Selasa, 22 Jun 2010

Suara Sri Andalas

Suara Sri Andalas


Penduduk Sabah Terabai, Kerajaan Selangor Cari Penyelesaian

Posted: 22 Jun 2010 11:10 PM PDT

Pengangguran dan masalah pendapatan keluarga yang rendah di Sabah yang semakin meruncing menyebabkan rakyat Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung terutamanya Lembah Klang untuk mencari sesuap nasi.

Ahli Parlimen Sabah, Hiew King Cheu menzahirkan rasa kebimbangan ini ekoran janji-janji manis yang ditaburkan oleh kerajaan negeri Sabah selama ini tidak banyak membantu rakyat Sabah dalam mendapatkan pekerjaan.

"Kerajaan Sabah sudah banyak menabur janji untuk menyediakan beribu peluang pekerjaan tetapi gagal menyediakan pekerjaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, pendedahan media menunjukkan ramai belia Sabah yang datang ke Lembah Klang untuk mencari pekerjaan tetapi berakhir dengan menjadi penganggur kerana bilangan mereka terlalu ramai.

Dianggarkan, lebih daripada 100,000 rakyat Sabah berada di sekitar Lembah Klang hari ini kerana mahu mencari sesuap nasi bagi melangsungkan kehidupan.


Lantaran itu, kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) mengambil pendekatan yang lebih drastik untuk menangani masalah rakyat Sabah ini.

Beliau berkata, kerajaan Selangor akan mengadakan perjumpaan rasmi bersama rakyat Sabah dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah mereka itu bersama pimpinan utama PR.

"Kami telah mengaturkan mesyuaratdengan NGO, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim pada 4 Julai ini di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya bagi bertemu rakyat Sabah dan mengetahui lebih lanjut apa permasalahan mereka sebenarnya."

Beliau berkata dengan perjumpaan ini dapat memberi tekanan kepada pihak berkuasa sama ada kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Sabah agar bertindak lebih pantas dalam menangani isu ini.

Sumber: TVSelangor

Faekah Husin Dilantik Setpol Khalid

Posted: 22 Jun 2010 11:06 PM PDT

SHAH ALAM 23 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi mengumumkan Faekah Husin sebagai Setiausaha Politik baru beliau menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkuatkuasa 1 Julai depan.

Pelantikan itu dibuat selepas Kongres Nasional KEADILAN yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan bulan lepas.

Sebelum ini, Faekah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Peguam lulusan Universiti Malaya itu berkhidmat  dengan Dr Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan beliau sehingga tempatnya diganti.

Pengumuman itu dibuat Abdul Khalid dalam satu majlis bersama media yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua yang ditemui di lobi parlimen petang semalam berkata KEADILAN akan melakukan rombakan kecil dalam struktur organisasi.

"KEADILAN akan membuat pengumuman tersebut akhir bulan ini dan terdapat beberapa perubahan kecil akan berlaku selepas ianya dirombak.

"Perubahan ini kita buat selepas mendapat maklumbalas selepas kongres bersidang di Kota Bharu sebelum ini," ujar beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah

The Spirit of Lubok Kawah/Semangat Lubok Kawah


Edaran rumah ke rumah dan tampal poster

Posted: 22 Jun 2010 03:14 AM PDT

Jam 11.00 pagi tadi saya keluar dari pejabat saya dengan berbekalkan 500 poster dan 500 edaran, poster yang dibawa adalah untuk ceramah pada 25hb Jun 2010 jam 9.00 malam di Kg Kuala Mai, Kuala Krau manakala edaran yang dibawa adalah untuk jamuan petang di Matau, Bandar Jengka jam 5.00 petang, juga, jemputan ceramah yang berlangsung pada 25.6.2010 di Kg Kuala Mai, 2hb Julai 2010 jam 9.00 mlam, untuk ceramah di Bilik Gerakan KEADILAN Kuala Krau, 3hb Julai 2010 jam 10.30 pagi bagi meraikan pimpinan Srikandi Keadilan Pusat dirumah saya di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh; jam 4.00 petang untuk ceramah kelompok di Kg Paya Mengkuang, Temerloh, dan 9.00 malam untuk ceramah di rumah saya di Kg Batu 4, Jalan Maran, Temerloh dan 4hb Julai jam 12.00 tengah hari jamuan makan tengah hari di Markas KEADILAN Jengka 22, jam 4.00 petang untuk ceramah kelompok di Kg Pian, Kuala Krau dan 9.00 malam ceramah kelompok di Kg Rumpun Makmur, Kuala Krau.
Rupa-rupanya poster dan edaran itu tidak cukup dan saya cetak 500 lagi poster dan 500 lagi edaran.
Pagi esuk (jam 10.30 pagi) kami akan menemani Sdr Mazlan Aliman, Presiden Anak ke Balai Polis Temerloh untuk membuat laporan mengenai Felda.
Sekembali saya dari Kuala Krau jam 5.50 tadi, saya berhenti di Rumah Sdr Roman, di Kg Paya Mengkuang untuk bertanyakan persediaan untuk Ceramah Kelompok di rumahnya pada 3hb Julai jam 4.00 petang. Beliau berkata bahawa Tajudin, Pengerusi Biro Orang Asal KEADILAN Temerloh telah menemuinya dan dia menyatakan bahawa beliau tidak ada kanopi.
Saya telah sms kepada Sdr Man Kadir, Lanchang untuk memasangkan paracute miliknya di Paya Mengkuang sebelum Majlis Ceramah Kelompok disitu.
Esuk selepasa ke Balai Polis, kami serta Task Force Kuala Krau akan menyambung kerja-kerja membuat edaran rumah ke rumah dan menampal poster. Semoga dengan kerja sebegini akan mendatangkan menfaat kepada perjuangan.

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) KOTA RAJA


Dr Asri, mufti: Mengapa kerajaan BN bohong?

Posted: 22 Jun 2010 10:56 PM PDT


Mufti Perlis Dr Juanda Jaya dan bekas mufti negeri itu Dr Mohd Asri Zainul Abidin hari ini tampil menafikan sekeras-kerasnya tuduhan yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI).

Sehubungan itu, mereka berkata, dakwaan pelbagai pihak, terutama pembangkang, bahawa isu keselamatan negara yang digembar-gemburkan oleh pihak kerajaan sebagai permainan politik, nampaknya mempunyai asas yang kukuh.

Mereka menegaskan demikian dalam satu kenyataan bersama hari ini bagi mengulas laporan Malaysiakini mengenai taklimat keselamatan negara anjuran pihak polis yang mengaitkan mereka dengan Wahabi dan kumpulan pengganas Jemaah Islamiah (JI). Selain Dr Juanda dan Dr Asri, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim turut dikaitkan. "Dakwaan ini sangat jahat. Jelas sengaja diada-adakan. Rakyat Malaysia mengenali pemikiran kami yang sentiasa menyeru kepada Islam yang progresif, keharmonian kaum dan agama, menentang sikap fanatik dan apa sahaja bentuk kekerasan pandangan. "Isu-isu kami bawa selama ini sentiasa mendapat perhatian semua agama dan kaum kerana mempamirkan Islam yang tolerance dan berpaksikan kesesuaian hidup masyarakat yang serba rencam. Hal ini boleh dirujuk dalam berbagai tulisan dan kenyataan kami," kata mereka.

Menurut mereka, Abdul Hadi dan Shahidan yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno sama sekali tidak wajar dikaitkan dengan keganasan. "Beliau (Abdul Hadi) ialah bekas MB Terengganu. Mengetuai sebuah parti politik tanahair sejak sekian lama. Ini melambangkan penghormatan beliau dan partinya terhadap amalan demokrasi dan hak kebebasan rakyat. "Tuduhan terhadap beliau telah menghina sebuah parti politik yang selama ini melalui lunas-lunas sistem demokrasi negara ini. Demikian (juga) dengan Datuk Seri Shahidan, (yang juga) bekas MB Perlis dan kini ahli Majlis Tertinggi Umno, naib presiden PERKIM dan akvitis berbagai (pertubuhan) kebajikan rakyat. "Layakkah orang seperti ini dituduh mempunyai kaitan dengan pengganas. Nampaknya Umno dan BN sanggup membunuh rakan sendiri dalam memperjudikan kepentingan politik tertentu," tambahnya. Walaupun tidak mempunyai banyak maklumat mengenai JIM, tegas mereka, "namun, kami percaya mereka bukan pengganas dan tidak layak dikaitkan dengan tuduhan jijik itu.

'Sebagai NGO, mereka mempunyai sumbangan kepada negara yang patut dihargai," tegas Dr Mohd Asri dan Dr Juanda.

Sehubungan itu, mereka menegaskan bahawa pihak polis perlu memberikan penjelasan kepada rakyat terhadap apa yang mereka sifatkan sebagai satu fitnah rambang. Mereka juga meminta pihak polis supaya menyiasat individu yang membuat tuduhan tersebut. Jika pihak polis tidak menafikan dakwaan individu tersebut, tambah mereka, bererti pihak polis yang dikuasai oleh Menteri Keselamatan Dalam Negeri "seakan-akan sengaja menabur fitnah yang tidak berasas". "Dengan ini, apa yang disebut oleh beberapa tokoh masyarakat seperti SM Idris dan pihak Pakatan Rakyat bahawa isu ini tiada asasnya kelihatan benar. Bahkan ia bermungkinan besar mainan politik kotor kerajaan yang memerintah untuk mengalihkan isu-isu tertentu. "Dengan ini, kami menafikan sekeras-kerasnya tuduhan ini dan mengingatkan rakyat bahawa mana-mana pemerintahan atau parti politik yang sanggup memperjudikan isu keselamatan negara untuk kepentingan tertentu adalah sebuah pemerintahan yang tidak bertanggungjawab. "Di samping itu, kami menyeru setiap lapisan rakyat agar menolak segala bentuk keganasan sama ada berupa tindakan ataupun pemikiran. Dan juga sekali lagi menyeru agar tidak mendokong pihak yang memperjudikan keselamatan negara demi kepentingan sempit," tambah mereka.

Sumber: Malaysiakini

Umno-BN Takut Akui DEB Gagal Manfaatkan Melayu

Posted: 22 Jun 2010 10:54 PM PDT


KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan Umno-Barisan Nasional hendaklah berani untuk mengaku bahawa Dasar Ekonomi Baru telah gagal memberi manfaat kepada negara dan kaum Melayu khususnya dan sebarang retorik perkauman tidak sepatutnya digunakan untuk mengekalkan dasar yang sebenarnya telah gagal.

Ahli Parlimen Selayang, William Leong berkata perkara pertama yang sepatutnya dilakukan kerajaan Umno-BN adalah menubuhkan tribunal kebenaran dan penyelarasan (perdamaian) bagi menggalakkan legitimasi kebangsaan dan perdamaian dengan mendedahkan kebenaran insiden 13 Mei yang berlaku pada tahun 1969.

"Kita seharusnya ada penutupan bagi peristiwa tersebut yang telah menghantui negara selama 40 tahun.

"Kita belum benar-benar sembuh sepenuhnya akibat suasana ketakutan dimainkan oleh unsur-unsur tertentu.

"Rasa ketakutan ini telah dibina di dalam sistem politik kita dan kini ianya telah menjadi sebahagian daripada jiwa rakyat.

"Ketakutan ini timbul sebab rakyat tidak ada pengetahuan tentang peristiwa yang sebenar dan seharusnya mengusir hantu Peristiwa Mei 13 ini.

"Selagi kebenaran itu tersembunyi dan perasaan ketakutan dan syak wasangka ini berterusan dan berlanjutan, kita tidak akan matang dan maju sebagai satu masyarakat dan sebagai satu negara," kata beliau dalam perbahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10.

Berhubung isu DEB pula, William menyeru supaya golongan yang menentang sesuatu perubahan dalam struktur ekonomi dan politik agar berfikir semula.

"Malaysia telah sampai pada penghujung jalan dalam menggunakan cara lama untuk menguruskan hal dan kerajaan Umno-BN harus mempunyai keberanian untuk mengakui bahawa DEB bukan untuk semua orang Melayu dan cuma menguntungkan hanya segelintir golongan tertentu," tegas William.

Dalam ucapan pembahasan pembentangan Rancangan Malaysia Ke-10 itu beliau menyeru supaya kerajaan Umno-BN mengakui bahawa suatu dasar tergantung kepada retorik perkauman tidak boleh berjaya dalam menghadapi situasi yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Sumber: Suara Keadilan

Pertahan tanah adat, penduduk Penan diserang

Posted: 22 Jun 2010 10:48 PM PDT

Polis Sarawak didakwa menyokong keganasan apabila membenarkan syarikat pembalakan Lee Ling Sdn Bhd, membubarkan sekatan di jalan-jalan balak di kawasan penempatan peribumi Sarawak di Limbang.

Merujuk kepada kejadian 20 Jun lalu, kumpulan pejuang hak kaum peribumi, Yayasan Bruno Manser (BMF), berkata Lee Ling menghantar tiga anggota polis yang tidak berpakaian seragam dengan kenderaan syarikat berkenaan ke kawasan sekatan di Long Sebayang.

Seorang anggota polis itu yang dilengkapi dengan sepucuk pistol dan mengarahkan penduduk sekitar supaya yang membubarkan sekatan dan memberi laluan kepada Lee Ling untuk membawa keluar balak yang ditebang.

Menurut penduduk tempatan, Lee Ling bercadang untuk menebang pokok di kawasan berkenaan dan menjadikannya sebagai kawasan perladangan.

Sekatan berkenaan didirikan oleh penduduk Lun Bawang, Penan dan Tabun dari kampung sekitar sebagai usaha terdesak mereka sejak kebelakangan ini bagi menghalang tanah adat dan pusaka mereka daripada terus dicabuli. Walaupun banyak sekatan didirikan, sebahagian besarnya telah dirobohkan oleh polis.

Kerajaan Taib tidak mengiktiraf Hak Pusaka Orang Asli (NCR) meskipun ia termaktub dalam adat resam mereka dan juga perlembagaan negeri dan persekutuan.

Penduduk di kawasan pendalaman Limbang itu juga membuat laporan polis mendakwa dikasari oleh pekerja Lee Ling. Namun mereka mendakwa, tiada siasatan polis dijalankan berbanding sokongan yang diberikan kepada syarikat pembalakan itu.

Aking Anung, seorang penduduk Penan dari kampung Long Keneng, membuat laporan polis di Limbang, mendakwa dia diserang di sekatan jalan oleh pengurus Lee Ling yang bernama "Ah New", pada hari polis membuat lawatan. Dakwa Aking, pengurus itu mengugutnya dengan sebilah parang.

Setelah diserang, Aking berkata dia melarikan diri kerana tidak mahu dicederakan.

Bita Pelisi, seorang lagi penduduk di sekatan jalan itu juga mendakwa "Ah New" menyerangnya di bahagian muka sehingga menyebabkan hidungnya berdarah.

Katanya, pekerja Lee Ling kemudian mengugut penduduk bahawa mereka akan membawa lebih ramai orang untuk membelasah mereka jika sekatan tidak dirobohkan.

Raziah Mahmud, adik kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, adalah antara lembaga pengarah di firma Quality Concrete, yang merupakan syarikat induk Lee Ling.

Sumber: Malaysiakini

Ulama sertai Umno demi perlindungan politik?

Posted: 22 Jun 2010 10:47 PM PDT

Ketika Dr Mohd Asri Zainul Abidin masih berteka-teki berhubung ura-ura penyertaannya dalam parti politik, ada pihak pula melihat tindakan bekas mufti Perlis itu untuk menyertai Umno adalah perlu bagi mendapatkan 'perlindungan' politik.

Difahamkan, selepas penahanan 12 warga asing yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi – aliran yang sentiasa dikaitkan dengan Dr Asri - di bawah Akta Keselamatan dalam Negeri (ISA) di Gombak Januari lalu, pilihan untuk menyertai Umno mulai dibincangkan di kalangan pengikut-pengikutnya.

Malahan, menurut sumber-sumber, serangan berterusan daripada ulama yang anti-Wahabi daripada beberapa agensi agama kerajaan menyebabkan kumpulan tersebut terdesak mengambil tindakan drastik itu.

Tambahan lagi, laporan laman Umno Online berhubung 'hasrat' Dr Asri itu yang dibuat seminggu selepas beliau tampil di muktamar PAS di Kota Bharu mengejutkan banyak pihak.

Di sudut yang lain pula, Umno dilihat amat memerlukan penyertaan golongan agama, terutamanya tokoh yang cukup popular seperti Dr Asri bagi memulihkan imej agamanya yang kini 'tercalar', antaranya berikutan kontroversi lesen judi sukan baru-baru ini.

Isu ini disemarakan lagi dengan pendedahan Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada minggu lalu bahawa seramai 10 warga asing ditahan dan dihantar pulang ke negara masing-masing sejak awal tahun ini kerana disyaki menjalankan operasi Jemaah Islamiah (JI) -- yang dikaitkan dengan terorisme.

'Lingkaran' Dr Asri, Wahabi, JI

Malaysiakini difahamkan dalam mesyuarat anti-keganasan di sebuah hotel di Sepang malam Isnin lalu yang melibatkan pegawai tertingginya diberikan penerangan tentang 'hubungan' Dr Asri dengan Wahabi, JI dan beberapa lagi pemimpin politik negara.

Difahamkan juga Penolong Pengarah Pusat Al-Quran dan Ilmu Teras Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Zamihan Mat Zin didakwa memberikan penjelasan itu kepada pegawai yang hadir.

Menurut sumber, turut dikaitkan sama dengan 'lingkaran' itu, antaranya mufti Perlis Dr Juanda Jaya, mantan menteri besar negeri itu Datuk Seri Shahidan Kassim (kiri) dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (kanan).

Bagaimanapun, difahamkan pembentangan Zamihan itu turut mengundang rasa gelisah di kalangan pegawai yang hadir.

"Kami tidak mahu perkara ini bertukar kepada usaha pemburuan (pihak tertentu)," kata sumber yang hadir dalam program penerangan tersebut.

Difahamkan pada majlis yang dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin itu, polis cuba menjelaskan ancaman JI terhadap Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Lagi pertemuan Umno-ulama

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan difahamkan Umno, diketuai setiausaha kerjanya Datuk Ab Rauf Yusoh sekali lagi mengadakan pertemuan dengan Dr Asri petang Isnin lalu di sebuah tempat yang tidak dinamakan di Lembah Klang.

Seorang ulama yang hadir pada pertemuan itu memberitahu, pertemuan dengan Ab Rauf dengan kira-kira 20 ulama itu bertujuan membincangkan mengenai pendirian mereka untuk menyertai Umno.

Bagaimanapun, tambahnya, setakat ini ramai yang masih lagi belum membuat keputusan sama ada untuk memasuki Umno ataupun tidak.

"Dalam perbincangan itu, Dr Asri memerlukan masa bagi berfikir untuk menyertai Umno," katanya.

Sumber berkenaan bagaimanapun menafikan mereka mahu mendapatkan 'perlindungan' dengan menyertai parti Melayu itu agar tidak dikaitkan dengan JI.

"Kalau masuk Umno untuk selamatkan diri, (tetapi) orang yang langgar undang-undang, (pasti) kena juga (tindakan udang-undang)," katanya.

Menurut sumber itu, tindakan mengaitkan Wahabi dengan JI adalah isu yang lama. Justeru, beliau tidak faham kenapa ia ditimbulkan kembali.

Sumber: Malaysiakini

Memo bantah judi diserah pada PM petang ini

Posted: 22 Jun 2010 10:42 PM PDT


Gerakan Rakyat Membantah Judi (GMJ) akan menyerahkan satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak petang ini menuntut supaya kerajaan memansuhkan lesen judi sukan. Setiausaha GMJ, Suhaizan Kaiat berkata GMJ yang dianggotai oleh 27 NGO itu juga menuntut supaya kerajaan memperketatkan undang-undang berhubung kegiatan perjudian seperti itu. NGO berkenaan termasuk Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Persatuan Teras Perpaduan Melayu (TERAS), Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) dan Jemaah Islah Malaysia (JIM). Katanya, pertubuhan itu berharap akan dapat mengadakan pertemuan dengan perdana menteri sendiri bagi menyerahkan memorandum berkenaan. "Kita harap dapat peluang untuk tanya beliau sendiri, apakah status lesen judi ini sebab syarikat (Berjaya) kata sudah dapat kebenaran untuk jalankan pertaruhan, tetapi kerajaan kata belum beri kebenaran lagi," katanya. Suhaizan yang juga ketua penerangan dewan pemuda PAS berkata selain 27 NGO berkenaan, memorandum itu juga disokong oleh PAS, PKR dan DAP serta negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat. Sehubungan itu, Suhaizan juga berkata GMJ akan mengemukakan permohonan bagi mendapatkan permit polis esok untuk berkumpul di tiga lokasi di ibu negara pada 3 Julai nanti "Permit itu adalah untuk berkumpul dan berarak," kata beliau yang akan mengemukakan permohonan itu di Balai Polis Dang Wangi.

Sumber: Malaysiakini

Penduduk Sabah Terabai, Kerajaan Selangor Cari Penyelesaian

Posted: 22 Jun 2010 10:39 PM PDT


Pengangguran dan masalah pendapatan keluarga yang rendah di Sabah yang semakin meruncing menyebabkan rakyat Sabah terpaksa berhijrah ke Semenanjung terutamanya Lembah Klang untuk mencari sesuap nasi.

Ahli Parlimen Sabah, Hiew King Cheu menzahirkan rasa kebimbangan ini ekoran janji-janji manis yang ditaburkan oleh kerajaan negeri Sabah selama ini tidak banyak membantu rakyat Sabah dalam mendapatkan pekerjaan.

"Kerajaan Sabah sudah banyak menabur janji untuk menyediakan beribu peluang pekerjaan tetapi gagal menyediakan pekerjaan tersebut," katanya.

Beliau berkata, pendedahan media menunjukkan ramai belia Sabah yang datang ke Lembah Klang untuk mencari pekerjaan tetapi berakhir dengan menjadi penganggur kerana bilangan mereka terlalu ramai.

Dianggarkan, lebih daripada 100,000 rakyat Sabah berada di sekitar Lembah Klang hari ini kerana mahu mencari sesuap nasi bagi melangsungkan kehidupan.

Lantaran itu, kerajaan Selangor yang ditadbir Pakatan Rakyat (PR) mengambil pendekatan yang lebih drastik untuk menangani masalah rakyat Sabah ini.

Beliau berkata, kerajaan Selangor akan mengadakan perjumpaan rasmi bersama rakyat Sabah dalam masa terdekat bagi membincangkan masalah mereka itu bersama pimpinan utama PR.

"Kami telah mengaturkan mesyuarat dengan NGO, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang dan juga Tan Sri Khalid Ibrahim pada 4 Julai ini di Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya bagi bertemu rakyat Sabah dan mengetahui lebih lanjut apa permasalahan mereka sebenarnya."

Beliau berkata dengan perjumpaan ini dapat memberi tekanan kepada pihak berkuasa sama ada kerajaan Persekutuan mahupun kerajaan Sabah agar bertindak lebih pantas dalam menangani isu ini.

Sumber: TVSelangor

'Ali Baba' Pembinaan Hospital Shah Alam, Mana Tindakan?

Posted: 22 Jun 2010 10:37 PM PDT


Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Phua meminta Kementerian Kerja Raya menjelaskan mengapa kontraktor yang dilantik untuk membina Hospital Shah Alam, Sunshine Fleet tidak dikenakan sebarang tindakan walaupun dikatakan meng'alibaba'kan kontrak kepada Syarikat Isyoda Malaysia Sendirian Berhad.

Pembinaan hospital tersebut bukan sahaja di'alibaba'kan, bahkan lewat 233 hari dari jadual asal.

Ia dikatakan ini berpunca berikutan SunShine Fleet dikatakan tidak membayar dana kepada subkontraktor, menyebabkan mereka mengalami masalah kewangan..

"Saya difahamkan jumlah pekerja dikurangkan kerana subkontraktor tidak dibayar. JKR menyatakan pihaknya sudah menjelaskan tunggakan bayaran tetapi kontraktor yang tidak melunaskan bayaran itu kepada sub kontraktornya. Sebab itu ada masalah kewangan," Ujar Tony.

Bercakap pada sidang media di lobi Parlimen, Tony menyatakan kehairanannya kerana tiada tindakan dibuat walaupun SunShine Fleet telah meng'alibaba'kan kontrak projek pembinaan itu.

"Kesan kontrak disubkan kepada kontraktor yang lain. Mereka tidak perlu membuat sebarang kerja tetapi mendapat untung bersih. Ini bercanggah dengan syarat kontrak JKR. Kenapa tidak diambil tindakan ?" soal Tony.

Dalam jawapan lisan Kementerian Kerja Raya bagaimanapun menyatakan pembinaan hospital tersebut tidak mempunyai apa- apa masalah dan ia tidak terlewat mengikut jadual terkini.

Sumber: TVSelangor

Faekah Setpol Baru MB Selangor

Posted: 22 Jun 2010 07:49 PM PDT


SHAH ALAM 23 Jun - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim malam tadi mengumumkan Faekah Husin sebagai Setiausaha Politik baru beliau menggantikan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad berkuatkuasa 1 Julai depan.

Pelantikan itu dibuat selepas Kongres Nasional KEADILAN yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan bulan lepas.

Sebelum ini, Faekah memegang jawatan sebagai Setiausaha Politik Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Peguam lulusan Universiti Malaya itu berkhidmat dengan Dr Wan Azizah sejak 2003 dan masih menyandang jawatan beliau sehingga tempatnya diganti.

Pengumuman itu dibuat Abdul Khalid dalam satu majlis bersama media yang diadakan di sebuah hotel di sini malam tadi.

Pengarah Strategik KEADILAN, Tian Chua yang ditemui di lobi parlimen petang semalam berkata KEADILAN akan melakukan rombakan kecil dalam struktur organisasi.

"KEADILAN akan membuat pengumuman tersebut akhir bulan ini dan terdapat beberapa perubahan kecil akan berlaku selepas ianya dirombak.

"Perubahan ini kita buat selepas mendapat maklumbalas selepas kongres bersidang di Kota Bharu sebelum ini," ujar beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Subsidi Rakyat Mahu Ditarik Tapi Umno-BN Belanja RM7.3 Bilion Beli Scorpene

Posted: 22 Jun 2010 07:48 PM PDT


KUALA LUMPUR 23 Jun - Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mempersoalkan jumlah bayaran RM6.7 bilion dana awam yang dibelanjakan Umno-Barisan Nasional untuk dua buah kapal selam Scorpene di mana urusan pembeliannya kini disiasat oleh mahkamah Perancis kerana disyaki mempunyai unsur rasuah.

Tian Chua dalam soalan lisannya semalam di dalam Dewan Rakyat berhubung pembelian Scorpene kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi diberitahu bayaran Euro114.96 juta dibayar kepada Perimekar Sdn Bhd, syarikat yang dimiliki oleh Abdul Razak Baginda, penasihat politik Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam soalan tersebut, Tian Chua meminta Ahmad Zahid menyatakan secara terperinci jumlah nilai kontrak yang berkaitan dengan kapal selam Scorpene termasuk penyelenggaraan dan kelengkapan serta jumlah nilai bagi pembelian 40 das torpedo SM-39 Block 2 daripada Perancis dan 30 das Black Shark torpedo dari Itali.

Menteri dalam jawapannya berkata bayaran untuk "penyelarasan dan perkhidmatan bantuan" yang dibekalkan kepada Tentera Laut DiRaja Malaysia, termasuk untuk latihan mewakili 10 peratus daripada harga dua kapal selam itu, iaitu sebanyak Euro969.15 juta (RM4.85 bilion).

Kata Ahmad Zahid lagi, sejumlah RM600 juta dibayar untuk perkhidmatan penyelenggaran bagi tempoh enam tahun, manakala kontrak penyelenggaraan masih di peringkat rundingan dan akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Menjawab soalan kedua Tian Chua, Ahmad Zahid mendedahkan kerajaan membayar Euro219.265 juta (RM1.1 bilion) untuk peluru berpandu yang dijangka dibekalkan menjelang tahun 2013.

"Dalam pada kerajaan Umno-Barisan Nasional kata tidak ada duit untuk memberikan subsidi kepada rakyat, mereka sebenarnya telah membelanjakan RM7.3 bilion untuk dua kapal selam Scorpene termasuk kos penyelenggaraannya.

"Perkembangan terkini di Perancis telah menunjukkan ada unsur penyelewengan kerana rundingan kontrak ini tidak masuk akal.

"Pihak pendakwaraya sudah mula menyiasat kes pembelian kapal selam dengan serbuan yang dibuat ke atas pengeluarnya, DCN untuk mendapatkan fail berkaitan penjualan kapal selam oleh kerajaan Malaysia secara spesifiknya.

Tian Chua juga memberitahu media bahawa dalam sejarah kehakiman di Perancis, kes ini merupakan kes yang ketiga yang disiasat oleh pihak pendakwaraya Perancis terhadap syarikat yang sama melibatkan kes rasuah dalam pembelian kapal selam.

"Kes yang pertama adalah kes kapal 'fridget' tentera laut Taiwan, kes yang kedua adalah pembelian tiga kapal selam yang sama yang bernilai Euro1 bilion di mana bayaran itu telah diberikan kepada Presiden Pakistan serta Presiden Perancis untuk dana politik mereka," ujar Tian Chua lagi.

Sumber: Suara Keadilan

KEADILAN Tawar Dr Mohd Asri Sertai Parti

Posted: 22 Jun 2010 07:47 PM PDT


KUALA LUMPUR 23 Jun - Pakatan Rakyat meminta bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang digembar-gemburkan akan menyertai Umno Jumaat ini agar membuat keputusan yang bijak .

Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff berpendapat sebagai pemimpin muda Pulau Pinang beliau mengalu-alukan Dr Mohd Asri menyertai KEADILAN.

"Saya berpendapat beliau mempunyai potensi yang tinggi untuk membangunkan Pulau Pinang.

"Tokoh muda yang mempunyai ketokohan dari segi ilmu, saya mahu beliau bersama-sama Pakatan Rakyat terutama KEADILAN untuk meneruskan agenda reformasi di Pulau Pinang," kata Yusmadi.

Menurut beliau, sepanjang beliau mengenali Dr Mohd Azri semasa di bangku sekolah dan ketika bersama-sama belajar di Kolej Islam beliau menganggap ulama muda mempunyai jiwa seorang reformis.

"Oleh kerana itu saya menjemput beliau menyertai KEADILAN," tawar Yusmadi.

Tambah beliau, KEADILAN memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang menyertai parti tersebut.

Sementara itu Ketua Wanita KEADILAN Zuraida Kamaruddin berkata beliau yakin Dr Mohd Asri tidak akan sesekali menyertai Umno.

Menurut Zuraida beliau yakin bekas mufti itu akan membuat keputusan yang bijak berhubung masa depannya melalui parti politik.

"Walau pun kita mengalukan-alukan beliau menyertai KEADILAN tetapi kita tidaklah terdesak seperti mana Umno sekarang ini yang memerlukan ulama menyokong parti itu," jelas Zuraida.

Kerajaan Umno-Barisan Nasional ketika ini sedang berusaha bersungguh-sungguh untuk memulihkan imej parti yang telah rosak akibat tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluluskan lesen judi sukan bola sepak kepada Ascot Sports Sdn Bhd.

Sumber: Suara Keadilan

Pakatan Rakyat Tetap Mahu ISA Di Mansuhkan Bukan Dipinda

Posted: 22 Jun 2010 07:45 PM PDT


KUALA LUMPUR 23 Jun - Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul berkata Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) perlu dimansuhkan dan bukannya dipinda kerana akta tersebut dilihat telah mengamalkan konsep kezaliman terhadap mangsa yang ditahan.

Johari berkata ISA sudah menjadi akta pilihan dan jalan mudah bagi mengantikan amalan profesionalisme polis seperti risikan dan penyiasatan yang teliti.

Katanya lagi, setiap penahanan di bawah ISA membuktikan kegagalan polis menjalankan tanggungjawabnya memperolehi maklumat untuk diserahkan kepada pendakwaraya bagi tindakan di bawah undang-undang selanjutnya.

Proses keadilan yang terhenti setakat polis dan Kementerian Dalam Negeri adalah satu tindakan zalim dan bentuk penganiayaan yang berterusan.

"Kerajaan sekarang sedang merancang untuk meminda kembali ISA, tetapi sehingga sekarang kita belum lagi menerima data yang ingin dipinda untuk ditelitikan sebelum ia dilakukan.

"Sepatutnya kerajaan bukan mengambil tindakan meminda tetapi memansuhkan terus akta tersebut.

Ketika ISA digubal pada tahun 1960 atas alasan untuk menghadapi gerakan komunis ia disertakan mekanisme mengelak salah guna termasuk "judicial review", dan dengan janji ia digunakan untuk tujuan menghadapi ancaman bersenjata komunis sahaja.

"Tetapi sekarang komunis telah meletak senjata, kenapa ISA masih ada, malah ia telah diperkasakan dengan memansuhkan "judicial review" menjadikannya lebih zalim," tegas beliau pada sidang media di lobi media semalam.

Pada sidang media yang sama, Pengerusi Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Syed Ibrahim Syed Noh memberitahu satu taklimat telah diadakan antara Ahli Parlimen Pakatan Rakyat pagi semalam di Parlimen dan keputusan telah diambil bagi mendesak kerajaan memansuhkan terus ISA.

"Memandangkan penahanan yang dilakukan di bawah ISA dilihat berlaku kezaliman maka satu persetujuan diambil untuk mendesak agar ISA dimansuhkan. Kritikan yang meluas dalam dan luar negara selain penggunaan dan penyalahangunaan ISA telah memburukkan reputasi Malaysia di seluruh dunia.

"Kajian ke arah meminda ISA mengambil kira lima isu pokok dan rang undang-undang pindaannya dijangka akan dibahas di Dewan Rakyat pada bulan Julai nanti.

"Lima perkara asas itu ialah penahanan tanpa bicara, kuasa menteri yang terlalu luas, tempoh tahanan, isu persepsi awam ISA digunakan untuk kepentingan politik dan hak serta layanan terhadap orang tahanan.

"GMI percaya bahawa sebarang pindaan terhadap kelima-lima perkara di atas tidak akan membawa sebarang makna kerana kelima-lima aspek ini adalah antara yang membenarkan parti pemerintah Barisan Nasional terus memerintah. Isu persepsi awam terhadap ISA hanya boleh ditangani dengan pemansuhan ISA, tindakan siasatan profesional polis, kewujudan semakan mahkamah dan pendekatan serta sikap yang lebih prihatin keadilan dan hak asasi manusia tanpa menjejaskan keselamatan negara," jelas Syed Ibrahim.

Beliau juga menyeru semua pihak yang terbabit menyatakan pendirian secara jelas bahawa ISA dan segala undang-undang yang membenarkan penahanan tanpa bicara harus dimansuhkan dengan segera.

"Kami berharap agar pendirian dan pandangan Pakatan Rakyat akan sentiasa kekal dengan misi untuk menghapuskan ISA. Kami tidak sekali-kali akan tunduk kepada isu prinsip yang melibatkan penahanan tanpa bicara.

"Akta-akta yang telah mendera, menindas dan menyeksa rakyat tidak harus dikekalkan dan dipuja malah harus dibuang serta merta," kata beliau lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Najib Gagal Gubal Dasar Ekonomi Hawa Dalam RMK-10

Posted: 22 Jun 2010 07:43 PM PDT


KUALA LUMPUR 23 Jun - Dunia sudah mengiktiraf dan mengikuti arus 'ekonomi hawa' sebagai keajaiban ekonomi masa kini yang boleh memacu ekonomi sesebuah negara melalui kuasa beli wanita terhadap barangan pengguna yang dianggap peluang pasaran terbesar di dunia.

Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menegaskan semakin ramai wanita Malaysia yang mendapat pendidikan tinggi dan giat melibatkan diri dalam sektor pekerjaan dengan pola sosial yang semakin berubah tetapi malangnya Rancangan Malaysia Ke-10 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak gagal meletakkan ekonomi golongan hawa dalam perspektif yang sewajarnya.

"Golongan hawa adalah kuasa pembeli dunia sekarang, wanita bekerja mempunyai pendapatan sendiri dan kuasa beli mereka mampu memacu ekonomi negara jika barangan dan perkhidmatan tempatan boleh memenuhi keperluan dan kehendak pembeli wanita ini.

"Ekonomi hawa ini berupaya untuk membawa negara keluar dari krisis ekonomi yang sedang dihadapi, malang sekali perubahan kuasa beli wanita Malaysia ini tidak dihiraukan potensinya oleh Kerajaan Malaysia dalam RKM-10. Kerajaan Malaysia tidak mahu meneladani usaha negara-negara maju untuk memanfaatkan potensi dalam ekonomi hawa ini.

"Kerajaan Umno-Barisan Nasional mempunyai jumlah kakitangan awam yang seramai 1.2 juta orang masih tidak dapat menawan arus ekonomi dunia dengan cekap dari seawal perancangan ekonomi untuk lima tahun akan datang.

"BN gagal merancang dan memanfaatkan ekonomi hawa yang dikawal oleh separuh daripada penduduknya iaitu wanita. Tanpa penglibatan wanita dalam ekonomi sekarang bagaimana hasrat Malaysia hendak mencapai taraf negara berpendapatan tinggi," tegas Zuraida.

Beliau menambah jika kerajaan terus tidak mengendahkan potensi ekonomi hawa ini bukan setakat ekonomi negara menderita malah agenda pemberdayaan wanita dalam penyertaan politik dan penggubalan dasar sektor awam turut akan terbantut.

Sumber: Suara Keadilan

Slogan ‘Melayu Cemerlang’ Dongeng Terbaru Umno

Posted: 22 Jun 2010 01:54 AM PDT


SHAH ALAM 22 Jun - Angkatan Muda KEADILAN Selangor menganggap slogan Umno 'Hidup Melayu' yang dicadangkan diubah kepada 'Melayu Cemerlang' merupakan satu lagi dongengan terbaru Umno untuk mengaburi bangsa Melayu.

Setelah 50 tahun slogan itu digunakan yang hanya menyaksikan Melayu tinggal nama sahaja kini Umno membuat percubaan untuk mengembalikan sokongan yang semakin terhakis dan ditolak rakyat.

Ketua Penerangan AMK Selangor, Mohd Ezli Mashut dalam kenyataannya hari ini AMK Selangor mengajak rakyat agar menyorot kembali pengkhianatan Umno terhadap bangsa Melayu dan negara yang telah banyak menggadai kepentingan Islam dan Melayu di negara ini.

"Kegagalan Umno mengangkat martabat bangsa Melayu serta Islam selama 50 tahun ini wajar membuka mata rakyat keseluruhannya.

"AMK Selangor juga mempertikaikan dasar dan polisi yang dibawa oleh pimpinan Umno mutakhir kini yang semakin menghakis identiti bangsa Melayu dan Islam.

"Kegagalan menangani rasuah, penyelewengan dan pembaziran wang rakyat telah menodai perjuangan tulen untuk memartabatkan bangsa Melayu dan Islam. Justeru, Umno perlu hentikan segala gimik dan retorik politik dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada rupa," kata Mohd Ezli.

Tambah beliau, jika sebelum ini Umno dengan slogan 'Juara Rakyat', namun apa yang pasti rakyat terus dibebani dengan kenaikan barang dan perkhidmatan, penarikan subsidi, liberalisasi ala penjajahan asing dan kehilangan aset penting negara kepada negara luar.

"Kita yakin rakyat semakin bijak untuk menilai slogan dan retorik politik Umno yang kini meniti reput dan luput. Rakyat tidak mudah termakan dengan slogan-slogan yang indah khabar daripada realiti semasa," tegasnya lagi.

Sumber: Suara Keadilan

Hishammuddin Digesa Tumpu Skandal PKFZ, Scorpene Bukan Isu Remeh

Posted: 22 Jun 2010 01:51 AM PDT


KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye menasihatkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein jangan panik dan bersabar menunggu masa dan tempat terbaik untuk Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bukti wakil rakyat KEADILAN menerima imbuhan RM2 juta untuk meninggalkan parti.

Dr Lee menasihatkan Hishammuddin yang juga Naib Presiden Umno agar tidak gelabah apabila Anwar mendedahkan video sogokan kepada ahli-ahli parlimen terbabit.

Sambil menasihatkan beliau menumpukan perhatian kepada isu nasional, Dr Lee juga membidas anak belas Perdana Menteri ketiga itu jangan tergesa-gesa berucap bagi pihak mereka yang melompat parti.

"Adakah beliau terpikat dengan budaya "you help me, I help you" yang diterajui oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak?

"Sebenarnya rakyat lebih berminat dalam isu seperti PKFZ yang melibatkan penyelewengan sebanyak RM12.5 bilion, tragedi Kem 1Malaysia di Kuala Dipang di mana tiga murid sekolah rendah terkorban dan laporan Ketua Audit Negara yang mendedahkan salahlaku Kerajaan Persekutuan.

"Task Force demi Task Force ditubuhkan tetapi tidak ada tindakan selanjutnya. Lagipun skandal komisyen kapal selam Scopene juga dilupai oleh beliau dan seluruh kerajaan Umno-Barisan Nasional," kata Dr Lee dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan pemimpin negara sepatutnya sanggup menunjukkan kekuatan moral dan keinginan politik untuk melawan rasuah sebagaimana komitmen tinggi yang ditunjukkan oleh Anwar dan Pakatan Rakyat.

Dr Lee berkata Malaysia memerlukan transformasi secara total khususnya menggubal undang-undang seperti Akta Kebebasan Maklumat, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan dan memulihkan kewibawaan institusi kerajaan seperti badan kehakiman, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysua dan Suruhanjaya Pilihan Raya.

Sumber: Suara Keadilan

Umno-BN Tutup Kegagalan RMK-9, Sasaran RMK-10 Kosmetik

Posted: 22 Jun 2010 01:48 AM PDT


KUALA LUMPUR 22 Jun - Ahli Parlimen Gopeng, Dr Lee Boon Chye berkata kegagalan RMK9 langsung tidak dihuraikan dalam dokumen Rancangan Malaysia Ke-10 lantas membuktikan bahawa Umno-Barisan Nasional sememangnya mengamalkan budaya ketidak telusan dalam pentadbiran kerajaan.

Dr Lee berpendapat sementara RMK-10 adalah dokumen yang penting demi menentukan halatuju pengurusan ekonomi negara dalam tempoh 5 tahun dan seterusnya ia gagal menghuraikan masalah kehilangan daya saing Malaysia berbanding dengan Korea, Singapura dan Taiwan yang telah dikenalpasti.

"Apakah asas Kerajaan Persekutuan menetapkan unjuran pertumbuhan 6 peratus untuk perkembangan ekonomi negara? Ini adalah terlalu optimis dan kemungkinan besar kita akan mengalami kegagalan sekali lagi," Dr Lee berkata dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, rekod pentadbiran kerajaan Umno-BN sejak 15 tahun lalu amat tidak menyakinkan.

Sebagai contohnya, sasaran pertumbuhan ekonomi RMK-7 adalah 8 peratus dan RMK-8 adalah 7.5 peratus tetapi pada hakikatnya hanya mengecapi 4.7 peratus sahaja.

Bagi RMK-9 pula yang sasarkan 6 peratus tetapi hanya capai 4.2 peratus sahaja.

"Walaupun kita telah menggunakan lebih banyak perbelanjaan negara, tambahan pula jurang defisit yang lebih besar, akan tetapi kita tetap jauh daripada sasaran," jelasnya.

Beliau menegaskan defisit yang dirancang semasa RMK-8 adalah RM28.9 bilion tetapi sebenarnya mencapai sebanyak RM 97.8 bilion manakala defisit RMK-9 yang dirancang RM 27.9 bilion tetapi sebenarnya mencapai RM40.3 bilion.

Hutang Kerajaan Persekutuan pula meningkat dalam tempoh RMK-9 daripada RM228.6 bilion pada 2005 kepada RM378.3 bilion pada tahun 2010.

Ianya jauh melebihi RM351.3 bilion yang dirancang untuk 2010.

Dr Lee yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, masalah dihadapi RMK-9 telah diketahui umum setelah Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan dalam dokumen Agenda Ekonomi Malaysia pada Ogos 2007.

Beliau berkata, masalah perlaksanaan seperti dasar yang 'flip-flop', rasuah berleluasa dan ketirisan yang beterusan menyebabkan rancangan kerajaan selalunya mengalami kegagalan ketara.

Oleh yang sedemikian, kandungan RMK-10 cuma merupakan dalam bentuk pembaikan kosmetik sahaja.

Beliau menegaskan negara kini menghadapi cabaran menuju ke arah ekonomi berpendapatan tinggi.

Rakyat harus selamatkan Malaysia dengan membanteras rasuah, ketirisan dan penyelewengan, supaya negara mampu melaksanakan satu transfomasi secara total.

Sumber: Suara Keadilan

Haniza Talha - Landscaping New Politics

Haniza Talha - Landscaping New Politics


Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin

Posted: 22 Jun 2010 08:46 AM PDT

Pada 12 Jun saya berpeluang merasmikan Majlis Pelancaran Bantuan Untuk Warga Emas, OKU, dan Orang Miskin. Program ini turut juga dihadiri Puan Syarifah yang juga Pengarah Perancang Bandar bagi MBPJ. Selain itu majlis ini juga dimeriahkan dengan kehadiran Ahli-ahli Majlis MBPJ Prof Madya Dr Melasutra, En Halimey, En Anthony, dan En Selva.

Sebagai langkah awal program ini akan mencari 100 orang golongan yang memerlukan bantuan di Taman Medan. MBPJ adalah agensi yang bertanggungjawap mencari orang yang memerlukan dengan bantuan dari Pejabat ADUN Taman Medan. Golongan sasar adalah warga emas yang tidak berkemampuan, OKU, dan orang miskin.

Antara kemudahan yang akan disediakan adalah van untuk OKU berkerusi roda, kemudahan klinik bergerak, dan bantuan terus ke rumah bagi mereka yang tidak berkemampuan.

Program ini berbeza dengan langkah Jabatan Kebajikan Masyarakat dalam memberi perkhidmatan. JKM memerlukan orang yang tidak berkemampuan pergi kepada mereka. Mungkin ada golongan yang malu untuk meminta bantuan, jadi ini peluang untuk penduduk Taman Medan bagi merasai sedikit nikmat dunia bersama-sama. Dalam islam juga tidak membezakan bangsa, rupa paras, agama, dan keturunan. Jadi saya menganggap setiap lapis masyarakat berhak memperolehi sedikit kemudahan bagi menjamin keterusan hidup mereka


Perasmian klinik komuniti

Bersama warga emas Taman Medan yang sama-sama dapat merasai kemudahan yang disediakan melalui program ini