Jumaat, 23 Julai 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Kajian Syabas Tidak Tepat, Selangor Akan Buat Kajian Semula Permintaan Air

Posted: 23 Jul 2010 12:00 AM PDT

Shah Alam 23 Julai - Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan menjalankan kajian pengurusan dan permintaan air untuk menentukan jumlah air yang digunakan pengguna di negeri ini  pada ketika ini dan masa akan datang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata data yang disediakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mungkin tidak tepat dalam meramalkan keperluan pengguna air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Selangor percaya Kerajaan Persekutuan terlalu bergantung kepada Kajian Sumber Air Nasional (NWRS) yang dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2000. 

Malah, Selangor yakin projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor juga berdasarkan kajian ini. 

Dalam satu kenyataan semalam, Abdul Khalid berkata anggaran NWRS per kapita keperluan air tidak didasarkan pada Design Guidelines for Water Supply Systems yang dihasilkan Persatuan Air Malaysia.


"Sebaliknya, mereka menggunakan "Pendekatan Keperluan Air" yang didasarkan pada unjuran pertumbuhan KDNK nasional  yang berubah mengikut pasaran ekonomi global yang tidak stabil sejak krisis ekonomi dunia yang turut menjejaskan ekonomi Malaysia. 

"Fakta penting yang perlu diberi perhatian ialah  anggaran NWRS untuk Selangor dan Kuala Lumpur antara 500-1,224 liter per kapita sehari pada 2010, berbanding dengan penggunaan air per kapita sehari dilaporkan untuk bandar-bandar utama dunia seperti Singapura 328 liter, Sydney 214 liter, dan New York 420 liter.

"Oleh kerana itulah kita percaya bahawa anggaran permintaan air yang melonjak naik. Jika demikian, keputusan untuk melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor itu sendiri boleh dipersoalkan," kata Menteri Besar.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bahawa jumlah bekalan air yang dihasilkan tidak cukup untuk memenuhi keperluan sepatutnya disertakan dengan unjuran permintaan terhadap air.

"Selangor mengulangi bahawa unjuran permintaan kita menunjukkan terdapat lebihan bekalan air untuk memenuhi keperluan pelanggan di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kapasiti loji rawatan air sedia ada sepatutnya cukup untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat.  Tambahan, kerja-kerja naik taraf loji ini sudah dilakukan dan dijangka selesai tidak lama lagi, jadi tidak perlulah Kerajaan Persekutuan tergesa-gesa melaksanakan projek bernilai berbilion ringgit. 

"Satu kajian yang lebih telus dan terperinci tentang keperluan air perlu dilakukan untuk menjelaskan perbezaan angka antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.

"Tetapi kita dapat beberapa alasan iaitu pertama, pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur menggunakan air yang banyak malah lebih tinggi dari bandar-bandar maju lain di dunia, dua, Syabas memang belum mampu mengurangkan peratusan air tanpa hasil (NRW), atau tiga, angka-angka yang diperoleh ini memang bermasalah," kata Abdul Khalid lagi.

Daripada mempromosikan projek mega yang bakal menggunakan wang pembayar cukai bagi mengekalkan bekalan air, Kerajaan Persekutuan sepatutnya mengambil pendekatan pengurusan permintaan dengan mengadakan perancangan unjuran.

Selangor menekankan bahawa bekalan air mecukupi sehingga 2019 untuk pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi pada masa yang sama, Selangor juga mahu mempromosikan pemuliharaan air dan menggalakkan penggunaan yang bijaksana, kitar semula air, pengumpulan dan pemeprosesan air hujan, menurunkan kadar NRW dan meneroka sumber air alternatif.

Sumber: Suara Keadilan

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


‘Kroni poket kosong, UMNO S’gor tertekan’- Tony Pua

Posted: 23 Jul 2010 04:03 AM PDT


SHAH ALAM, 23 Jul – Pemimpin UMNO cuba menggugat Kerajaan Negeri Selangor dengan menimbulkan isu kecurian pasir dan bekalan air di negeri itu kerana kepentingan kroni mereka kini terjejas, kata setiausaha publisiti DAP Tony Pua.

Usaha untuk menggugat pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor itu dilakukan Timbalan Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Ketua Perhubungan UMNO negeri Datuk Noh Omar dan Ketua Pembangkang di DUN Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, katanya.

Tony berkata Muhyiddin, Noh dan Mohd Khir dengan jelas berang bagi pihak kroni UMNO dalam percubaan untuk menggugat kerajaan negeri dan membalas dendam kerana dasar Pakatan Rakyat mendahulukan kebajikan rakyat.

"Kesungguhan kerajaan negeri untuk mengurangkan pemberian kontrak dan rasuah, memaksimumkan hasil kerajaan dan memperbaiki kualiti perkhidmatan awam tanpa meningkatkan beban kewangan rakyat, telah menyakitkan poket kroni UMNO di Selangor yang telah biasa dengan cara BN," kata Pua.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau menjelaskan, kemarahan itu timbul apabila Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) ditubuhkan bagi menguruskan pengeluaran permit perlombongan pasir di Selangor.

Melalui kaedah tender terbuka, kaedah rundingan terus tidak lagi dilayan dan hanya pengusaha tulen sahaja yang boleh mendapatkan lesen tersebut.

"Oleh itu, (kaedah) lesen Ali Baba di bawah rejim terdahulu yang meraih keuntungan mudah dengan mendapatkan permit tersebut melalui naungan politik, kemudiannya kerja perlombongan itu disubkontrakkan (untuk keuntungan).

"Kelayakan sesuatu kontraktor yang masih menggunakan kaedah itu dengan mudah boleh dibatalkan, atau kontraktor lain akan menawarkan harga lebih baik, melalui sistem baru yang kompetitif dan telus," tambahnya.

Pua berkata, kejayaan sistem baru itu boleh dilihat melalui kutipan royalti dan keuntungan yang diraih oleh KSSB (sebelum cukai) yang meningan sebanyak 86.1 peratus dalam tempoh sembilan bulan selepas Pakatan Rakyat mengabil alih pentadbiran Selangor pada 2008.

Jumlah tersebut kemudiannya meningkat sebanyak 213 peratus pada 2009, berbanding kutipan yang hanya berjumlah RM4.39 juta pada 2007 di bawah pentadbiran BN.

Jelasnya, motif yang ditunjukkan pemimpin UMNO itu boleh dilihat dengan jelas memandangkan tiada pemimpin parti itu yang memarahi pentadbiran Datuk Abdul Ghani Othman di negeri Johor yang didakwa mempunyai kes perlombongan dan penyeludupan pasir haram 'paling buruk'.

"Tambahan pula, Tan Sri Muhyiddin Yassin sanggup memberi amaran keras kepada menteri besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berhubung pendiriannya mengekalkan tarif air dan meningkatkan kualiti air," kata Pua lagi

Menurutnya, perseteruan antara Khalid dan Muhyiddin adalah berhubung pertikaiannya dengan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), sebuah anak syarikat Puncak Niaga Holdings Bhd yang dikaitkan dengan UMNO.

"(Rakyat) di negeri asal timbalan perdana menteri itu sendiri, terpaksa menanggung tarif air paling tinggi di negara ini akibat penswastaan air, sementara pada masa sama terpaksa menanggung kekurangan air serius di bandar utama seperti Kluang dan Batu Pahat sejak beberapa bulan lalu," katanya lagi. – MALAYSIAKINI

Hishammuddin Membisu Jumpa Pakatan Rakyat Isu Permit Akhbar

Posted: 23 Jul 2010 03:52 AM PDT


SHAH ALAM 23 Julai - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein masih lagi membisu meskipun Pakatan Rakyat telah menghantar surat rasmi untuk bertemu beliau minggu lalu berhubung isu permit penerbitan lidah rasmi KEADILAN, PAS dan DAP.

Timbalan Presiden KEADILAN, Senator Dr Husin Ali ketika dihubungi Suara Keadilan berkata sehingga kini tidak ada jawapan rasmi daripada Menteri mengenai tarikh pertemuan bagi mengadakan perbincangan tersebut.

"Kita dalam mesyuarat bulanan Pakatan yang diadakan di pejabat Ketua Pembangkang di Parlimen sebelum ini telah bersetuju untuk menemui Hishammuddin bagi berbincang mengenai isu permit Suara Keadilan, The Rocket dan Harakah tetapi belum ada sebarang jawapan.

"Bagi KEADILAN, kita akan tetap akan menerbit akhbar kita secara tidak berkala sehinggalah Menteri memberikan kelulusan permit untuk lidah rasmi, Suara Keadilan.

"KEADILAN akan meneruskan kerja seperti biasa iaitu untuk menyampai dan menyalurkan maklumat kepada ahli parti kerana sudah menjadi tanggungjawab kita untuk melaporkan situasi dan perkembangan politik semasa," ujar beliau.

Menurut Dr Syed Husin, perkara tersebut akan dibangkitkan lagi pada mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang akan datang.

Pada 14 Julai lepas, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memutuskan ketiga-tiga akhbar rasmi parti dihentikan terbitannya serta merta sehingga mendapat keputusan rasmi daripada KDN.

Dalam mesyuarat itu, Anwar berkata Pakatan Rakyat akan menjawab setiap persoalan yang ditimbulkan oleh KDN dan berharap tindakan segera boleh diambil bagi menyelesaikan kekusutan yang berlaku.

Sementara itu, akhbar rasmi PAS telah pun diberi kelulusan permit penerbitan 17 Julai lalu dengan diberi amaran keras manakala Selasa lepas The Rocket dipanggil KDN bagi memberi keterangan berhubung surat tunjuk sebab mengenai isu pembaharuan permit dan artikel yang disiarkan akhbar itu.

Sumber: Suara Keadilan

Kajian Syabas Tidak Tepat, Selangor Akan Buat Kajian Semula Permintaan Air

Posted: 23 Jul 2010 03:51 AM PDT


Shah Alam 23 Julai - Kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor akan menjalankan kajian pengurusan dan permintaan air untuk menentukan jumlah air yang digunakan pengguna di negeri ini pada ketika ini dan masa akan datang.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata data yang disediakan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) mungkin tidak tepat dalam meramalkan keperluan pengguna air di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

Selangor percaya Kerajaan Persekutuan terlalu bergantung kepada Kajian Sumber Air Nasional (NWRS) yang dilakukan Unit Perancang Ekonomi (EPU) pada 2000.

Malah, Selangor yakin projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor juga berdasarkan kajian ini.

Dalam satu kenyataan semalam, Abdul Khalid berkata anggaran NWRS per kapita keperluan air tidak didasarkan pada Design Guidelines for Water Supply Systems yang dihasilkan Persatuan Air Malaysia.

"Sebaliknya, mereka menggunakan "Pendekatan Keperluan Air" yang didasarkan pada unjuran pertumbuhan KDNK nasional yang berubah mengikut pasaran ekonomi global yang tidak stabil sejak krisis ekonomi dunia yang turut menjejaskan ekonomi Malaysia.

"Fakta penting yang perlu diberi perhatian ialah anggaran NWRS untuk Selangor dan Kuala Lumpur antara 500-1,224 liter per kapita sehari pada 2010, berbanding dengan penggunaan air per kapita sehari dilaporkan untuk bandar-bandar utama dunia seperti Singapura 328 liter, Sydney 214 liter, dan New York 420 liter.

"Oleh kerana itulah kita percaya bahawa anggaran permintaan air yang melonjak naik. Jika demikian, keputusan untuk melaksanakan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang-Selangor itu sendiri boleh dipersoalkan," kata Menteri Besar.

Kenyataan yang dibuat oleh Ketua Eksekutif Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bahawa jumlah bekalan air yang dihasilkan tidak cukup untuk memenuhi keperluan sepatutnya disertakan dengan unjuran permintaan terhadap air.

"Selangor mengulangi bahawa unjuran permintaan kita menunjukkan terdapat lebihan bekalan air untuk memenuhi keperluan pelanggan di Selangor dan Kuala Lumpur.

"Kapasiti loji rawatan air sedia ada sepatutnya cukup untuk menampung permintaan air yang semakin meningkat. Tambahan, kerja-kerja naik taraf loji ini sudah dilakukan dan dijangka selesai tidak lama lagi, jadi tidak perlulah Kerajaan Persekutuan tergesa-gesa melaksanakan projek bernilai berbilion ringgit.

"Satu kajian yang lebih telus dan terperinci tentang keperluan air perlu dilakukan untuk menjelaskan perbezaan angka antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Selangor.

"Tetapi kita dapat beberapa alasan iaitu pertama, pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur menggunakan air yang banyak malah lebih tinggi dari bandar-bandar maju lain di dunia, dua, Syabas memang belum mampu mengurangkan peratusan air tanpa hasil (NRW), atau tiga, angka-angka yang diperoleh ini memang bermasalah," kata Abdul Khalid lagi.

Daripada mempromosikan projek mega yang bakal menggunakan wang pembayar cukai bagi mengekalkan bekalan air, Kerajaan Persekutuan sepatutnya mengambil pendekatan pengurusan permintaan dengan mengadakan perancangan unjuran.

Selangor menekankan bahawa bekalan air mecukupi sehingga 2019 untuk pengguna di Selangor dan Kuala Lumpur tetapi pada masa yang sama, Selangor juga mahu mempromosikan pemuliharaan air dan menggalakkan penggunaan yang bijaksana, kitar semula air, pengumpulan dan pemeprosesan air hujan, menurunkan kadar NRW dan meneroka sumber air alternatif.

Sumber: Suara Keadilan

Kerajaan Umno-BN Sentiasa Bercakap Benar Atau Palsu?

Posted: 23 Jul 2010 03:47 AM PDT


Oleh Nur'ain Hanisah

Dari satu sudut, rakyat perlu bertanya;

1. Anwar Ibrahim bayar CNN untuk dapat liputan dan temuramah khas bagi member peluang kepadanya memujuk Yahudi jangan terlalu marah kepadanya kerana mendedahkan isu APCO; benar atau palsu?

2. Anwar Ibrahim didedahkan sebagai alat Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat oleh blogger dari New York Elaine Meinel Supkis; benar atau palsu?

3. Parti Keadilan Rakyat taja Raja Petra Kamaruddin untuk bersembunyi di London kerana diburu oleh pihak berkuasa Malaysia sebab menyebar fitnah terhadap kerajaan dan pemimpin Malaysia; benar atau palsu.?

Ternyata kenyataan pertama adalah palsu. CNN telah menafikannya dan menegaskan bahawa ia sebuah badan penyiaran yang berwibawa. Sesungguhnya yang tergamak membuat dakwaan seumpama itu ialah pihak politik dan media yang memang seumur hayat wujud dalam dunia rasuah dan salahguna kuasa.

Sementara bagi persoalan kedua, ia boleh dijawab dengan pertanyaan – siapakah dia Elaine Meinel Supkis? Adakah beliau seorang berpengaruh lantaran ketajaman mata penanya? Atau, adakah ia adalah sekadar nama yang dicuba dijulang oleh akhbar Utusan Malaysia yang sememangnya sentiasa kagum dan kaget dengan nama yang kebaratan kerana ia memang pengkagum barat seperti Apco?

Soalan ketiga adalah lebih menarik kerana ia segera menimbulkan persoalan lain – adakah Parti Keadilan Rakyat mempunyai sumber kewangan begitu besar sehingga mampu "membeli" CNN dan menaja Raja Petra hidup dengan aman dan sejahtera di London? Jika begitu besar yang dimiliki tidakkah lebih baik jika parti itu "membeli" sahaja wakil-wakil rakyat Umno yang memang ramai perlukan wang untuk "mengekalkan cara hidup mereka".

Ramai juga wartawan dan editor akhbar media perdana yang bersedia menerima "sumbangan" KEADILAN seperti yang mereka tunjukkan kesediaan berbaris menerima "duit rakyat" daripada pemimpin-pemimpin Umno selepas berbuka puasa sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Dari sudut lain, rakyat juga perlu bertanya:

1. Malaysia perlukan bangunan parlimen baru bernilai RM800 juta di Putrajaya kerana bangunan parlimen sedia ada kerap bocor dan memerlukan biaya senggara beratus juta; benar atau palsu?

2.
Kerajaan tidak pernah mengeluarkan lesen judi sukan kepada mana-mana pihak di Negara ini. Sebab itu Umno yang perlu membetulkan keadaan dan mengumumkan kerajaan akan menghentikan kegiatan yang dikatakan sudah dilesenkan itu atas pertimbangan agama dan politik; benar atau palsu?

3. Kerajaan Malaysia tidak ada menggunakan kepakaran bekas perisik Israel untuk kempen perhubungan awam demi menaikkan imej kerajaan dalam syarikat Apco Worldwide dengan bayaran lebih RM 77juta; benar atau palsu?

Kenyataan pertama di atas adalah palsu. Ini disahkan sendiri oleh menteri yang mula-mula sekali mengumumkan rancangan itu. Beliau mendakwa mendapat maklumat yang salah daripada kakitangan kerajaan sekaligus memberi gambaran kakitangan awam tidak cekap.

Lantas soalan awal pun melahirkan soalan baru – kakitangan kerajaan tidak cekap; benar atau palsu?

Persoalan kedua ibarat pepatah sudah terang lagi bersuluh. Umum tahu Umno dan bukan komponen lain Barisan Nasional yang mengungguli isu judi sukan. Pemimpin umno yang mencetuskan persoalan. Dan, Majlis Tertinggi Umno yang mengarahkan Kabinet menarik balik keputusan yang dibuat oleh Menteri Kewangan Umno. Itu berita benar.

Sementara itu, soal Apco adalah berita benar.

Memang kerajaan Malaysia ada menggunakan khidmat pakar-pakar Israel. Jika tidak mengapa ada laporan yang kontrak badan ini disambung? Dan, kerajaan BN tidak pula berfikir penting untuk menafikannya. Sehubungan itu, sudah pasti Jawatankuasa Disiplin Parlimen sudah menjatuhkan hukum terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mendedahkan perkara ini di parlimen.

Bermula dengan premis oleh kerana rakyat Malaysia kurang bijaksana, ilmu dan jahil tentang politik dan konspirasi dunia, maka menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menentukan bahan berita yang mereka terima, baca dan tonton.

Maka ditubuhkanlah Jawatankuasa Pengukuhan Komunikasi Kerajaan. Anggotanya adalah tiga Menteri – Hishammuddin Hussein, Nazri Aziz dan Rais Yatim. Tugas mereka ialah menentukan kenyataan kerajaan dalam pelbagai perkara adalah sentiasa benar . maka tidak timbul persoalan di kemudian hari bahawa kerajaan tidak bercakap benar: benar atau palsu?


Sumber: Suara Keadilan

Setelah Berdalih Akhirnya SPRM Terima Afidavit Bala

Posted: 23 Jul 2010 12:17 AM PDT


PUTRAJAYA 23 Julai - Setelah drama yang dimainkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Jaya yang membatalkan sesi mengambil keterangan dari bekas penyiasat persendirian P Balasubramaniam di London awal Julai lalu, akhirnya agensi kontroversi tersebut terpaksa akur dan menerima respons kepada 52 soalan yang dikemukakan kepada Bala berhubung kes pembunuhan model Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Semalam tiga peguam kepada Bala - Americk Sidhu, Manjeet Singh Dhillon dan Amerjit Singh - tiba di SPRM kira-kira pukul 2.45 petang dengan diiringi seorang pengawal peribadi untuk menyerahkan afidavit tersebut yang telah diakui dihadapan notari di London dan di bawa pulang oleh Manjeet malam Isnin lalu.

Americk bersama dua orang rakannya dilihat keluar daripada ibu pejabat SPRM hampir sejam kemudian.

"Kita telah hantar dokumen berkenaan dan mereka telah pun menerimanya. Ia merupakan satu pertemuan yang santai dan mereka kelihatan sangat berminat dan memaklumkan kepada kami bahawa mereka akan memberikan komitmen untuk menyelesaikan kes tersebut dengan secepat mungkin," kata Americk yang ditemui di perkarangan ibu pejabat SPRM.

Dokumen tersebut merupakan jawapan dalam bentuk afidavit kepada soalan yang dikemukakan kepada Bala yang dihantar melalui perkhidmatan kurier, selepas SPRM membatalkan rancangannya untuk ke London bagi menyiasat secara langsung penyiasat persendirian yang dijadual pada 5 hingga 7 Julai lalu.

Americk berkata semua saksi berkaitan kes tersebut telah disoal siasat, dan Bala merupakan saksi yang terakhir.

Beliau menjelaskan afidavit ini tidak ada kaitan dengan perjalanan kes siasatan komisyen pembelian kapal selam Scorpene di Perancis, tetapi pada masa yang sama mampu membantu SPRM dalam penyiasatan kes berkenaan.

"Kita ambil masa tiga hari untuk jawab soalan itu. Ia telah dijawab dan kita bahkan memberikan sedikit maklumat tambahan, berkenaan bayaran kepada Balasubramaniam," tambah Americk tanpa memberi butiran.

Ketika ditanya sama ada beliau akan dipanggil semula oleh SPRM bagi membantu perjalanan siasatan, Americk berkata kemungkinan susulan dari jawapan yang diberikan, Bala akan dihubungi melaluinya untuk memberikan butiran lanjut.

"Sebelum ini pun, SPRM ada menyimpan dokumen dan maklumat dari keterangan Bala, jadi ia terpulang kepada SPRM untuk tindakan lanjut. Kita tunggu dan lihat," kata Americk.

Ditanya samada Bala akan kembali ke Malaysia, Americk tidak menolak kemungkinan tersebut, namun anak guam beliau akan hanya kembali sekiranya keselamatan diri dan keluarganya terjamin.


Sumber: Suara Keadilan

Noh Omar, Khir Toyo Bersaing Untuk Mendapat Perhatian Najib

Posted: 23 Jul 2010 12:16 AM PDT


SHAH ALAM 23 Julai - Isu pasir di Selangor merupakan ciptaan Umno yang telah digunakan untuk mengukur pengaruh dan populariti pimpinan Umno di negeri itu, yang menyaksikan pertembungan antara bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr Khir Toyo dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar.

Menurut Ahli Dewan Negeri Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, wujud perang pengaruh antara kedua kem pemimpin tersebut yang kini sedang berlumba-lumba menonjolkan pengaruh bagi membuktikan kepada Perdana Menteri dan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak siapa yang lebih layak menerajui Umno-Barisan Nasional Selangor pada pilihan raya umum akan datang.

"Sidang akhbar berasingan oleh kedua-dua mereka, hasil ciptaan isu yang sama membuktikan wujud perang pengaruh di antara keduanya. Mereka cuba menyembunyikan pergaduhan tersebut sejak saya mendedahkan pertembungan itu pada 20 Februari 2010 lepas," kata Shuhaimi dalam satu kenyataan media semalam.

Menurutnya lagi, bukti pertembungan itu dapat disaksikan apabila Noh bertindak menyewa helikopter untuk mencari bukti isu pasir di Selangor dalam usaha mengkambing hitamkan Pakatan Rakyat tetapi pada masa yang sama memalitkan lumpur ke muka Dr Khir.

Manakala Dr Khir pula cuba menggunakan pendekatan tertentu bagi memadamkan pengaruh Noh yang dipercayai semakin berkembang di negeri itu.

"Cara mereka bertindak membuktikan pasir di Selangor hanyalah batu loncatan mencari pengaruh dan tidak lebih dari itu. Mereka sedang mencuba menjadi juara pada larian di atas isu pasir yang dimulakan mereka dan di kalangan mereka sahaja,"ujarnya.

Shuhaimi, yang juga pembantu Exco Sumber Alam Selangor berkata kejadian curi pasir berlaku lebih teruk pada zaman Dr Khir menjadi Menteri Besar terutamanya di Batang Berjuntai dan Kuala Langat.

Beliau turut mendakwa mempunyai gambar yang diambil dari udara semasa meninjau kawasan tersebut pada awal April 2008 bersama Exco Selangor, Yaakob Sapari.

"Ironinya, kenapa kawasan ini yang di tinjau Noh Omar? Tujuannya adalah untuk memalukan Khir Toyo kerana Khir Toyo menunjukkan kawasan Dengkil yang mana YB Marsum Paing adalah penyokong kuat Noh Omar.

"Batang Berjuntai di kawasan YB Amirudin Setro, yang merupakan orang kanan Khir Toyo sekarang," jelas beliau merungkai kemelut antara dua pemimpin Umno itu," kata beliau.

Bagaimanapun Shuhaimi berkata wujud golongan 'play safe' dalam Umno Selangor seperti ADUN Kuang, Abdul Shukor Idrus Kuang dan penyokongnya yang hanya mengikut siapa yang memiliki pengaruh paling besar.

"Mereka hanya ikut kepada siapa yang bagi mereka makan. Setakat ini mereka lebih rapat dengan Noh Omar kerana beliau Menteri sedangkan Khir Toyo hanya ADUN biasa yang sudah lemah cengkamannya," jelas Shuhaimi lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Ketandusan Idea Ceduk Semua Dasar Pakatan Rakyat

Posted: 23 Jul 2010 12:15 AM PDT


SHAH ALAM 23 Julai - Langkah kerajaan negeri Perak di bawah Umno-Barisan Nasional menganugerahkan lebih 1,000 hektar tanah kepada sembilan sekolah indipenden Cina membuktikan Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir akhirnya terpaksa mengakui dasar yang dibuat semasa Pakatan Rakyat berkuasa di negeri itu adalah yang terbaik untuk kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad berkata idea yang dicedok daripada pentadbiran Pakatan Rakyat menunjukkan kepada rakyat Perak dasar serta program yang dilaksanakan oleh Menteri Besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin sebelum ini sebenarnya mendahului di segi idea dan perlaksanaan untuk memberikan kebajikan kepada rakyat.

"Nampaknya Zambry mengikut jejak langkah Nizar dengan membuat pengumuman pemberian bantuan kepada Sekolah Agama Rakyat dan Sekolah Cina Persendirian di negeri ini dalam isu pemberian tanah bagi menampung perbelanjaan sekolah terbabit.

"Dulu mereka menganggap apa yang hendak dilakukan cuma retorik politik tetapi sekarang ini mereka mengakui apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat itu betul," kata Idris ketika dihubungi Suara Keadilan.

Beliau juga melihat kerajaan Umno-BN meniru apa sahaja dasar yang dilakukan oleh negeri yang dipimpin Pakatan Rakyat kerana ketandusan idea.

Beliau mengambil contoh dasar yang diperkenalkan kerajaan negeri Kelantan yang memberi cuti bersalin 90 hari serta beberapa dasar yang lain yang memberi manfaat kepada rakyat.

"Kerajaan Umno-BN memperkenalkan dasar-dasar yang dibuat oleh Pakatan Rakyat. Ini menunjukkan mereka ketandusan idea dan terkebelakang dalam isu menguruskan kebajikan untuk rakyat," ujar beliau lagi.

Berhubung isu tanah yang diberikan kepada masyarakat Cina yang sebelum ini dipolitikkan oleh pemimpin Umno-BN yang dianggap tidak sah, hari ini pula Zambry mengumumkan hal yang sama tanpa dipertikaikan oleh pemimpin Umno yang sama, kata Idris.

Selasa lalu Zambry mengumumkan 1,012 hektar tanah akan diberikan bagi menampung perbelanjaan sembilan sekolah Cina bebas di negeri itu.

Pengumuman itu dibuat oleh Exco Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.


Sumber: Suara Keadilan

Zulkifli Noordin

Zulkifli Noordin


AL-FATIHAH WAK

Posted: 23 Jul 2010 08:20 PM PDT

Salam 2 all.

Pagi tadi sebelum solat Jumaat sedang saya berbual dengan sahabat saya Fudzail di pejabat kami mendapat berita mengejutkan mengenai pemergian seorang sahabat kami Izir ke rahmatullah tengahari semalam.

Izir, atau lebih kami kenali sebagai Wak Izir adalah pelajar Auckland University, New Zealand dan kami bersama dalam Alumni NZ. Wak adalah batch ketiga sementara saya dari batch pertama. Antara mereka yang sama batch dengan Wak ialah penyanyi Aishah (Aishah & The Fan Club). Walaupun berbeza batch, namun hubungan saya dengan junior batch sangat rapat kerana jumlah pelajar New Zealand yang sedikit.

Semasa di New Zealand dahulu Wak memang dikenali sebagai seorang yang cukup mudah ketawa. Semua hal "no problem punya". Dan yang paling mengagumkan kami, Wak ni "friends always first", apa hal pun kawan didahulukan.

Macam mana sibuk atau letih pun, malah kekadang demam pun, tapi kalau kawan minta tolong Wak tak pernah "say no".

Bila mendapat berita sedih itu pagi tadi, saya dan Fudzail bersama sahabat lain iaitu Helmi Had dan isteri Juliana, Norzi, Zafar dan Rosaini terus ke Seremban. Tiba disana kami bertemu seorang sahabat lagi Ismadi di kedai minyak Shell Seremban (dia punya tu).

Dari situ kami menuju ke Kg. Pasir, Rantau kerana Wak dikebumikan disitu.

Sebaik sampai, azan Jumaat sudah berkumandang di Masjid Jamik Rantau. Setelah solat Jumaat kami menuju ke Kg. Pasir. Alhamdulillah seorang Pakcik sudi menunjukkan kami jalan ke rumah Wak.

Sebenarnya Wak ni asalnya orang Muar, dan Kg. Pasir ni rumah mertuanya. Wak mengajar di Seremban (saya lupa nama sekolah dia sebelah TKC). Isteri Wak juga seorang guru dan mereka tinggal di Seremban 2.

Sebaik sampai kerumah mertua Wak, kami disambut oleh isteri Wak serta anak-anak Wak.

Sedih juga kami melihat anak-anak Wak ni yang masih kecil dan sangat memerlukan kasih sayang seorang bapa. Yang sulong Siti Aisyah baru Darjah 6 dan akan mengambil UPSR tak lama lagi. Kedua Siti Habsah (8 tahun rasanya). Kemudian anak lelaki Adam dan Ibrahim. Yang paling kecil Siti Khadijah baru berusia 10 bulan.

Isteri Wak sebenarnya masih sedih dan terkejut dengan pemergian Wak. Mana taknya, Wak pergi tanpa disangka-sangka.

Kata isteri Wak, Rabu malam Wak berasa sesak nafas dan tak sedap badan. Jadi Wak beritahu isterinya dia nak ke Hospital Seremban untuk periksa. Wak pergi memandu sendiri dengan kereta Proton dia.

Kata isteri Wak, lebih kurang jam 5 pagi Wak telefon kata dia kena admitted, tapi jangan risau, "no problem" kata Wak.

Jam 10 pagi Khamis Wak telefon isteri dia bagitahu dia ok dan masih dihospital untuk buat pemeriksaan lanjut. Kebetulan sepupu isteri Wak pun ada ke Hospital Seremban untuk ambil barang dan ternampak Wak turun berjalan ke keretanya mungkin untuk mengambil sesuatu. Tetapi mereka tak sempat bertemu.

Isteri Wak beritahu kata nak pergi ziarah Wak, tapi Wak kata melalui telefon tak payah datang, lebih baik jaga budak-budak.

Tau-tau pada pukul 01 tengahari pihak Hospital telefon memaklumkan Wak telah meninggal dunia akibat sakit jantung pada jam 12.45 tengahari.

Macam manalah tak terkejut isteri Wak mendapat berita tersebut. Baru je bercakap dengan Wak sekejap tadi and saperti biasa Wak kata "no problem"!!

Kata isteri Wak, dia terus ke Hospital Seremban dan jenazah Wak dimandi dan dikafankan, kemudian dibawa balik ke Kg. Pasir untuk dikebumikan selepas waktu 'asar.

Kebetulan kata isteri Wak dia melihat nombor telefon dalam handphone Wak pagi tadi dan menghubungi seorang sahabat Alumni kami Zaini @ Jono yang kemudiannya terus memaklumkan berita sedih tersebut kepada kami semua.

Kami agak terkilan kerana tidak sempat melihat jenazah Wak dan menyembahyangkan beliau. Solat jenazah dibuat di Surau Lebai Hassan yang terletak berdepan dengan rumah mertua Wak.

Dalam perjalanan balik ke Kuala Lumpur, kami sempat singgah ke kubur Wak. Tanahnya masih merah, dan kesedihan benar-benar meresapi kami akan kehilangan seorang rakan dan sahabat yang sangat baik orangnya.

Melihat peristiwa ini, jelas terbayang kepada kami bahawa umur kita makin meningkat. Tiap detik berlalu mendekatkan kita lagi kepada satu kepastian..iaitu maut yang pasti akan menjemput kita. Ia tidak mengenal usia, dan tidak ada belas kasihan. Bila ia datang, tiada yang boleh menghalang. Wak hanya berusia 45 tahun, dan anak-anaknya masih kecil.

Dalam keadaan begini, saya menginsafi bahawa keutamaan dalam hidup kita adalah ahli keluarga kita, terutamanya anak-anak kita, ibubapa kita dan isteri kita. Merekalah yang akan mendapat kesan secara langsung sekiranya apa-apa berlaku kepada kita. Sebab itu berilah keutamaan kepada mereka. Kebetulan pulak khutbah Jumaat di Masjid Jamik Rantau tadi megupas persoalan tanggungjawab anak kepada ibubapa!

Semoga ALLAH memberikan rahmat dan keampunan kepada Allahyarham, melapangkan kuburnya, menjauhkan dari segala siksa dan 'azab, dan memasukkan Allahyarham dalam golongan yang diredhoiNya dan dianugerahkan syurga.

Semoga ALLAH memberikan kesabaran kepada isteri dan anak-anak Allahyarham, serta ketabahan dalam mengharungi kehidupan ini tanpa Allahyarham bersama.

Selamat tinggal Wak, semoga dikau selamat di alam barzakh sana. Yang pastinya kami akan menyusul engkau Wak, cuma masa dan tika nya sahaja yang kami tidak ketahui. Kami mohon kepada ALLAH apa jua pun, sudahkanlah kehidupan kami kelak dalam keadaan husnul khatimah, dan jauhkan pengakhiran kehidupan kami dari bisuu-il khatimah.

Amin dan wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
11 Sya'ban 1431
23 Julai 2010

N37 Batu Maung

N37 Batu Maung


Pegawai Kemajuan Bertanggungjawab Bantu Kerajaan Negeri

Posted: 23 Jul 2010 10:11 AM PDT

Pegawai Kemajuan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus digesa untuk tidak bersekongkol dengan Umno-BN mensabotaj urustadbir Kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Adun Pantai Jerejak Sim Tze Tzin berkata Nik Ali selaku penjawat awam di Pulau Pinang seharusnya membantu melicinkan perkhidmatan dan pentadbiran kerajaan negeri demi pembangunan dan kesejahteraan Pulau Mutiara.

Nik Ali sewajarnya melihat rungutan rakyat dan teguran kerajaan negeri berhubung isu pembangunan tertunggah dan projek-projek bermasalah tajaan Kerajaan Pusat sebagai motivasi untuk melaksanakan tugas dengan lebih cekap dan berdedikasi.

"Saya rasa Nik Ali tidak profesional. sebagai seorang penjawat awam dia kena ikut kehendak rakyat Pulau Pinang yang telah memilih Pakatan Rakyat," kata Sim.

"Sebagai penjawat awam dia tidak banyak membantu pembangunan Pulau Pinang malah ada pelbagai projek pembangunan dia banyak memberi halangan dan tidak memberi bantuan dari segi peruntukan dari Kerajaan Pusat dan sebagainya," jelas beliau lagi.

Pertelingkahan antara Kerajaan Negeri dan Nik Ali berpunca dari dakwaan Adun Pulau Betong Muhamad Farid Saad yang mendakwa perlombongan pasir secara haram berlaku di tapak pembinaan politeknik kerajaaan di Kampung Kenanga, Balik Pulau.

Oleh kerana tanah itu milik Kerajaan Pusat, projek itu dikatakan terletak di bawah bidang kuasa Pegawai Kemajuan Negeri lantikan Kerajaan Pusat.

Guan Eng berkata siasatan keatas dakwaan Pulau Betong itu sukar dijalankan kerana Nik Ali enggan bekerjasama dengan siasatan Kerajaan Negeri.

Menurut laman sesawang Pusat Maklumat Rakyat Jabatan Penerangan Malaysia, Nik Ali bertindak membidas teguran Guan Eng supaya beliau tidak kelihatan seperti seorang pengecut.

Tindakan Nik Ali mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang dikatakan bertentangan dengan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2002 yang perlu berkhidmat di mana saja apabila diarahkan bertugas.

Selain dari itu projek bermasalah seperti Pintu Gerbang Taman Botani dan isu Pasir, Sim menjelaskan antara isu yang perlu diberi keutamaan oleh Nik Ali adalah membantu rakyat Pulau Pinang mendapatkan peruntukan kerajaan pusat yang menurut Sim sengaja dilengah-lengahkan.

"Isu sebenar adalah bagaimana kerajaan pusat membantu rakyat Pulau Pinang. tidak ada. kerana sekarang peruntukan Kerajaan Pusat tidak disalurkan dengan cepat, malah dilengah-lengahkan," kata Sim.

"Dia sekarang berselindung disebalik Umno Pulau Pinang. Dia kritik dan marah dengan kata-kata kesat. ini menunjukkan dia alat politik kepada Umno-BN," tambah beliau.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Datuk Bandar declares “war against cybercafes!”

Posted: 23 Jul 2010 02:22 AM PDT

This is an update of a meeting with Datuk Bandar and the Members of Parliament in Kuala Lumpur on Thursday, 22 July 2010, at DBKL head office. Some of the issues discussed, with reference to Wangsa Maju, are as follows:- 1.   Cybercafes It is reported that todate actions have been taken against 4 outlets to help stem the [...]

anjung setiawangsa

anjung setiawangsa


Cukup Bukti Diberi Tapi Ketua Polis Selangor Berpeluk Tubuh Terhadap Gejala Curi Pasir

Posted: 22 Jul 2010 08:17 PM PDT

Suara Keadilan

SHAH ALAM 22 Julai - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mempersoalkan kecekapan polis Selangor yang didapati gagal menunjukkan minat dan usaha untuk membanteras aktiviti kecurian pasir walaupun setelah dilaporkan kepada polis secara bertulis dan diberikan bukti yang mencukupi untuk tindakan selanjutnya.

Menurut Abdul Khalid beliau menerima laporan bahawa pihak polis di Pulau Pinang berjaya mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menjalankan aktiviti mencuri pasir di negeri itu, jauh berbea dengan sikap pihak polis di Selangor.

"Walaupun belum dibanteras sepenuhnya tetapi usaha polis Pulau Pinang yang cekap dan berjaya dalam masa yang singkat patut dipuji. Yang saya hairan mengapa polis Selangor belum bertindak langsung walaupun laporan telah diberi?" jelas beliau kepada media selepas Mesyuarat Exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Selangor semalam.

Kata Menteri Besar lagi, satu laporan berkenaan kecurian pasir serta beberapa bukti yang dikumpul oleh kerajaan negeri Pakatan Selangor telah dihantar kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan satu salinan telah dihantar kepada Ketua Polis Selangor pada minggu lalu agar tindakan segera dapat diambil.

Namun sehingga hari ini wakil kerajaan Ummno-BN tersebut hanya meneruskan dengan kritikan kecurian pasir tanpa mahu mengambil apa-apa tindakan, dan polis Selangor pula mengambil sikap mendiamkan diri dan berpeluk tubuh sahaja.

"Inilah contoh bagaimana polis di bawah kerajaan Umno-BN memberikan khidmat mereka, yang sepatutnya memastikan tiada pelanggaran undang-undang berlaku bukan sahaja berkenaan pasir malah apa jua pelanggaran undang-undang," tegas Abdul Khalid yang jelas kecewa dengan kegagalan polis mengambil tindakan tegas.

Pemuda MCA: Kami terpaksa turun kereta seandainya...

Posted: 22 Jul 2010 08:10 PM PDT

Kenyataan Naib Presiden UMNO, Ahmad Zahid Hamidi bahawa MCA dan Gerakan adalah penumpang Barisan Nasional amatlah menyedihkan.  Ramai lagi pemimpin dalam UMNO yang mempunyai pemikiran ketinggalan zaman sehingga hari ini.
Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, Sheah Kok Fah berkata, gagasan 1Malaysia oleh Perdana Menteri Najib Razak untut rakyat untuk mengikis konsep perkauman, menyumbang kepada negara tanpa mengira kaum, dan membawa Malaysia untuk meluncur di landasan ke arah negara maju.
Namun demikian, apa yang mengecewakan, ramai lagi pemimpin UMNO yang masih kekal dengan pemikiran kuno, mengagih mengikut kuota, malah melihat isu negara dari perspektif hegemoninya, iaitu UMNO adalah big brother, kata Sheah Kok Fah.
Beliau menambah, Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber semula jadi.  Tetapi, langkah kemajuan negara terbantut kerana dibelenggu dengan pelbagai sistem yang ketinggalan zaman.  Lebih-lebih lagi, sesetengah negara seperti Singapura, China dan sebagainya telah jauh meninggalkan kita dalam tempoh 10 tahun kebelakangan.
Sheah Kok Fah berkata, logik Ahmad Zahid dan ramai lagi pemimpin UMNO yang menuntut agar kuota perkauman diaplikasikan dalam pelbagai perkara di Malaysia, merupakan sesuatu yang menongkah arus zaman.
"Gagasan 1Malaysia oleh Najib menaruh harapan agar perubahan berlaku.  Tetapi sistem yang lama ini masih kekal, malah pemikiran yang kuno masih berlegar dalam minda pemimpin UMNO.  Secara jujur, ekonomi Malaysia bagaikan kereta lembu yang lapuk, amat susah untuk berjalan jauh."
Sheah Kok Fah menegaskan bahawa MCA bukan penumpang, dan tidak pernah MCA tertinggal (atau tidak hadir) dalam pembangunan Malaysia.
"Seandainya pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan yang tidak elok ini, maka MCA terpaksa turun dari kereta kelak.  UMNO pula akan susah untuk bersendirian."
"Kami harus sedar, dalam senario pada hari ini, mana-mana parti politik akan gagal untuk menang di kawasan pilihan raya hanya dengan sokongan satu kaum.  MCA semestinya memerlukan sokongan undi Melayu, dan parti politik lain seperti PKR, DAP, PAS juga memerlukan undi Melayu.  Keadaan yang sama untuk UMNO yang juga memerlukan sokongan undi Cina di banyak kawasan pilihan raya."
"Mungkin saya perlu berkata, mana-mana parti politik yang ingin memerintah, memerlukan sokongan undi orang Malaysia, sama ada undi Cina, undi Melayu atau undi India."
"Kalau kami (MCA) terus menerima layanan UMNO yang mengada-ada, mengapa tidak kita turun kereta?"
*Pandangan oleh Sheah Kok Fah selaku Ketua Pemuda MCA Bahagian Petaling Jaya Selatan, diterjemahkan dari teks asal dalam bahasa Cina.

Wee Choo Keong

Wee Choo Keong


Datuk Bandar declares “war against cybercafes!”

Posted: 23 Jul 2010 02:22 AM PDT

This is an update of a meeting with Datuk Bandar and the Members of Parliament in Kuala Lumpur on Thursday, 22 July 2010, at DBKL head office. Some of the issues discussed, with reference to Wangsa Maju, are as follows:- 1.   Cybercafes It is reported that todate actions have been taken against 4 outlets to help stem the [...]

AMK Shah Alam

AMK Shah Alam


Masih Ingatkah lagi dengan Tarikh Ini

Posted: 23 Jul 2010 12:30 AM PDT

This posting includes an audio/video/photo media file: Download Now

Anak Muda Kampung Nak Senang

Anak Muda Kampung Nak Senang


Wakil Rakyat Kita Pokai ?

Posted: 22 Jul 2010 08:19 PM PDT

Kalau Pakatan Rakyat nak menang besar dalam pilihanraya nanti, mereka harus memberi kefahaman sebenar kepada rakyat akan tugas sebenar seorang wakil rakyat. Wakil rakyat bukan lubuk emas. Mereka ini kalau benar-benar berkhidmat, wakil rakyat boleh dikategorikan orang yang pokai. Apa ke tidaknya elaun baru RM5000 , sewa pejabat RM 500, bil utiliti RM 500 , duit pembantu RM 1000 , sumbangan kenduri atau pengkebumian RM 1000 tinggal RM 2000 untuk anak bini, ansuran kereta dan lain-lain.

Kalau nak ikutkan wakil rakyat ni memang pokai. Jadi apa sebenarnya tugas wakil rakyat ni ?

Mari kita lihat bagaimana seorang wakil rakyat mempertemukan seorang dermawan dengan seorang pelajar yang mempunyai masalah penglihatan serta masalah kewangan pada pautan berikut http://mohdtaufek.blogspot.com/2010/07/sumbangan-dari-pihak-ketiga.html

Mungkin UMNO dan PAS boleh duduk semeja , bincang apa tugas sebenar seorang wakil rakyat , supaya rakyat tidak hari-hari datang pejabat wakil rakyat minta bayar bil elektrik, bil air, yuran sekolah dan sebagainya.

Dibawah ialah pandangan mengenai tugas seorang wakil rakyat :

11 Tanggungjawab Asas Seorang Wakil Rakyat

1. Mengetahui keluasan kawasan yang diwakilinya antaranya daerah, kampung-kampung serta taman perumahan.

2. Mengenali ketua-ketua kampung, pengerusi persatuan penduduk, imam serta nazir masjid/surau, ketua-ketua agama , pengerusi belia , pengerusi wanita di kawasan yang diwaklili.

3. Mengenali ketua-ketua jabatan kerajaan dan badan berkanun di kawasan yang diwakili.

4. Mengadakan lawatan berkala meliputi seluruh daerah yang diwakili untuk mengenal pasti permasalahan semasa yang dihadapi oleh rakyat.

5. Menyalurkan maklumat serta permasalahan yang dibangkitkan oleh rakyat di kawasan yang diwakilinya kepada agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun yang berkaitan.

6. Memberi penerangan kepada rakyat dasar-dasar kerajaan yang sedang dan yang akan dilaksanakan yang melibatkan kepentingan rakyat setempat.

7. Menyediakan pusat khidmat masyarakat serta dimaklumkan kepada penduduk setempat waktu berurusan.

8. Menyediakan kemudahan kepada rakyat yang diwakili untuk mengemukakan cadangan atau aduan melalui Sistem Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) , sistem faksimili , borang maklumbalas , alamat surat menyurat atau laman web.

9. Melantik pembantu sebagai wakil untuk memudahkan urusan rakyat apabila berada di luar kawasan atas urusan rasmi atau pun urusan peribadi.

10. Menjadi jambatan penghubung antara rakyat serta agensi-agensi kerajaan dan badan berkanun.

11. Menyuarakan permasalahan serta pandangan rakyat di kawasan yang diwakili semasa sidang Dewan Undangan Negeri atau Parlimen agar dapat diselesaikan di peringkat kerajaan negeri atau kerajaan pusat.

‘Gunung emas’ bawa derita

Posted: 22 Jul 2010 08:06 PM PDT


Sinar Harian 23 Julai 2010

KRUBONG - Penduduk berhampiran pusat pelupusan sampah di Krubong, di sini, terus menderita menghidu busuk sampah tidak berkesudahan sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan mereka.

Pelbagai janji diberikan pihak tertentu, kononnya mahu memindahkan lokasi yang dipanggil 'gunung emas' oleh pencari barangan terpakai tetapi janji hanya tinggal janji.

Penduduk mendakwa, bau dari pusat pelupusan sampah itu umpama bau bangkai yang teramat busuk dan antara yang terbabit adalah penduduk di Kampung Ladang berikutan jarak hanya 200 meter sahaja.

Penduduk, Johari Shukor, 51, berkata, paling ketara apabila dia menerima kunjungan saudara-mara di rumahnya.

"Setiap kali mereka datang, pasti bertanyakan dari mana datangnya bau busuk seperti bangkai ini," katanya.

Sementara itu, Halim Samad, 63, berkata, keadaan bertambah teruk apabila hujan.

"Kami mahu termuntah menahan bau busuk sampah. Malangnya, kami tidak boleh buat apa-apa, terpaksa tahan sahaja walaupun rasa tertekan," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7984350.asp

Bukit Supai terbiar sepi

Posted: 22 Jul 2010 08:06 PM PDT


Sinar Harian 23 Julai 2010

KUALA LINGGI - Jalan masuk utama ke tempat warisan peninggalan sejarah, Bukit Supai itu kini menimbulkan masalah kepada pengunjung kerana laluan belakang telah ditutup, sementara tanda jalan baru mengelirukan.

Kota sejarah yang dibina di puncak bukit itu adalah tanda perdamaian antara pejuang Belanda dan Bugis sekitar 1756 sehingga 1757.

Kawasan yang indah dengan panorama waktu senjanya hilang seri apabila sebahagian peninggalan dibiarkan terbengkalai sehingga membuatkan penduduk dan pengunjung kurang selesa.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Linggi, Muhammad Musa berkata, Bukit Supai terkenal sebagai tarikan sejarah tetapi kawasan persekitaran tidak terurus serta tidak mendapat perhatian pihak berkenaan.

"Saya bimbang jika keadaan ini dibiarkan berterusan, ia mendorong kepada aktiviti tidak bermoral dalam kalangan belia dan menjadi sarang mereka melepak atau melepaskan gian dadah kerana kawasan terbabit agak terlindung.

"Sebagai penduduk asal, saya lihat kawasan ini berpotensi besar jika dimajukan dalam sektor pelancongan, selain dapat memperkenalkan kawasan bersejarah ini kepada umum," katanya.

Justeru menurutnya, pihak berkenaan harus berusaha membangunkan tempat bersejarah itu daripada terkubur begitu sahaja ditelan arus pemodenan.

"Secara tidak langsung, usaha menjaga lokasi bersejarah ini pasti dapat menarik minat pengunjung luar negara datang ke sini," katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7983850.asp

Pusat kesihatan tak nampak bayang

Posted: 22 Jul 2010 08:05 PM PDT


Sinar Harian 23 Julai 2010

NYALAS - Penantian penduduk sekitar Pekan Nyalas selama empat tahun masih belum berakhir bagi pembinaan Pusat Kesihatan Komuniti seperti di dalam Rancangan Malaysia ke-9 (RMK-9).

Penduduk, Hashim Saring, 44, berkata, pada 2006, penduduk menerima khabar gembira apabila dimaklumkan akan menerima pusat kesihatan baru bagi menggantikan Klinik Desa Nyalas sedia ada.

Menurutnya, tapak pusat kesihatan seluas 1.2 hektar juga sudah dikenal pasti iaitu bersebelahan kawasan Rumah Awam Sri Jaya.

"Pada mulanya, pihak berkenaan mahu menaik taraf klinik desa sedia ada tetapi penduduk menolaknya kerana mahu kemudahan lebih sempurna.

"Justeru, peruntukan bagi menaik taraf klinik desa telah ditarik dan disalurkan terus untuk pembinaan pusat kesihatan ini namun sehingga kini, kami masih menunggu kerja pembinaan dilakukan," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, dengan kadar populasi penduduk termasuk kawasan penempatan di Felda Bukit Senggeh berjumlah 12,000 penduduk, sepatutnya peruntukan dapat disalurkan bagi tujuan berkenaan.

"Kawasan ini wajar mendapat klinik kesihatan baru seperti di kawasan lain kerana terdapat beberapa lokasinya sangat berhampiran dengan Hospital Jasin (HJ).

"Seperti di Kemendor, lokasinya sangat hampir dengan HJ, sementara Poliklinik Selandar pula berdekatan dengan Pusat Kesihatan Machap, jadi kenapa masih belum ada pusat kesihatan di sini," katanya.

Sementara itu, Husin Md Dom, 52, pula berkata, penduduk terpaksa pergi ke Poliklinik Selandar atau Klinik Kesihatan Simpang Bekoh yang terletak 12 kilometer daripada penempatan bagi mendapatkan rawatan.

"Bagaimana penduduk, terutama warga emas mahu mendapatkan rawatan klinik kerajaan jika mereka tidak mempunyai kenderaan dan terpaksa menggunakan perkhidmatan bas yang jarang ada di sini.

"Kami kekurangan kemudahan asas sedangkan jumlah populasi penduduk semakin bertambah, selain banyak kawasan taman perumahan yang tumbuh bak cendawan," katanya.

Menurutnya, penduduk pernah mengadakan sesi dialog bersama Pengarah Kesihatan Negeri mengenai masalah itu tetapi tiada tindakan diambil sehingga kini.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7983671.asp

FELDA tak Bankrap, cuma jalan je berlopak berlubang

Posted: 22 Jul 2010 06:56 PM PDT

Ini cerita bukan di Sabah atau Sarawak, tapi negeri kelahiran PM kita. BUKAN setakat rungutan lagi tetapi penduduk di Felda Gugusan Mendi, Bera semakin bosan dengan keadaan jalan yang rosak di tanah rancangan tersebut. Ini kerana penduduk terpaksa melalui jalan berlopak sepanjang 15 kilometer itu ke bandar Bera dan Felda Bukit Puchong setiap hari. Sekurang-kurangnya terdapat 20 lubang besar dikesan terdapat di atas jalan itu.

********************************

Lubang, lopak belum selesai
Utusan Malaysia 23 Julai 2010

BUKAN setakat rungutan lagi tetapi penduduk di Felda Gugusan Mendi, Bera semakin bosan dengan keadaan jalan yang rosak di tanah rancangan tersebut.

Ini kerana penduduk terpaksa melalui jalan berlopak sepanjang 15 kilometer itu ke bandar Bera dan Felda Bukit Puchong setiap hari.

Sekurang-kurangnya terdapat 20 lubang besar dikesan terdapat di atas jalan itu menyebabkan pengguna perlu berhati-hati terutama pada waktu malam.

Lubang dan lopak di atas jalan itu sering ditampal, malangnya ia rosak semula menyebabkan masalah tersebut seolah-olah tidak pernah selesai.

Lubang yang terdapat di atas jalan itu bukannya kecil tetapi ia boleh menyebabkan tayar pecah atau kerosakan di komponen tertentu pada kenderaan.

Masalah tersebut sekali gus mengakibatkan penduduk terpaksa mengeluarkan kos yang lebih tinggi untuk menyelenggara kenderaan masing-masing.

Keadaan itu juga menyebabkan penduduk di tanah rancangan Felda Bukit Mendi terpaksa sering menyelenggara kenderaan mereka.

Keadaan jalan tersebut juga menjadi penyumbang kepada beberapa kemalangan kecil di laluan berkenaan.

Risiko kemalangan menjadi lebih tinggi ketika hujan lebat apabila pemandu tidak perasan terdapat lubang besar di hadapan kenderaan mereka ketika memandu.

Jalan tersebut merupakan laluan utama penduduk untuk ke bandar Bera selain menjadi alternatif penduduk tanah rancangan lain ke destinasi tertentu.

Ia bukan sahaja menjadi laluan kereta persendirian tetapi juga kenderaan berat yang membawa muatan sawit, pasir dan kayu balak setiap hari.

Masalah kerosakan jalan tersebut telah beberapa dikemukakan kepada pihak yang berkaitan tetapi sehingga kini masih belum ada sebarang tindakan atas alasan tiada peruntukan.

Kami berterima kasih kepada Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana berusaha menampal lubang-lubang yang terdapat di atas jalan itu tetapi ia hanya bertahan sementara waktu sahaja.

Oleh itu, kami meminta masalah jalan berlopak dan berlubang itu dapat diatasi segera bagi keselesaan penduduk.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_02.htm

Segera atasi bau busuk di bandar Kuala Rompin
Utusan Malaysia 23 Julai 2010

SEJAK 10 tahun lalu, para peniaga di bandar Kuala Rompin kini berdepan dengan kerugian berikutan bau busuk yang berpunca daripada longkang di depan premis perniagaan mereka.

Sehingga kini Majlis Daerah Rompin (MDR) masih belum mengambil sebarang tindakan bagi mengatasi masalah tersebut.

Walaupun aduan telah berkali-kali dikemukakan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) terbabit tetapi tiada tindakan susulan diambil.

Masalah bau busuk itu kini berada pada tahap kritikal sehingga menimbulkan rasa loya bukan sahaja di kalangan pelanggan tetapi peniaga di premis itu sendiri.

Bau busuk itu akan bertambah teruk terutama selepas hujan hingga menyebabkan pelanggan terpaksa beredar meninggalkan premis.

MDR perlu mengambil tindakan segera untuk menangani masalah ini dengan cara membersihkan longkang tersebut secara berkala sama ada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Sistem perparitannya amat teruk sehingga menyebabkan air bertakung sekali gus tidak dapat mengalir dan menjadi punca bau busuk.

Lebih teruk lagi apabila hujan tidak berhenti selama sejam atau dua jam menyebabkan air longkang itu melimpah dan memasuki premis kami.

Sehubungan itu, sesuatu perlu dilakukan oleh MDR kerana masalah ini membabitkan kepentingan peniaga dan pelanggan di kawasan itu.

Kami tidak tahan lagi menampung kerugian akibat kekurangan pelanggan dari sehari ke sehari berikutan bau busuk tersebut.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0723&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pahang&pg=wp_04.htm

Kesian, tanah kubur orang Islam Johor kian pupus

Posted: 22 Jul 2010 06:55 PM PDT

Ini bukan lagi menang sorak kampung tergadai, tapi menang sorak kubur tergadai. Johor yang gah dengan negeri kelahiran Umno dan macam-macam wilayah pembangunan, rupanya menghadapi masalah tanah perkuburan Islam yang semakin padat dan terhad. Mungkin Utusan Malaysia boleh jadikan ini agenda utama perbincangan Umno dan PAS ?

*****************************
Kubur di Johor Sesak, terhimpit
Berita Harian 23 Julai 2010

Penduduk Sungai Tengkorak minta JAIJ kenal pasti tapak baru dirizab sebagai tanah perkuburan

PLENTONG: Masalah kesesakan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak, di sini yang tidak lagi mampu menempatkan jenazah untuk disemadikan di tanah perkuburan berkenaan berikutan ruangnya yang semakin terhad, kini merisaukan ribuan penduduk Islam di sini.

Kedudukan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak yang dikelilingi taman perumahan dan Kawasan Perindustrian Permas Jaya menjadikan tanah perkuburan berkenaan semakin terhimpit oleh pembangunan, selain keluasan tanah rizab yang terhad.

"Tanah perkuburan paling hampir di kawasan ini adalah tanah perkuburan di Kampung Senibong iaitu kira-kira satu kilometer dari sini tetapi kawasannya juga agak kecil," katanya.

Beliau berkata, masalah berkenaan mungkin tidak begitu ketara ketika ini, tetapi akan dirasai menjelang akhir tahun depan berikutan Tanah Perkuburan Islam Sungai Tengkorak yang semakin sempit.

"Saya juga sudah memaklumkan hal ini lebih awal kerana tidak mahu masalah ini menjadi semakin genting pada 2012 jika hal ini tidak diselesaikan lebih awal," katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Sesak_terhimpit/Article

Najib dan Rosmah ada berani mandi di Pahang ?

Posted: 22 Jul 2010 05:43 PM PDT


Agak-agaknyalahkan Najib dan Rosmah berani tak mandi di air terjun hutan rekreasi di Pahang yang kotor, beracun yang telah mengorbankan 6 rakyat Malaysia di Lubuk Yu. Atau mungkin mandi di Air Terjun Parit , Cameron Highland ? Atau mungkin tempat ini hanya untuk rakyat macam kita yang tak mampu melancong luar negara macam jutawan Taek Jho Low ?

Atau mungkin Najib yakin menang besar di Pahang terutama di kawasan Felda dan kem tentera, jadi tak perlu banyak turun padang di Pahang, lebih baik turun di Miri, Sabah, Sarawak, Selangor, Kelantan, Pulau Pinang dan Kedah ?


******************************
52 petugas operasi bersih persekitaran Lubuk Yu
Berita Harian 23 Julai 2010

MARAN: Seramai 52 petugas daripada enam jabatan kerajaan mengambil masa kira-kira lima jam melakukan operasi bersepadu membersihkan Pusat Rekreasi Lubuk Yu, di sini, bermula jam 10 pagi semalam.

Sementara itu, beliau berkata, kejadian wabak bakteria Melioidosis dan Leptospirosis di pusat rekreasi yang sudah meragut enam nyawa itu dijangka berakhir 28 Julai ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/52petugasoperasibersihpersekitaranLubukYu/Article

Hanya indah khabar
Berita Harian 23 Julai 2010

Kawasan rekreasi kurang diselenggara

CAMERON HIGHLANDS: 'Indah khabar dari rupa'. Inilah yang boleh diibaratkan dengan keadaan Hutan Lipur Air Terjun Parit, di sini yang kelihatan indah dan menarik dalam gambar, tetapi pemandangan sebaliknya apabila berkunjung ke situ. Daripada pelbagai gambar keindahan pemandangan kawasan rekreasi itu yang dipamerkan di setiap hotel utama, resort atau chalet di sini, Hutan Lipur Air Terjun Parit seharusnya menjadi lokasi pasti dikunjungi bagi pengunjung kawasan peranginan tanah tinggi itu.


Ini berikutan keadaan semasa kawasan rekreasi itu yang seolah-olah terbiar dan tidak diselenggara sempurna, dengan sampah tidak dikutip yang bertanggungjawab serta tiada penyelenggaraan kemudahan asas seperti tandas awam dan alatan permainan kanak-kanak.
Tandas awam di hutan lipur berkenaan bukan saja busuk dan tersumbat, bahkan bekalan air juga terputus. Kemudahan permainan kanak-kanak seperti buaian pula terputus dan hanya tinggal tali manakala jongkang-jongket juga sudah tercabut.
Beberapa jenis pokok herba yang ditanam oleh Jabatan Perhutanan Pahang juga sudah mati kerana tidak dijaga dengan rapi.


Tinjauan Berita Harian mendapati Air Terjun Parit yang popular sebagai pakej rekreasi di kalangan pelancong antarabangsa, juga dicemari sampah sarap, terutama di tengah-tengah kolam air terjun berkenaan.

Tong sampah pula penuh dan ada kesan sampah tidak dibersihkan sejak beberapa bulan lalu.