Haniza ketika ditemui media selepas mengadakan majlis tahlil dab bacaan yasin bersama-sama anggota Wanita KEADILAN dan Dewan Muslimat Gombak.

Turut bersama pada majlis itu Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua Dewan Muslimat PAS Selangor, Ustazah Wan Hasrina Wan Hassan.

Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32 dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan tersebut untuk urusan pembelian tanah.

Haniza yang juga Timbalan Speaker Dewan Negeri Selangor menyeru rakyat supaya bersama-sama berganding bahu mencegah jenayah.

"Kita melihat di kaca televisyen jenayah-jeneyah yang berlaku di Amerika Syarikat, Europa tetapi kita tidak sangka jenayah kejam seperti yang berlaku kepada datuk Sosilawati boleh berlaku di negara ini.

"Apa sudah jadi dengan negara ini dan masyarakat sehingga penjenayah boleh melakukan kekejaman sewenang-wenang.

"Saya menyeru rakyat Malaysia sudah kembali berpegang kepada nilai-nilai kemanusiaan dan jangan terlalu materialistik sehingga manusia akan sanggup berbuat apa sahaja demi wang ringgit dan kekayaan," nasihat beliau.

Beliau juga berharap pihak polis meningkatkan keupayaan mereka untuk menyiasat dan menyelesaikan kes-kes jenayah dengan efisien.


Sumber: Suara Keadilan

Perkasa Parahkan Lagi Retak Dalam Umno

Posted: 16 Sep 2010 03:07 AM PDT


Arahannya cukup jelas - Umno harus menjarakkan diri dari Perkasa demi perpaduan Barisan Nasional dan lebih penting untuk mendapatkan semula keyakinan pengundi bukan Melayu, khususnya kaum Cina.

Namun arahan Perdana Menteri dan Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bukan sahaja disanggah oleh pemimpin tertinggi parti secara terbuka, malah ditolak sendiri oleh Utusan Malaysia, akhbar kawalan parti itu.Adakah Najib menghadapi krisis kepimpinan dalam Umno? Adakah Najib kini ibarat nakhoda tanpa anak kapal?

Sekali imbas dipandang jelas isu Perkasa mendedahan kerapuhan kepemimpinan Najib sebagai teraju utama Umno.

Apabila arahan dan ketetapan Presiden boleh diperlekeh dan diremehkan oleh pemimpin lain, itu isyarat jelas beliau hilang kawalan ke atas partinya.

Hakikatnya ialah, pemimpin-pemimpin seperti Zahid Hamidi, Noh Omar dan Ahmad Maslan tidak merasakan perlu untuk mengendahkan haluan yang ditetapkan oleh Najib.

Begitu juga dengan Utusan Malaysia yang mempersoalkan sama ada tindakan meminggirkan Perkasa akan menjamin kemenangan untuk Umno-BN pada pilihan raya umum akan datang.

Justeru walaupun pemimpin seperti Setiausaha Agung parti Tengku Adnan Mansor dan Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin membuat kenyataan terbuka membidas Perkasa, komen-komen daripada Zahid, Noh Omar dan Ahmad membuktikan Umno semakin berpecah belah.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan anaknya Mukriz mengambil ketetapan bahawa Umno harus menyokong Perkasa dalam mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu.

Itu dinyatakan secara terbuka. Namun yang tersirat dalam sokongan itu adalah bahawa Umno juga harus bersekongkol dengan Perkasa dalam membidas sebarang cubaan untuk mempertikaikan dasar-dasar yang menyentuh hak keistimewaan orang Melayu.

Ini temasuk tindakan mengheret pemimpin-pemimpin Barisan Nasional sendiri untuk siasatan polis kerana mempersoalkan pengagihan ekuti 30 peratus untuk Bumiputera.

Adalah menjadi "rahsia terbuka' dalam Umno, bahawa Najib mempuyai 'masalah' dengan kalangan pemimpin kanan Umno dan seorang daripada mereka adalah Zahid Hamidi, bekas setiausaha politik beliau.

Zahid, kini seorang naib presiden Umno dikatakan kecewa dengan Najib kerana campurtangan kerabat keluarga Najib dalam urusan kontrak Kementerian Pertahanan yang dipimpinnya.

Susulan itu, Zahid bingkas mengisytiharkan bahawa bukan beliau bertanggungjawab atas kecurian dua enjin jet pejuang yang di dedahkan awal tahun ini, sekali gus cuba mengheret Najib dalam skandal itu, kerana beliau menjadi Menteri Pertahanan ketika itu.

Hakikatnya juga ialah, dalam dalil politik Zahid, beliau merasakan lebih afdal bagi dirinya beralih ke kem Muhyiddin Yassin dan Mahathir daripada memberi sokongan bulat kepada regu Najib-Hishammuddin.

Dengan mengambil kira pemilihan Umno yang akan berlangsung pada tahun 2012, dalil politik seperti ini juga menjadi dokongan pemimpin-pemimpin lain seperti Noh Omar dan Ahmad Maslan.

Persoalan yang tidak kurang menarik dalam semua ini adalah mana dan apa pendirian Muhyiddin Yassin ketika bosnya Najib dan Umno diasak oleh Mahathir dan Perkasa sendiri.

Sikap berdiam diri Muhyiddin hanya menguatkan spekulasi bahawa dua pemimpin tertinggi Umno itu sudah tidak boleh lagi bekerjasama kerana bersilang haluan atas isu-isu asas 1Malaysia.

Sisa-sisa kepercayaan antara mereka nampaknya semakin mengecil dan memberi kesan mendalam kepada parti tunjang Barisan Nasional itu.

Isu Perkasa jelas menzahirkan pemimpin-pemimpin Umno jauh daripada bersatu di bawah naungan Najib.

Sebaliknya ada antara mereka masih melihat kepada Mahathir untuk mencorakkan kepimpinan Umno pada pemilihan parti akan datang.

Sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno lebih setahun lalu, Najib dilihat sebagai lebih berkebolehan dari Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Namun seperti Abdullah, Najib sukar untuk mengurangkan pengaruh Mahathir dalam Umno, dan isu Perkasa menzahirkan perbezaan yang ketara antara dua pemimpin itu.

Sama ada Najib mempunyai kemampuan untuk meminggirkan Mahathir dan Perkasa dilihat sebagai bakal menentukan kelangsungan beliau sebagai Perdana Menteri ke lima Malaysia.


Sumber: Suara Keadilan

Negara Demokratik Satu Tuntutan Patriotik

Posted: 16 Sep 2010 03:06 AM PDT


SHAH ALAM 16 Sept - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengajak rakyat Malaysia supaya menguatkan tekad dan iltizam untuk bersama-sama berganding bahu mewujudkan sebuah negara yang benar-benar demokratik serta menghormati kedaulatan undang-undang yang berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-47 yang juga disambut sebagai cuti umum buat pertama kali dalam sejarah, Abdul Khalid menegaskan tanggungjawab ini adalah tuntutan patriotik yang perlu digalas oleh setiap warganegara yang prihatin.

"Ini bukanlah perkara baru kerana ia terkandung di dalam teks Pemahsyuran Kemerdekaan negara kita. Ia juga diulang semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

"Saya yakin rakyat Malaysia kini kian matang untuk secara demokratiknya menilai serta menyaring banyak wacana yang muncul dalam masyarakat. Dengan kematangan ini, kita harus yakin untuk berbeza pendapat secara aman dengan maksud sama berusaha mencari penyelesaian," kata Menteri Besar.

Namun selepas 47 tahun penubuhan gagasan Malaysia, rakyat berhadapan dengan masalah urus tadbir negara yang lemah disebabkan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.

"Kita kini berdepan dengan isu urus tadbir kerajaan yang lemah kerana salah guna kuasa di samping sistem pengurusan yang tidak lancar. Ini turut mengheret masalah ekonomi yang ditandai dengan pelbagai isu rasuah dan penyelewengan serta masalah sosial seperti jenayah, kemiskinan serta prejudis kaum dan agama yang tebal. Umumnya, kita kini berdepan dengan persoalan identiti, iaitu ke mana hala tuju negara ini mahu di bawa.

"Kita telah menyaksikan sepanjang sejarah singkat negara ini, wujud jurang ketara dalam aspek pembangunan kemudahan serta pengupayaan sosio-ekonomi rakyat. Komitmen semua diperlukan agar masalah ini dapat diketengahkan sebagai perhatian untuk diselesaikan.

"Kita tidak boleh lagi menyapu sampah ke bawah tikar. Setiap masalah yang muncul perlu dihadapi untuk penyelesaian tuntas. Ini hanya dapat dilakukan dengan penegasan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Bagaimanapun, penegasan dua prinsip ini akan melibatkan sejumlah birokrasi, sekurang-kurangnya di peringkat awal. Suka atau tidak, ia perlu dilakukan agar disiplin pengurusan ekonomi yang mapan dapat mengambil tempat. Dengan tertegaknya bentuk pentadbiran begini, agenda merakyatkan ekonomi akan dapat disusun dengan lebih baik untuk semua," tegas Abdul Khalid lagi.

Menteri Besar menyeru rakyat negara ini agar mengingati, memahami dan menginsafi perjalanan sejarah negara untuk menghargainya serta terus berusaha memberikan yang terbaik untuk membangunkannya serta memelihara kedaulatannya.

"Selepas sekian lama bersatu sebagai sebuah negara Malaysia, kita telah berpeluang mengurus-tadbir negara ini sendiri sebagaimana yang dihajatkan semasa perjuangan untuk Merdeka. Ia adalah satu proses berterusan dan tidak mudah.

"Pada hari ini, dalam kepesatan era teknologi dan inovasi, kita berdepan dengan pelbagai persoalan yang mencabar dan menuntut kita untuk sentiasa bersedia membuat keputusan tepat, cepat dan berintegriti tinggi.

"Sempena sambutan Hari Malaysia ini, saya ingin menyeru kita semua untuk merenung semula makna diri merdeka serta erti hidup bernegara dan hubungannya dengan diri kita, keluarga, masyarakat seluruhnya serta negara. Semoga masa depan Malaysia akan menjadi lebih baik untuk semua," ujar beliau.

Sumber: Suara Keadilan

Pemilihan 2010 Satu Lagi Ujian Mematangkan Parti

Posted: 16 Sep 2010 03:05 AM PDT


SHAH ALAM 16 Sept - Pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010 dilihat sebagai satu lagi ujian kematangan pemimpin dan anggota parti dalam usaha membuktikan bahawa KEADILAN adalah sebuah parti masa depan yang dinamik serta menjadi parti harapan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Menurut Ketua Penarangan KEADILAN Perak, Zulkifly Ibrahim, sejak 10 tahun yang lalu terbukti KEADILAN mampu menempuh pelbagai masalah yang merangkumi masalah rakyat, Pakatan Rakyat termasuk menangani masalah dalaman parti.

Dalam usia yang muda ia berupaya memberi sumbangan yang besar kepada politik tanahair sehingga mengetuai membentuk satu blok ahli parlimen Pakatan Rakyat yang menggerunkan Umno-Barisan Nasional di Dewan Rakyat disamping menerajui kerajaan negeri Selangor serta memperolehi bilangan kerusi yang membanggakan di peringkat Dewan Undangan Negeri diseluruh negara.

"Dalam Konteks pemilihan parti, walaupun kononnya terdapat perpecahan disebabkan pelbagai pemimpin dan ahli yang menwakili NGO, bekas Umno dan reformis, namun realitinya KEADILAN masih bertahan dan digeruni oleh banyak pihak terutama sekali Umno. Seperti yang disepakati oleh ahli dalam Kongres Khas untuk menjadikan KEADILAN sebuah parti yang mengamalkan demokrasi, sudah tentu dalam pemilihan ini kita ingin melihat sejauh mana demokrasi benar-benar di terjemahkan kepada realiti," kata Zulkifly dalam satu kenyataan semalam.

Beliau juga menyokong kenyataan Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang ingin melihat suasana persaingan yang sihat dikalangan semua calon yang bertanding dengan mematuhi etika pemilihan sepenuhnya dan tidak membuat dakwaan mendapat restu dari beliau.

Kata Zulkifly lagi mana-mana calon yang mengguna nama Anwar dan keluarganya dalam pemilihan ini tidak mempunyai kredibiliti tersendiri kerana hanya mampu menumpang kewibawaan orang lain.

Tambah beliau yang pernah menerajui KEADILAN Perak satu ketika dahulu, KEADILAN adalah sebuah parti yang inginkan satu budaya politik baru di negara ini.

Bagi mencapai matlamat ini Zulkifly mencadangkan agar pemilihan kepimpinan parti hendaklah terbuka kepada calon yang benar-benar layak.

"Tidak timbul persoalan perpecahan dalam parti. Ada pandangan jawatan Timbalan Presiden tidak di pertandingkan untuk mengelak daripada berlakunya perpecahan dalaman adalah tidak munasabah.

"Asas penilaian terhadap calon dalam pemilihan kali ini adalah mereka yang setia dan berada dalam parti sejak ditubuhkan. Calon daripada golongan muda hendaklah dipertimbangkan yang telah melaksanakan tanggungjawab terhadap tugasan yang diberikan oleh parti dengan cemerlang. Calon yang dipilih juga harus disenangi oleh ahli dan tidak pernah menimbulkan konflik dalam parti sebelum ini," tegas beliau lagi.

Zulkifly juga berkata sebagai parti yang mengamalkan politik serta budaya baru, penggunaan politik wang hendaklah ditolak.

Mereka yang mengamalkan budaya caci mencaci dan menabur fitnah terhadap calon saingan dianggap tidak sesuai berada dalam kepimpinan parti.

"Yang paling penting calon yang bertanding mestilah mempunyai fikrah yang baik dari sudut agama, kemampuan berinteraksi dengan ahli daripada pelbagai kaum dan berupaya menarik lebih ramai orang Melayu menyertai KEADILAN," ujarnya.

Berhubung desakan Majlis Pimpinan KEADILAN Negeri Perak meminta Pengerusi, Mustaffa Kamil Ayub bertanding jawatan Timbalan Presiden, Zulkifly berkata Mustaffa sememangnya layak menduduki jawatan tersebut.

"Beliau seorang pemimpin yang pernah berada dalam kepimpinan utama parti seperti Pemangku Pemuda Keadilan Nasional, pernah menjadi Setiausaha Agung Parti, mengetuai beberapa biro penting seperti biro latihan , biro antarabangsa dan juga sekarang sebagai Naib Presiden.

"Beliau antara pemimpin yang kanan dalam KEADILAN dan pernah diberi kepercayaan menjadi Pengerusi MPN Sarawak, Terengganu dan kini Perak," jelas Zulkifly.

Beliau juga menggesa semua cabang negeri Perak mencalonkan Mustaffa sebagai calon Timbalan Presiden dalam proses pemilihan yang akan bermula minggu ini.

"Permuafakatan pemimpin dan ahli cabang terhadap Saudara Mustafa sangat penting kerana pemilihan beliau nanti akan memberi kesan yang tinggi untuk memulihkan imej KEADILAN Perak akibat daripada kemelut dua Exco KEADILAN melompat parti pada 2009 yang lalu," kata Zulkifly lagi.

Sumber: Suara Keadilan

NKRA Najib Gagal Bendung Jenayah

Posted: 16 Sep 2010 03:04 AM PDT


SHAH ALAM 16 Sept - Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Jenayah yang dilancarkan kerajaan Umno-Barisan Nasional dilihat gagal membendung peningkatan kes jenayah di Malaysia yang semakin membimbangkan.

Menurut Exco Pemodenan Pertanian, Pembangunan Usahawan dan Sumber Alam, Dr Yaakob Sapari, pembunuhan tragis jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain serta pembunuhan kejam yang melibatkan seorang ustazah dan anaknya di Port Dickson awal bulan ini jelas menunjukkan pihak polis tidak berjaya mengawal sepenuhnya kejadian jenayah bunuh di Malaysia.

"Rata-rata rakyat Malaysia pada hari ini tidak berasa begitu selamat kerana kes jenayah yang sering berlaku.

"Hakikatnya, undang-undang jenayah di Malaysia pada hari ini dilihat begitu lemah dan tidak dapat menjamin keselamatan rakyat.

"Hukuman yang dijatuhkan kepada pesalah masih belum cukup untuk memberi keinsafan kepada pesalah sekaligus tidak mampu memberi kesedaran kepada masyarakat secara amnya.

"Ini disebabkan oleh hukuman yang dilaksanakan, dijalankan di kawasan yang tertutup serta jauh dari orang awam," kata Dr Yaakob dalam satu kenyataan media semalam.

Beliau mencadangkan agar hukuman berat yang dijatuhkan kepada penjenayah dijalankan di tempat awam.

Dengan cara ini, orang ramai yang menyaksikan hukuman tersebut akan merasa gerun untuk melakukan apa juga bentuk jenayah.

Pada masa yang sama, cara ini dapat mendidik warga tentang undang-undang yang ada di negara ini.

"Kes pembuhuhan melibatkan jutawan kosmetik , Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu yang lain dengan seorang seorang peguam yang bergelar Datuk telah mencetuskan suasa tegang dalam negara ketika umat Islam sedang bergembira menyambut Hari Raya Aidilfitri.

"Ini ditambah lagi dengan meningkatnya kes pembunuhan dan pembuangan bayi," ujar beliau.


Sumber: Suara Keadilan

Wanita, AMK Sokong Penuh Hasrat Shamsul Tanding Naib Presiden

Posted: 16 Sep 2010 03:02 AM PDT


KUALA LUMPUR 16 Sept - Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Shamsul Iskandar Mohd Akin hari ini mengumumkan secara rasmi mengumumkan hasrat beliau bertanding jawatan Naib Presiden bagi mewakili golongan muda di peringkat pimpinan pusat parti.

Beliau berkata keputusannya berdasarkan kepada keperluan mengangkat idealisme anak muda bagi memainkan perana yang lebih besar di dalam pembudayaan demokrasi dalam KEADILAN.

"Saya dengan ini mengumumkan untuk menawar diri bagi mengisi ruang kepimpinan parti sebagai Naib Presiden KEADILAN.

"KEADILAN telah membuktikan kemampuannya sebagai sebuah platform yang menyediakan ruang dan peluang yang kondusif untuk generasi muda lebih berperanan di dalam politik negara. Dan tentunya ia harus diterjemah melalui penyertaan strategik kepimpinan muda dalam hierarki KEADILAN.

"Dokongan penuh ke atas kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selaku kemudi KEADILAN akan lebih bermakna dengan kemampuan pimpinan untuk mendampingi generasi muda, dan saya bersedia memikul perana tersebut, seandainya diamanahkan," kata Shamsul ketika membaca kenyataannya pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman petang tadi.

Shamsul berkata beliau yakin untuk mendapatkan sokongan dari semua anggota parti termasuk daripada sayap wanita, AMK serta pimpinan peringkat pusat.

Bagaimanapun Shamsul tidak menyatakan pendiriannya apabila ditanya mengenai calon Ketua AMK yang beliau sokong.

"Kalau saya nyatakan sokongan secara terbuka kepada Rafizi sebagai calon Ketua AMK tidak ada gunanya kalau ahli tidak menyokong beliau kerana pemilihan parti kali ini dibuat secara langsung," jelas beliau.

Ditanya samada beliau menyokong keputusan Naib Presiden Azmin Ali bertanding jawatan Timbalan Presiden, Shamsul berkata pendiriannya akan dibuat selepas semua proses pencalonan selesai.

"Saya tunggu sehingga selesai proses pencalonan. Saya hanya menawarkan diri tapi kalau tidak ada cabang yang mencalonkan saya tidak mungkin saya dapat bertanding Naib Presiden," kata beliau lagi.

Wakil Wanita KEADILAN Malaysia, Hasnah Hashim berkata sayap wanita tidak mempunyai masalah untuk menyokong pencalonan Shamsul sebagai Naib Presiden.

"Wanita meraikan hasrat Shamsul bertanding jawatan Naib Presiden. Kami percaya penyertaan beliau pada peringkat pimpinan pusat parti akan memberi peluang kepada golongan muda untuk memyumbang dengan lebih besar kepada perjuangan parti.

"Kami melihat ini sebagai satu pakej di mana wanita dan AMK adalah sebagai satu 'talent scouting' bagi mencungkil bakat muda untuk diketengahkan pada peringkat ang lebih tinggi dalam parti," kata Hasnah.

Calon Ketua AMK, Rafizi Ramli yang turut hadir pada sidang media itu berkata sumbangan dan jasa Shamsul adalah amat besar kepada sayap itu dalam usaha membina kembali kekuatannya antara tahun 2006 dan 2008.

"Shamsul memgambil alih AMK ketika ia menghadapi keadaan yang getir dan pebuh cabaran tetapi ketokohan beliau mampu membina kembali jentera AMK dan sayan harap semangat dan kemampuan beliau diangkat kepada peringkat yang lebih tinggi dalam parti," kata Rafizi.


Sumber: Suara Keadilan

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Negara Demokratik Satu Tuntutan Patriotik

Posted: 16 Sep 2010 01:00 AM PDT

SHAH ALAM 16 Sept - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengajak rakyat Malaysia supaya menguatkan tekad dan iltizam untuk bersama-sama berganding bahu mewujudkan sebuah negara yang benar-benar demokratik serta menghormati kedaulatan undang-undang yang berteraskan prinsip kebebasan dan keadilan.

Dalam perutusan sempena sambutan Hari Malaysia yang ke-47 yang juga disambut sebagai cuti umum buat pertama kali dalam sejarah, Abdul Khalid menegaskan tanggungjawab ini adalah tuntutan patriotik yang perlu digalas oleh setiap warganegara yang prihatin.

"Ini bukanlah perkara baru kerana ia terkandung di dalam teks Pemahsyuran Kemerdekaan negara kita. Ia juga diulang semasa pembentukan Malaysia pada tahun 1963.

"Saya yakin rakyat Malaysia kini kian matang untuk secara demokratiknya menilai serta menyaring banyak wacana yang muncul dalam masyarakat. Dengan kematangan ini, kita harus yakin untuk berbeza pendapat secara aman dengan maksud sama berusaha mencari penyelesaian," kata Menteri Besar.

Namun selepas 47 tahun penubuhan gagasan Malaysia, rakyat berhadapan dengan masalah urus tadbir negara yang lemah disebabkan salah guna kuasa oleh kerajaan Umno-Barisan Nasional.


"Kita kini berdepan dengan isu urus tadbir kerajaan yang lemah kerana salah guna kuasa di samping sistem pengurusan yang tidak lancar. Ini turut mengheret masalah ekonomi yang ditandai dengan pelbagai isu rasuah dan penyelewengan serta masalah sosial seperti jenayah, kemiskinan serta prejudis kaum dan agama yang tebal. Umumnya, kita kini berdepan dengan persoalan identiti, iaitu ke mana hala tuju negara ini mahu di bawa.

"Kita telah menyaksikan sepanjang sejarah singkat negara ini, wujud jurang ketara dalam aspek pembangunan kemudahan serta pengupayaan sosio-ekonomi rakyat. Komitmen semua diperlukan agar masalah ini dapat diketengahkan sebagai perhatian untuk diselesaikan.

"Kita tidak boleh lagi menyapu sampah ke bawah tikar. Setiap masalah yang muncul perlu dihadapi untuk penyelesaian tuntas. Ini hanya dapat dilakukan dengan penegasan prinsip ketelusan dan pertanggungjawaban. Bagaimanapun, penegasan dua prinsip ini akan melibatkan sejumlah birokrasi, sekurang-kurangnya di peringkat awal. Suka atau tidak, ia perlu dilakukan agar disiplin pengurusan ekonomi yang mapan dapat mengambil tempat. Dengan tertegaknya bentuk pentadbiran begini, agenda merakyatkan ekonomi akan dapat disusun dengan lebih baik untuk semua," tegas Abdul Khalid lagi.

Menteri Besar menyeru rakyat negara ini agar mengingati, memahami dan menginsafi perjalanan sejarah negara untuk menghargainya serta terus berusaha memberikan yang terbaik untuk membangunkannya serta memelihara kedaulatannya.

"Selepas sekian lama bersatu sebagai sebuah negara Malaysia, kita telah berpeluang mengurus-tadbir negara ini sendiri sebagaimana yang dihajatkan semasa perjuangan untuk Merdeka. Ia adalah satu proses berterusan dan tidak mudah.

"Pada hari ini, dalam kepesatan era teknologi dan inovasi, kita berdepan dengan pelbagai persoalan yang mencabar dan menuntut kita untuk sentiasa bersedia membuat keputusan tepat, cepat dan berintegriti tinggi.

"Sempena sambutan Hari Malaysia ini, saya ingin menyeru kita semua untuk merenung semula makna diri merdeka serta erti hidup bernegara dan hubungannya dengan diri kita, keluarga, masyarakat seluruhnya serta negara. Semoga masa depan Malaysia akan menjadi lebih baik untuk semua," ujar beliau.



Sumber: Suara Keadilan

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR

ANGKATAN MUDA KEADILAN SELANGOR


Perutusan Hari Malaysia 2010 Oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim

Posted: 16 Sep 2010 03:04 AM PDT

16hb September 1963, Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah dan Sarawak secara rasminya membentuk Malaysia. Makanya kenegaraan Federalisme yang menjadi salah satu dari tiang seri negara sewajarnya menjadi semakin kukuh dan sepatutnya lagi dihormati.

Kemasukan Sabah dan Sarawak ternyata membawa dampak yang bukan sedikit kepada negara. Malangnya semangat pembentukan Negara Malaysia dan faham Federalisme yang mendukungnya, malah diiktiraf oleh Perlembagaan Persekutuan pula, kian hari semakin terhakis.

Pemusatan kuasa kepada kerajaan persekutuan tidak terbendung lagi. Faham Federalisme, Kedaulatan Undang-Undang dan Semangat Keperlembagaan diketepikan demi mengekalkan kekuasaan elit pemerintah semata.

Justeru tidak hairan kita lihat bagaimana negeri-negeri seumpama Kelantan, Sarawak dan Sabah dinafikan hak mereka sungguhpun kaya dengan hasil bumi serta semulajadi. Janji-janji manis ditabur di Sabah dan Sarawak misalnya, kerana ianya dianggap sebagai "deposit" kemenangan ketika mahu memenangi pilihanraya.

Ketidakadilan yang dialami oleh rakyat dari negeri-negeri yang ditindas inilah membuatkan mereka bersikap acuh dan pesimis terhadap hasrat memperkukuh sebuah negara Persekutuan ini. Jelasnya kita tidak boleh menyalahkan mereka dan seharusnya berusaha menjana tenaga, fikiran serta terus beriltizam membasmi penindasan tersebut.

Makanya Parti Keadilan Rakyat bersama Permuafakatan Pakatan Rakyat tuntas untuk memastikan keadilan dilaksanakan di seluruh negeri-negeri yang bersekutu dengan negara ini dan berusaha sejajar dengan hasrat murni Perlembagaan Persekutuan. Malanglah negara ini jika pemerintahnya bertindak menyisihkan dan menafikan hak rakyat sendiri kerana berbeza fahaman politik, ras dan kebudayaan.

Kini sudah tibalah masanya seluruh rakyat dari Perlis sehingga ke Johor, dari Kelantan sehingga ke Sabah dan Sarawak menyertai gelora menuntut Perubahan, agar sirna penindasan dan tertegaknya Keadilan. Hari Malaysia ini, bersamaan 16hb September 2010, biarlah ianya dimaknai oleh kita, untuk terus beriltizam dan berusaha mengembalikan Semangat Keperlembagaan agar negara ini "…mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia."

ANWAR IBRAHIM
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia

Ketua Polis Negara Baru Digesa Bebas Pengaruh KDN

Posted: 16 Sep 2010 02:49 AM PDT

Kenyataan Media

Angkatan Muda Keadilan Selangor

Parti Keadilan Rakyat

16 September 2010

Ketua Polis Negara Baru Digesa Bebas Pengaruh KDN

Angkatan Muda Keadilan Selangor menyatakan harapan tinggi agar Ketua Polis Negara yang baru,Tan Sri Ismail Omar menunjukkan ketegasan dan komitmen untuk tidak tunduk kepada pengaruh daripada mana-mana pihak.

Sebelum ini,bekas Ketua Polis Negara,Tan Musa Hassan mengeluarkan kenyataan mengejutkan bahawa wujudnya campur tangan daripada Kementerian Dalam Negeri dalam urusan PDRM.

Justeru,AMK Selangor berharap di bawah kepimpinan Ketua Polis Negara yang baru,imej dan professionalisme PDRM dapat dipertingkatkan lantaran sebelum ini kewibawaan dan professionalisme PDRM dalam beberapa perkara dipertikaikan pelbagai pihak.

AMK Selangor menggesa rakyat dan PDRM bersama-sama memerangi jenayah yang semakin membimbangkan dan menakutkan.Kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan 3 individu yang lain merupakan insiden tragis yang tidak patut berulang lagi.

AMK Selangor mencadangkan agar aspek pendidikan pencegahan jenayah diperluaskan dan diberi perhatian sejak bangku sekolah lagi bagi memberi penerangan agar masyarakat dapat membentuk jaringan keselamatan bagi mengelakkan menjadi mangsa jenayah.

AMK Selangor juga berharap kerajaan meneruskan komitmennya dalam aspek penurunan jenayah dengan melaksanakan dasar dan polisi berkesan menangani peningkatan kadar jenayah.

Kita yakin rakyat keseluruhannya memberikan sokongan dan dokongan padu kepada PDRM dalam usaha pembanterasan jenayah dan hubungan baik antara rakyat dan pihak polis dipertingkatkan.

Mohd Ezli Mashut

Ketua Penerangan

AMK Selangor

Anwar Ibrahim

Anwar Ibrahim


Shamsul Sedia Beri Keterangan Jika Dipanggil

Posted: 16 Sep 2010 03:23 PM PDT

Dari TVSelangor

Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Mohd Akin menyuarakan kesediaan beliau bekerjasama dengan pihak polis jika dipanggil untuk merakamkan keterangan beliau.

Ini ekoran kenyataan Ketua polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar yang dilaporkan Utusan Malaysia hari ini bahawa beliau akan memanggil Shamsu

l untuk dirakam kenyataan berhubung kes pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya.

Shamsul berkata, beliau bukanlah peguam seperti yang didakwa oleh Khalid dan beliau tidak tahu langsung berkenaan perincian kes ini tetapi beliau sanggup memberikan kerjasama.

“Menurut akhbar Utusan Malaysia hari ini, KP Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar mahu memanggil saya untuk merakam kenyataan saya berhubung kes pembunuhan Datuk sosilawati Lawiya.

“Saya ingin menegaskan bahawa pertama, saya bukanlah peguam tersebut seperti didakwa dan kedua, saya tidak tahu langsung berkenaan kes ini, tetapi saya akan bekerjasama dengan pihak polis,” tegas beliau.

Membidas kenyataan Khalid bahawa beliau ‘bercakap ikut sedap mulut’ dan ia merupakan kenyataan paling ‘merepek’ yang pernah didengar Khalid, Shamsul berkata, ayat seperti itu tidak patut datang dari seorang individu yang berjawatan tinggi dalam institusi kepolisan.

“Pada pendirian saya, yang pertama, ya saya bersetuju memberikan kerjasama kerana tugas menjaga keselamatan bukan hanya pada polis, tetapi juga tanggungjawab kita sebagai seorang rakyat Malaysia. Apabila wartawan bertanyakan berkenaan kes ini, pertamanya saya merakam ucapan takziah dan kedua berasa geram terhadap pembunuhan kejam seorang wanita dan tiga rakannya,” tegas beliau.

Beliau juga turut memuji kecekapan pihak polis menyelesaikan kes pembunuhan hartawan kosmetik yang mendapat liputan meluas media.

Walau bagaimanapun, beliau menggesa pihak polis supaya memberikan lebih tumpuan untuk mengurangkan kadar jenayah di negara ini berbanding terlalu ‘menjaga tepi kain’ ahli politik.

“Saya ada terbaca dalam akhbar bahawa sudah beberapa kes serupa difailkan ke atas suspek sebelum ini dan banyak lagi kes sebegini di kawasan tersebut. Persoalan yang saya ingin bangkitkan ialah mengapa kes tersebut tidak disiasat secara mendalam?,” tanya beliau.

Shamsul seterusnya berkata jika polis mengambil tindakan proaktif, menyiasat dan memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kes-kes yang difailkan sebelum ini, beliau yakin kes pembunuhan Datuk Sosilawati tidak mungkin boleh berlaku.

Bahkan ujarnya, beliau tidak akan berhenti menyuarakan kebenaran kerana ia berkaitan dengan keadilan untuk Datuk Sosilawati dan tiga rakannya yang mati dibunuh dengan kejam.

“Saya bersama ketua pimpinan yang lain sempat menziarahi keluarga Allahyarhamah Datuk sosilawati dan bersimpati serta saya tidak mahu kes sebegini berlaku lagi dalam negara kita.

“Saya harap KP Selangor berfikir dahulu sebelum membuat tindakan sebegini kerana bagi saya ini satu perkara yang cukup memalukan dan saya juga tidak akan teragak-agak untuk menyaman beliau kerana ini mencabar kredibiliti saya,” kata Shamsul lagi.

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

BULETIN RAKYAT

BULETIN RAKYAT


I LUV MALAYSIA ! SELAMAT HARI MALAYSIA !

Posted: 15 Sep 2010 09:12 PM PDT

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!

MOH...KITE LAWAN YEOP!!!


TOKEK DAPAT DI HUTAN LENGGONG 305GRAM

Posted: 15 Sep 2010 10:21 PM PDT

BERAT CICAK INI 305GRAM DAPAT DI HUTAN LENGGONG HARGA RM300,000 BERMINAT CALL 013-4370258

MEDIA Rakyat MALAYSIA

MEDIA Rakyat MALAYSIA


AZMIN ALI SAH BERTANDING TIMBALAN PRESIDEN PKR

Posted: 15 Sep 2010 08:48 PM PDT

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak

Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat Cabang Bukit Gantang, Perak


Hari Lahir Malaysia

Posted: 15 Sep 2010 09:49 AM PDT

Pemasyhuran Malaysia telah diisytiharkan oleh Perdana Menteri Malaysia Tunku Abdul Rahman pada 16hb September 1963 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ekoran daripada perjanjian  antara Persekutuan Tanah Melayu, United Kingdom, Borneo Utara, Sarawak dan Singapura pada 9hb Julai 1963.

Dengan termaktubnya perjanjian tersebut, negeri Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ketiga-tiga negeri tersebut juga tidak lagi menjadi negeri jajahan takluk British.

Hari ini 16hb Sept 2010 genap Malaysia 47 tahun. Selamat Hari Lahir Malaysia.

Notis Mesyuarat Online

Posted: 15 Sep 2010 03:57 AM PDT



Notis mesyuat Agung Angkatan Muda, Wanita dan Cabang Keadilan Bukit Gantang telah dihantar dan kini tinggal 3 hari lagi untuk hari jadi. Sama-samlah kita menunaikan tanggungjawab untuk memilih kepimpinan cabang dan hadir dan terlibat dalam proses mendemokrasikan parti.

Mesyuarat Angkatan Muda Keadilan Bukit Gantang akan diadakan di Dewan Pejabat Keadilan Bukit Gantang Taman Molek pada jam 2.00 petang 18hb Sept 2010 dangan tema "Sinar Baru".
Sayap Wanita pula pada jam 3.00 petang dan cabang pada jam 4.00 petang kedua-duanya di lokasi  dan tarikh yang sama.

Pemilihan dan pembuangan undi akan belangsung pada hari yang sama bermula jam 10.00pagi hingga 4.00 petang.

Semua ahli keadilan Bukit Gantang dijemput hadir.